Pop Mart Buka Outlet Pertama Di Malaysia Pavilion Kl Jadi Pilihan


Siapa kat sini peminat POP MART dan suka kumpul mainan POP MART sebagai koleksi peribadi? Ada berita baik untuk korang semua. POP MART kini terus perluas operasi di Asia Tenggara dengan pembukaan gedung pertama di Malaysia. POP MART merupakan syarikat hiburan berasaskan watak pemimpin pasaran yang terkenal dengan kotak misterinya, terus mengembangkan sayap operasi globalnya dengan pembukaan gedung terbaharu di Asia Tenggara


POP MART mengalu-alukan penyertaan cawangan runcit terbaharu mereka dengan pembukaan rasmi gedung POP MART pertama di Malaysia di tingkat 5 pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur (KL) di Jalan Bukit Bintang

Presiden POP MART Global, Justin Moon, telah merasmikan majlis memotong reben bersama Pengarah POP MART South Asia Pte Ltd, Tan Tong Hong, Pengurus Besar POP MART Malaysia Sdn Bhd, Max Tan dan Pengarah Kanan, Bahagian Penyewaan Pavilion KL, Lovell Ho


Malaysia ialah pasaran terbaharu di rantau ini yang menjadi tumpuan POP MART selepas jenama tersebut bertapak di Singapura. Gedung POP MART telah dibuka di Funan, Singapura pada 2021. POP MART telah menceburi pasaran Malaysia buat pertama kali pada awal 2021 menerusi gedung e-dagang rentas sempadan. Dalam tempoh dua tahun lepas, syarikat telah mengembangkan pasaran Malaysia dalam usaha membina landasan yang kukuh bagi membuka gedung fizikal tempatan


“Pembukaan gedung Malaysia membuka lembaran baharu dalam peluasan perniagaan POP MART di Asia Tenggara. Malaysia berpotensi besar sebagai sebuah pasaran utama bagi kami selepas Singapura,” kata Moon. “Kedua-dua negaramempunyai budaya tempatan yang sebanding dan juga pasaran pengumpul koleksi mainan seni yang agak besar. Kami boleh memanfaatkan pencapaian kami di Singapura untuk membina operasi di Malaysia, dengan potensimeluaskan perniagaan ke negara-negara jiran yang lain.”
Gedung POP MART Pavilion KL seluas 146 meter persegi(1,569 kps) ini telah direka bentuk untuk menarik hati golongan dewasa muda dan milenial dengan lampu warna RGB berubah-ubah di pintunya dan juga reka hias dalaman yang berwarna-warni dan menarik perhatian. Rangkaian barangan di POP MART Malaysia termasuk produk edisi terhad bagi peminat tempatan seperti DIMOO Mango Jelly (Jeli Mangga) Plus , SKULLPANDA Dark Maid Edisi Terhad 100%, Labubu Shepherd Edisi Terhad 100% dan bahan koleksi popular lain


POP MART juga meraikan satu lagi detik penting hari ini, iaitu hari jadi DIMOO, salah satu IP (harta intelek) utama dan watak paling disayangi jenama ini. Para peminat boleh menebus pelbagai cenderahati DIMOO dengan pembelian yang dibuat dan lebih penting lagi, menjadi antara yang pertama di rantau ini untuk memiliki Siri Retro DIMOO, yang dibawakan secara eksklusif di POP MART Pavilion KL hari ini

POP MART bercadang untuk terus meluaskan pasaran Malaysia dengan membuka lebih banyak gedung fizikal dan mesin layan diri (robo shop) di lokasi-lokasi utama di Malaysia, selain daripada saluran dalam taliannya. Sejak melancarkan perniagaan globalnya pada 2018, POP MARTsentiasa memberi keutamaan kepada pasaran Asia Tenggara. Menurut Moon, bagi kebanyakan jenama China yangmenceburi pasaran luar negara, Asia Tenggara adalah salah satu daripada pasaran utama buat mereka


“Negara-negara Asia Tenggara telah mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang pesat, penggunanya mempunyai kuasa beli yang besar dan ruang pasarannya agak luas. Dalam pada itu, budaya penduduk di sini begitu terpelbagai, dan mereka sanggup menerima budaya dan produk asing. Tahap pelaburan yang tinggi disertakan oleh sokongan kukuh bagi perusahaan yang dibiayai pelabur asing telah mewujudkan persekitaran perniagaan yang mantap,” tambahnya


"Pasaran Asia Tenggara ialah pasaran yang patut diterokai, dari segi potensi perniagaan di dalam atau di luar talian. Kami bermula di Singapura dan kini menceburi pasaran Malaysia. Kami berharap untuk terus meluaskan pasaran kami di Asia Tenggara dan membina rangkaian jualan di dalam dan di luar talian, dengan menyesuaikan sepenuhnya kepada budaya tempatan,” kata Moon

POP MART Pavilion KL terletak di 5.39, Tingkat 5, Pavilion Kuala Lumpur dan dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagihingga 10.00 malam


Mengenai POP MART
POP MART adalah salah satu daripada jenama mainan seni paling popular yang mendapat perhatian dan menjadi kegemaran generasi lebih muda pada hari ini. Terkenal dengan koleksi Kotak Misteri yang luas – dengan setiap kotak memuatkan satu figura misteri yang ditutup kedap untuk memberi kejutan kepada pemilik baharunya – POP MART mengubah tanggapan bahawa mainan adalah untuk kanak-kanak semata-mata. Sejak 2021, POP MART juga telah mengembangkan sayap untuk menceburi pasaran mainan seni mewah dan memperkenalkan Koleksi MEGA untuk memenuhi minat pelbagai pengumpul koleksi mainan seni

Syarikat ini telah bekerjasama degan jenama-jenama terkemuka di dunia, antara lain termasuk Disney, Sanrio, Warner Bros., dan pereka terkenal seperti Kenny, Pucky danKasing Lung untuk melancarkan pelbagai produk popular yang berasaskan watak-watak klasik yang menambat hati kumpulan peminat setianya. Bagi memberikan sokongan padukepada pasaran mainan pereka asasnya, POP MART juga telah menambah baik pengalaman pengguna dengan memperkenalkan permainan mini dan aplet untuk terus menambat hati pelanggan

PDC (POP Design Centre) diasaskan pada 2017 dan memberi tumpuan terhadap IP asli sebagai sebahagian daripada pembangunan karyawan dan rancangan operasi IP global POP MART. PDC telah menarik ramai karyawan berbakat daripada industri media dan hiburan yang berkembang pesat. Dengan sumber yang luas dan pasukan produk profesional, PDC telah memupuk pembangunan ramai karyawan sedang meningkat naik untuk menghasilkan IP mereka sendiri dan menarik perhatian lebih ramai peminat di seluruh dunia menerusi ciri unik masing-masing


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.penaberkala.com/2023/05/pop-mart-buka-outlet-pertama-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembukaan Gedung Pop Mart Pavilion Kl Gedung Pertama Di Malaysia

Pembukaan Gedung Pop Mart Pavilion Kl Gedung Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 29/5/2023 - jumlah : 166 hits
Pembukaan Gedung POP MART Pavilion KL gedung pertama di Malaysia Assalamualaikum semua POP MART syarikat hiburan berasaskan watak pemimpin pasaran yang terkenal dengan kotak misterinya terus mengembangkan sayap operasi globalnya dengan pemb...
Pop Mart Malaysia Rasmi Gedung Pertama Di Pavilion Kl

Pop Mart Malaysia Rasmi Gedung Pertama Di Pavilion Kl

papar berkaitan - pada 28/5/2023 - jumlah : 251 hits
POP MART Malaysia Rasmi Gedung Pertama Di Pavilion KL POP MART terus perluas operasi di Asia Tenggara dengan pembukaan gedung pertama di Malaysia POP MART syarikat hiburan berasaskan watak pemimpin pasaran yang terkenal dengan kotak misteri...
Pop Mart Terus Perluas Operasi Di Asia Tenggara Dengan Pembukaan Gedung Pertama Di Malaysia

