Politik Cina Carik Carik Bulu Ayam


MUTAKHIR ini, timbul beberapa isu menarik mengenai politik bukan Melayu. Bukan sahaja politik Melayu berpecah antara Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH). Tetapi perpecahan juga berlaku kepada politik bukan Melayu.

Mungkin ramai tidak tahu, politik bukan Melayu yang ditunjangi politik Cina berdepan dengan krisis lebih serius daripada politik Melayu. DAP yang selama ini dikatakan menjuarai politik Cina mula terpalit dengan pelbagai masalah.

Antaranya golongan berpendidikan Cina dalam DAP mengatakan parti itu tidak lagi bersifat membela kepentingan dan hak Cina tetapi lebih menjurus kepada kemalaysiaan. Ini disebabkan golongan berpendidikan bukan Cina yang mendominasi DAP lebih memperlihatkan parti itu bersifat komunal (hak secara bersama), bukan bersifat etnik.

Akhirnya, DAP kini mulai ditolak sedikit demi sedikit dalam kalangan masyarakat Cina. Ini disebabkan apabila masyarakat Cina menghadapi masalah, DAP kelihatan kurang mampu membela nasib masyarakat Cina. Dalam hal ini, masyarakat Cina melihat DAP lebih mementingkan kepentingan agenda politik daripada agenda masyarakat Cina di negara ini.

Ini seterusnya menyebabkan golongan berpendidikan Cina dalam DAP mulai mempersoalkan beberapa tokoh berpendidikan bukan Cina yang sering mempergunakan agenda kepentingan peribadi daripada memberikan imej yang lebih positif dalam kalangan masyarakat Cina.

Tidak lama lagi akan berlaku pemilihan dalam DAP, lihatlah golongan mana yang mendominasi. Ini sudah pasti akan memberikan impak kepada pertandingan dalam merebut kerusi majoriti bukan Melayu dan campuran pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Apa yang pasti kini, DAP bakal ditentang oleh MCA dan Gerakan jika dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang berlangsung esok memilih untuk menentang Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Malah, kenyataan Gerakan untuk bertanding di hampir semua kerusi bukan Melayu dan campuran menandakan parti itu tidak akan berganjak untuk berkongsi kerusi dengan MCA.

Perselisihan MCA dan Gerakan pada kali ini lebih serius berbanding peristiwa kekalahan MCA kepada Gerakan di Pulau Pinang.

Namun kali ini, jika Gerakan memilih menentang BN akan menjadikan MCA terpaksa bertarung untuk menentukan parti itu hidup atau mati dalam politik Cina.

Jika MT UMNO memilih untuk bersama dengan PN dalam PRU-15, maka MCA berdepan krisis yang mana parti itu perlu membuktikan masih relevan dalam konteks politik Cina.

Ini sudah pasti akan merintis jalan sama ada bersama dengan Gerakan menentang PH atau MCA terpaksa bertanding menentang Gerakan, andai kata Gerakan tidak mahu berkongsi kerusi.

MESRA
Situasi ini pasti jelas bahawa dalam politik Cina pasti akan diwarnai pertandingan tiga penjuru pada PRU-15. Malah dalam politik India juga turut terkesan dengan iklim perubahan. MIC kini lebih mesra dengan PN. Jika MIC menyertai PN, maka kemungkinan Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) menyertai BN seterusnya bakal menentang MIC dan DAP.

Tetapi jika MIC tidak menyertai PN, IPF akan juga menentang MIC. Ini akan menyebabkan masyarakat India terpaksa memilih sama ada MIC, IPF, Gerakan atau PH. Bukan sifir jalan mudah untuk mana-mana parti politik India memenangi kerusi dalam PRU-15.

Perpecahan yang berlaku dalam politik bukan Melayu di Semenanjung juga memberikan tempias kepada politik Cina Sarawak. Pada Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ini, bukan sahaja akan berlaku pertandingan antara Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dengan DAP, tetapi juga menerima pendatang baharu dalam kalangan parti kecil.

Wujud selepas berlakunya perpecahan dalam SUPP pada 2014, kini Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang mesra dengan Bersatu bakal lebih bersedia menghadapi kekuatan SUPP, malah Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Bersatu (UPP).

Ini menunjukkan politik Cina Sarawak kini berdepan pertandingan antara SUPP, SPDP, PSB, UPP dan DAP. DAP di Sarawak turut menghadapi krisis keyakinan dalam kalangan masyarakat Cina disebabkan lebih bersifat ‘ke-Semenanjungan’ daripada ‘ke-Sarawakian.’

Walaupun kita melihat perpecahan dalam politik bukan Melayu lebih serius daripada perpecahan politik Melayu tetapi kerumitan dan keributan dalam politik bukan Melayu kurang ditonjolkan oleh masyarakat bukan Melayu.

Punca utama adalah kerana masyarakat bukan Melayu lebih memilih agenda keutamaan penyatuan dan kepentingan hak daripada perselisihan perbezaan pandangan dan politik. Maka politik bukan Melayu yang nampaknya lemah dan berpecah tetapi kelihatan kuat dari dalaman, bukannya luaran. Ini adalah sesuatu yang berbeza dengan politik Melayu.

Politik Melayu lebih ke arah meruntuhkan dalaman sehingga ke luaran tanpa hala tuju sehingga boleh menghancurkan agama, bangsa dan negara. Kepentingan peribadi begitu terserlah mengatasi yang lain. Seterusnya memperlihatkan politik Melayu lemah sehingga memerlukan talian hayat politik bukan Melayu. Terpaksa mengemis.

Inilah nasib Melayu di bumi Melayu. Jika tidak segera kembali ke pangkal jalan, maka akan tersesat mereka ke hujung jalan. Ketika itu, sudah terlambat untuk berpatah balik kerana nasi sudah menjadi bubur. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Politik Cina bersifat carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum jua, air dicincang tidak akan putus. Berbanding politik sesama Melayu, boleh diungkapkan dengan kata-kata: “pergi mampuslah kamu.” Putus habis ikatan persaudaraan, pecah dalam semua perkara.

Dalam kalangan parti politik pecah, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pecah, sesama usahawan pecah, sesama orang agama pecah, sesama artis pecah, sesama akademik pecah, dalam sukan pecah. Semua pecah. Masalah sosial makin tenat. Mahu kuat macam mana?

Hilang habis panduan al-Quran, sunnah. Terbit kata-kata yang menyakitkan hati, kafir, munafik, binatang politik, anjing menyalak dan macam-macam kata-kata kesat dan nista. Politik Melayu menuju kepupusan, musuh bertepuk tangan. Mereka untung, kita rugi. Berbaloikah ini semua? Fikirkanlah.

Oleh: DR. Iskandar Hasan Tan Abdullah dan
          Profesor Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/04/politik-cina-carik-carik-bulu-ayam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Buat Sos Colek Ayam Homemade Yang Sangat Sedap

Cara Buat Sos Colek Ayam Homemade Yang Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 381 hits
Bila tiba bualan puasa Colek Ayam antara hidangan yang menjadi kegemaran ramai terutamanya penduduk di negeri Pantai Timur Biasanya bila selesai solat tarawih hidangan colek akan dihidang Terdapat pelbagai jenis colek yang boleh dinikmati d...
30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah

30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 714 hits
30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah Ayam memang menjadi favorite anak anak dan kalau boleh setiap hari diaorang nak lauk berasakan ayam contohnya ayam goreng kunyit ayam bakar rendang ayam tomyam ayam ayam sambal ayam halia dan ...
Resipi Ayam Goreng Tomyam Pedas Menu Ringkas Tapi Sedap Rasa Pun Padu

Resipi Ayam Goreng Tomyam Pedas Menu Ringkas Tapi Sedap Rasa Pun Padu

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 384 hits
Pening memikirkan resipi dan hidangan untuk berbuka dipetang hari Apa kata kita cuba resipi perkongsian ini pula Resipi Ayam Goreng Tomyam Pedas yang ditumis dan dimasak kering kering ini memang sedap rasanya Unik dan berbeza Wajib cuba RES...
11 Ramadan Sup Ayam

11 Ramadan Sup Ayam

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 236 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Harini KK berbuka dirumah mak lagi alhamdulillah masih lagi kita dibulan ramadan dalam tak sedar kita di kesebelas ramadanMak KK masak sup ayam antara lauk kegemaran KK segala jenis ayam KK makan hahaha...
Resepi Ayam Popcorn Masak Butter

Resepi Ayam Popcorn Masak Butter

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 270 hits
Ayam Popcorn Masak ButterBahan bahan ButtercupBawang besarBawang putihCili apiDaun kariSusu segar susu cairKepingan kejuAyam PopcornCara masakan Goreng ayam popcorn sehingga masak Dalam kuali berasingan cairkan Buttercup guna api kecil Kemu...
Nasi Goreng Ayam Dan Murtabak Menu Sahur

Nasi Goreng Ayam Dan Murtabak Menu Sahur

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 325 hits
Assalamualaikum PAGI ini menggigihkan diri menggoreng nasi sepinggan sambil memanaskan murtabak daging yang Pak Inche beli dari pasar ramadhan semalam Kalau ikutkan memang malas nak menggoreng nasi tapi sebab tekak sendiri yang teringin Mac...
Kerajaan Cap Ayam

Kerajaan Cap Ayam

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 160 hits
Sam LimAyam pun kita kena terima dengan hati terbuka inikan pula kita sesama insan Renung renungkanlah
Nasi Ayam Hainan Menu Berbuka Hari Ke 9

Nasi Ayam Hainan Menu Berbuka Hari Ke 9

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 308 hits
Assalamualaikum BOSAN jugak setiap hari berbuka dengan nasi putih berlauk maka SK dengan rajinnya menawarkan diri untuk memasak nasi ayam sebagai menu berbuka semalam Pak Inche yang sudah kebuntuan idea laju laju angguk kepala Dia memang pe...
Bekalan Ayam Mencukupi Hingga Selepas Aidilfitri

Bekalan Ayam Mencukupi Hingga Selepas Aidilfitri

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 329 hits
Alexander mengadakan tinjauan pematuhan peniaga sempena SHMMP di Presint 9 Putrajaya Foto NSTP Samadi Ahmad PUTRAJAYA Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memberi jaminan bekalan ayam mencukupi walaupun selepas Aidilf...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Worldcoin Dan Ai

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport