Macam Mana Nak Ranking Website No 1 Di Google
“ Kajian akademik pada tahun 2009 oleh Van Deursen & Van
Dijk, 91% pencari di Google TIDAK akan beralih selain halaman pertama carian
dan LEBIH 50% tidak akan mencari selain 3 hasil carian teratas.”
Maksudnya, TAK ramai orang akan pergi ke halaman kedua dan
ketiga, dan pada halaman pertama, hanya tiga yang teratas sahaja mempunyai
peluang besar untuk diklik.
Dalam satu analisis, carian yang dilakukan di seluruh dunia
untuk satu saat adalah 63,000 carian. Satu minit 38 juta carian. Satu jam 228
juta carian. Dan satu hari 5.5 billion carian. Wow, dasyat bukan.
Boleh kata Google ini ialah PASAR peniaga. Apa sahaja
masalah orang akan search. Jika kita boleh bagi penyelesaian pada masalah
orang. Orang akan datang pada kita.
Yang penting kita perlu ada website. Kenapa website? Sebab
kita akan push orang untuk datang ke website kita apabila mereka buat carian.
Kalau nak orang masuk website kita, kita kena ada pada
ranking No 1. Ada website, tapi orang tak masuk sebab orang tak kenal kita.
Jadi kita perlu kenalkan website kita pada orang. Macam mana
nak bagi ranking kita No 1? Ha ni nak kongsi sikit.
Di laman carian (result page) Google, ada dua jenis hasil
carian. SEO dan SEM.
SEO – Search Engine Optimisation.SEO adalah proses dalam mendapatkan hasil carian secara percuma. Atau dipanggil “organic”. Contohnya, kita letak keyword yang orang nak dalam website kita. Bila orang search keyword tersebut. Akan keluar website kita.
.
SEM – Search Engine MarketingSEM pula adalah proses mendapatkan hasil carian
secara berbayar. Caranya adalah dengan kita memasang iklan pada Google. Atau
dipanggil Google Adwords.
Apa perbezaan SEO dan SEM?
Banyak perbezaan antara SEO dan SEM ni. Banyak kelebihan
kalau kita guna SEM. Ada Pro and Cons. Antara perbezaannya adalah dari segi:
Kecepatan masa untuk berada di kedudukan teratas.Kalau guna SEO – sangat lambat. Maybe ambil masa 5 atau 6 bulan. Maybe juga makan tahun. Guna SEM – sangat cepat. 5 minit boleh settle.
Faktor untuk berada di kedudukan teratas.SEO – 200 lebih faktor. Macam2 nak setting. SEM
– Hanya 3 faktor. Ngam 3 faktor ni. PUMM! Website ada pada ranking no 1!
.
Hasil carian.SEO – Hanya di Google sahaja. SEM – Banyak
channel lain selain Google. Youtube, Android, Gmail, dan macam-macam lagi.
.
Kadar bayaran.SEO – Free. SEM – Berbayar. Ha yang ni je lah
kelebihan SEO. Sebab dia free.
.
Jadi bagi peniaga yang ada website tu, fikirkan pasal SEO
dan SEM ni ya. Kalau nak website ada pada ranking no 1 di Google, boleh setkan
SEO atau SEM ni pada website anda.
Okay, sampai sini dulu perkongsian kali ni. Semoga bermanfaat
Sila kongsikan kepada rakan-rakan anda dengan klik button SHARE di bawah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rafiqhasrudin.com/macam-mana-nak-ranking-website-no-1-di-google/