Potluck Ramadhan Rai Bulan Mulia Pupuk Perpaduan


AKTIVITI 

Sebahagian aanggota Persatuan Penduduk Wangsa Siaga,
Wangsa Melawati.TIDAK lama lagi umat Islam akan menjalani puasa Ramadan 1442H/2020M. Kadatangan bulan al Mubarak kali ini tentu tidak seperti sebelum ini berikutan negara dan dunia ditimpa musibah pandemik COVID-19.

Semua negara di dunia termasuk negara kita dalam keadaan sedikit kritikal dan tidak begitu kondusif. Pergerakan orang ramai termasuk untuk melakukan ibadat juga sedikit terhalang bilamana larangan berhimpun di masjid/surau dikuatkuasakan.


Namun begitu kehadiran Ramadan tetap disambut dan diraikan dalam suasana dan cara yang mungkin berbeza pada kali ini. Seperti kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin rakyat harus menyesuaikan diri dengan norma yang baru.

Untuk meneruskan kemeriahan sambutan Ramadan tahun ini, Persatuan Penduduk Wangsa Siaga, (PPWS) Wangsa Melawati, Kuala Lumpur mempunyai idea tersendiri bagaimana untuk terus memberi erti dan makna kepada kehadiran Ramadan tahun ini.

Ketiadaan bazar Ramadan memberi kesulitan kepada penduduk setempat yang berbilang kaum untuk mendapatkan juadah atau makanan yang lazimnya dijual di gerai-gerai bazar Ramadan. Ekoran itu PPWS telah mencadangkan untuk diadakan satu aktiviti penyediaan juadah berbuka puasa di kalangan penduduk Islam yang akan dilaksanakan secara potluck atau barter trading.

Program itu dilaksana berkonsepkan takeaway potluck yang dinamakan Takeaway Ramadan Potluck. Ianya bakal dilaksanakan di sekitar kawasan Taman Permainan, Taman Wangsa Siaga, Wangsa Melawati khusus untuk penduduk setempat sahaja.

Penglibatan penduduk
Penduduk akan menyediakan pelbagai makanan, lauk pauk dan juadah berbuka puasa mengikut kumpulan masing-masing yang akan diselaraskan penganjur. Keanggotaan kumpulan akan bertukar pada setiap hari bagi membolehkan menikmati pelbagai jenis menu yang beranika jenis bila bertukar kumpulan.

Persiapan tapak aktiviti oleh AJK PPWS,
daftar dan sanitize.Jumlah kumpulan tertakluk kepada jumlah peserta yang akan turut serta. Penyertaan non-muslim terhad kepada buah-buahan/minuman atau makanan halal yang boleh ditempah dari muslim caterer yang ditetapkan.

Selain memberi peluang penduduk setempat terus menikmati pelbagai jenis makanan juadah berbuka puasa, aktiviti ini bertujuan mengukuhkan ukhuwah dan perpaduan penduduk setempat.

Makanan/juadah akan disediakan sendiri atau pun ditempah melalui pembekal makanan halal dari kalangan penduduk setempat. Kaedah ini secara tidak langsung memberi peluang perniagaan kepada pembekal makanan di kalangan penduduk setempat untuk menjalankan menambah pendapatan dari rumah melalui tempahan oleh penduduk yang mengambil bahagian.

Aktiviti ini dicadangkan sekali sahaja dalam seminggu (5 kali sepanjang Ramadan). Pelaksanaan aktiviti mengambil kira tatacara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan garis panduan jarak sosial [social distancing] selaras dengan arahan oleh pihak berkuasa.

Keseluruhan aktiviti ini adalah dikawal oleh AJK Persatuan Penduduk setelah mendapat nasihat dari pihak berkuasa tempatan.

Sebagai persediaan sebelum aktiviti sebenar semasa bulan Ramadan nanti, raptai aktiviti ini telah pun dibuat pada 13 April 2020 bertujuan memberi penjelasan dan kaedah pelaksanaan aktiviti agar dilaksanakan dengan kemas dan lancar serta mematuhi garis panduan rasmi. Kaedah pelaksanaan aktiviti ini adalah seperti berikut;

a. 5.15 petang – Peserta yang telah dibahagikan mengikut kumpulan akan membawa makanan ke pondok gazebo (terhad kepada 4 gazebo sahaja yang terdapat di taman ini] yang ditetapkan melalui tempat pemeriksaan yang akan menyediakan hand sanitizer dan topeng muka sebelum menyusun bekas berisi makanan.

Jumlah bekas makanan adalah tertakluk jumlah setiap kumpulan. Seramai 6 peserta ditetapkan bagi setiap kumpulan/gazebo. Setiap peserta akan sediakan 5 set bekas berisi makanan untuk ditukarkan dengan 5 peserta lain dalam kumpulan masing-masing.

Peserta berdiri di balakang makanan atau juadah
masing-masing.b. 5.30 petang - Setelah kesemua peserta kumpulan [ 6 orang ] mempamerkan makanan/juadah masing-masing di atas meja yang disediakan, seorang demi seorang peserta dari kumpulan akan mengambil setiap satu bekas makanan yang berbeza menu dan terus meninggalkan tempat tersebut.

Dengan hanya menyediakan satu jenis makanan, semua peserta akan membawa pulang pelbagai menu yang disediakan oleh ahli kumpulan tersebut.

