Nasi Ayam Hainan Menu Berbuka Hari Ke 9


 Assalamualaikum...
BOSAN jugak setiap hari berbuka dengan nasi putih berlauk, maka SK dengan rajinnya menawarkan diri untuk memasak nasi ayam sebagai menu berbuka semalam. Pak Inche yang sudah kebuntuan idea laju-laju angguk kepala. Dia memang peminat nasi ayam Sk nombor satu, hehehehe. Semalam jugak, Pak Inche ada program Jombiz di Tangkak, jadi mungkin dia pun malas nak fikir. Yang penting, sampai rumah ada makanan untuk berbuka.

Ayam memang ada banyak stok dirumah. Ada yang potong empat, ada yang potong doblas. Lepas sahur, Sk asingkan dua bekas ayam yang perlu defrost nanti oleh Iman. Sk pesan berkali-kali, rendam kedua-dua bekas tu yang Sk yakin beno dalam satu bekas yang rendah sikit tu ada sekeping ayam dan dalam bekas yang tinggi tu ada dua keping ayam yang masing-masing dipotong empat

Macam biasa singgah Kedai Runcit Haji ASK beli salad, timun, daun bawang, stok ayam dan rempah tumis. Sebenarnya yang habis, kulit kayu manis, tapi tak jumpa pulak yang dijual berasingan. Dah masuk kereta, baru teringat tak beli tomato, haishh.. mana boleh masak nasi ayam tak ada tomato. Singgah la kedai runcit lain,nak beli tomato, nampak pulak pisang, beli pisang setengah sisir. 
Lepas tu teringat, pasir kucing habis. Singgahhhh pulak Pet Shop. Hurmmm.. terus rasa lemah gemalai badan, hahaha. Sampai rumah, Iman kata, dia rendam satu bekas aje, wah, terus angin pus pus aku datang, hahahaha. Tengok, yang defrost tu ayam potong doblas, rupanya Sk pun salah bekas ayam jugak. Terus defrost satu bekas lagi, oh yang tu potong empat. Jadi, saiz tak sama, terpaksa potong kecik yang tu, kalau tak nanti takut masak tak sempurna


Siap rebus ayam, baru boleh masak nasi dengan sup. Sambal cili masak atas dapur, kali ni buat ngam-ngam aje tak nak lebih-lebih. Harap berjimatlah mereka letak sambal cili tu, haha


Nasi dah kering. Sk guna Basmathi Pusa Cream 2 cawan dan 4 cawan air rebusan ayam. Kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan biji pelaga pakai campak aje dan seketul pati ayam knorr. Bila nasi mula mendidih, aroma dia dengan bau daun pandan tu, mencabar perasaan betul, hahaha


Sampai waktu berbuka, Pak Inche belum balik lagi. Baru sampai pejabatnya di Uda, bertolak dari Tangkag pukul 5. Jadi, Sk berbuka berdua sahaja dengan Iman. Dah siap kemas semua, baru Pak Inche sampai. Memang tak bawa apa-apa makanan dari pasar ramadhan seperti kebiasaan seorang Pak Inche, hahaha. Tapi bawa buah tangan dari client, pelbagai jenis bahulu, bahulu gulung, maruku, kek marble, gula melaka dan minuman 3 ini 1. Jadi, sambil teman Pak Inche makan, Sk belasah makan kek marble, haha


Suruh Iman sediakan ayam dan salad. Lepas tu terkejut tengok dia potong timun macam nak buat ulam, lagi sekali bonda picit kepala, tahan aje la mulut ni.. hahaha


Iman kata, nak Ais Jagung. Bancuh guna krimer manis jagung, produk susu keluaran saji. Sk dah cuba banyak krimer berperisa saji ni antaranya coklat, sirap bandung dan tembikai susu. Yang paling sedap, tembikai susu tapi dah lama tak jumpa di pasaraya. Krimer manis saji ni, kalau nak sedap kena bancuh terus setin tu dengan satu liter air, baru menjadi rasanya. Satu lagi, kalau bancuh sikit-sikit, baki susu tu pindahkan ke bekas kaca, supaya tekstur susu tu tak berubah. Itu yang Sk buat setiap kali buka susu krimer manis atau susu pekat, baru tahan lama sebab brand saji ni mudah berketul bila simpan dalam peti sejuk.. gituhhhh

Ada yang nak resepi Nasi Ayam Hainan Sk, bolehlah pilih-pilih di sini. Cuma kali ni Sk gunakan kiub pati ayam, biasanya Sk bubuh garam biasa aje, hehehe


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2021/04/nasi-ayam-hainan-menu-berbuka-hari-ke-9.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menu Berbuka Puasa Resepi Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah

Menu Berbuka Puasa Resepi Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 664 hits
Keenakan Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah yang pernah orang muo nikmati ketika berkunjung ke Dungun bersama keluarga pada tahun 2009 masih lagi segar dalam memori kerana rasanya yang sangat sedap Kepada para ibu atau isteri yang sedang buntu...
Menu Berbuka Tiga Puasa Dan Sahur Hari Ke 4

Menu Berbuka Tiga Puasa Dan Sahur Hari Ke 4

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 450 hits
Assalamualaikum BAGUS jugak Iman minta babah tapau Ikan Bakar Tip Top sebab Sk pun dah buntu nak masak apo Hahahaha baru tiga hari dah buntu belum lagi tiga belas hari Pak Inche mintak Sk masak Kangkung Goreng Belacan Dalam hujan singgah ke...
Nasi Goreng Ayam Dan Murtabak Menu Sahur

Nasi Goreng Ayam Dan Murtabak Menu Sahur

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 340 hits
Assalamualaikum PAGI ini menggigihkan diri menggoreng nasi sepinggan sambil memanaskan murtabak daging yang Pak Inche beli dari pasar ramadhan semalam Kalau ikutkan memang malas nak menggoreng nasi tapi sebab tekak sendiri yang teringin Mac...
Cara Masak Nasi Ayam Citarasa Keluarga Paling Sedap Mudah Untuk Berbuka

Cara Masak Nasi Ayam Citarasa Keluarga Paling Sedap Mudah Untuk Berbuka

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 459 hits
Advertorial46 Artis Selebriti Meriahkan Rancangan Memasak Rasa Nostalgia RamadanSharifah Shahirah Sakinah Kongsi Resipi Warisan Keluarga Dalam Rasa Nostalgia Ramadan Ep1Pencicah SambalResipi PilihanCara Buat Sambal Kelantan Sedap Untuk Stok...
Lauk Ayam Bakar Menu Pilihan Anak Anak Untuk Berbuka Puasa

Lauk Ayam Bakar Menu Pilihan Anak Anak Untuk Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 602 hits
Lauk Ayam Bakar Menu Pilihan Anak anak Untuk Berbuka Puasa Hari pertama berpuasa mesti ibu ibu semua excited nak plan menu berbuka terutama yang punyai anak anak yang baru belajar berpuasa Akak dah lalui dulu masa anak anak kecil Hari hari ...
30 Idea Menu Berbuka Puasa Iftar Ramadan Ala Kampung

30 Idea Menu Berbuka Puasa Iftar Ramadan Ala Kampung

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 1336 hits
Assalamualaikum Tiap kali masuk bulan Ramasan mesti anda pening kepala nak fikir menu apa nak dihidangkan untuk keluarga masa berbuka puasa nanti kan Ayue sendiri pun pening ye memikirkan menu untuk 30 hari berbuka ni Ada yang suka menu men...
Resipi Telur Bungkus Inti Ayam Yang Sedap Mudah Buat Untuk Berbuka

Resipi Telur Bungkus Inti Ayam Yang Sedap Mudah Buat Untuk Berbuka

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 545 hits
Telur bungkus inti ayam antara lauk mudah dan menjadi kegemaran anak anak Kalau ke kedai makan menu ni antara yang paling banyak dipesan pelanggan Terasa nak berbuka dengan menu telur Bungkus hari ni Ini resipi step by step mudah perkongsia...
Nasi Ayam Thai Ekspress Penyediaannya Tak Sampai 30 Minit Campur Semua Siap

Nasi Ayam Thai Ekspress Penyediaannya Tak Sampai 30 Minit Campur Semua Siap

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 316 hits
Teringin nak makan nasi ayam tapi bila memikirkan banyaknya langkah nak kena buat terus berubah fikiran Jadi perancangan tu terpaksalah di tukar pada hari cuti atau hujung minggu Bagaimanapun untuk resipi nasi ayam ini mama tak perlu nak fi...
Lagi Dua Hari Harga Ayam Tak Boleh Lebih Rm7 90 Sekilo

Lagi Dua Hari Harga Ayam Tak Boleh Lebih Rm7 90 Sekilo

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 263 hits
Oleh IKUTKAN peniaga harga ayam peringkat borong naik sedikit demi sedkit contohnya hari ini 20 sen dan lusa pula 30 sen Begitulah senarionya sejak beberapa hari sebelum puasa hinggalah harga runcit ayam standard kini mencecah melebihi RM9 ...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur

Pemuda Pas Bersatu Jangan Tunggang Demo Atau Kami Tendang

Jim Serbu 10 Lokasi Klinik Doktor Warga Asing Di Kl