Pompuan Mana La Nak Wat Ko Jadi Laki Geram Watak Syazwan Hashtag Kecampali Trending Sampaikan
Siapa sangka, drama ‘Pujaan Hati Kanda’ pula menjadi drama viral pada tahun ini sehingga menimbulkan pelbagai kemarahan netizen terhadap segelintir watak menerusi drama tersebut.
Jika sebelum ini, drama bertajuk Jangan Benci Cintaku sering viral di media sosial, kini giliran ‘Pujaan Hati Kanda’ pula menjadi drama pilihan netizen.
Selain Mira Filzah dan Remy Ishak, watak yang buat ramai geram adalah dilakonkan oleh Syazwan Zulkifly sebagai Pali.
Ingat Pali tak boleh jadi kanda macam kanda Remy Ishak?..
Membawa watak antagonis, Syazwan juga dipuji sebagai pelakon watak jahat yang terbaik sehingga hashtag ‘Kecam Pali’ turut trending.
Alhamdulillah… terima kasih semua team…
Di ruangan komen juga, watak lakonannya menerusi drama Pujaan Hati Kanda turut dikecam. Mana taknya, lakonan Syazwan sebagai Pali cukup menjadi sehingga dia turut menerima pujian daripada netizen.
Tahniah Pali
“Jangan Buat Pemahaman Sendiri, Cuba Tanya,” – Respon Syazwan Zulkifli Bila Ada Salah Sangka Fasal Aksinya di Pujaan Hati Kanda
Nama pelakon, Syazwan Zulkifly kini hangat diperkatakan berikutan watak Pali yang dibawanya dalam drama Pujaan Hati Kanda.
Berikutan asyik trending di laman Twitter, Syazwan sempat memuat naik entri penghargaan di laman Instagramnya.
“Sebelum saya keluar dalam drama #pujaanhatikanda , saya dapat banyak pertanyaan antaranya adalah kenapa dah lama tak nampak kat tv?dah berhenti berlakon ke? atau dah lama tak nampak berlakon bro.
“Drama #pujaanhatikanda adalah drama bersiri pertama saya untuk tahun 2018 dan memulakan pengambaran pada bulan October 2018.
“Tahun 2018 adalah tahun yang agak struggle untuk saya, bayangkan bulan 10 baru ada satu projek drama rantaian untuk saya. Itulah alasan kenapa lama tak nampak saya kat TV.
“Terima kasih yang tak terhingga kerana masih lagi percaya dengan bakat yang tak seberapa ini.
“Sepanjang menjayakan drama ini, saya hanya ada satu benda yang saya pegang, ”saya akan bermain dengan character ini sebaik yang saya mampu dengan ikhlasnya’.
“Dengan bantuan dan kepercayaan pengarah drama ini yang saya anggap seperti abang saya iaitu @eoonshuhaini dan juga seluruh team #pujaanhatikanda, itulah character #pali yang termampu saya hasilkan.
Pada masa sama, pelakon ini turut berterima kasih kepada stesen televisyen yang selama ini percaya akan hasil kerjanya.
“Kepada yang selama ini perasan lama ketiadaan saya di kaca TV saya ucapkan terima kasih kerana masih ingin melihat saya beraksi di TV dan terima kasih atas tweet-tweet #kecampali untuk hari ini hingga trending.
“Teruskan support drama ini sehingga ke akhir episode. Saya anggap ini adalah hadiah dan permualaan yang baik untuk saya pada tahun 2019 ini. Alhamdulillah dan terima kasih semua,” tulisnya.
Bagaimanapun, dia kesal apabila ada pihak yang salah faham dan beranggapan bahawa drama tersebut merupakan ‘job’ pertamanya untuk tahun lalu.
Susulan itu, dia meluahkan kekesalan itu di laman Twitternya.
“Jangan buat pemahaman sendiri. Cuba call saya and tanya. PHK adalah drama rantaian pertaama saya untuk 2018,bukan job pertama saya 2018.
“Silap faham nanti org akan kata saya nak raih simpati,” tulisnya.
Drama tersebut kini sedang hangat bersiaran dan sering trending setiap episod yang ditayangkan di laman media sosial.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Jangan Lupa Juga Untuk Like Page Kami @mymediaohsem
Terima Kasih!
Foto/Instagram: Syazwan Zulkifly
Sumber: Syazwan Zulkifly via HCL © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM
Sumber “Pompuan Mana La Nak Wat Ko jadi Laki..”- Geram Watak Syazwan, Hashtag KecamPali Trending Sampaikan..
Buju Kurung Exclusive Untuk Wanita Berkerjaya
Terbongkar Cara Blogger Dapatkan Organic Traffic Unlimited.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://encikpenyu.blogspot.com/2019/01/pompuan-mana-la-nak-wat-ko-jadi-laki.html