Politik Kita Dok Diam Diam Undi Hak Kita 9175



Mengapa Sikap Rasis Menjadi-Jadi, Tanya Asyraf Wajdi 
Feb 19, 2019
SHAH ALAM – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan mengapa di zaman kerajaan PH, semakin menjadi-jadi sikap rasis dan tindakan penghinaan terhadap Islam.Malah dakwanya, sekiranya kesalahan itu dilakukan terhadap bangsa tertentu pasti tindakan segera dilakukan oleh penguat kuasa
“Rakyat tentunya tertanya-tanya kenapakah di zaman kerajaan PH yang kononnya peneraju Malaysia Baharu kini, makin menjadi-jadi sikap rasis dan tindakan penghinaan kepada Islam? Semacam ada dua piawai yang berbeza diguna pakai.“Apabila orang Melayu-Islam dituduh rasis begitu pantas sekali tindakan diambil. Sedangkan beberapa kes sebelum ini yang menyaksikan kebiadaban segelintir individu seperti Foo Sin Wei ini begitu lambat tindakan diambil walaupun berpuluh laporan polis dibuat,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini
Beliau berharap kerajaan tidak bersikap pilih kasih terhadap sesiapa yang memainkan sentimen perkauman dan penghinaan terhadap mana-mana agama sehingga mengganggu gugat ketenteraman awam
Asyraf Wajdi turut mendesak polis agar segera bertindak terhadap pemilik laman sosial Facebook, Foo Sing Wai yang secara biadab menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW melalui beberapa status yang dimuat naik
“Foo Sing Wai yang juga penyokong tegar Pakatan Harapan nampaknya begitu angkuh walaupun sebelum ini dikritik oleh pelbagai pihak di kalangan warga netizen di laman Facebook beliau,”katanya
Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum ini menggesa semua pihak lebih bertanggungjawab dan saling menjaga sensitiviti agama serta bangsa lain. – Sinar harianMengapa Sikap Rasis Menjadi-Jadi, Tanya Asyraf Wajdi – MYNEWSHUB

Najib Saran PH Mandi Air Terjun Kalau ‘Panas’
Feb 19, 2019
KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara sinis menyaran PH supaya mandi air terjun di Semenyih andai ‘panas’ dengan kehadirannya sempena PRK DUN berkenaan.

Najib menegaskan, sekiranya PH ‘panas’ sekalipun, beliau tidak wajar diserang dalam kempen PRK Semenyih memandangkan dirinya bukan calon.

“Saya bukan calon di Semenyih. Saya juga bukan presiden UMNO atau BN. Buat apa nak serang saya? Saya cuma pergi ke Semenyih untuk beli sedikit barang di Tesco dan sekali-sekala ke sana untuk cuba mikrofon.

“Itupun PH mahu panas tiap-tiap hari. Kalau panas sangat, Semenyih ada air terjun. Mandi air sungai, sejukkan badan,” katanya dalam entry terbaharu Facebooknya, hari ini.
Pagi ini saya baca balik Manifesto PH untuk PRU14
Cari punya cari, saya tak nampak pun antara janji-janji yang ditabur mereka termasuk janji untuk menyerang saya tiap-tiap hari selama 5 tahun
Maka, menyerang saya tiap-tiap hari tidak bermaksud ekonomi akan bertambah baik atau agama telah dipertahankan
...Lihat Lagi

Najib juga memerli PH di mana dalam manifesto PH sempena PRU14 lalu tidak mengemukakan janji menyerang dirinya dalam tempoh lima tahun memerintah
“Pagi ini saya baca balik Manifesto PH untuk PRU14. Cari punya cari, saya tak nampak pun antara janji-janji yang ditabur mereka termasuk janji untuk menyerang saya tiap-tiap hari selama 5 tahun,” katanya
Kehadiran Najib sempena PRK Semenyih disambut baik penduduk tempatan di sana sehingga tidak disenangi oleh pemimpin PH
Najib yang kini menjadi fenomena di Facebook antara penyebab kemenangan BN dalam PRK Cameron Highlands sebelum ini. – Sinar HarianNajib Saran PH Mandi Air Terjun Kalau ‘Panas’ – MYNEWSHUB

“Kegawatan Politik Pakatan Harapan” 
Feb 19, 2019

1. BERDASARKAN kiraan masa, hari ini sudah genap 9 bulan 10 hari Pakatan Harapan memegang tampuk pemerintahan negara sejak Pilihanraya Umum ke-14. Kalau diikutkan proses kehamilan manusia, selepas 9 bulan, seorang bayi yang cukup sifatnya bakal lahir ke dunia. Berita gembira buat si ibu dan keluarga. Namun begitu, lain pula ceritanya dalam politik tanah air. Janji 10 perkara dalam masa 100 hari masih samar-samar. Terbaru, berlaku pula pergelutan kuasa sesama sendiri, hingga mengheret parti pembangkang seperti PAS untuk memperbaiki keadaan.

2. Hari ini, seorang pemimpin DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau, menerusi laporan portal berita online, mendesak Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, meletak jawatan kerana memperlekeh manifesto Pakatan Harapan (PH) pada PRU-14 yang lalu. Beliau turut menyelar tindakan PPBM menerima bekas ahli Parlimen UMNO.

3. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menggesa kepimpinan Pakatan Harapan agar fokus dalam mentadbir negara dan kurangkan drama politik. Sejak memegang tampuk pemerintahan negara, nilai matawang Ringgit jatuh merundum berbanding matawang lain, termasuk Thai Baht dan Singapore Dollar. Sehingga kini tiada pelaburan besar dibawa masuk oleh Menteri-Menteri, menyebabkan Perdana Menteri terpaksa mewujudkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). Di sebalik kegawatan ekonomi yang tidak dapat diperbetulkan oleh Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng, beliau pula kelihatan teruja untuk memberi komen mengenai perjumpaan antara Perdana Menteri dan pemimpin PAS.

4. Namun begitu, hari ini terbukti bahawa perkara yang diberitahu oleh pemimpin PAS semalam, merujuk kepada solidariti YB Ahli Parlimen PAS seramai 18 orang untuk menyokong kepimpinan Tun Mahathir sehingga PRU-15, adalah suatu perkara yang benar. “Open attack”daripada pemimpin DAP Johor tersebut merupakan serangan awal pertama yang ditujukan kepada pentadbiran Perdana Menteri.

5. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia juga mendapati bahawa kempen PRK Semenyih Pakatan Harapan tidak semeriah PRK sebelumnya, kerana pemimpin dari parti lain dalam Pakatan Harapan kebanyakannya tidak hadir berkempen. Tiada kelibat Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan YB Lim Kit Siang. Ini jelas menunjukkan petanda berlakunya “masalah rumah tangga” yang parah. Nampaknya, DAP, PKR dan PAN sudah tidak sebulu dengan PPBM.

6. “Perkahwinan” antara Pakatan Harapan ini dilihat sudah retak. Berkemungkinan besar, tempoh 9 bulan ini hanyalah tempoh “pernikahan” paling singkat dalam sejarah Malaysia sebagai sebuah pakatan yang membentuk kerajaan. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia sekali lagi menggesa agar pemimpin politik kerajaan memberi fokus kepada hal ehwal negara dan kebajikan rakyat, bukan lagi bermain politik siapa yang menjadi Perdana Menteri. Rakyat sudah memilih pada PRU-14 dengan memberikan kemenangan kepada Pakatan Harapan. Rakyat di bawah mahukan kerajaan yang boleh beroperasi demi kebaikan rakyat dan negara.

7. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia berpendirian bahawa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir perlu diberi ruang untuk memimpin Malaysia, tanpa gangguan politik yang melemahkan pentadbiran kerajaan. Cubaan untuk menukar Perdana Menteri secara mendesak bukan sahaja merumitkan perjalanan pentadbiran negara, malah memberi impak besar kepada ekonomi Malaysia dan reputasi negara di peringkat antarabangsa.

Demi Bangsa Malaysia!

Shahir Adnan
Ketua Pemuda Parti IKATAN Bangsa Malaysia, 
Timbalan Ketua Pemuda Gagasan Sejahtera
“Kegawatan Politik Pakatan Harapan” – MYNEWSHUB

Bantuan Sara Hidup: RM100 Untuk Si Bujang 
Feb 19, 2019
PUTRAJAYA – Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 sebanyak RM100 akan diberikan kepada individu di bawah kategori bujang pada hujung Mac ini, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.Beliau berkata, bayaran kepada golongan bujang yang berdaftar dalam pangkalan data BSH 2018 itu akan memanfaatkan lebih tiga juta individu dan melibatkan peruntukan sebanyak RM300 juta
“Bayaran dimasukkan terus ke dalam akaun bank mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini
Berhubung bayaran selanjutnya, Guan Eng berkata, kadar bantuan BSH 2019 untuk golongan bujang akan dikaji semula dan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk dimuktamadkan
Bagi pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 serta e-mel kepada: [email protected]. – BERNAMA
Bantuan Sara Hidup: RM100 Untuk Si Bujang – MYNEWSHUB

Malaysia-Singapura Runding Semak Harga Air Mentah 
Feb 19, 2019

KLANG – Rundingan semakan semula harga air mentah dengan Singapura dimulakan sebulan lalu, kata Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata, rundingan itu dilakukan Peguam Negara, Tommy Thomas dengan peguam negara republik berkenaan dan beberapa pertemuan akan diadakan berhubung perkara tersebut.

“Perbincangan tentang perjanjian air telah bermula. Kita ada 8 perkara yang sedang dirunding dengan Singapura dan perjanjian air adalah satu daripadanya.

“Ini kita anggap penting kerana sebelum ini, kita tidak dapat duduk semeja tentang isu tersebut,” katanya selepas melawat Rohingya Education Centre (REC) Klang, hari ini.

Mengenai respons Singapura berhubung rundingan itu, Saifuddin berkata, masih terlalu awal untuk membuat sebarang rumusan, namun beliau menyifatkan usaha memulakan perbincangan itu satu langkah ke depan
Ahad lalu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, Saifuddin akan mengetuai kumpulan pegawai Malaysia dalam semakan semula harga air mentah yang dijual kepada Singapura
Tanpa mendedahkan butiran terperinci bila rundingan akan dilakukan, Dr. Mahathir berkata, kumpulan pegawai yang berunding itu “sedang mengusahakannya” dan ia turut dianggotai pegawai berkaitan dari Johor
Isu berkaitan perjanjian itu muncul kembali pada pertengahan tahun lalu, apabila Dr. Mahathir mengkritik harga air mentah yang dijual kepada Singapura sebagai “tidak masuk akal” dan berkata, beliau bercadang merundingkan semula terma perjanjian itu
Perjanjian air itu yang berakhir 2061, memberi hak kepada Singapura untuk mendapatkan sehingga 250 juta gelen sehari (mgd) air mentah dari Sungai Johor
Singapura membayar 3 sen bagi setiap 1,000 gelen air mentah dan menjual semula air terawat kepada Johor pada harga 50 sen setiap 1,000 gelen
Johor memperoleh bekalan harian air terawat sehingga 2% atau 5 mgd air yang dibekalkan kepada republik itu. – BERNAMAMalaysia-Singapura Runding Semak Harga Air Mentah – MYNEWSHUB

Pengguna FB Hina Islam, NGO Buat Laporan Polis 
Feb 19, 2019
KUANTAN – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Kebajikan Ukhwah dan Silaturahim Pahang (Ukhwah) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini hari ini berhubung dua individu yang memuat naik status menghina Islam di laman Facebook sehingga tular.Presiden Ukhwah, Zulkefly Senek berkata, beliau menyedari status dimuat naik pengguna akaun Facebook, Sakar Tanesan dan Foo Sing Wai yang bersifat penghinaan kepada Islam dan Nabi Muhammad pada kira-kita pukul 9 malam tadi
“Perkara seperti ini tidak sepatutnya dibuat oleh sesiapa untuk tujuan menghina mana-mana agama sekali pun.“Kami menyerahkan kepada polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan ke atas kedua-dua individu berkenaan,” ujar beliau
Status berunsur penghinaan terhadap Islam ysng dimuat naik dua pengguna Facebook itu mula tular di laman sosial tersebut sejak malam tadi, sekali gus mengundang kemarahan netizen
Bertindak balas terhadap penghinaan tersebut, seramai 50 ahli Ukhwah di sini mengiringi Zulkefly membuat laporan di IPD Kuantan pada tengah hari tadi
Sementara itu, Penasihat Ukhwah, Tengku Najirulzamal Tengku Jamaluddin menyeru pelbagai pihak membuat laporan polis terhadap sesiapa sahaja yang membuat penghinaan terhadap mana-mana agama
“Sebelum ini, Yang Di-Pertuan Agong dihina dan kali ini, Nabi Muhammad pula dihina. Perkara seperti ini juga semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.“Tetapi janganlah kita ambil tindakan sendiri. Sebaik-baiknya buatlah laporan kepada polis dan serahkan kepada undang-undang,”kata beliau. – K! ONLINE
Pengguna FB Hina Islam, NGO Buat Laporan Polis – MYNEWSHUB

Kerajaan Kekang Bocor Rahsia, Keluar Garis Panduan
Feb 19, 2019

KUALA LUMPUR – Kerajaan melarang penggunaan telefon bimbit dan beberapa peralatan komunikasi dalam mesyuaratnya yang membincangkan perkara rahsia dan keselamatan negara bagi mengekang kebocoran.Dalam satu surat bertarikh 31 Januari lalu berkaitan larangan itu kepada ketua setiausaha kementerian dan ketua jabatan, Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan, Datuk Sanusi Sidek, turut menyertakan lampiran ‘Garis Panduan Larangan Penggunaan Telefon Bimbit atau Alat Komunikasi Lain Dalam Mesyuarat Kerajaan’
“Penggunaan telefon bimbit dan alat komunikasi lain secara tidak terkawal dalam agensi kerajaan boleh mendatangkan implikasi buruk serta membahayakan di samping boleh melanggar peruntukan Akta Rahsia Rasmi 1972 sekiranya berlaku kebocoran atau kecurian maklumat,” katanya dalam surat itu
Isu kerahsiaan itu dibangkitkan oleh Polis Diraja Malaysia menerusi surat Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman kepada Ketua Setiausaha Negara baru-baru ini yang disifatkan semakin membimbangkan
Selain larangan telefon bimbit, peralatan lain yang disebut dalam surat berkenaan ialah kamera digital, jam pintar, perakam video dan pen pintar
Sanusi dalam surat itu berkata penggunaan peralatan terbabit tanpa kawalan juga mempunyai pelbagai implikasi negatif seperti penyalahgunaan mengumpul, merakam, menyiar, menular dan menyampaikan maklumat kerajaan kepada pihak lain tanpa kebenaran
“Mengikut kepada situasi masa kini, trend penyebaran atau kebocoran maklumat kerajaan menerusi telefon bimbit semakin membimbangkan.“Bagi tujuan kawalan, ketua jabatan hendaklah menentukan zon larangan penggunaan peralatan komunikasi yang mampu merakam maklumat.“Di samping itu, ketua jabatan juga perlu menetapkan kaedah penggunaannya bagi memastikan maklumat rahsia rasmi kerajaan diberikan perlindungan sepenuhnya.“Penentuan zon larangan ini termaktub dalam Perenggan 130, Arahan Keselamatan (Semakan dan Pindaan 2017) dan perlu dipatuhi semua jabatan dan agensi kerajaan,” katanya dalam surat berkenaan
Keperluan penetapan zon atau tempat larangan berkenaan perlu mengambil kira risiko kebocoran maklumat yang berkemungkinan berlaku dalam mesyuarat penting kerajaan membabitkan keputusan dasar di peringkat Persekutuan atau negeri
Dalam surat itu, Sanusi memaklumkan antara mesyuarat yang dikelaskan sebagai berisiko itu ialah mesyuarat Kabinet, mesyuarat EXCO, berkaitan keselamatan negara, dasar luar yang memberi impak tinggi kepada keputusan kerajaan, mesyuarat pengurusan tertinggi kementerian, jabatan atau agensi; mesyuarat lembaga perolehan tender atau sebut harga dan operasi penguatkuasaan
Sanusi berkata kegagalan mematuhi larangan dikuatkuasakan boleh mengakibatkan rahsia rasmi kerajaan terdedah kepada ancaman kebocoran maklumat sehingga boleh menjejaskan imej pentadbiran kerajaan dan keselamatan negara. – BH OnlineKerajaan Kekang Bocor Rahsia, Keluar Garis Panduan – MYNEWSHUB

Edry cabar individu fitnah DAP buat laporan polis, hurai dakwaan dalam sidang media
Pada 19 Februari 2019 oleh RoketKini
Adun DAP hari ini membuat laporan polis berhubung penularan sebuah artikel di media sosial yang mendakwa DAP kononnya mempunyai ‘agenda anti Melayu, anti Islam, pro-Komunis dan pro-Zionis’.Adun Dusun Tua, Edry Faizal Eddy Yusof berkata, laporan berkenaan dibuat supaya siasatan dan tindakan sewajarnya boleh diambil terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah dan tuduhan palsu berniat jahat itu.“Laporan polis juga dibuat ke atas satu pautan yang disertakan bersama mesej tular itu,” katanya dalam kenyataan media selepas membuat laporan di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur lewat pagi tadi.Mesej fitnah berkenaan disertakan dengan artikel di laman sesawang The Third Force yang memetik kenyataan Mohamad Razali yang antara lain menuduh bahawa DAP kononnya menghina kesucian Islam.Berhubung perkara itu, Edry mencabar Mohamad Razali agar membuat laporan polis jika beliau yakin dengan apa yang didakwanya itu.“Sekiranya individu bernama Mohamad Razali Bin Abdul Rahman ini benar-benar wujud dan bercakap bersandarkan fakta, saya mengambil kesempatan ini mencabarnya untuk keluar dari persembunyian dan membuat laporan polis terhadap setiap dakwaannya itu.“Ini kerana agenda-agenda yang dia sebutkan itu bertaraf pengkhianatan terhadap Raja dan Negara dan sepatutnya dia melaporkannya kepada polis.“Dan jika apa yang dikatakannya benar sudah tentu pihak berkuasa akan bertindak,” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa DAPSY Kebangsaan.Beliau turut mendesak agar Razali mengadakan sidang media dan menghuraikan kesemua tuduhannya terhadap DAP.“Inilah yang sepatutnya dia lakukan atas semangat ‘berani kerana benar’ dan bukannya baling batu tapi sembunyi tangan di dalam seluar.“Jika tidak, kita boleh terus simpulkan dakwaan-dakwaannya itu tidak lebih sekadar dongengan dan omong kosong,” ujarnya.Turut menemani Edry membuat laporan polis adalah Adun Ketari, Young Syefura Othman dan peguam merangkap Setiausaha Politik Lim Kit Siang, Syahredzan Johan. – Roketkini.comEdry cabar individu fitnah DAP buat laporan polis, hurai dakwaan dalam sidang media | roketkini.com

Pemuda PAS keanak-anakan, lemah mantiq – Edry Faizal
Pada 19 Februari 2019 oleh Edry Faizal

Tindakan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Muhammad Khalil Abdul Hadi adalah keanak-anakan dan menunjukkan kelemahan mantiq, apabila dia menyuruh agar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bertanya sendiri kepada Tun Mahathir selepas Lim Guan Eng meminta Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan mengemukakan bukti wujudnya dua parti komponen Pakatan Harapan yang akan membentangkan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri.

Sebagai sebuah parti yang seringkali mendakwa mereka yang paling Islam berbanding orang Islam yang lain, adalah amat membingungkan apabila Ketua Pemudanya sendiri gagal memahami dan mengamalkan kaedah al-bayyinah ‘ala al-mudda’i yakni pembuktikan adalah ke atas orang yang membuat dakwaan.Selepas insiden cakap berbelit Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang sekejap menafikan rakaman audio mengenai penerimaan wang daripada UMNO dan sekejap mengakui berbohong atas permintaan parti, PAS sepatutnya bermuhasabah kembali dan berhenti mengeluarkan kenyataan yang bukan-bukan kepada umum. Ini kerana tindakan sebuah organisasi menggunakan nama Islam mengeluarkan kenyataan-kenyataan cetek ilmu seperti mengelak membawakan bukti atau berbohong kerana wang mencemarkan nama Islam itu sendiri.Hanya kerana terdapat perkataan ‘Islam’ pada nama parti, tidak bermakna segala kata-kata lagha dan dusta boleh dihalalkan atas nama Tuhan dan Agama. Berbanding menyuruh Ketua Pemudanya membuat kenyataan berunsur komedi, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan sepatutnya mendedahkan bukti kepada dakwaannya selepas dicabar oleh Lim Guan Eng.Atau adakah itu satu lagi pembohongan dengan restu Presiden parti yang dihalalkan atas nama strategi seperti dakwaan Datuk Takiyuddin ketika mempertahankan Nik Abduh?Pantun Melayu ada menyebut:Siakap senohong gelama ikan duriBercakap bohong lama-lama mencuriAdakah disebabkan itu PAS mudah mesra dengan UMNO dan Datuk Seri Najib Razak? – Roketkini.com*Edry Faizal adalah Ahli Dewan Negeri Kawasan Dusun Tua merangkap Ahli Jawatankuasa DAPSY Kebangsaan.

Pemuda PAS keanak-anakan, lemah mantiq – Edry Faizal | roketkini.com




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2019/02/politik-kita-dok-diam-diam-undi-hak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Politik Tipu Diam Ini 20 Fakta

Politik Tipu Diam Ini 20 Fakta

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 408 hits
Politik tipu dan berdiam atas kejahatan MARI kita lihat 20 fakta yang mungkin ada kita sudah lupa berkenaan penipuan dan akhlak memegang rahsia Berlaku di seluruh dunia dari dahulu lagi Anda ada fikiran boleh fikir sendiri 1 Teringat dulu m...
7 Bebenang Apabila Kita Suka Seseorang Dalam Diam Tapi Susah Nak Luahkan

7 Bebenang Apabila Kita Suka Seseorang Dalam Diam Tapi Susah Nak Luahkan

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 1233 hits
Kadang kadang kita rasa macam dia suka kat kita Tapi takde pulak dia tunjuk yang dia suka atau kita je yang perasan Kadang kadang kita yang buta tak nampak signal dari seseorang itu Jadi harini nak cerita sikit tentang Suka Dalam Diam
Lebih Baik Patriot Diam Pergi Belajar Agama Ridhuan Tee

Lebih Baik Patriot Diam Pergi Belajar Agama Ridhuan Tee

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 306 hits
Pendakwah bebas Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah hari ini membidas kenyataan Persatuan Patriot Kebangsaan berhubung penyelesaian luar mahkamah kes saman Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Bro...
Mossad Cia Mi6 Diam Diam Selundupkan Ilmuwan Nuklir Iran Ke Inggris

Mossad Cia Mi6 Diam Diam Selundupkan Ilmuwan Nuklir Iran Ke Inggris

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 246 hits
Sang ilmuwan menempuh jarak 4 800 kilometer jalur darat menuju Prancis setelah diselundupkan dari Turki oleh agen intelijen Israel Mossad
Prk Semenyih Cukuplah Sekali Kita Kena Tipu Jangan Kena Tipu Lagi Batin Aleh Minta Orang Asli Semenyih Undi Bn

Prk Semenyih Cukuplah Sekali Kita Kena Tipu Jangan Kena Tipu Lagi Batin Aleh Minta Orang Asli Semenyih Undi Bn

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 660 hits
Seorang Tok Batin meluahkan apa yang masyarakat Orang Asli di PDM Ulu Semenyih rasai sejak 9 bulan PH memerintah Malaysia Pendedahan ini dibuat Batin Aleh ketika ditemui semalam Beliau yang kecewa dengan cara PH sekarang turut membongkar pe...
7 Tanda Pria Cemburu Diam Diam

7 Tanda Pria Cemburu Diam Diam

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 822 hits
Ketika sedang menjalin hubungan tidak jarang kamu membuat kesalahan yang akhirnya membuat pacarmu cemburu Dia cemburu pasti lah ada sebabnya Mungkin karena kamu sedang bercengkrama dengan cowok lain namun bercengkramanya yang tidak seperti ...
Pria Diam Diam Poligami 3 Istrinya Tak Sadar Selama Ini Tinggal Di Rumah Yang Berdekatan

Pria Diam Diam Poligami 3 Istrinya Tak Sadar Selama Ini Tinggal Di Rumah Yang Berdekatan

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 419 hits
Ulah seorang pria di China menjadi bahan pembicaraan publik setempat Karena menjadi viral peristiwa ini pun tak luput dari pemberitaan sejumlah media di Negeri Tirai Bambu Adalah seorang pria 36 tahun bernama Zhang yang menjadi pangkal peri...
Sara Daripada Rengek Terus Diam Si Kecil 2 Tahun Ini Menghembuskan Nafas Terakhir Selepas Tertusuk Pisau

Sara Daripada Rengek Terus Diam Si Kecil 2 Tahun Ini Menghembuskan Nafas Terakhir Selepas Tertusuk Pisau

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 484 hits
seorang kanak kanak berusia 2 tahun Nur Qaisara Medina Supian m aut akibat tert usuk pisau Insi den yang berlaku di Parit Telok Pial Kuala Kurau itu terjadi ketika dia berlari untuk meminta susu Namun siapa sangka dalam sekelip mata Sara m ...
Prk Semenyih Polis Dan Pasangan Undi Awal Esok Spr

Prk Semenyih Polis Dan Pasangan Undi Awal Esok Spr

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 470 hits
THE MALAYSIAN TIMES SEMENYIH Seramai 858 orang daripada keseluruhan 951 pengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih akan menunaikan kewajipan mereka untuk mengundi esok Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Azhar Aziza...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator