Anak Saya Takde Sawan Terkini Polis Jumpa Sesuatu Di Toto Milik Aleya Dalam Bilik


Berikutan kes kem4tian Nur Aisyah Aleya Abdullah yang may4tnya ditemui dibuang di Langkawi, ibunya tampil memberikan kenyataan.
“Naluri saya kuat mengatakan anak saya sudah tiada apabila anak lelaki suspek berusia empat tahun memberitahu Aleya dah m4ti,” kata Rosmaliah Samo menerusi laporan Berita Harian.
Wanita berusia 31 tahun itu berkata, dia mula berasa tidak sedap hati ketika berkunjung ke rumah pasangan suami isteri yang mengasuh anaknya apabila diberitahu mereka sudah menyerahkan Aisyah yang berusia tiga tahun itu kepada orang lain.

“Kawan lelaki (suspek) ada datang ke hostel (asrama) berhampiran tempat kerja berjumpa saya, namun berdolak dalih memberitahu anak saya sihat di bawah jagaannya dan dia akan bawa bertemu saya tidak lama lagi.
“Kami berkenalan empat bulan lalu dan dia membawa saya pulang tinggal rumahnya serta memperkenalkan saya sebagai rakan kepada isterinya yang juga jururawat di hospital,” ujarnya.

Tambah Rosmaliah, hubungan dia dengan isteri kawan lelakinya itu amat baik, namun isterinya mula mengesyaki sesuatu apabila mereka sering berbalas mesej antara satu sama lain.
Dia kemudian keluar dari rumah berkenaan sejak 27 Januari lalu untuk bekerja di kedai makan berkenaan dan sepanjang tempoh itu dia tidak pernah bertemu dengan anaknya.
“Disebabkan rindu untuk bertemu dengan anak, saya pergi ke rumah mereka pada 22 dan 23 Februari lalu, tetapi kecewa apabila dimaklumkan anak saya tiada dalam jagaan mereka.
“Pada 28 Februari lalu, kawan lelaki dan isterinya datang bertemu saya dan memujuk kembali tinggal bersama mereka, tetapi saya enggan kerana mereka tidak mahu memberitahu di mana anak saya berada,” katanya.

Rosmaliah mendakwa, anaknya juga pernah ditampar beberapa kali di depan matanya selain seluruh badan mempunyai kesan lebam serta kesan dicucuh api rokok selain kulitnya melecur seperti disiram air panas.
“Ketika tinggal bersamanya di kuarters itu, saya cuba untuk melarikan diri tetapi lelaki itu menghalang dan meletakkan mangga pada pintu rumah.
“Isterinya (suspek) pernah memberitahu yang suaminya juga pernah membawa perempuan lain pulang dan tinggal bersama di kuarters itu sebelum ini menyebabkan saya tak kisah apabila dia bawa saya pulang ke rumah itu.
“Dia seorang yang panas baran dan suka pukul kalau tak ikut cakap dia malah isterinya juga pernah menjadi mangsa dan saya kurang yakin isterinya terbabit bersubahat dalam perkara ini,” tambahnya.
Walau bagaimanapun, dia menafikan anaknya mempunyai penyakit sawan seperti yang didakwa suspek dan mungkin itu alasan yang diberikannya sebaik melihat anak saya sudah meninggal. Sumber : Berita Harian
Artikel Berkaitan: Toto berdarah di bilik Aleya

POLIS merampas toto yang mempunyai beberapa titisan darah di rumah suami isteri di Kuarters Hospital Langkawi untuk membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, toto itu dirampas Unit Forensik pada 3.30 petang hari ini di bilik tidur mangsa, Nur Aisyah Aleya Abdullah.
Beliau berkata, setakat ini pihaknya tidak menolak kemungkinan ada unsur penderaan terhadap mangsa atau di rumah berkenaan.
“Toto itu akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis bagi membantu siasatan.
“Selain itu, kami akan meneruskan temubual dan soal siasat terhadap pasangan terbabit untuk siasatan lanjut.
“Kami akan turut merakam percakapan semua anak pasangan terbabit bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi, malam ini.
Mohd Iqbal berkata, pihaknya sudah menghubungi ibu mangsa untuk memaklumkan mengenai penemuan tengkorak dan cebisan rambut di kawasan gaung di Gunung Raya, pagi hari ini dan dia kelihatan sedih dengan kejadian itu.
Bagaimanapun, katanya, ibu mangsa sanggup memberi kerjasama termasuk mengambil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) di Hospital Langkawi esok.
“Kami akan mengambil sampel darah pasangan suspek itu untuk membantu siasatan susulan penemuan titisan darah pada toto memandangkan suspek wanita mengatakan suaminya pernah memukul.
“Selain itu, Bahagian Siasatan Jenay4h IPD Langkawi bersama Unit K-9 akan ke lokasi penemuan tengkorak itu semula untuk mencari anggota badan lain.
“Kami bimbang anggota badan sudah dimakan binatang buas dalam hutan berkenaan dan kami akan meluaskan kawasan pencarian yang agak mencabar kerana hutan tebal,” katanya.
Mohd Iqbal berkata, pencarian pada hari ini terpaksa dihentikan memandangkan kawasan itu merbahaya kerana gaung dalam sehingga menyukarkan pihaknya mencari anggota badan mangsa lain.sumber harian metro
The post “Anak saya takde sawan..” – Terkini Polis Jumpa Sesuatu Di Toto Milik Aleya Dalam Bilik. appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suaraviral.org/anak-saya-takde-sawan-terkini-polis-jumpa-sesuatu-di-toto-milik-aleya-dalam-bilik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Saya Tak Ada Sawan Lelaki Itu Memang Panas Baran Suka Pukul Ibu Nur Aisyah Aleya

Anak Saya Tak Ada Sawan Lelaki Itu Memang Panas Baran Suka Pukul Ibu Nur Aisyah Aleya

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 499 hits
Bermula dari kehilangan dan kemudian ditemui meninggal dunia dalam keadaan tragis ibu kepada kanak kanak Nur Aisyah Aleya akhirnya memberikan kenyataan Naluri saya kuat mengatakan anak saya sudah tiada apabila anak lelaki suspek berusia emp...
Video Seorang Ibu Tercari Cari Anak Ketika Tamat Latihan Polis Undang Sebak

Video Seorang Ibu Tercari Cari Anak Ketika Tamat Latihan Polis Undang Sebak

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 416 hits
Setiap orang mempunyai cita cita tersendiri untuk menentukan hala tuju kerjaya mereka Video Seorang Ibu Tercari Cari Anak Ketika Tamat Latihan Polis Undang Sebak
Acik Aleya Dah Mati Anak Suspek Secara Tak Sengaja Dedah Cerita Sebenar

Acik Aleya Dah Mati Anak Suspek Secara Tak Sengaja Dedah Cerita Sebenar

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 535 hits
LANGKAWI Ibu kandung kepada Nur Aisyah Aleya Abdullah 3 yang ditemukan mati dipercayai dibunuh sudah diberitahu secara tidak sengaja oleh salah seorang anak suspek bahawa kanak kanak itu sudah meninggal dunia Bagaimanapun Rosmaliah Semo 32 ...
Hati Hati Jika Anak Ada Tanda Lahir Ini Ada Risiko Tinggi Kena Sawan

Hati Hati Jika Anak Ada Tanda Lahir Ini Ada Risiko Tinggi Kena Sawan

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 367 hits
15474 SHARES Semua ibu bapa pastinya mahukan anak anak sentiasa sihat dan bebas daripada sebarang penyakit Walaubagaimanapun kita tidak mampu melawan takdir dan apa yang boleh kita lakukan adalah kenalpasti dari awal sebarang simptom yang a...
Nota Anak Bila Aku Kalut Ceroboh Bilik Kunci Kat Mana

Nota Anak Bila Aku Kalut Ceroboh Bilik Kunci Kat Mana

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 448 hits
Nota Anak Bila Aku Kalut Ceroboh Bilik Kunci Kat Mana Allhamdulillah Salam Rejab Kejapnya dah masuk bulan Rejab kan Saya punya life still terumbang ambing Selagi hidup gini la Ya Allah Kisah kelmarin Khamis hari Khamis ofis kerja sampai 3 3...
Kes Nur Aisyah Polis Rampas Toto Ada Kesan Darah

Kes Nur Aisyah Polis Rampas Toto Ada Kesan Darah

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 600 hits
LANGKAWI Polis merampas toto yang memiliki beberapa kesan titisan darah di rumah suspek kes kanak kanak berusia tiga tahun yang ditemukan mati dalam keadaan menyayat hati di Kuarters Hospital Langkawi di sini Ketua Polis daerah Superintende...
Bilik Tidur Itu Privasi Laki Bini Je Walau Anak Sekalipun Tak Boleh Suka Suka Masuk

Bilik Tidur Itu Privasi Laki Bini Je Walau Anak Sekalipun Tak Boleh Suka Suka Masuk

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 533 hits
Ramai yang tidak peka dengan isu masuk bilik pasangan suami isteri tanpa kebenaran Ramai juga yang mengambil remeh perkara ini terutama sekali apabila yang memasuki bilik itu adalah kanak kanak Ibu bapa seharusnya mengambil perhatian dan se...
Alamak Kembar Lah

The Leadership Versatility Index Unlocking The Power Of Adaptive Leadership

Antara Punca Masalah Kesihatan Makanan Yang Tidak Halalan Toiyibban

Yeay Dah Beli Tiket Flight Dah

Cafe Aesthetic Warunk Koffie By Wood Steel

Sawan Demam Punca Jenis Tanda Tanda Awal

Petua Buat Kuih Talam Berlauk Sedap Ikut Cara Ni Paling Simple

The Commitment To Excellence What Makes Canadian Cigarettes A Premium Choice


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39


Syukur Sabah Permohonan Semakan Status Bayaran

Wan Razali Penjenamaan Semula Projek Perumahan Rakyat Termiskin Apa Manfaat Kepada Rakyat

Piala Malaysia Main Sini Stadium Darul Makmur Dicadang Jadi Venue Lepas Ura Ura Tok Gajah Bakal Terkubur

Event Report 5 Customs From The Las Vegas One Motorcycle Show

Makan Nasi Lemak Burung Hantu

Hadiah Top Komentator Dari Kak Mulan