Bekalan Ayam Mencukupi Hingga Selepas Aidilfitri


Samadi Ahmad Alexander (dua kanan) mengadakan tinjauan pematuhan peniaga sempena SHMMP di Presint 9 Putrajaya. - Foto NSTP/Samadi Ahmad PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan bekalan ayam mencukupi walaupun selepas Aidilfitri.
Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata pengguna tidak perlu bimbang kerana kementerian sudah mengadakan perbincangan dengan beberapa pengeluar ayam terbesar dan mereka memberi jaminan bekalan mencukupi.
"Semalam saya menghubungi seorang pengusaha ladang ternakan ayam terbesar dan beliau memberi jaminan bekalan mencukupi bagi memenuhi permintaan pasaran.
"Oleh kerana bekalan ayam mencukupi tiada alasan bagi pengusaha dan peniaga untuk tidak mematuhi harga (siling) ayam yang ditetapkan dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) yang berkuatkuasa semalam," katanya selepas mengadakan tinjauan terhadap pematuhan peniaga sempena SHMMP di MyFarm Outlet Presint 9 hari ini.
Mengenai rungutan peniaga ayam yang tidak berpuas hati dengan harga siling RM7.90 sekilogram bagi ayam standard di bawah SHMMP kerana didakwa tidak menguntungkan mereka, Nanta berkata, pihaknya telah mendapatkan nasihat daripada pelbagai pihak sebelum membuat penetapan harga.
Harga ayam dan telur telah ditetapkan dari peringkat ladang dan tidak sepatutnya peniaga atau peruncit berdepan dengan masalah harga tinggi apabila membeli dari pemborong.
"Di seluruh negara, 12 item dalam SHMMP Hari Raya Puasa 2021, dari runcit ke borong mesti ikut harga yang kami tetapkan di setiap peringkat. Sebab itu peruncit ini tak sepatutnya kehilangan margin atau keuntungan mereka kerana kami sudah teliti dengan mendalam dan pastikan peniaga tidak sepatutnya terjejas," katanya.

Alexander (dua kanan) mengadakan tinjauan pematuhan peniaga sempena SHMMP di Presint 9 Putrajaya. - Foto NSTP/Samadi Ahmad SHMMP 2021 selama 30 hari dilancarkan di seluruh negara bermula semalam, iaitu 22 hari sebelum Aidilfitri, 1 Syawal dan tujuh hari selepas itu. Skim ini membabitkan 12 jenis barangan keperluan utama dalam empat kategori ayam, telur ayam, daging dan hasil laut bagi pelaksanaan fasa pertama berdasarkan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Alexander berkata, pada hari pertama pelaksanaan SHMMP, KPDNHEP menerima dua aduan berkenaan kenaikan harga ayam dan pada peringkat awal, pihaknya mengambil pendekatan menasihati peniaga supaya mematuhi skim yang ditetapkan.
Mengenai desakan sesetengah pengusaha daging tempatan yang mahu harga siling dikaji semula, beliau berkata, kementerian tidak berhasrat mengkaji semula harga siling semua 12 item di bawah SHMMP itu kerana harga yang ditetapkan telah dipersetujui pihak berkepentingan seperti pemain industri dan kementerian berkaitan.
"Buat masa sekarang saya belum nak buat perubahan (harga siling). Saya berharap semua pihak jangan mempolitikkan hal ini. Kita nak jaga semua bukan nak menganiaya mana-mana pihak. Kami jaga pengguna dan peniaga juga," katanya.
Alexander berkata, kerajaan juga hanya menetapkan harga siling untuk bahagian tertentu daging dan bukan keseluruhan lembu, jadi peniaga bebas untuk menjual bahagian lain lembu pada harga yang difikirkan sesuai.
Dalam pada itu, beliau berkata pelaksanaan SHMMP Hari Raya Puasa 2021 adalah tepat pada waktunya. Ada yang kata KPDNHEP terlalu lambat melaksanakan skim itu.
"Bukan lambat, tapi kami pantau dulu dan buat libat urus dengan semua pihak. Selepas seminggu memang kami letakkan strategi sepertimana sedia maklum, ia dibuat secara berperingkat iaitu hanya 12 item dahulu yang merangkumi daging, ayam, telur dan ikan.
"Bagi sayur masih belum ditetapkan lagi harga siling kerana buat masa sekarang belum ada indikator yang menunjukkan harga sayur yang biasanya dikawal sudah naik harga," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/bekalan-ayam-mencukupi-hingga-selepas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sesi Pdpr 10 Hari Selepas Aidilfitri Dr Radzi

Sesi Pdpr 10 Hari Selepas Aidilfitri Dr Radzi

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 797 hits
Sebentar tadi Menteri Pendidikan mengumumkan dimana 10 hari selepas cuti raya Aidilfitri akan dilaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah Melalui kenyataan yang dikeluarkan beliau sesi PdPR dilakukan bagi menggantikan sesi PdP se...
Pdpr 2 Minggu Selepas Cuti Aidilfitri

Pdpr 2 Minggu Selepas Cuti Aidilfitri

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 476 hits
PdPR 2 Minggu Selepas Cuti Aidilfitri Bersiap sedialah ibu ayah untuk kembali beraksi sebagai guru sepenuh masa di rumah masing masing Sila tingkatkan tahap kesabaran anda semua termasuklah Ummi Ilhams Sama sama kita berdoa agak urusan kita...
Pakej Perkahwinan Di Zoo Negara Selepas Aidilfitri

Pakej Perkahwinan Di Zoo Negara Selepas Aidilfitri

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 175 hits
Zoo Negara bakal memperkenalkan pakej penganjuran majlis perkahwinan di premis itu sebagai produk alternatif dalam menjana pendapatan selepas Aidilfitri ini Timbalan Presiden Zoo Negara Rosly Rahmat Ahmat Lana berkata pakej terbabit diranca...
Hiburan Faizal Tahir Umum Akan Rehat Panjang Selepas Aidilfitri

Hiburan Faizal Tahir Umum Akan Rehat Panjang Selepas Aidilfitri

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 221 hits
Faizal Tahir mengumumkan di Instagram bahawa dirinya akan berehat panjang selepas tibanya hari raya Aidilfitri kerana dia berasa burnout yang membawa maksud penat dari segi fizikal dan mental disebabkan oleh tekanan yang tidak henti Penyany...
Bekalan Bagi Musim Perayaan Dijamin Mencukupi Jpv

Bekalan Bagi Musim Perayaan Dijamin Mencukupi Jpv

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 125 hits
Banyak pengimport dapatkan bekalan daging dari luar negara MELAKA Bekalan daging susu ayam dan telur bagi keperluan orang ramai sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri serta Aidiladha nanti dijamin mencukupi Ketua Pengarah...
Kenaikan Harga Ayam Bukan Akibat Kekurangan Bekalan Sim Tze Tzin

Kenaikan Harga Ayam Bukan Akibat Kekurangan Bekalan Sim Tze Tzin

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 401 hits
Kenaikan harga ayam bulat di pasaran tidak semestinya akibat kekurangan bekalan sehingga memerlukan permit import dikeluarkan kepada pembekal ayam tertentu untuk membawa masuk ayam dari luar negara Menurut Jurucakap Parlimen bagi Pertanian ...
Operasi Bazar Aidilfitri Dilanjut Hingga 2 Pagi

Operasi Bazar Aidilfitri Dilanjut Hingga 2 Pagi

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 233 hits
Oleh SITI AMINAH MOHD YUSOF Gambar hiasanPETALING JAYA Kerajaan bersetuju memberi kebenaran kepada penjaja penjaja bazar Aidilfitri untuk melanjutkan operasi perniagaan sehingga pukul 2 pagi berbanding pukul 12 tengah malam sebelum ini berk...
Dua Lelaki Melecur Motosikal Terbakar Selepas Kemalangan

Dua Lelaki Melecur Motosikal Terbakar Selepas Kemalangan

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 171 hits
Oleh ASLIZA MUSA ANGGOTA bomba membantu dua mangsa kemalangan yang melecur setelah motosikal ditunggang terbakar di Kampung Pasir Garam Kampung Gajah hari ini IHSAN JBPM PASIR SALAK Dua lelaki melecur selepas terlibat kemalangan yang mengak...
Adverse Weather Causes Shortage Of Coconuts For Thaipusam

Best Value Small Trucks Affordable And Reliable Picks In 2025

Huatyou Minuman Zus Coffee Dengan Banana Series Memang Sedap

Influencers Can Boost Your Startup

Pussy888 Top 34 By Margherita Pussy888fun Io 25 2025 68

Sakit Tulang Punggung Punca Dan Rawatan

Nasi Lemak Lengkap Rasa Yalo Yalo Yumm

Lirik Lagu Hanya Kamu Dato M Nasir Ft Azri Yunus


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Demo Antirasuah Amk Bantah Polis Panggil 13 Mahasiswa

Entri Terbaik Sepanjang Tahun Januari 2024 Hingga Disember 2024