Polis Uk Akan Pulangkan Anak Dalam Masa 72 Jam Jika Tiada Bukti Namun Anak Masih Ditahan Sehingga Sebutan Kes
Viral baru-baru ini kes melibatkan rakyat Malaysia di United Kingdom. Hanya beberapa jam sebelum pulang ke Malaysia, rumah mereka telah diserbu oleh Polis United Kingdom atas pertuduhan pulang ke Malaysia untuk sunatkan anak kedua (bayi berusia 4 bulan) Yushaira.
Kedua-dua anak Puan Nabilah telah dirampas oleh Polis UK untuk siasatan lanjut. Anak keduanya masih lagi menyusu badan dan kedua-dua anaknya mempunyai penyakit Eczema. Hari ini berlangsungnya sebutan kes pertama di UK.
Menerusi temu bual bersama Puan Wan Sarah Said kakak kepada Puan Nabilah, adiknya kini diberi peluang untuk melawat anak-anaknya hanya pada hari bekerja sahaja.
Kisah adik saya baru-baru ini dimana anak-anakya dirampas oleh Polis UK atas pertuduhan nak balik ke Malaysia untuk sunatkan bayi mereka. Asalnya hanya dalam masa 72 jam mereka ambil akan anak-anak tu, jika tiada bukti kukuh akan dipulangkan anak-anak semula.
Tapi pada hari khamis, kami dapat maklumat yang anak-anak akan terus ditahan sehingga next hearing court iaitu hari selasa.
Jadi, esok next hearing court. Anak-anak masih lagi dalam tahanan polis sana, bawah jagaan social workers british. Adik saya (Nabilah) diberi peluang utk jenguk anak2 sekejap, tapi weekends tak dibenarkan.
Dia terlalu rindukan anak-anak. Mohon terus doakan nabilah kuat, anak2 selamat dan cepat selesai kes ni supaya dapat anak2 tu pulang ke pangkuan keluarga.
Kemaskini Kes Nabilah-Zaid yang dimuatnaik oleh Puan Mai Masran
Assalamualaikum buat semua kenalan..sy hanya membantu Wan Sarah Said utk posting ini..segala pertanyaan,boleh whatapp terus pada no fon yg tertera..terima kasih..segala jasa baik anda semua hanya Allah s.w.t yg dapat membalas nya.
Menurut Puan Echah Rahimah Pula, Puan Nabilah perlu membayar kes guaman sebanyak £2750
Ni update pasal kawan echah yang anak2 kena ambil pasal s*nat (takut nak eja penuh pun) tu. Anak2 dia still tak dapat hak penjagaan balik. Selasa ni akan ada urgent hearing. So kena bayar guaman sebanyak £2750.
By Sunday kena bayar deposit sebanyak £1750 kat lawyer. Kami di sini tengah kumpul dana untuk bantu. Kalau sahabat2 dan saudara mara sudi untuk hulur bantuan boleh la bantu dengan menyumbang ke akaun kakak beliau utk yg di Malaysia. Sesiapa di UK boleh la transfer ke suami beliau. No acc di bawah.
Dana untuk yuran guaman zaid dan nabilah.
Heres zaid UK acc number and sort code:-
40-34-18 sort code
72172275 account number
Mr Z Mohamad Rom
Ini details Malaysia acc kakak wan nabilah :
Maybank
158220628723
Wan Sarah Binti Wan Said
Minta tolong forwardkan ke kawan2. Terima kasih atas budi dan jasa baik semua.
The post Polis UK Akan Pulangkan Anak Dalam Masa 72 Jam Jika Tiada Bukti Namun Anak Masih Ditahan Sehingga Sebutan Kes appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://majalahpama.my/polis-uk-akan-pulangkan-anak-dalam-masa-72-jam-jika-tiada-bukti-namun-anak-masih-ditahan-sehingga-sebutan-kes/