Pengerusi (kiri) Kol Fauzi Taib (B), beberapa peserta.Sesungguhnya idea kreatif oleh PPWS ini suatu inisiatif yang julung kali diadakan dan boleh dijadikan contoh perpaduan kaum. Ia juga menunjukkan keprihatinan pihak persatuan kepada penduduk, dalam masa sama juga ia boleh menjalankan ukhuwah dan ikatan sesama masyarakat setempat walaupun dalam kekangan COVID-19.

Aktiviti ini juga selain memberi kemudahan untuk mendapat juadah dan makanan di sepanjang Ramadan, ia juga dapat mengembalikan nostalgia zaman silam kehidupan di kampung dengan tradisi bertukar juadah semasa bulan Ramadan.

Apa yang dilakukan PPWS ini secara tidak langsung cuba menghidupkan tradisi tersebut dalam suasana kehidupan moden di bandar. Syabas kepada penduduk Wangsa Siaga. [wm.kl.12:45 pm 16/04/2020]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2020/04/potluck-ramadhan-rai-bulan-mulia-pupuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selamat Menyambut Bulan Ramadan Yang Mulia Ramadhan Malaysia Puasa

Selamat Menyambut Bulan Ramadan Yang Mulia Ramadhan Malaysia Puasa

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 940 hits
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN YANG MULIA Gunakan peluang Ramadan kali ini untuk beribadah bersama keluarga di rumah Terus patuhi PKP dan amalkan langkah langkah pencegahan sebaiknya bagi mencegah penularan wabak COVID19 KitaMestiMenang St...
Kemeriahan Bulan Ramadhan Di Turki

Kemeriahan Bulan Ramadhan Di Turki

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 483 hits
Ya pada musim panas 3 tahun yang lepas saya nekad untuk mencipta sejarah untuk diri sendiri di negara unik dengan budaya ini Berada selama 2 bulan di sana untuk belajar Bahasa Turki di Universiti Istanbul dan yang lebih menarik lagi merasai...
Kunjungi Turki Pada Bulan Ramadhan Ini

Kunjungi Turki Pada Bulan Ramadhan Ini

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 494 hits
Terletak di sempadan Asia dan Eropah Turki adalah sebuah negara yang mempunyai penduduk Islam yang paling unik di dunia kerana ia merentasi dua benua Kebudayaan tradisi dan sejarahnya yang luas membawa kepada pengalaman Ramadan yang luar bi...
Destinasi Mesra Muslim Pada Bulan Ramadhan Di Marrakesh Maghribi

Destinasi Mesra Muslim Pada Bulan Ramadhan Di Marrakesh Maghribi

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 439 hits
Destinasi mesra muslim paling unik di benua Afrika yang kaya dengan warisan tradisi dan gabungan budaya Arab Afrika yang mengagumkan Sertai masyarakat tempatan bersolat di masjid terbesar di Afrika Masjid Hassan II sambil menyaksikan Laut A...
Resepi Ayam Bakar Viral Persediaan Bulan Puasa Tanpa Bazar Ramadhan

Resepi Ayam Bakar Viral Persediaan Bulan Puasa Tanpa Bazar Ramadhan

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 932 hits
Bertahun tahun kita berpuasa dengan pelbagai hidangan masakan yang dibeli di bazar ramadhan Namun bagi tahun 2020 kali ini amat berbeza amalan puasa Tiada lagi bazar ramadhan tiada terawih tiada pekerjaan Jangan bersedih dahulu kerana kita ...
Lazz Susu Kambing Untuk Lebih Tenaga Di Bulan Ramadhan

Lazz Susu Kambing Untuk Lebih Tenaga Di Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 413 hits
Lazz Susu Kambing Untuk Lebih Tenaga Di Bulan Ramadhan Ramadhan bakal menjelma esok lusa KakYa pasti korang kat luar sana dah selesai membuat persiapan untuk sambut Ramadhan kan Alhamdulillah tahun ni KakYa masih diberi peluang dan juga rua...
Hadis Kelebihan Bulan Ramadhan Hadis Dhoif

Hadis Kelebihan Bulan Ramadhan Hadis Dhoif

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 499 hits
Maka hadis yg tersebut diriwayatkan dari Salman Al Farisi beliau berkata Rasulullah s a w telah berkhutbah kpd kami pd hari akhir dr bulan syaaban Baginda bersabda Telah dtg kepada kamu bulan yg agung bulan yg diberkati di dlmnya terdapat 1...
Idea Untuk Juadah Berbuka Puasa Di Bulan Ramadhan

Idea Untuk Juadah Berbuka Puasa Di Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 578 hits
Salam to all readers Diam tak diam nak puasa dah kita next week Rasa lain sangat pula tahun ini tak dapat berbuka dengan keluarga Hopefully cepatlah berakhir wabak covic 19 ini Dapat balik kampung berbuka puasa bersama keluarga Rumah aku ka...
Kelebihan Dan Keistimewaan Bulan Ramadhan

Kelebihan Dan Keistimewaan Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 299 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar buat semua pembaca dan rakan rakan sekalian Dalam beberapa hari atau minggu sahaja lagi kita akan memasuki bulan Ramadhan dimana kita akan berpuasa dan seterusnya menyambut Hari Raya Aidilfitri ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner