Kesilapan Morsi Dalam Dunia Politik Mesir


Mantan presiden Mesir, Mohamed Morsi telah meninggal dunia 17 Jun 2019 semasa prosiding mahkamah (emoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya) dan yang ironiknya, 17 Jun juga merupakan tarikh beliau memenangi pilihanraya presiden Mesir pada tahun 2012.


Morsi ialah presiden Mesir selama 369 hari dari 30 Jun 2012 hingga 3 Julai 2013, sebelum digulingkan oleh tentera pimpinan Abdul Fatah al-Sisi yang menjadi presiden Mesir sekarang.

Kejatuhan Morsi ialah tragedi yang boleh dielakkan, tokoh mujahid yang baik, tetapi bukan seorang ahli politik yang baik dan tidak sampai hasrat untuk menjadi negarawan yang ulung.

Kesilapan terbesar Morsi ialah beliau melakukan pembaharuan dan rombakan drastik sebaik sahaja memegang kuasa, ketika 'kuasa politik' beliau tidak kuat: hanya menewaskan lawannya Ahmed Shafik dengan undian 51.7%.

Meskipun Ahmed Shafik ialah orang rejim Mubarak yang tidak popular, Morsi juga gagal untuk meraih sokongan majoriti melebihi 60-70 peratus.

Itu menunjukkan Morsi sepatutnya berhati-hati dan wajib bekerjasama dengan segmen lain dalam politik Mesir.

Segmen-segmen utama yang ada ialah tentera, golongan liberal-sekular-nasionalis dan golongan Islamis.

Islamis di sini bermaksud mereka yang pro Ikhwanul Muslimin atau “Muslim Brotherhood” (parti Morsi), kerana bukan semua Muslim konservatif menyokong Ikhwanul Muslimin.

Sejak kudeta tahun 1952, tahun monarki Mesir digulingkan dan republik ditubuhkan, kestabilan sesebuah rejim amat bergantung kepada sokongan tentera dan sekular-nasionalis.

Kesemua presiden dan pemimpin tertinggi Mesir adalah dari tentera: Mohamed Naguib (1952-1954), Gamal Abdel Nasser (1954-1970), Anwar Sadat (1970-1981) dan Hosni Mubarak (1981-2011).

Suka atau tidak, tentera Mesir adalah institusi autonomi (“deep state”) yang memonopoli kekerasan dan mereka mempunyai “code of conduct” tersendiri, bebas daripada kawalan ahli politik seperti Morsi.

Tapi, apa yang Morsi lakukan sebaik sahaja menjadi presiden ialah 'melawan' tentera kerana tidak sampai 2 bulan menjadi presiden, Morsi telah memecat Panglima Hussein Tantawi yang memainkan peranan utama dalam kejatuhan Mubarak, sekali gus dengan timbalannya Sami Anan.

Jika dibandingkan dengan seorang lagi pemimpin demokratik-Islamis yang berdepan dengan ancaman “deep state” tentera iaitu Erdogan, beliau lebih bijak dan penyabar.

Erdogan menunggu selama 5 tahun sebelum mencabar tentera Kemalis dengan kes Ergenekon (2008) dan Sledgehmmer (2010) dan 5 tahun lagi untuk menyingkirkan “parallel state” Gulenis.

Lama, tapi berbaloi, lebih-lebih lagi kalau kita tidak mempunyai sokongan kukuh, kerana dalam politik, patience is a virtue.

Kesilapan kedua Morsi selepas mencabar tentera ialah melantik al-Sisi sebagai pengganti Tantawi, orang dalam faction Tantawi.

Alasan Morsi memilih al-Sisi adalah disebabkan imej warak al-Sisi, isteri dan anak memakai tudung dan hafal al-Quran.

Walaupun al-Sisi sudah banyak kali menunjukkan tanda-tanda akan melakukan rampasan kuasa, Morsi gagal membaca semua petanda itu.

Punca utama rakyat menolak Mubarak ialah masalah ekonomi dan korupsi, tetapi Morsi memilih untuk mengutamakan agenda pembaharuan undang-undang.

Dan itu menyebabkan liberal-sekular-nasionalis dan minoriti kristian (Koptik) yang bimbang dengan pengaruh Islamis lebih nekad untuk menolak Morsi.

Pada pertengahan Jun 2013, apabila Morsi memenuhi 11 daripada 27 jawatan gabenor di Mesir dengan ahli Ikhwan, golongan liberal-sekular-nasionalis ini akhirnya turun ke jalanan, menuntut Morsi meletak jawatan.

Jumlah peunjuk perasaan di Dataran Tahrir tidak kurang berbanding jumlah peunjuk perasaan semasa Januari-Februari 2011 yang menjatuhkan Mubarak.

Dengan itu, al-Sisi telah mengeluarkan ultimatum 48-jam pada 1 Julai dan Morsi ditahan pada 3 Julai. Tidak keterlaluan untuk disebut bahawa, Morsi sendiri menjadi punca kepada kejatuhan beliau.

Kita tidak berminat soal sama ada Morsi adalah salafi, haraki atau tidak, kerana ada pengajaran yang kita boleh belajar daripada kejatuhan Morsi dalam soal politik dan kenegaraan.

Sebagai ketua negara Arab pertama yang dipilih secara demokratik, kejatuhan Morsi ialah satu tragedi yang mensia-siakan potensi untuk beliau mengubah wajah dunia Arab-Islam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Selepas Demokrasi Dicabul Adakah Mesir Menuju Revolusi Sebenar?Yahudi Paling Gembira Disebalik Kejatuhan Morsi?
sumber: thepatriots



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/06/kesilapan-morsi-dalam-politik-mesir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mohamed Morsi Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Mahkamah

Mohamed Morsi Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 433 hits
Bekas presiden Mesir Mohamed Morsi meninggal dunia ketika perbicaraan di mahkamah semalam Menurut laporan media tempatan Morsi rebah selepas penutup sesi perbicaraan di mahkamah dan meninggal dunia sejurus selepas itu Morsi dipilih secara d...
Pendarahan Dalam Otak Pelajar Malaysia Meninggal Dunia Di Mesir

Pendarahan Dalam Otak Pelajar Malaysia Meninggal Dunia Di Mesir

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 857 hits
Seorang pelajar Malaysia yang merupakan penuntut di Universiti Al Azhar Mesir iaitu Mohammad Fahmi Faizzudin Asyraf Mohd Shukri meninggal dunia petang semalam ketika menerima rawatan di sebuah hospital Penuntut berusia 24 tahun itu mula tul...
Profil Mohamed Morsi Pemimpin Pertama Dan Terakhir Demokrasi Mesir

Profil Mohamed Morsi Pemimpin Pertama Dan Terakhir Demokrasi Mesir

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 297 hits
Bekas Presiden Mesir Mohamed Morsi yang berusia 67 tahun meninggal dunia di hospital Kaherah selepas rebah ketika sesi perbicaraan di mahkamah pada Isnin Beliau bercakap di hadapan hakim selama 20 minit kemudian menjadi sangat rancak dan re...
Menggetarkan Jiwa Ini 10 Pesanan Morsi Dalam Pidato Terakhir Sebelum Meninggal Dunia

Menggetarkan Jiwa Ini 10 Pesanan Morsi Dalam Pidato Terakhir Sebelum Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 585 hits
25 minit sebelum rebah Dr Morsi telah menyampaikan pidato yang menggetarkan jiwa ketika perbicaraan terakhir beliau yang disaksikan oleh beberapa wartawan Mesir yang berada di dalam mahkamah tersebut Antara perkara yang disampaikan dalam uc...
Bekas Presiden Mesir Mohamed Morsi Kembali Ke Rahmatullah

Bekas Presiden Mesir Mohamed Morsi Kembali Ke Rahmatullah

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 278 hits
KAHERAH Bekas presiden Mesir Mohamed Morsi meninggal dunia ketika perbicaraan di mahkamah pada Isnin Menurut laporan media tempatan Morsi rebah selepas penutup sesi perbicaraan di mahkamah dan meninggal dunia sejurus selepas itu Morsi dipil...
Kronologi Meninggalnya Mantan Presiden Mesir Mohamed Morsi Di Persidangan

Kronologi Meninggalnya Mantan Presiden Mesir Mohamed Morsi Di Persidangan

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 282 hits
Mantan Presiden Mesir Mohammed Morsi meninggal saat menjalani sidang pengadilan kemarin Sumber medis setempat mengatakan bahwa sosok yang juga memimpin Ikhwanul Muslimin itu yang dicap sebagai kelompok teroris pasca kudeta militer tahun 201...
Bekas Presiden Mesir Mursi Meninggal Dunia Di Mahkamah

Bekas Presiden Mesir Mursi Meninggal Dunia Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 404 hits
KAHERAH DIKEMASKINI Bekas Presiden Mesir Mohammed Mursi yang digulingkan oleh tentera pada 2013 meninggal dunia di mahkamah menurut media Mesir Media melaporkan Mohammed Mursi pengsan selepas sesi pengadilan di mana beliau menghadapi tuduha...
Golkar Tak Yakin Sandiaga Uno Akan Rehat Dari Dunia Politik

Golkar Tak Yakin Sandiaga Uno Akan Rehat Dari Dunia Politik

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 201 hits
Menurutnya bisa saja Sandi masih mengikuti kegiatan di Partai Gerindra Kata Ace dalam situasi tertentu bisa saja Sandiaga ikut terlibat lagi
Terkini Bekas Pemimpin Ikhwanul Muslimin Mohammed Morsi Meninggal Dunia Ketika Perbicaraan

Terkini Bekas Pemimpin Ikhwanul Muslimin Mohammed Morsi Meninggal Dunia Ketika Perbicaraan

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 374 hits
Mohammed Morsi 67 bekas presiden Mesir yang digulingkan oleh tentara pada 2013 meninggal dunia ketika perbicaraan di mahkamah hari ini Menurut laporan media antarabangsa beliau dikatakan pengsan setelah sesi mahkamah di mana dia didakwa baw...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator