Kemeriahan Bulan Ramadhan Di Turki


Ya, pada musim panas 3 tahun yang lepas, saya nekad untuk mencipta sejarah untuk diri sendiri di negara unik dengan budaya ini. Berada selama 2 bulan di sana untuk belajar Bahasa Turki di Universiti Istanbul dan yang lebih menarik lagi, merasai suasana Ramadan dan Syawal cukup memenuhi jiwa saya.
Sahur seawal 2 pagi Waktu subuh di musim panas adalah pada jam 3.30 pagi. Jadi, perlu bersahur pada pukul 2.30 pagi!
Setiap pagi akan ada sekumpulan penduduk yang bergendang sambil menyanyi nasyid ataupun lagu puisi, mengelilingi kawasan-kawasan perumahan untuk mengejutkan orang bangun sahur dan solat Subuh. Tradisi ini dinamakan ‘mesaharati’ dan telah diamalkan sejak era pemerintahan Uthmaniyyah lagi.
Siang di Turki tidak terasa seperti Ramadan Waktu siang di bulan Ramadan di Turki begitu berbeza berbanding di Malaysia. Walaupun 99% rakyatnya adalah Muslim, tetapi larangan makan minum di khalayak ramai tidak ada di sana. Semua restoran beroperasi dan penuh seperti biasa. Memang pelik! Masakan tidak, pergi ke pasar raya, selamba saja perempuan bertudung makan minum di restoran.
Paling tidak dapat dilupakan, semasa saya dan rakan serumah pergi ke pasar Sabtu di Bakırköy. Ada gerai-gerai menjual makanan dibuka untuk pelanggan. Malah para peniaga juga tidak segan minum sambil memanggil pelanggan datang. Sehingga saya hampir terlupa yang ketika itu bulan Ramadan.
Namun, walaupun begitu ceritanya, ada satu perkara yang saya kagumi.  Masjid sentiasa dipenuhi oleh jemaah lelaki dan perempuan pada waktu solat fardu terutama Zuhur dan Asar.
Rakyat Turki berbuka beramai-ramai  Di Turki, ada begitu banyak taman yang cantik. Daripada sekecil-kecil taman permainan di kawasan perumahan, sehinggalah taman-taman yang besar, antaranya di Dataran Sultanahmet, di sekitar Masjid Biru dan Hagia Sophia.
Waktu Maghrib di musim panas masuk pada jam 8.30 malam. Jam 7.00 malam, langit masih cerah dan ketika inilah orang ramai berpusu-pusu. Bukan ke pasar Ramadan, tetapi ke taman-taman yang ada untuk berbuka puasa bersama keluarga masing-masing.
Hampir setiap hari dalam bulan Ramadan saya dapat melihat suasana meriah ini di Turki. Taman-taman dipenuhi keluarga, daripada datuk dan nenek sehinggalah ke cucu yang masih bayi, membentang kain saprah di atas rumput, dan membawa periuk nasi, pinggan mangkuk, malah cerek dua tingkat yang digunakan untuk membancuh çay – teh wajib orang Turki. Mereka akan makan ramai-ramai dan ada yang terus sahaja solat Maghrib di atas rumput, kemudian sambung makan dan berbual-bual sehinggalah masuk waktu Isyak dan tarawih.
Ada juga di beberapa lokasi, syarikat-syarikat besar dan orang-orang dermawan yang menganjurkan majlis berbuka puasa percuma setiap hari. Selain itu, boleh juga berbuka puasa percuma di masjid-masjid seperti di kebanyakan masjid di seluruh dunia.
Kenapa solat Tarawih begitu laju di Turki? Di Turki, saya dapat merasai pengalaman solat tarawih berjemaah paling pantas! Lapan rakaat solat tarawih dan tiga rakaat solat witir selesai dalam masa setengah jam sahaja. Malah kebanyakan mereka juga mengamalkan solat tarawih dengan empat rakaat satu salam. Imam membaca surah al-Fatihah, ada yang dalam dua nafas, malah ada yang dalam satu nafas! Ayat surah lazim juga dibaca pendek-pendek.
Apa yang menyebabkan solat tarawih dilaksanakan dengan begitu laju di Turki?
Waktu Isyak di musim panas, bermula hampir jam 10.00 malam. Sekiranya semua masjid mengamalkan bacaan panjang, berkemungkinan jam 12.00 tengah malam pun solat tarawih belum selesai. Sedangkan, orang perlu sahur jam 2.30 pagi, dan perlu pergi kerja seperti hari-hari biasa juga esoknya.
