Politik Tipu Diam Ini 20 Fakta



Politik tipu dan berdiam atas kejahatan?


MARI kita lihat 20 fakta yang mungkin ada kita sudah lupa berkenaan penipuan dan akhlak memegang rahsia. Berlaku di seluruh dunia dari dahulu lagi. Anda ada fikiran, boleh fikir sendiri.
1-     Teringat dulu, masa mula-mula PAS menang Terengganu 1999. Penyokong PAS kepung Wisma sebab takut BN bawak lari fail-fail. Alhamdulillah memang tak boleh bawak keluar fail-fail itu. Setelah masuk jadi kerajaan, memang ada fail-fail yang dikira menyalahi undang-undang. Timbalan Presiden PAS yang juga Menteri Besar ketika itu kata kita ada "berlori-lori" fail sebagai bukti.Sebelum itu memang PAS janji nak dedah penyelewengan BN. Rakyat tunggu. Tiba-tiba PAS tukar strategi, tak mahu ambil jalan kontroversi sebab akan libatkan perbalahan yang panjang. Ambil jalan bijak. PAS pun batal hasrat nak dedah. Timbalan Presiden PAS ditanya wartawan mana fail yang berlori-lori itu? Beliau jawab memang berlori-lori, tapi ada lori kecil ada lori besar. Sampai sudah kes-kes itu tak didedahkan. Timbalan Presiden PAS pun dituduh penipu. Errr... Timbalan Presiden PAS tipu ke?
2-     Sekumpulan wartawan PAS Terengganu, telah pergi ke sidang media DS Idris Jusoh di Besut, sebelum PRU11, 2004. Mereka masuk ke dalam majlis dan membuat liputan secara menyamar. Malangnya ada wartawan lain yang mengenali mereka dan pihak keselamatan BN mula bertanya.Wartawan-wartawan PAS ini tidak mengaku dan mendakwa mereka dari stesyen TV swasta. Tetapi tidak berjaya. Mereka dikejar dan dikepung. Sebuah van, hancur dikerjakan lawan. Mereka pula masuk hospital. Apa kata Presiden PAS? Mereka dipuji Presiden kerana berani. Tapi mereka menipu. Presiden PAS puji si penipu. Macam mana gitu?
3-     Suatu waktu, setelah royalti Terengganu dirompak, maka dikeluarkan dokumen perjanjian royalti itu. Antara isu yang menjadi pertikaian ialah "luar pantai". MB Terengganu kemudiannya mengeluarkan kenyataan minyak dijumpai di daratan Terengganu. Kecoh, dekat mana, bila. Akhirnya tak ada pun yang dijumpai. MB Terengganu bohong ke? Atau mengacah? Boleh ke dalam Islam?
4-     Ketika tegang krisis dalaman PAS sebelum PAN keluar, wartawan telah menghidu busuknya Timbalan Presiden dan AJK PAS Pusat yang lain berseteru dengan Presiden. Wartawan bertanya dalam satu sidang media selepas ucapan perasmian muktamar di Batu Pahat. Kedua-duanya menafikan sambil ketawa. Dan selepas itu ucapan perwakilan seorang demi seorang, membelasah pimpinan yang khianat itu. Orang dah tahu, tapi Presiden tipu lagi. Betul ke ini?
5-     Semalam Presiden PAS jumpa Tun. Lepas berkelahi, jumpa bincang. Berkelahi sejak dulu, tapi bila jumpa senyum memanjang. Presiden PAS bermuka-muka kah?
6-     Ketika Langkah Kajang hendak dilaksanakan, DS Anwar ada datang ke Terengganu, mahu berbincang dengan Presiden PAS. Sehingga kini, kecuali kenyataan Saifudin Nasution, kita tak pernah tahu dari pihak PAS, apa perbincangan itu.Kemudian ianya diteruskan, walaupun dibantah PAS dalam mesyuarat lain kerana membazir dan tiada keperluan. PAS bagi ingatan, jangan tukar MB. Tapi PAS tetap berkempen untuk PKR walaupun ianya membazir. PAS sokong pembaziran?
7-     Sewaktu hayat TGNA, ada satu kes beliau memarahi Ustaz Nasha, dalam isu UG. Sehingga diadakan pertemuan khusus lapan mata di rumah beliau. Sampai akhir hayat beliau tiada didengar apa perbincangan itu secara details. Rahsia dipegang kemas. Nasib baik Ustaz Nasha tak bawa recorder macam budak-budak itu.
8-     Dalam peristiwa Tahkim, diketahui Abu Musa yang warak dan alim itu telah dipolitikkan oleh Amru al-Ash dengan Abu Musa menurunkan Ali dan sepatutnya Amru juga menurunkan Muawiyah, tetapi diangkatnya dan kekal Muawiyah berkuasa.Peristiwa itu kekal dikenang sebagai menjadikan lagi Islam berpecah, Ali dibunuh. Abu Musa rasa sangat malu. Tetapi Amru tetap dikenang sebagai Sahabat yang membuka Mesir. Tiada gelaran penipu. Itulah politik. Jika Muawiyah dan Amru menipu, maka semua Sahabat yang patuh kepada kerajaan mereka juga berdosakan?
9-     Dalam tafsir surah al-Buruj, diceritakan sebuah hadis panjang berkenaan seorang pemuda yang memeluk agama Allah di sebalik dipaksa menyertai kelas kesyirikan. Gurunya mengajar tauhid.Guru tauhidnya menyuruh pemuda itu menipu bila ditanya kenapa lambat ke kelas oleh guru syirik itu. Menipu juga, tak padan ajar tauhid. Boleh tak?
10-      Dalam surah Yusuf, Nabi Yaakub menyuruh Nabi Yusuf menyembunyikan tentang mimpinya daripada saudaranya yang lain. Nabi Yusuf simpan rahsia itu sehingga dia naik jadi kerajaan. Nabi Yusuf juga menipu kerana meletakkan sesuatu dalam kenderaan saudara Baginda, kemudian menuduh saudaranya itu mencuri. Pelik Nabi Yusuf ini. Nasib baik tak dapat kat budak-budak itu.
11-      Dalam Perang Khandak, seorang bukan Islam, masuk Islam ketika perang. Rasulullah menyuruh dia menyembunyikan ke-Islamannya itu dan ditugaskan mengapi-apikan antara puak dalam tentera Ahzab itu. Berdosanya jadi batu apikan? Sudahlah Islam tapi mengaku Islam. Macam tak syarie jer.
12-     Pada suatu perang, Amru bin Ash telah mengarahkan tenteranya memadamkan api pada malam hari, walaupun cuaca sejuk. Tenteranya tak berpuashati. Bila pulang, mereka mengadukan hal itu kepada rasulullah. Rasulullah bertanya kepada Amru kenapa? Amru menjawab kerana musuh akan tahu kedudukan mereka. Rasulullah setuju. Nasib baik tentera Islam itu bukan dari kalangan yang ada sekarang. Kalau tidak, takut pindah khemah duduk dengan musuh sebab tak syarie, tak bagitahu kenapa. Semua benda nak kena bagitahu kat prebet ke. Flat earth betullah dia ni.
13-     Dalam Peristiwa Fathul Makkah, seorang Sahabat telah memberitahu rahsia kepada Musyrikin Makkah, rancangan Rasulullah mahu menyerang Makkah. Sahabat itu ditangkap, hampir dibunuh, perbuatannya itu salah. Dia dibebaskan kerana dia seorang ahli Badar. Sepatutnya dia dibenarkan memberitahu serangan itu bagi mengurangkan kemusnahan. Bukankah baik tindakan dia memberitahu rahsia itu kalau ikut fikiran budak-budak sekarang?
14-     Ketika krisis kepimpinan PAS Besut dengan Perhubungan Terengganu, PAS Besut mahu duduk di bawah Perhubungan Kelantan. Mereka sangat marah kepada PAS Terengganu. Mursyidul Am, TGNA mengatakan dalam bentuk kiasan bahawa PAS Pusat tahu yang PAS Besut pakai kain tapi tak pakai seluar dalam. Tapi kita tak selak kain dia di hadapan orang ramai. Sepatutnya TGNA selak kain PAS Besut itu. Dah buat salah, patutnya diberitahu kepada seluruh dunia. Apatah lagi selepas itu geng-geng tu masuk Umno, Lagilah patutkan? TGNA tak syarie ini. Tak capai maqasid?
15-     Ingat lagi ketika kes pil kuda? Presiden PAS ditanya hakim tentang kesahihan maklumat yang beliau terima. Beliau tidak memberitahu secara khusus, hanya memberitahu sumber yang dipercayai sesuai dengan kedudukan beliau sebagai Presiden PAS. Hakim menerima itu atas alasan hak seorang Presiden. Seharusnya Presiden PAS memberitahu kepada mahkamah, barulah betul berani. Kalau budak-budak itu jadi Presiden, dah lama bocor.
16-     Berapa banyak NGO yang diketuai oleh orang-orang politik yang kemudian mengaku sebagai non-partisan NGO. Semua orang tahu, tapi mereka tidak mengaku yang mereka didalangi oleh ahli politik. Tak baik menipu kan?
17-     Teringat kisah lama apabila DS Idris Jusoh menggunakan lambang bunga padi kalau tak salah, ia lambang khusus kepunyaan Tuanku Sultan Terengganu untuk lambang MBKT. Kemudian diarahkan tukar sebab tanpa izin. Sama juga seperti isu guna nama Presiden PAS. Kau ingat tak perlu minta izin ke bila nak guna namanya dalam isu-isu besar? Bodoh sangat ke Presiden tak sedar nama dia orang guna. Yang kau tempel nama Presiden konon sayangkan Presiden masa nak dedah rahsia itu tak rasa malu ke? Presiden tahu tak?
18-     Akhirnya sumpah mubahalah dah tak laku sebab tuan dia dah mengaku. Sumpah ambil duit Umno itu sebenarnya sangat umum. Kalau nak bersumpah juga, kita sumpah khusus gini "Bahawa Nik Abduh ambil duit Umno adalah untuk menjahanamkan agama Islam, parti PAS, untuk kepentingan diri, untuk mengkayakan dirinya. Dengan niat jahat menggunakan Presiden bagi mengelirukan jemaah" agak-agak berani tak dia sumpah khusus begitu? Kalau berani, alhamdulillah. Setakat kata ambil duit Umno hanya timbulkan persepsi.
19-     Abuya Ashaari penah bersumpah mubahalah ketika beliau mendakwa dituduh dan dipaksa mengaku al-Aqram ialah pembawa ajaran sesat. Dia melakukannya beramai-ramai bersama pengikutnya selepas mereka disuruh kerajaan mengaku di TV yang pegangan mereka sesat pertengahan 90-an dulu. Tan Sri Hamid Othman telah beri amaran supaya jangan main-main dengan sumpah mubahalah.Mengikut buku tulisan salah seorang peguamnya yang juga salah seorang kena mengaku salah itu, Ashaari dikatakan meminta ditunjukkan balasan siapa yang bersalah dalam masa tiga bulan. Beliau kemudiannya kena stroke yang cakapnya hanya difahami oleh isterinya Khadijah AamAku tak kata dia terkena sumpah, cuma lawannya Tan Sri Hamid Othman dan orang-orang besar Jakim, tidak terkena apa-apa. Jadi kalau berani, boleh cuba khususkan sumpahan itu. InsyaAllah jika tidak terkena laknat, maka kami percaya. Dah terlanjur nak muhabalah kan?
20-     Semua kisah-kisah itu menggambarkan bahawa ada masa menipu dibolehkan, ada masa tidak. Tetapi dalam perang, ia dibolehkan. Sekarang kita sedang berperang melalui bukan senjata besi kayu, tetapi senjata media. Jika dalam media boleh memberikan kemusnahan kepada jemaah, maka ia perlu dilawan atau dikawal. Begitu juga kerahsiaan jemaah.Siapa yang mengawal media, dia akan berkuasa. Jadi sekarang, Presiden telah mengatakan kumpulan pembocor rahsia itu bodoh atau jahat. Sepatutnya minta maaflah dah salahkan? Dan bagi tahu siapa perakam dan penyebar audio yang khianat itu. Mesti sanggup bagi tahu, untuk jemaah kan? Atau bacul? Bila kat pimpinan, dia orang kata tak boleh berahsia walaupun hal sulit parti, tapi mereka diam seribu kata bila dah diketahui perbuatan curang mereka. Kalau kata diupah orang luar, marah. Tapi suruh tunjuk muka, takut. Kata takut Allah jer?Kenalilah watak-watak yang menjahanamkan jemaah ini bila mereka mula mempertahankan diri dengan mengungkit-ngungkit jasa mereka kepada parti konon hebat, mengatakan mereka ikhlas, memberitahu dunia mereka baik dengan pimpinan itu dan ini, mereka sayang jemaah tapi belasah depan-depan. Mereka guna nama pembesar sedang mereka tidak dilayan pun oleh pembesar-pembesar itu. Itulah tanda mereka tiada kekuatan selepas serangan gagal.
Lihat fakta di atas, hampir sama sebab tipu itu. Kenapa Presiden PAS boleh buat, Nik Abduh tak boleh? Jadi kita kena lihat garis masa. Nik Abduh tidak mengaku ketika itu sebelum PRU. Mungkin Terengganu kalah dan Kelantan juga tersungkur jika mengaku terima duit Umno walaupun guna untuk kebaikan contoh masjid. Fitnah terlalu besar. Sekarang orang sudah lupa. Tapi ada yang mahu hidupkan fitnah sebab bodoh dan jahat tadi.Apatah lagi dekat pemilihan PAS. Kenapa aku sebut fitnah sebab isu ini akan terpalit kepada semua ketika jemaah dah bertenang. Ustaz Zaharuddin yang terlibat pun diam jer, kenapa anak buah yang bising. Ini juga fitnah, nanti ada orang kata Ustaz Zaharuddin yang suruh. Betapa besar masalah yang dibawa. Dah kalau AJK PAS Pusat tak layan itu, takkan tak faham lagi sebab hal ini rahsia? Atau memang bersungguh benar nak halang PAS dan Umno kerjasama?MOHD NASIR ABDULLAH
Al-Khor, Qatar
16 Februari 2019 - HARAKAHDAILY 16/2/2019

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/02/politik-tipu-ini-20-fakta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Politik Kita Dok Diam Diam Undi Hak Kita 9175

Politik Kita Dok Diam Diam Undi Hak Kita 9175

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 313 hits
Mengapa Sikap Rasis Menjadi Jadi Tanya Asyraf Wajdi Feb 19 2019SHAH ALAM Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan mengapa di zaman kerajaan PH semakin menjadi jadi sikap rasis dan tindakan penghinaan terhadap Islam Malah...
Sara Daripada Rengek Terus Diam Si Kecil 2 Tahun Ini Menghembuskan Nafas Terakhir Selepas Tertusuk Pisau

Sara Daripada Rengek Terus Diam Si Kecil 2 Tahun Ini Menghembuskan Nafas Terakhir Selepas Tertusuk Pisau

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 483 hits
seorang kanak kanak berusia 2 tahun Nur Qaisara Medina Supian m aut akibat tert usuk pisau Insi den yang berlaku di Parit Telok Pial Kuala Kurau itu terjadi ketika dia berlari untuk meminta susu Namun siapa sangka dalam sekelip mata Sara m ...
7 Tanda Pria Cemburu Diam Diam

7 Tanda Pria Cemburu Diam Diam

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 822 hits
Ketika sedang menjalin hubungan tidak jarang kamu membuat kesalahan yang akhirnya membuat pacarmu cemburu Dia cemburu pasti lah ada sebabnya Mungkin karena kamu sedang bercengkrama dengan cowok lain namun bercengkramanya yang tidak seperti ...
Mossad Cia Mi6 Diam Diam Selundupkan Ilmuwan Nuklir Iran Ke Inggris

Mossad Cia Mi6 Diam Diam Selundupkan Ilmuwan Nuklir Iran Ke Inggris

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 246 hits
Sang ilmuwan menempuh jarak 4 800 kilometer jalur darat menuju Prancis setelah diselundupkan dari Turki oleh agen intelijen Israel Mossad
Pria Diam Diam Poligami 3 Istrinya Tak Sadar Selama Ini Tinggal Di Rumah Yang Berdekatan

Pria Diam Diam Poligami 3 Istrinya Tak Sadar Selama Ini Tinggal Di Rumah Yang Berdekatan

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 419 hits
Ulah seorang pria di China menjadi bahan pembicaraan publik setempat Karena menjadi viral peristiwa ini pun tak luput dari pemberitaan sejumlah media di Negeri Tirai Bambu Adalah seorang pria 36 tahun bernama Zhang yang menjadi pangkal peri...
Ambiga Kenapa Diam

Ambiga Kenapa Diam

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 341 hits
Datuk S Ambiga didesak lagi supaya tampil membuat pengakuan yang beliau memberi maklumat kepada Clare Rewcastle Brown berhubung kes dana RM90 juta yang didakwa diterima Pas daripada UMNO Ketua Pergerakan Malaysiaku Tanah Airku Raggie Jessy ...
Tujuh Individu Di Kehendaki Bantu Siasatan Kes Tipu Jurujual

Tujuh Individu Di Kehendaki Bantu Siasatan Kes Tipu Jurujual

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 304 hits
KUANTAN Tujuh individu termasuk tiga wanita dikehendaki polis untuk siasatan berhubung kes penipuan terhadap seorang jurujual hingga mangsa kerugian RM136 000 kelmarin Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Superintendan Mohd Wazir...
Apa Cer Timbalan Menteri Ph Tipu Kelulusan Akademik

Apa Cer Timbalan Menteri Ph Tipu Kelulusan Akademik

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 897 hits
Aku terbaca ini masa balik dari kampung dan sedar macam ada yang tak kena Timbalan Menteri luar nafi tipu kelulusan akademik o aku double check betul ke sampai kena buktikan ada degree ke tak kan So Timbalan Menteri Menteri kata he will sho...
Mourinho Bayar Denda Tipu Cukai Rm9 3 Juta

Mourinho Bayar Denda Tipu Cukai Rm9 3 Juta

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 304 hits
BEKAS pengurus Manchester United Jose Mourinho menerima hukuman penjara selama setahun di Sepanyol kerana terbabit dalam penipuan cukai Dia bagaimanapun berkemungkinan tidak dipenjarakan kerana Sepanyol tidak menguatkuasakan undang undang i...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner