Zuraida Dinasihat Hormati Keputusan Biro Politik Pkr


Mohd Zaini Samsu Hadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bercakap kepada media selepas sidang media sempena Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL 
PUTRAJAYA – Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin dinasihatkan agar menghormati keputusan yang dibuat oleh biro politik parti berhubung keputusan kolektif yang dicapai terhadap keahlian Ketua Pemuda Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang dikaitkan dengan video intim membabitkan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, Zuraida harus akur dengan perkara tersebut kerana keputusan itu telah dicapai secara bersama.

Katanya, sekiranya perkara itu berbangkit ia perlu dibincangkan dan beliau tidak wajar membuat kenyataan mengikut keputusan sendiri.

Malah, ketika keputusan tersebut dibuat Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang hadir pada mesyuarat berkenaan.

“Seperti mana mesyuarat biro politik yang lepas, beliau (Zuraida) ikut hadir dan keputusan lembaga disiplin mengenai empat perkara itu dibincangkan dan beliau ambil bahagian sama sama,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sidang media Majlis Tindakan Sara Hidup Negara di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Saifuddin ditanya wartawan mengenai kenyataan Zuraida semalam, apabila mengatakan beliau akan memecat Haziq susulan pengakuannya mengenai video seks membabitkan Mohamed Azmin yang tular selepas seminggu umat Islam menyambut hari raya Aidilftri.

Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak menafikan dakwaan itu dan menyifatkan ia sebagai komplot untuk menjatuhkannya dan mengancam tindakan undang-undang.
Haziq berdepan surat tunjuk sebab dari PKR berhubung perkara tersebut.

Pada 19 Jun lalu, Zuraida mendesak kepimpinan PKR segera memecat Haziq kerana telah memalukan serta mencemar nama baik parti susulan pengakuan terbukanya itu.

Bagaimanapun, Biro Politik PKR yang bermesyuarat pada hari yang sama memutuskan hanya memberikan surat tunjuk sebab kepada Haziq dan diberi masa 14 hari untuk menjawab surat itu.

Mengulas lanjut Saifuddin berkata, berdasarkan mesyuarat yang dibentangkan banyak perkara dibahas dan terdapat perkara-perkara baik dan buruk namun, akhirnya keputusan itu dipersetuju bersama.

“Adalah lebih baik keputusan itu dihormati sebab kita adalah pihak yang ikut sama membuat keputusan, lain saya tak mahu komen,” ujarnya.

Sementara ketika ditanya mengenai langkah Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan berhasrat melepaskan jawatan selepas tiga tahun sebagai Perdana Menteri, beliau berkata, penyerahan jawatan tersebut merupakan satu resolusi yang perlu diterima dan bukan sahaja berdasarkan persetujuan.

Malah, sehingga sekarang perjanjian itu kekal dan tiada perubahan mengenai ketetapan terhadap perkara tersebut. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/06/zuraida-dinasihat-hormati-keputusan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Konflik Pkr Apa Motif Faizah Minta Zuraida Berundur

Konflik Pkr Apa Motif Faizah Minta Zuraida Berundur

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 401 hits
KUALA TERENGGANU Tindakan Naib Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat Faizah Ariffin yang meminta Zuraida Kamaruddin mengangkat kaki keluar parti dilihat sebagai tidak beretika Ketua Wanita PKR Terengganu Sharifah Norhayati Syed Omar berkata pi...
Makcik Zuraida Hangin Haziq Tidak Dipecat Dari Pkr

Makcik Zuraida Hangin Haziq Tidak Dipecat Dari Pkr

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 634 hits
Pertelagahan di dalam PKR masih berterusan Nada tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti semakin kuat kedengaran di luar Terbaru MakCik Zuraida hangin satu badan apabila pelaku atau pelakon video akhir zaman Haziq Aziz yang belum dikenaka...
Pecat Haziq Abdullah Dari Pkr Zuraida

Pecat Haziq Abdullah Dari Pkr Zuraida

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 872 hits
Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin menyifatkan kepemimpinan parti sebagai kurang bijak apabila tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Ketua Angkatan Muda Keadilan Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz susulan pengakuannnya terlibat dala...
Hormati Keputusan Pm Melantik Latheefa Koya Mukhriz

Hormati Keputusan Pm Melantik Latheefa Koya Mukhriz

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 731 hits
ARAU 9 Jun 2019 Semua pihak hendaklah menerima serta menghormati keputusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung pelantikan Latheefa Beebi Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang baharu kerana ...
Zuraida Boleh Angkat Kaki Dari Pkr Faizah

Zuraida Boleh Angkat Kaki Dari Pkr Faizah

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 572 hits
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin bercakap kepada media selepas Majlis Pelancaran Aplikasi Mobil I G Majlis Perhimpunan Penjawat Awam KPKT dan Semarak Aidilfitri KPKT di Dewan Kristal Kementerian Perumahan dan Keraj...
Tak Hormat Keputusan Parti Zuraida Boleh Angkat Kaki

Tak Hormat Keputusan Parti Zuraida Boleh Angkat Kaki

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 501 hits
News Diterbitkan Hari ini 11 08 tengahariNaib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin boleh angkat kaki keluar dari parti jika tidak lagi menghormati keputusan bersama yang dibuat parti kata Naib Ketua Wanita PKR Faizah Ariffin Beliau mengulas keny...
Timbalan Gesa Naib Ketua Wanita Pkr Tarik Balik Kenyataan Berkaitan Zuraida

Timbalan Gesa Naib Ketua Wanita Pkr Tarik Balik Kenyataan Berkaitan Zuraida

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 493 hits
KUALA LUMPUR Naib Ketua Wanita PKR Faizah Ariffin diminta menarik semula kenyataan yang meminta Zuraida Kamaruddin angkat kaki keluar daripada parti berkenaan Ini kerana kenyataan itu disifatkan beremosi dan peribadi selain menggambarkan be...
Umno Bekerjasama Dengan Pas Sebab Dendam Kalah Pru14 Pkr Kelantan

Umno Bekerjasama Dengan Pas Sebab Dendam Kalah Pru14 Pkr Kelantan

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 343 hits
Posted by on Kerjasama Umno dan PAS lebih kepada dendam khususnya parti Umno selepas mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke 14 kepada gabungan Pakatan Harapan Pengerusi PKR Kelantan Mohamad Suparadi Md Noor berkata rakyat harus melih...
Lagi Pusingan U Dalam Manifesto Kita Pkr

Lagi Pusingan U Dalam Manifesto Kita Pkr

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 280 hits
Ahli Parlimen Subang Wong Chen KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Subang Jaya Wong Chen melahirkan kekecewaan dengan keputusan kerajaan menyatakan tiada keperluan untuk mengadakan sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Parlimen ketika ini Wong Ch...
Pelaburan Crypto Malaysia Cara Selamat Jana Income Usdt Secara Automatik Dengan Ai Bot Bitradex

Hantu Penat Dah Lari Ikut Kawan Kawan Dia Kat Taman Bunga

The Profound Benefits Of Reading Books

Mindef Menanti Siasatan Terhadap Kes Rasuah Pegawai Ketenteraan Kanan

Titik Karbon Hijau Revolusi Nanoteknologi Lestari Berpotensi Dalam Rawatan Terapi Kanser

Kerajaan Perlis Pimpinan Shukri Ramli Tumbang

Kekuatan Nilai Dan Kebijaksanaan Dalam Kehidupan Dewasa

Strong Earthquake Hits Papua New Guinea


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Keagungan Seni Kayu Patung Hidup Sumo Oleh Yasumuto Kamehachi

Fahamkan Separuh Masa Memahami Konsep Dan Kepentingannya Dalam Pengurusan Masa

Exchanger Berlesen Malaysia Kenapa Lesen Audit Penting Dalam Pelaburan Crypto

Hampir Makan Diri Pemain Bola Sepak Zambia Nyaris Patah Leher Rai Jaringan

Kelantan Guru Bujang Didakwa 11 Pertuduhan Luar Tabii Sentuh 9 Murid Lelaki

Don T Stop Us From Rejoicing Dap Disciplinary Chief Tells Crook Lovers