Politik Dan Kifarah Rak




Lebih setahun PH mentadbir negara, pelbagai kemelut politik berlaku.  Bagi UMNO dan BN, kekalahan pada PRU-14 meletakkan parti itu dalam keadaan terus berusaha untuk bangkit semula. 
Namun itu wajar sekali, kerana sebagai sebuah parti politik, UMNO perlu berusaha untuk mencari jalan keluar.  Dalam usaha mencari jalan keluar, sudah tentu ada gelora politik dalaman yang akan berlaku

Namun menarik, parti-parti yang menjadi kerajaan hari ini tidak kurang juga masih bergelut dengan kemelut dalaman dan sesama komponen. Tanpa perlu bertanyakan soal janji yang tidak tertunai, 100 hari yang mengecewakan, soal kepimpinan yang melibatkan polemik politik sesama mereka, ibarat menutup bangkai gajah

Soal penggantian atau peralihan kuasa Perdana Menteri, sehingga kini masih menjadi duri dalam daging kepada PH. Sementara dahulu diyakinkan bahawa PM Ke-7 hanya bersifat sementara dan PM Ke-8 sudah mendapat tiket untuk menjadi pengganti apabila memenangi  PRK Port Dickson, cerita dan perkembangan semasa memberikan isyarat yang cukup berbeza dengan perancangan mereka.  
Mula dikatakan dua tahun kemudian menjadi tiga tahun, kemudian perlu diberi masa kepada PM Ke-7 menyelesaikan masalah negara hinggalah kepada pengakuan bakal PM Ke-8 yang beliau tidak terburu-buru dan memberi ruang kepada PM Ke-7 melaksanakan kerjanya

Namun dalam pada itu, muncul pula teori kononnya PM Ke-7 sedang mempersiapkan seorang lagi sebagai pengganti iaitu Azmin Ali

Saya tidak berhasrat untuk mengulas mengenai kemelut ini.  Tetapi apabila menyebut nama Azmin Ali, tidak dapat tidak isu terbaru video yang melibatkan Haziq memerlukan kita melihat apakah ini sekadar sepak terajang politik

Tetapi saya suka melihat isu ini lebih daripada soal politik sebaliknya KIFARAH serta pembuktian janji Allah kepada PM Ke-7, Dr Mahathir

Saya masih ingat, Almarhum Ustaz Fadzil Noor, bekas Presiden PAS pernah dalam satu perhimpunan menyatakan beliau berdoa agar umur Dr Mahathir dipanjangkan agar dia dapat melihat segala kerosakan yang dilakukan

Menjadi PM Ke-7, saya kira doa Ustaz Fadzil dimakbulkan apabila Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri yang cuba membetulkan segala kerosakan yang pernah dia buat dahulu

Tapi sekali lagi saya tidak berminat nak bercakap mengenai penyelewengan, kroni, mengkayakan anak pinak yang dilakukan oleh Dr Mahathir sepanjang menjadi PM Ke-4

Saya lebih berminat untuk melihat konteks doa Ustaz Fadzil itu dalam kes video yang membabitkan Haziq dan dikatakan pasangannya Azmin

Tahun 1998, isu yang sama iaitu SEMBURIT sebagai mana istilah diguna pakai oleh DBP berlaku di zaman Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.  
Cuma ketika itu tiada video tetapi pelakonnya orang yang amat rapat dengan Azmin iaitu Anwar Ibrahim, bakal PM Ke-8

Semasa kes Anwar, tiada bukti video.  Dr Mahathir dalam satu sidang media ketika memecat Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau telah menemui mangsa, saksi dan yakin Anwar meliwat. 
Malah dalam sidang media yang disiarkan secara langsung itu Mahathir menyebut secara terperinci hingga katanya Anwar menyuruh saksi yang Mahathir temui melakukan “masturbating”

Belum pun Anwar didakwa di mahkamah, Mahathir telah menjatuhkan hukuman Anwar bersalah dan berdosa meliwat dan dengan itu tidak layak menjadi penggantinya sebagai Perdana Menteri ketika itu

Kini, Azmin yang menurut percaturan politik akan menjadi pengganti Perdana Menteri terlibat dengan skandal video isu SEMBURIT. Ia berlaku di zaman Dr Mahathir sekali lagi menjadi Perdana Menteri

Apa bezanya pendirian Mahathir dengan kes SEMBURIT Anwar yang dicaturkan menjadi Perdana Menteri pada tahun 1998 dengan kes Azmin yang juga dicaturkan menjadi pengganti Perdana Menteri

Bezanya jika 1998, Mahathir dengan hanya cakap cakap menjatuhkan hukuman Anwar berdosa dan bersalah walaupun belum dibuktikan di mahkamah, kini setelah ada video yang menjadi bukti Mahathir kata takkanlah Azmin nak melakukan SEMBURIT, malah menolak dakwaan penglibatan Azmin
Sebab itu saya gunakan tajuk antara politik dan KIFARAH. 
Politik ialah apabila kemaraan Anwar  sudah seperti tidak dapat dibendung pada 1998, Mahathir dengan hanya cakap cakap menjatuhkan hukuman bersalah kepada Anwar

Kini demi politik juga iaitu percaturan meletakkan Azmin sebagai pengganti Perdana Menteri telah menyebabkan Dr Mahathir walaupun ada bukti video mempertahankan Azmin walaupun isunya sama iaitu SEMBURIT

Namun jauh lebih besar ialah KIFARAH Allah kepada Mahathir iaitu dahulu dengan fitnah dan cakap-cakap Mahathir menjatuhkan hukuman bersalah kini dengan bukti yang ada Mahathir membela orang yang dituduh.  
Mungkihkan ini petanda makbulnya doa Almarhum Ustaz Fadzil yang memohon supaya Allah memanjangkan umur Mahathir untuk dia melihat kerosakan yang dia buat.  
Dahulu kerosakannya menyumbat orang ke penjara kerana sekadar cakap cakap kini membela perbuatan yang dilaknat

Sumber: Rafi Awang Kechik

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://jawaber6.blogspot.com/2019/07/politik-dan-kifarah-rak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zuraida Dinasihat Hormati Keputusan Biro Politik Pkr

Zuraida Dinasihat Hormati Keputusan Biro Politik Pkr

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 300 hits
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bercakap kepada media selepas sidang media sempena Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara di Bangunan Perdana Putra Putrajaya foto HAZROL ZAIN...
As Mengabaikan Aspek Politik Dalam Proposal Perdamaian Palestina Israel

As Mengabaikan Aspek Politik Dalam Proposal Perdamaian Palestina Israel

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 157 hits
Inti dari dokumen proposal AS itu adalah paket pengembangan ekonomi senilai USD 50 miliar USD 60 miliar Mayoritas dana akan mengalir ke Palestina dan sisanya mengalir ke negara negara yang bertetangga seperti Mesir Lebanon dan Yordania
Terbukti Politik Uang Caleg Gerindra Di Tanjungpinang Divonis 5 Bulan Bui

Terbukti Politik Uang Caleg Gerindra Di Tanjungpinang Divonis 5 Bulan Bui

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 139 hits
Saudara Apriyandi dapat mengajukan banding jika keberatan terhadap putusan ini kata Acep
Kapolda Jabar Politik Sudah Selesai Kita Bangun Kembali Bangsa Ini

Kapolda Jabar Politik Sudah Selesai Kita Bangun Kembali Bangsa Ini

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 147 hits
Kapolda Jawa Barat Irjen Pol Rudy Sufahriadi meminta seluruh warga masyarakat Tasikmalaya agar menjaga kondusifitas wilayah Menurut Kapolda masyarakat sudah seharusnya kembali membangun bangsa Indonesia setelah selesainya perhelatan pemilih...
Ungkap Rahasia Politik Jadi Alasan Deddy Corbuzier Batal Mualaf 6 Bulan Lalu

Ungkap Rahasia Politik Jadi Alasan Deddy Corbuzier Batal Mualaf 6 Bulan Lalu

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 217 hits
Deddy Corbuzier mengungkap rahasia tentang proses mualaf nya yang dilakukan baru baru ini Ternyata ia mengaku ingin menjadi mualaf sejak sekitar enam atau tujuh bulan lalu
Kesilapan Morsi Dalam Dunia Politik Mesir

Kesilapan Morsi Dalam Dunia Politik Mesir

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 223 hits
Mantan presiden Mesir Mohamed Morsi telah meninggal dunia 17 Jun 2019 semasa prosiding mahkamah dan yang ironiknya 17 Jun juga merupakan tarikh beliau memenangi pilihanraya presiden Mesir pada tahun 2012 Morsi ialah presiden Mesir selama 36...
Wartawan Ahli Politik Bertumbuk Ketika Program Debat

Wartawan Ahli Politik Bertumbuk Ketika Program Debat

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 255 hits
Wartawan dan seorang ahli politik bertumbuk selepas bertekak sesama sendiri dalam satu program debat yang disiar secara langsung di televisyen JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLT...
Usai Putusan Mk Pan Akan Gelar Rakernas Tentukan Arah Politik Akhir Juli

Usai Putusan Mk Pan Akan Gelar Rakernas Tentukan Arah Politik Akhir Juli

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 167 hits
Di rakernas itulah kita akan putuskan arah politik PAN ke depannya kata Eddy
Politik Jijik Membinasakan Ummah

Politik Jijik Membinasakan Ummah

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 285 hits
Politik Jijik Membinasakan Ummah 1 Media melaporkan bahawa video mirip pemimpin politik telah dimuatnaik dalam laman lucah pula Bukankah ini akan menarik pembaca untuk membuka laman lucah pula Nah Inilah bencana dan musibah politik jijik 2 ...
Tattoos Raised And Itchy

Tattoos Portland Maine

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Jangan Risau Jika Tak Terkenal

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Bila Pn Buat Pusingan U

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Lava168 1