Pop Mart Telah Di Buka Di Pavilion Kl


POP MART TELAH DI BUKA DI Pavilion KL - Berita baik untuk peminat atau collector POP MART ! POP MART kini telah di buka di Pavilion KL


POP MART TELAH DI BUKA DI Pavilion KLPOP MART Pavilion KL, syarikat hiburan berasaskan watak pemimpin pasaran yang terkenal dengan kotak misterinya, terus mengembangkan sayap operasi globalnya dengan pembukaan gedung terbaharu di Asia Tenggara. 
Jenama tersebut telah mengalu-alukan penyertaan cawangan runcit terbaharunya hari ini dengan pembukaan rasmi gedung POP MART pertama di Malaysia di tingkat lima pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur (KL) di Jalan Bukit Bintang. 

Presiden POP MART Global, Justin Moon, telah merasmikan majlis memotong reben bersama Pengarah POP MART South Asia Pte Ltd, Tan Tong Hong, Pengurus Besar POP MART Malaysia Sdn Bhd, Max Tan dan Pengarah Kanan, Bahagian Penyewaan Pavilion KL, Lovell Ho.
Malaysia ialah pasaran terbaharu di rantau ini yang menjadi tumpuan POP MART selepas jenama tersebut bertapak di Singapura – gedung POP MART telah dibuka di Funan, Singapura pada 2021. POP MART telah menceburi pasaran Malaysia buat pertama kali pada awal 2021 menerusi gedung e-dagang rentas sempadan. Dalam tempoh dua tahun lepas, syarikat telah mengembangkan pasaran Malaysia dalam usaha membina landasan yang kukuh bagi membuka gedung fizikal tempatan. 
“Pembukaan gedung Malaysia membuka lembaran baharu dalam peluasan perniagaan POP MART di Asia Tenggara. Malaysia berpotensi besar sebagai sebuah pasaran utama bagi kami selepas Singapura,” kata Moon. “Kedua-dua negara mempunyai budaya tempatan yang sebanding dan juga pasaran pengumpul koleksi mainan seni yang agak besar. Kami boleh memanfaatkan pencapaian kami di Singapura untuk membina operasi di Malaysia, dengan potensi meluaskan perniagaan ke negara-negara jiran yang lain.” 
Gedung POP MART Pavilion KL seluas 146 meter persegi (1,569 kps) ini telah direka bentuk untuk menarik hati golongan dewasa muda dan milenial dengan lampu warna RGB berubah-ubah di pintunya dan juga reka hias dalaman yang berwarna-warni dan menarik perhatian. Rangkaian barangan di POP MART Malaysia termasuk produk edisi terhad bagi peminat tempatan seperti DIMOO Mango Jelly (Jeli Mangga) Plus , SKULLPANDA Dark Maid Edisi Terhad 100%, Labubu Shepherd Edisi Terhad 100% dan bahan koleksi popular lain. 
POP MART juga meraikan satu lagi detik penting hari ini, iaitu hari jadi DIMOO, salah satu IP (harta intelek) utama dan watak paling disayangi jenama ini. Para peminat boleh menebus pelbagai cenderahati DIMOO dengan pembelian yang dibuat dan lebih penting lagi, menjadi antara yang pertama di rantau ini untuk memiliki Siri Retro DIMOO, yang dibawakan secara eksklusif di POP MART Pavilion KL hari ini.

POP MART bercadang untuk terus meluaskan pasaran Malaysia dengan membuka lebih banyak gedung fizikal dan mesin layan diri (robo shop) di lokasi-lokasi utama di Malaysia, selain daripada saluran dalam taliannya. Sejak melancarkan perniagaan globalnya pada 2018, POP MART sentiasa memberi keutamaan kepada pasaran Asia Tenggara. Menurut Moon, bagi kebanyakan jenama China yang menceburi pasaran luar negara, Asia Tenggara adalah salah satu daripada pasaran utama buat mereka. 
“Negara-negara Asia Tenggara telah mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang pesat, penggunanya mempunyai kuasa beli yang besar dan ruang pasarannya agak luas. Dalam pada itu, budaya penduduk di sini begitu terpelbagai, dan mereka sanggup menerima budaya dan produk asing. Tahap pelaburan yang tinggi disertakan oleh sokongan kukuh bagi perusahaan yang dibiayai pelabur asing telah mewujudkan persekitaran perniagaan yang mantap,” tambahnya. 

"Pasaran Asia Tenggara ialah pasaran yang patut diterokai, dari segi potensi perniagaan di dalam atau di luar talian. Kami bermula di Singapura dan kini menceburi pasaran Malaysia. Kami berharap untuk terus meluaskan pasaran kami di Asia Tenggara dan membina rangkaian jualan di dalam dan di luar talian, dengan menyesuaikan sepenuhnya kepada budaya tempatan,” kata Moon. 






POP MART Pavilion KL terletak di 5.39, Tingkat 5, Pavilion Kuala Lumpur dan dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. 
Selanjutnya, tentang info terkini dan promosi. Boleh layari ke media sosial POP MART Facebook | Instagram




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azlindaalin.com/2023/05/pop-mart-telah-di-buka-di-pavilion-kl.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pop Mart Buka Outlet Pertama Di Malaysia Pavilion Kl Jadi Pilihan

Pop Mart Buka Outlet Pertama Di Malaysia Pavilion Kl Jadi Pilihan

papar berkaitan - pada 31/5/2023 - jumlah : 158 hits
Siapa kat sini peminat POP MART dan suka kumpul mainan POP MART sebagai koleksi peribadi Ada berita baik untuk korang semua POP MART kini terus perluas operasi di Asia Tenggara dengan pembukaan gedung pertama di Malaysia POP MART merupakan ...
Pembukaan Gedung Pop Mart Pavilion Kl Gedung Pertama Di Malaysia

Pembukaan Gedung Pop Mart Pavilion Kl Gedung Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 29/5/2023 - jumlah : 167 hits
Pembukaan Gedung POP MART Pavilion KL gedung pertama di Malaysia Assalamualaikum semua POP MART syarikat hiburan berasaskan watak pemimpin pasaran yang terkenal dengan kotak misterinya terus mengembangkan sayap operasi globalnya dengan pemb...
Pop Mart Malaysia Rasmi Gedung Pertama Di Pavilion Kl

Pop Mart Malaysia Rasmi Gedung Pertama Di Pavilion Kl

papar berkaitan - pada 28/5/2023 - jumlah : 258 hits
POP MART Malaysia Rasmi Gedung Pertama Di Pavilion KL POP MART terus perluas operasi di Asia Tenggara dengan pembukaan gedung pertama di Malaysia POP MART syarikat hiburan berasaskan watak pemimpin pasaran yang terkenal dengan kotak misteri...
Pop Mart Terus Perluas Operasi Di Asia Tenggara Dengan Pembukaan Gedung Pertama Di Malaysia

Pop Mart Terus Perluas Operasi Di Asia Tenggara Dengan Pembukaan Gedung Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 25/5/2023 - jumlah : 260 hits
Hi Korang POP MART syarikat hiburan berasaskan watak pemimpin pasaran yang terkenal dengan kotak misterinya terus mengembangkan sayap operasi globalnya dengan pembukaan gedung terbaharu di Asia Tenggara Jenama tersebut telah mengalu alukan ...
Pusat Karaoke Loud Speaker Cawangan Ke 13 Kini Di Buka Di Datum Jelatek

Pusat Karaoke Loud Speaker Cawangan Ke 13 Kini Di Buka Di Datum Jelatek

papar berkaitan - pada 22/5/2023 - jumlah : 274 hits
Hi Korang Mana dia kaki karok karok yang hebat nieh Meh sini kak lily nak citer mengenai pusat karaoke Loudspeaker yang kini mula mencipta nama di Lembah Klang Cawangan terkini jenama pusat karaoke terkenal Loud Speaker di pusat beli belah ...
Zahid Buka Pintu Bn Kepada Parti Punjabi Dan Lain Lain

Zahid Buka Pintu Bn Kepada Parti Punjabi Dan Lain Lain

papar berkaitan - pada 22/5/2023 - jumlah : 105 hits
freemalaysiatoday com 22 May 2023Pengerusi BN itu berkata gabungan itu perlu terbuka kepada sebarang kemungkinan untuk mengukuhkan kedudukannya Presiden BN Zahid Hamidi bersama masyarakat Sikh dan Punjabi pada sambutan Vaisakhi semalam PETA...
Buka Pameran Seni Artos Nusantara Bupati Ipuk Momentum Dukung Industri Kreatif

Buka Pameran Seni Artos Nusantara Bupati Ipuk Momentum Dukung Industri Kreatif

papar berkaitan - pada 21/5/2023 - jumlah : 89 hits
Ipuk menyebut pameran lukisan ArtOs Nusantara yang digelar selama 9 hari ini sekaligus menjadi panggung bagi para seniman Banyuwangi untuk berkolaborasi dengan seniman nasional
Demi Sara Anak Isteri Virgoun Terpaksa Buka Purdah Atas Urusan Kerja

Demi Sara Anak Isteri Virgoun Terpaksa Buka Purdah Atas Urusan Kerja

papar berkaitan - pada 23/5/2023 - jumlah : 118 hits
Inara Rusli yang merupakan isteri kepada penyanyi terkenal Indonesia yang sedang mengalami kemelut rumah tangga membuat keputusan untuk bekerja demi kelangsungan hidup anak anak Dia yang sebelum ini mengenakan purdah dalam kehidupan seharia...
Buka Bukaan Erick Thohir Rp9 5 Triliun Dana Pensiun Bumn Salah Investasi

Buka Bukaan Erick Thohir Rp9 5 Triliun Dana Pensiun Bumn Salah Investasi

papar berkaitan - pada 26/5/2023 - jumlah : 87 hits
Erick melaporkan Kementerian BUMN sudah ambil tindakan terhadap kasus korupsi dapen BUMN Namun dia menegaskan tidak semua dana pensiun tersebut terindikasi korupsi
Drama Kiblat Ke Syurga

Raya Dikampung

Hukum Mengerjakan Solat Sunat Istisqa Sedangkan Hujan Telah Turun

Makan Cendol Di Bismillah Cendol Taiping

Bersatu Sedang Tidur

Sarawak Spouse Visa Not Valid For Widowed Divorced Men From Peninsula

Lirik Lagu Palsu Nyanyian Syazwan Syahmi

Pendaftaran Brand Asing Mendorong Perusahaan Untuk Terus Berinovasi Dan Meningkatkan Kualitas Produk



Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal


Lepak Makan Aneka Diy Mee Segera Di Restoran Maggie Queue 24 Jam

Vivo Unveils The Perfect Night Party 2024 At Zepp Kuala Lumpur

Jersey Klub Sepak Bola Sebuah Simbol Kebanggaan Dan Identitas

Kreativiti Tanpa Had Rahsia Rekaan Print Kotak Yang Mengagumkan

Tingkatkan Jenama Anda 10 Kelebihan Pembungkusan Kotak Kosmetik Yang Perlu Anda Ketahui

Idea Potluck Jamuan Sekolah Anak