Pop Mart Terus Perluas Operasi Di Asia Tenggara Dengan Pembukaan Gedung Pertama Di Malaysia


Hi Korang,
POP MART, syarikat hiburan berasaskan watak pemimpin pasaran yang terkenal dengan kotak misterinya, terus mengembangkan sayap operasi globalnya dengan pembukaan gedung terbaharu di Asia Tenggara


Jenama tersebut telah mengalu-alukan penyertaan cawangan runcit terbaharunya hari ini dengan pembukaan rasmi gedung POP MART pertama di Malaysia di tingkat lima pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur (KL) di Jalan Bukit Bintang


Presiden POP MART Global, Justin Moon, telah merasmikan majlis memotong reben bersama Pengarah POP MART South Asia Pte Ltd, Tan Tong Hong, Pengurus Besar POP MART Malaysia Sdn Bhd, Max Tan dan Pengarah Kanan, Bahagian Penyewaan Pavilion KL, Lovell Ho



Malaysia ialah pasaran terbaharu di rantau ini yang menjadi tumpuan POP MART selepas jenama tersebut bertapak di Singapura – gedung POP MART telah dibuka di Funan, Singapura pada 2021. POP MART telah menceburi pasaran Malaysia buat pertama kali pada awal 2021 menerusi gedung e-dagang rentas sempadan. Dalam tempoh dua tahun lepas, syarikat telah mengembangkan pasaran Malaysia dalam usaha membina landasan yang kukuh bagi membuka gedung fizikal tempatan

“Pembukaan gedung Malaysia membuka lembaran baharu dalam peluasan perniagaan POP MART di Asia Tenggara. Malaysia berpotensi besar sebagai sebuah pasaran utama bagi kami selepas Singapura,” kata Moon. “Kedua-dua negara mempunyai budaya tempatan yang sebanding dan juga pasaran pengumpul koleksi mainan seni yang agak besar. Kami boleh memanfaatkan pencapaian kami di Singapura untuk membina operasi di Malaysia, dengan potensi meluaskan perniagaan ke negara-negara jiran yang lain.”


Gedung POP MART Pavilion KL seluas 146 meter persegi (1,569 kps) ini telah direka bentuk untuk menarik hati golongan dewasa muda dan milenial dengan lampu warna RGB berubah-ubah di pintunya dan juga reka hias dalaman yang berwarna-warni dan menarik perhatian. Rangkaian barangan di POP MART Malaysia termasuk produk edisi terhad bagi peminat tempatan seperti DIMOO Mango Jelly (Jeli Mangga) Plus , SKULLPANDA Dark Maid Edisi Terhad 100%, Labubu Shepherd Edisi Terhad 100% dan bahan koleksi popular lain




POP MART juga meraikan satu lagi detik penting hari ini, iaitu hari jadi DIMOO, salah satu IP (harta intelek) utama dan watak paling disayangi jenama ini. Para peminat boleh menebus pelbagai cenderahati DIMOO dengan pembelian yang dibuat dan lebih penting lagi, menjadi antara yang pertama di rantau ini untuk memiliki Siri Retro DIMOO, yang dibawakan secara eksklusif di POP MART Pavilion KL hari ini

POP MART bercadang untuk terus meluaskan pasaran Malaysia dengan membuka lebih banyak gedung fizikal dan mesin layan diri (robo shop) di lokasi-lokasi utama di Malaysia, selain daripada saluran dalam taliannya. Sejak melancarkan perniagaan globalnya pada 2018, POP MART sentiasa memberi keutamaan kepada pasaran Asia Tenggara. Menurut Moon, bagi kebanyakan jenama China yang menceburi pasaran luar negara, Asia Tenggara adalah salah satu daripada pasaran utama buat mereka

“Negara-negara Asia Tenggara telah mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang pesat, penggunanya mempunyai kuasa beli yang besar dan ruang pasarannya agak luas. Dalam pada itu, budaya penduduk di sini begitu terpelbagai, dan mereka sanggup menerima budaya dan produk asing. Tahap pelaburan yang tinggi disertakan oleh sokongan kukuh bagi perusahaan yang dibiayai pelabur asing telah mewujudkan persekitaran perniagaan yang mantap,” tambahnya

"Pasaran Asia Tenggara ialah pasaran yang patut diterokai, dari segi potensi perniagaan di dalam atau di luar talian. Kami bermula di Singapura dan kini menceburi pasaran Malaysia. Kami berharap untuk terus meluaskan pasaran kami di Asia Tenggara dan membina rangkaian jualan di dalam dan di luar talian, dengan menyesuaikan sepenuhnya kepada budaya tempatan,” kata Moon



POP MART Pavilion KL terletak di 5.39, Tingkat 5, Pavilion Kuala Lumpur dan dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam



Mengenai POP MART
POP MART adalah salah satu daripada jenama mainan seni paling popular yang mendapat perhatian dan menjadi kegemaran generasi lebih muda pada hari ini. Terkenal dengan koleksi Kotak Misteri yang luas – dengan setiap kotak memuatkan satu figura misteri yang ditutup kedap untuk memberi kejutan kepada pemilik baharunya – POP MART mengubah tanggapan bahawa mainan adalah untuk kanak-kanak semata-mata. Sejak 2021, POP MART juga telah mengembangkan sayap untuk menceburi pasaran mainan seni mewah dan memperkenalkan Koleksi MEGA untuk memenuhi minat pelbagai pengumpul koleksi mainan seni

Syarikat ini telah bekerjasama degan jenama-jenama terkemuka di dunia, antara lain termasuk Disney, Sanrio, Warner Bros., dan pereka terkenal seperti Kenny, Pucky dan Kasing Lung untuk melancarkan pelbagai produk popular yang berasaskan watak-watak klasik yang menambat hati kumpulan peminat setianya. Bagi memberikan sokongan padu kepada pasaran mainan pereka asasnya, POP MART juga telah menambah baik pengalaman pengguna dengan memperkenalkan permainan mini dan aplet untuk terus menambat hati pelanggan

PDC (POP Design Centre) diasaskan pada 2017 dan memberi tumpuan terhadap IP asli sebagai sebahagian daripada pembangunan karyawan dan rancangan operasi IP global POP MART. PDC telah menarik ramai karyawan berbakat daripada industri media dan hiburan yang berkembang pesat. Dengan sumber yang luas dan pasukan produk profesional, PDC telah memupuk pembangunan ramai karyawan sedang meningkat naik untuk menghasilkan IP mereka sendiri dan menarik perhatian lebih ramai peminat di seluruh dunia menerusi ciri unik masing-masing


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2023/05/pop-mart-terus-perluas-operasi-di-asia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembukaan Gedung Pop Mart Pavilion Kl Gedung Pertama Di Malaysia

Pembukaan Gedung Pop Mart Pavilion Kl Gedung Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 29/5/2023 - jumlah : 166 hits
Pembukaan Gedung POP MART Pavilion KL gedung pertama di Malaysia Assalamualaikum semua POP MART syarikat hiburan berasaskan watak pemimpin pasaran yang terkenal dengan kotak misterinya terus mengembangkan sayap operasi globalnya dengan pemb...
Pop Mart Malaysia Rasmi Gedung Pertama Di Pavilion Kl

Pop Mart Malaysia Rasmi Gedung Pertama Di Pavilion Kl

papar berkaitan - pada 28/5/2023 - jumlah : 250 hits
POP MART Malaysia Rasmi Gedung Pertama Di Pavilion KL POP MART terus perluas operasi di Asia Tenggara dengan pembukaan gedung pertama di Malaysia POP MART syarikat hiburan berasaskan watak pemimpin pasaran yang terkenal dengan kotak misteri...
Pop Mart Buka Outlet Pertama Di Malaysia Pavilion Kl Jadi Pilihan

Pop Mart Buka Outlet Pertama Di Malaysia Pavilion Kl Jadi Pilihan

papar berkaitan - pada 31/5/2023 - jumlah : 156 hits
Siapa kat sini peminat POP MART dan suka kumpul mainan POP MART sebagai koleksi peribadi Ada berita baik untuk korang semua POP MART kini terus perluas operasi di Asia Tenggara dengan pembukaan gedung pertama di Malaysia POP MART merupakan ...
Pop Mart Telah Di Buka Di Pavilion Kl

Pop Mart Telah Di Buka Di Pavilion Kl

papar berkaitan - pada 27/5/2023 - jumlah : 203 hits
POP MART TELAH DI BUKA DI Pavilion KL Berita baik untuk peminat atau collector POP MART POP MART kini telah di buka di Pavilion KLPOP MART TELAH DI BUKA DI Pavilion KLPOP MART Pavilion KL syarikat hiburan berasaskan watak pemimpin pasaran y...
Digelar Idola K Pop Paling Buruk Ini Kisah Ori Yang Ghaib Lepas Persembahan Pertama

Digelar Idola K Pop Paling Buruk Ini Kisah Ori Yang Ghaib Lepas Persembahan Pertama

papar berkaitan - pada 11/5/2023 - jumlah : 171 hits
Pernah tak korang terdengar mengenai kisah seorang idola solo yang hilang dari radar selepas persembahan debut pertamanya di Music Bank ARTIKEL BERKAITAN Itik hodoh Baek Ji hyun ataupun lebih dikenali dengan nama pentas telah memulakan kerj...
Myfirst Langkah Pertama Ke Dunia Teknologi Untuk Anak Ekosistem Teknologi Selamat Dah Ada Di Malaysia

Myfirst Langkah Pertama Ke Dunia Teknologi Untuk Anak Ekosistem Teknologi Selamat Dah Ada Di Malaysia

papar berkaitan - pada 24/5/2023 - jumlah : 194 hits
Memandangkan teknologi dan pengaruh media sosial sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita kanak kanak juga tidak terkecuali daripada penggunaan teknologi myFirst kini dilancarkan di Malaysia dengan menawarkan peranti ekosis...
Pengambilan Jawatan Kosong Pegawai Keselamatan 2023 Di Seluruh Malaysia

Pengambilan Jawatan Kosong Pegawai Keselamatan 2023 Di Seluruh Malaysia

papar berkaitan - pada 22/5/2023 - jumlah : 279 hits
Pengambilan Jawatan Kosong Pegawai Keselamatan 2023 di Seluruh Malaysia Keselamatan merupakan aspek yang amat penting dalam kehidupan kita sehari hari Di seluruh Malaysia penekanan terhadap keselamatan dan kesejahteraan masyarakat adalah ke...
14 Artis Malaysia Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung

14 Artis Malaysia Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung

papar berkaitan - pada 22/5/2023 - jumlah : 419 hits
Baru baru ini Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian pelakon hebat Ridzuan Hashim akibat serangan jantung Ramai yang terkejut kerana arwah merahsiahkan merahsiakan penyakit yang dihidapinya sejak 3 tahun lalu Kalau korang nak tahu sebe...
5 Kudapan Dari Malaysia Timur Untuk Memeriahkan Sambutan Kaamatan Gawai Anda

5 Kudapan Dari Malaysia Timur Untuk Memeriahkan Sambutan Kaamatan Gawai Anda

papar berkaitan - pada 22/5/2023 - jumlah : 211 hits
Hi Korang Kemeriahan menjelang tiba di Malaysia Timur apabila warga tempatan bakal meraikan dua perayaan terbesar mereka Di Sabah dan Labuan Tadau Kaamatan disambut setiap tahun pada 30 dan 31 Mei manakala suku Dayak di Sarawak menyambut Ha...
Pesanan Buat Sang Suami

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Pks Sebut Nama Wali Kota Depok Mohammad Idris Masuk Kandidat Pilkada Jabar

Masih Beraya

Drama Khilaf Yang Tertulis

Continuous Learning



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Kopi Surat Cinta Kota Damansara

8 Aneka Resepi Kuih Tradisional Berasaskan Pisang

Beyond Pregnancy And Weight Loss Maryland Breast Augmentation Solutions

Anwar Mahu Saman Individu Sebar Fitnah Isu Kasino

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Lawatan Ke Arab Saudi Buka Peluang Syarikat Malaysia Sertai Projek Mega