Pop Mart Terus Perluas Operasi Di Asia Tenggara Dengan Pembukaan Gedung Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 25/5/2023 - jumlah : 259 hits
Hi Korang POP MART syarikat hiburan berasaskan watak pemimpin pasaran yang terkenal dengan kotak misterinya terus mengembangkan sayap operasi globalnya dengan pembukaan gedung terbaharu di Asia Tenggara Jenama tersebut telah mengalu alukan ...
Pop Mart Telah Di Buka Di Pavilion Kl

Pop Mart Telah Di Buka Di Pavilion Kl

papar berkaitan - pada 27/5/2023 - jumlah : 203 hits
POP MART TELAH DI BUKA DI Pavilion KL Berita baik untuk peminat atau collector POP MART POP MART kini telah di buka di Pavilion KLPOP MART TELAH DI BUKA DI Pavilion KLPOP MART Pavilion KL syarikat hiburan berasaskan watak pemimpin pasaran y...
Myfirst Langkah Pertama Ke Dunia Teknologi Untuk Anak Ekosistem Teknologi Selamat Dah Ada Di Malaysia

Myfirst Langkah Pertama Ke Dunia Teknologi Untuk Anak Ekosistem Teknologi Selamat Dah Ada Di Malaysia

papar berkaitan - pada 24/5/2023 - jumlah : 194 hits
Memandangkan teknologi dan pengaruh media sosial sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita kanak kanak juga tidak terkecuali daripada penggunaan teknologi myFirst kini dilancarkan di Malaysia dengan menawarkan peranti ekosis...
Anwar Pilihan Tertinggi Paling Sesuai Pimpin Malaysia

Anwar Pilihan Tertinggi Paling Sesuai Pimpin Malaysia

papar berkaitan - pada 31/5/2023 - jumlah : 169 hits
SILA JANGAN KOYAK Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pilihan tertinggi sebagai individu yang paling sesuai untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ketika ini Dapatan tersebut diperoleh hasil tinjauan pendapat awam yang dijalankan oleh Endeavou...
Anwar Ph Kekal Pilihan Utama Pengundi Malaysia

Anwar Ph Kekal Pilihan Utama Pengundi Malaysia

papar berkaitan - pada 2/6/2023 - jumlah : 172 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pilihan utama pengundi di negara ini untuk mentadbir negara manakala Pakatan Harapan masih merupakan koalisi utama politik untuk diangkat sebagai kerajaan Dapatan itu diperolehi dalam tinjaua...
Best Hybrid Sunscreen Malaysia 2023 Pilihan Saya Krim Muka Sunscreen Terbaik Untuk Kulit Berminyak Semua Jenis Kulit

Best Hybrid Sunscreen Malaysia 2023 Pilihan Saya Krim Muka Sunscreen Terbaik Untuk Kulit Berminyak Semua Jenis Kulit

papar berkaitan - pada 19/5/2023 - jumlah : 237 hits
Panas betul cuaca sekarang Keluar sekejap untuk daftar sekolah Ameera tadi pun terasa perit mata saya akibat menahan panahan cahaya matahari terik di atas kepala Tapi kalau dulu saya memang elakkan untuk keluar rumah pada waktu panas terik ...
X Man Once Said The Ringgit S Dissipating Value Demonstrates That The World Has Lost Confidence In Malaysia

X Man Once Said The Ringgit S Dissipating Value Demonstrates That The World Has Lost Confidence In Malaysia

papar berkaitan - pada 25/5/2023 - jumlah : 301 hits
Yes thats what he said not too long ago Well today the Ringgit has crashed to RM4 62 to the US Dollar Here is that quote from X man leitmotif noun a recurrent theme throughout a musical or literary composition associated with a particular p...
Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

The Hardest Singing Show

Cerita Foto Sepanjang Minggu

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Jadilah Wanita Yang Mahal Thalia Baiduri Harap Wanita Jaga Darjat Jangan Bergaduh Kerana Buaya

Jpsm Mengesahkan Kegiatan Pembalakan Di Bukit Beserah Berlaku Dalam Kawasan Tanah Persendirian

Kkb Polls Indians And The Futility Of Voting



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Baby Car Seat Malaysia Safety Standards What Parents Need To Know

Antara Momen Yang Umi Akan Rindu

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Leave Pang Alone Skjcs Aren T Illegal Umno Man Tells Fadhli

Titah Hasrat Dan Pandangan Tuanku