Jadi, untuk memberi peluang kepada lebih ramai orang bersolat tarawih di masjid dan memudahkan urusan ramai orang, mereka memendekkan tempoh solat jemaah. Dan yang bagusnya, pihak pentadbiran Istanbul memanjangkan perkhidmatan tramvay (tram) sehingga jam 1.00 pagi sepanjang Ramadan bagi membolehkan rakyatnya pergi tarawih di mana-mana masjid yang mereka mahu.
100% perbezaan Ramadan di Istanbul Malam Ramadan di Turki cukup meriah terutama di masjid-masjid. Setiap masjid digantung ‘mahya’, iaitu sebaris ayat berkaitan bulan Ramadan. Huruf-huruf yang membentuk ayat mahya disusun daripada mentol lampu, satu lagi tradisi yang diwarisi sejak zaman Uthmaniyyah. Tidak ada peraturan ataupun hukuman dijatuhkan kepada Muslim yang makan di khalayak ramai dalam bulan Ramadan. Tidak ada pasar Ramadan setiap petang. Semua restoran, kafe, dan gerai beroperasi seperti biasa. Tidak ada iklan promosi hari raya, sama ada di kaca televisyen mahupun di tempat membeli-belah. Tidak ada baju raya khusus atau bazar Ramadan yang menjual pakaian dan perhiasan hari raya. Kuih raya pun tiada. Orang Turki mula membeli-belah untuk hari raya pada dua hari terakhir Ramadan. Tidak ada moreh di masjid selepas tarawih. Sekiranya mahu minum çay, pergi sahaja ke mana-mana kafe, seperti hari-hari biasa. Tip Berpuasa 18 jam pada musim panas Kita mungkin hanya ada masa lima ke enam jam sahaja sehari untuk makan. Namun, ini tidaklah bermakna kita perlu makan sebanyak-banyaknya dalam tempoh itu.
Kelebihan berpuasa ialah kita terlindung daripada kelaparan yang biasa. Apabila kita berniat untuk puasa, automatik otak kita bersedia untuk mengurangkan isyarat lapar kepada perut. Ini berbeza jika kita tidak makan tanpa berpuasa.
Semasa di Istanbul, saya berpuasa selama 18 jam sehari. Ini amalan saya setiap hari sepanjang Ramadan:
Bangun awal untuk sahur tapi sekadar makan makanan yang ringan (nasi/roti, air suam dan susu). Melakukan ibadat (solat subuh, mengaji al-Quran). Tidur secukupnya. Bangun seawal 7 pagi dan lakukan aktiviti harian. Petang pula membeli juadah atau bahan masakan untuk berbuka. Berbuka puasa jam 8.30 dan solat. Makan buah (selalunya tembikai dan kurma), nasi/roti/kebab, minum air manis dan air suam. Selepas itu penuhi masa dengan ibadah (solat terawih). Saya mengamalkan minum banyak air suam sebelum beribadah  dan sebelum tidur. Alhamdulillah, tubuh terasa segar dan bertenaga kerana makan karbohidrat dan minum air dengan cukup, walaupun dalam musim panas.
Raya tidak semeriah di Malaysia 1 Syawal di Istanbul, amatlah ringkas dan sederhana. Pada paginya, orang ramai pergi ke masjid untuk solat sunat Aidilfitri. Kemudian, pulang ke rumah menikmati makanan dan teruskan hidup seperti biasa. Cuti umum cuma sehari.
Mereka juga tiada juadah istimewa hari raya seperti di Malaysia. Menu hari raya mereka, sama sahaja dengan hidangan hari-hari yang lain.
Hanya yang berbeza sedikit, adanya orang bermain gendang dan menyanyi dari rumah ke rumah untuk meminta duit raya. Orang dewasa ya, bukan kanak-kanak.
Cuma kami pelajar Malaysia sahaja yang berpakaian cantik-cantik, naik bas beramai-ramai untuk berkunjung ke rumah pegawai-pegawai Malaysia yang menganjurkan rumah terbuka.
Pengalaman ini menambahkan satu lagi perspektif baru buat saya. Walaupun amalan dan sambutan Ramadan serta Syawal begitu berbeza antara Malaysia dengan Turki malah negara lain juga, namun yang menjadikannya satu ialah objektif ibadah itu sendiri iaitu meningkatkan takwa kepada Allah, dan keistimewaan ganjaran yang hanya dapat diraih selama sebulan dalam setahun.
sumber: traveloka.com
The post Kemeriahan Bulan Ramadhan di Turki appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/kemeriahan-bulan-ramadhan-di-turki/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kunjungi Turki Pada Bulan Ramadhan Ini

Kunjungi Turki Pada Bulan Ramadhan Ini

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 494 hits
Terletak di sempadan Asia dan Eropah Turki adalah sebuah negara yang mempunyai penduduk Islam yang paling unik di dunia kerana ia merentasi dua benua Kebudayaan tradisi dan sejarahnya yang luas membawa kepada pengalaman Ramadan yang luar bi...
Niat Puasa Dan Doa Berbuka Puasa Bulan Ramadhan

Niat Puasa Dan Doa Berbuka Puasa Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 911 hits
Assalamualaikum Bagaimana lafaz niat puasa Ramadhan secara harian dan sebulan Doa berbuka puasa Ini rujukan untuk kita semua umat islam yang akan bermula puasa esok LAFAZ NIAT PUASA BULAN RAMADAN BESERTA BACAAN RUMI Rumi Nawaitu Souma Ghadi...
Selamat Menyambut Bulan Ramadan Yang Mulia Ramadhan Malaysia Puasa

Selamat Menyambut Bulan Ramadan Yang Mulia Ramadhan Malaysia Puasa

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 940 hits
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN YANG MULIA Gunakan peluang Ramadan kali ini untuk beribadah bersama keluarga di rumah Terus patuhi PKP dan amalkan langkah langkah pencegahan sebaiknya bagi mencegah penularan wabak COVID19 KitaMestiMenang St...
Lazz Susu Kambing Untuk Lebih Tenaga Di Bulan Ramadhan

Lazz Susu Kambing Untuk Lebih Tenaga Di Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 413 hits
Lazz Susu Kambing Untuk Lebih Tenaga Di Bulan Ramadhan Ramadhan bakal menjelma esok lusa KakYa pasti korang kat luar sana dah selesai membuat persiapan untuk sambut Ramadhan kan Alhamdulillah tahun ni KakYa masih diberi peluang dan juga rua...
Arab Saudi Menangguhkan Solat Berjamaah Di Dua Masjid Suci Pada Bulan Ramadhan

Arab Saudi Menangguhkan Solat Berjamaah Di Dua Masjid Suci Pada Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 475 hits
RIYADH Presiden Majlis Umum Urusan Dua Masjid Suci memaklumkan pada hari Isnin bahawa kerajaan Arab Saudi akan memperpanjang penangguhan solat berjamaah pada bulan suci umat Islam di bulan Ramadhan sebagai sebahagian dari usaha memerangi wa...
Tips Khatam Al Quran Dalam Masa 30 Hari Sepanjang Bulan Ramadhan

Tips Khatam Al Quran Dalam Masa 30 Hari Sepanjang Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 552 hits
Ramadhan raja segala bulan yang di dalamnya terdapat seribu hikmah Bulan suci yang dinanti nantikan oleh seluruh umat Islam yang mahu mengejar fadilat di bulan mulia ini Selain dari berpuasa pastinya ramai Muslim yang berlumba lumba untuk m...
Perbanyak Pahala Jangan Lupa 4 Amalan Sunnah Di Bulan Ramadhan

Perbanyak Pahala Jangan Lupa 4 Amalan Sunnah Di Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 324 hits
BULAN suci yang kedatangannya dinantikan oleh seluruh umat Muslim telah tiba Di Indonesia 1 Ramadhan 1441 Hijriah jatuh bertepatan dengan 24 April 2020 Masehi Mulai hari ini umat Muslim pun mulai menjalankan ibadah puasa Di bulan yang penuh...
Hampir 2 Bulan Hilang Di Wuhan Wartawan Akhirnya Tampil Buka Cerita Pkp Covid19 Ramadankareem Ramadhan Ramadanmubarak

Hampir 2 Bulan Hilang Di Wuhan Wartawan Akhirnya Tampil Buka Cerita Pkp Covid19 Ramadankareem Ramadhan Ramadanmubarak

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 6843 hits
Wartawan ini akhirnya tampil memberi penjelasan mengenai kehilangannya SEORANG wartawan yang dilaporkan hilang hampir dua bulan di Wuhan kini muncul kembali Dia merupakan petugas media untuk penyiaran CCTV dan pergi ke wilayah itu untuk mem...
Pengin Nangis Begini Suasana Mekkah Di Bulan Ramadhan Tahun Ini

Pengin Nangis Begini Suasana Mekkah Di Bulan Ramadhan Tahun Ini

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 306 hits
Suasana di Makkah pada Ramadan tahun ini sangat berbeda Tidak ada lagi jamaah yang memenuhi Ka bah seperti bulan Ramadhan di tahun tahun sebelumnya Mekkah sepi Begitu juga dengan Ka bah Semuanya gara gara wabah virus corona Puluhan ribu uma...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah