5 Kudapan Dari Malaysia Timur Untuk Memeriahkan Sambutan Kaamatan Gawai Anda


Hi Korang,
Kemeriahan menjelang tiba di Malaysia Timur apabila warga tempatan bakal meraikan dua perayaan terbesar mereka. Di Sabah dan Labuan, Tadau Kaamatan disambut setiap tahun pada 30 dan 31 Mei, manakala suku Dayak di Sarawak menyambut Hari Gawai pada 1 dan 2 Jun

Sungguhpun Tadau Kaamatan dan Hari Gawai meraikan tamatnya musim menuai padi, sebenarnya terdapat perbezaan ketara dari segi tradisi dan upacara antara dua perayaan ini. Tadau Kaamatan meraikan hubungan antara Pencipta dan Ciptaan, yang diceritakan melalui lagenda pengorbanan Huminodun - seorang gadis cantik yang sanggup mengubah tubuhnya menjadi makanan dan tanaman subur bagi menyelamatkan manusia daripada kebuluran. Hari Gawai pula bertumpu pada persembahan dan upacara yang menzahirkan kesyukuran atas hasil tuaian yang melimpah ruah, di samping meraikan umat manusia, ‘semangat’ padi, dan unsur-unsur lain yang melambangkan alam semula jadi

Memandangkan Tadau Kaamatan dan Hari Gawai sinonim dengan hasil tuaian lumayan, tidak hairanlah makanan merupakan antara aspek yang paling dinanti-nantikan. Sempena cuti perayaan ini, pastinya ramai di antara kita yang tidak sabar lagi untuk berkumpul dengan keluarga serta sahabat karib sambil menikmati pelbagai makanan lazat. Namun, harus diingat bahawa pemakanan tanpa kawalan semasa perayaan boleh menyebabkan peningkatan berat badan, tekanan dan kegelisahan. Kerana itu, pengamalan snek bijak yang merujuk kepada tabiat makan dengan niat dan perhatian, memfokuskan pada detik sekarang, dan menikmati makanan dengan semua pancaindera untuk mengelakkan terlebih makan amatlah disarankan

Di sini, mari kenali lima kudapan unik dari Sabah dan Sarawak yang wajib anda cuba, dan sambil-sambil itu terapkan juga amalan snek bijak ketika menikmatinya:

1. Kuih Sarang Semut atau Kuih JalaSumber: Pengguna Facebook - Senia Raniah
Sarang Semut dari Sarawak yang mirip dengan Kuih Karas dari Semenanjung Malaysia ini diperbuat daripada adunan tepung pulut, tepung ubi kayu, dan gula. Ia digoreng panjang dan nipis, dan memiliki tekstur yang lembut dan sedikit kenyal. Kuih ini turut dikenali sebagai Kuih Jala, dan menjadi kegemaran kanak-kanak mahupun orang dewasa kerana tekstur dan rasanya yang lazat. Ketika menikmatinya, kami mencadangkan agar anda menghayati setiap gigitan, kunyahan dan rasa kuih Sarang Semut yang rangup ini untuk meningkatkan meningkatkan kepuasan makan anda


2. PengananSumber: Hantara Blog – Che Nom
Penganan dari Sarawak merupakan makanan tradisional yang dibuat dengan menggoreng adunan tepung beras, gula, dan santan. ‘Kek mini’ ini rasanya manis-manis dan sedikit masin, dengan memiliki bahagian luar yang rangup namun bahagian dalam yang lembut lagi kenyal. Ia sesuai dijamah ketika masih panas, tapi disebabkan ianya makanan bergoreng, amalkan kesederhanaan dan kawalan porsi dengan menikmati sekeping sahaja pada satu-satu masa


3. Hinompuka (Kuih pulut kukus)Sumber: Pengguna Facebook – Debbie Debra D
Hinopuka merupakan makanan tradisi Kadazan yang lazat. Kuih pulut kukus melekit yang dibalut dengan daun pisang ini manis dan lemak berkrim dengan tekstur kenyal. Sesetengah resipi menggunakan santan untuk meningkatkan lagi rasa lemak berkrim, dan ada juga yang menggunakan gula merah untuk menambahkan rasa manis. Rasanya yang unik juga terhasil daripada penambahan ekstrak pandan, pisang atau keladi parut ke dalam adunan, menjadikannya pemanis atau kudapan yang sesuai bagi anda yang menggemari perisa yang lebih halus. Selain mengawal kuantiti makanan, tingkatkanlah kepuasan deria anda dengan mengelakkan gangguan dan nikmati makanan anda dengan perlahan-lahan. Sebelum mencapai kepingan hinompuka yang seterusnya, semak dengan diri sama ada anda sebenarnya sudah puas dengan kuantiti yang dimakan tadi


4. TebaloiSource: Facebook User – Tebaloi Mukah Sarawak
Tebaloi atau biskut sagu merupakan makanan tradisional masyarakat Melanau, namun turut mendapat permintaan tinggi dari serata Borneo. Diperbuat dari tepung sagu, kelapa, gula dan telur, tebaloi boleh didapati dalam pelbagai perisa dan warna-warna menarik. Nikmati kepingan tebaloi anda dalam porsi yang sederhana sambil menghayati tekstur, warna serta rasanya yang unik hasil dari panggangan kayu api untuk meningkatkan pengalaman gastronomi anda


5. BambanganSumber: Pengguna Shopee – astcatalieya
Buah istimewa dari kepulauan Borneo ini sering dikelirukan dengan mangga. Ia memiliki kulit coklat tebal dan haruman yang tersendiri, dan boleh dimakan masak atau dituai mentah untuk dijeruk dengan garam, parut biji bambangan, dan potongan cili untuk menghasilkan hidangan seperti Hinava Ginapan untuk Tadau Kaamatan. Jika dimakan begitu sahaja, bambangan mempunyai rasa masam dan unik yang serupa dengan mangga atau nangka. Sama ada dinikmati mentah, dimasak atau dijeruk, nikmatilah setiap kunyahan dengan penuh perhatian dan lebih perlahan untuk meningkatkan kepuasan makan anda

Mencuba kudapan-kudapan lazat ini merupakan cara terbaik untuk menghayati kekayaan warisan budaya sambutan Kaamatan dan Gawai, sambil memuaskan selera makan anda. Dengan begitu banyak makanan lazat untuk dinikmati bersama orang tersayang, jangan lupa untuk mengamalkan tabiat snek bijak – bahagikan porsi kudapan sebelum makan, dan kurangkan atau elakkan gangguan untuk menumpukan sepenuh perhatian pada nikmat makanan anda. Amalan snek bijak ini sebenarnya boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja, tidak kira di mana jua, dan pada bila bila masa

Amalan snek bijak semasa musim perayaan bukan sahaja membolehkan anda menikmati makanan anda dengan sepenuh hati, tetapi juga membantu anda menjalani gaya hidup lebih sihat. Menurut satu laporan tentang tabiat snek global oleh Mondelēz International, 78% orang pada hari ini lebih cenderung mengambil masa untuk menikmati snek mereka, manakala 61% berkongsi mereka meluangkan masa untuk membahagikan porsi makanan sebelum makan. Adakah anda salah seorang daripada mereka? 
Kenali amalan snek bijak serta manfaat-manfaatnya di www.snackmindful.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2023/05/5-kudapan-dari-malaysia-timur-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maximum One Way Airfare Of Rm300 For Kaamatan Gawai Festivals

Maximum One Way Airfare Of Rm300 For Kaamatan Gawai Festivals

papar berkaitan - pada 18/5/2023 - jumlah : 190 hits
A total of 17 708 one way flight tickets from the peninsula to Sabah or Sarawak will be sold at a maximum price of RM300 in conjunction with the Kaamatan Festival and Gawai Day Transport Minister Anthony Loke said the special price is offer...
Teks Perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke 52 Tahun 2023

Teks Perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke 52 Tahun 2023

papar berkaitan - pada 16/5/2023 - jumlah : 334 hits
TEKS PERUTUSAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE 52 TAHUN 2023 mknaceunlimited mknace thecoloursoflife terbaeekkk kipidap blogger photography photoblog SJCAM SJ4000 J3 Samsung Fujifil...
Pelancong Malaysia Maut Jatuh Air Terjun Di Jawa Timur

Pelancong Malaysia Maut Jatuh Air Terjun Di Jawa Timur

papar berkaitan - pada 12/5/2023 - jumlah : 176 hits
KAWASAN air terjun Tumpak Sewu mempunyai pemandangan yang menarik tetapi sangat berbahaya dan curam AGENSILUMAJANG Pelancong dari Malaysia berusia 58 tahun yang dilaporkan meninggal dunia di air terjun Tumpak Sewu di Desa Sidomulyo di Jawa ...
Govt Shouldn T Force Epf To Invest Heavily In Malaysia Say Shahril Kj

Govt Shouldn T Force Epf To Invest Heavily In Malaysia Say Shahril Kj

papar berkaitan - pada 11/5/2023 - jumlah : 235 hits
In 2021 the bulk of EPF s revenues came from its foreign investments which constitute 37 of its portfolio PETALING JAYA Umno s Shahril Hamdan has urged the government not to ask EPF to invest more heavily in Malaysia as its overseas investm...
Ayam Tandoori Paling Sedap Pernah Saya Makan Di Malaysia Ada Di Shah Alam

Ayam Tandoori Paling Sedap Pernah Saya Makan Di Malaysia Ada Di Shah Alam

papar berkaitan - pada 11/5/2023 - jumlah : 215 hits
Kali pertama saya dengar nama makanan ayam tandoori ni lama dulu ketika baru datang ke Lembah Kelang Masa itu seorang kawan belanja makan di Bangsar Dia order ayam tandoori dan roti nan Kami makan kat gerai saja Ketika itu masih ada lagi ka...
Malaysia Madani Perlukan Sokongan Padu Rakyat Kelantan Pm

Malaysia Madani Perlukan Sokongan Padu Rakyat Kelantan Pm

papar berkaitan - pada 13/5/2023 - jumlah : 231 hits
malaysiakini comKerajaan Perpaduan mengharapkan sokongan dan komitmen yang padu daripada seluruh rakyat Kelantan dalam merealisasikan agenda membangunkan Malaysia MADANI Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia merupakan wadah be...
Terrorism Malaysia Will Remain Vigilant Despite Improving Rankings

Terrorism Malaysia Will Remain Vigilant Despite Improving Rankings

papar berkaitan - pada 11/5/2023 - jumlah : 165 hits
Malaysia does not want to be complacent and will continue to step up monitoring of terrorist activities even though it is improving in the Global Terrorism Index said Deputy Prime Minister Ahmad Zahid Hamidi In a press conference after chai...
Altus Malaysia Driving Business Success Through Innovative Technology Solutions

Altus Malaysia Driving Business Success Through Innovative Technology Solutions

papar berkaitan - pada 12/5/2023 - jumlah : 203 hits
Altus Malaysia is a leading provider of innovative technology solutions that empower businesses across Malaysia to achieve operational excellence enhance productivity and drive sustainable growth With a focus on transformation and cutting e...
Guardian Malaysia Merainkan Chnese New Year Own Your Year Of Togetherness

Kuih Batil Pisang Sambil Buat Teringat Kenangan Lama

Royal Addendum Remarks Cops Complete Taking Kj S Statement Says Igp

The Minimalist Renter S Guide To Decluttering Your Space After The Holidays

Sup Tauhu Jepun Dengan Kobis Menyegarkan

Amira Othman Duta Jenama Varisha Lancar Koleksi Raya Series Dan Lagu Baru Bila Nak Kahwin

Clarify Stand On Ties With Bn Umno Man Tells Sabah Ph

18 Foto Ilustrasi Ragam Masyarakat Moden Hari Ini Olahan John Holcroft


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe


Intervensi Solusi Mendepani Depresi Generasi Kini

Keunikan Pasar Tradisional Nat Pokok Getah Arau Perlis

Bunga Kantan Dan Daun Kesom

Anak Menteri Nikah Di Negara Jiran Kata Kpn

14 Januari 2020 14 Januari 2025 Cukup 5 Tahun

Anwar Ditegur Cuba Heret Pm Terdahulu Dalam Kemelut Titah Adendum Najib