Polis Thailand Akan Serah Eda Ezrin Kepada Imigresen Malaysia Di Icqs Rantau Panjang


Polis Thailand Akan Serah Eda Ezrin Kepada Imigresen Malaysia Di ICQS Rantau Panjang
PASIR MAS, 7 Ogos (Bernama) — Polis Thailand akan menyerahkan penyanyi dikir barat, Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Eda Ezrin, yang sebelum ini ditahan pihak berkuasa Thailand atas kesalahan berkaitan dadah, kepada pihak Imigresen Malaysia di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (ICQS) Rantau Panjang hari ini.
Perkara berkenaan disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan.
“Ya. Polis Thailand akan menyerahkan penyanyi itu (Eda Ezrin) kepada Jabatan Imigresen Malaysia di ICQS Kelantan,” katanya ringkas kepada Bernama hari ini.
Semalam, Hussein dilapor berkata Eda Ezrin bersama suami dan empat rakannya akan dipanggil untuk dirakam keterangan sebaik sahaja mereka dibebaskan dari Penjara Pusat Wilayah Narathiwat.
Media melaporkan Mahkamah Penjara Narathiwat membebaskan Eda Ezrin, suaminya dan empat individu lain pada kira-kira 11 pagi (waktu tempatan) selepas pihak pendakwa raya Thailand gagal mengemukakan saksi dan bukti bagi membuat rayuan terhadap keputusan sebelum ini.
Keenam-enam mereka sebelum ini ditahan atas dakwaan memiliki 6,059 pil Yaba pada 1 Nov lepas.
Permohonan pihak pendakwa untuk melanjutkan tempoh bagi mengemukakan rayuan buat kali keenam turut ditolak oleh mahkamah pada Rabu.
Sementara itu, tinjauan Bernama di pekarangan Balai Polis Sungai Golok, Narathiwat, hari ini mendapati beberapa ahli keluarga, suaminya dan empat individu lain berada di lokasi sejak awal pagi bagi mengikuti proses pembebasan dan penyerahan mereka.
Kehadiran mereka mencuri tumpuan apabila dilihat menunggu dengan wajah penuh harapan dan sesekali berinteraksi dengan anggota polis Thailand yang bertugas di kawasan itu.
Bernama difahamkan, Eda Ezrin masih berada di Narathiwat dan dia akan dibawa ke Balai Polis Sungai Golok, seterusnya ke Imigresen Sungai Golok bagi urusan dokumentasi.
Selesai di sana, dia akan dibawa ke Kompleks ICQS Rantau Panjang sebelum dihantar ke Balai Polis Rantau Panjang untuk diambil keterangan.
Sumber: BERNAMA
The post Polis Thailand Akan Serah Eda Ezrin Kepada Imigresen Malaysia Di ICQS Rantau Panjang appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/07/polis-thailand-akan-serah-eda-ezrin-kepada-imigresen-malaysia-di-icqs-rantau-panjang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Eda Ezrin Belum Bebas Pendakwa Thailand Dijangka Kemuka Rayuan

Eda Ezrin Belum Bebas Pendakwa Thailand Dijangka Kemuka Rayuan

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 185 hits
KOTA BHARU Harapan penyanyi Bea Sobar Bea Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail untuk kembali ke tanah air dalam masa terdekat dilihat semakin tipis apabila pihak pendakwa raya Thailand dijangka mengemukakan rayuan...
Eda Ezrin Suami Dan Rakan Akan Ditahan Polis Kelantan Untuk Rakaman Keterangan

Eda Ezrin Suami Dan Rakan Akan Ditahan Polis Kelantan Untuk Rakaman Keterangan

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 337 hits
RANTAU PANJANG Polis Kelantan akan menahan penyanyi popular Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail 30 suami dan empat rakannya sebaik sahaja mereka memasuki negeri ini pada petang Khamis Ketua Polis Kelantan Datuk M...
Polis Kelantan Buru Dua Rakan Aniaya Eda Ezrin

Polis Kelantan Buru Dua Rakan Aniaya Eda Ezrin

papar berkaitan - pada 10/8/2025 - jumlah : 349 hits
Mohd Yusoff Gambar kanan Eda Ezrin KOTA BHARU Polis Kelantan memburu dua rakan yang didakwa menganiayai penyanyi wanita terkenal Kelantan Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail 30 Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yus...
Kejayaan Malaysia Selesai Konflik Thailand Kemboja Bukti Kepimpinan Asean Dihormati

Kejayaan Malaysia Selesai Konflik Thailand Kemboja Bukti Kepimpinan Asean Dihormati

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 334 hits
Anwar Ibrahim bersama Hun Manet dan Phumtham Wechayachai ketika hadir pada mesyuarat khas bagi rundingan peringkat tinggi untuk meredakan ketegangan antara kedua dua negara di Putrajaya pada 28 Julai 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimKUALA LU...
Thailand Kemboja Setuju Undur Tentera Lepas Campur Tangan Malaysia

Thailand Kemboja Setuju Undur Tentera Lepas Campur Tangan Malaysia

papar berkaitan - pada 25/7/2025 - jumlah : 285 hits
JITRA Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa Thailand dan Kemboja bersetuju mengundurkan tentera masing masing dari kawasan sempadan yang sebelum ini menyaksikan pertempuran Peranan Malaysia Anwar berkata beliau telah b...
Rubio Says Us Officials Are In Malaysia To Help In Cambodia Thailand Talks

Rubio Says Us Officials Are In Malaysia To Help In Cambodia Thailand Talks

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 207 hits
The US secretary of state urges an end to the deadly border conflict as both sides trade blame over fresh artillery strikes Marco Rubio said he and President Donald Trump were actively engaging with counterparts from both countries and clos...
Anwar Cambodia Thailand Want Malaysia To Continue As Mediator

Anwar Cambodia Thailand Want Malaysia To Continue As Mediator

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 312 hits
PARLIAMENT Prime Minister Anwar Ibrahim said that Thailand and Cambodia would like Malaysia to retain its role as their mediator even after its Asean chairpersonship had lapsed He told the Dewan Rakyat today that he expects negotiations to ...
Akhirnya Bebas Eda Ezrin Dan Suami Keluar Penjara Narathiwat Selepas 9 Bulan

Akhirnya Bebas Eda Ezrin Dan Suami Keluar Penjara Narathiwat Selepas 9 Bulan

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 306 hits
NARATHIWAT Penyanyi Malaysia Eda Ezrin akhirnya dibebaskan dari Penjara Narathiwat hari ini selepas sembilan bulan ditahan berhubung kes dadah Eda 30 dibebaskan bersama suaminya dan empat individu lain kira kira jam 11 pagi waktu tempatan s...
Ceo Petronas Mandi Champagne

Petua Dulu Dulu Orang Lelaki Kekal Bertenaga Dari Pagi Sampai Malam

Nabila Maharani Titian Tak Bertepi Chord

Cara Lembutkan Ikan Beku Dengan Garam Dan Cuka Petua Cepat Berkesan

Ingat Sikit Dekat Batu Nisan

Kepentingan Pengeluaran Silaj Tempatan Rumput Napier Sebagai Kunci Kelestarian Industri Ternakan

Pagi Yang Tak Disangka

Kenapa Hidup Kita Rasa Sibuk Tapi Tak Pergi Mana Mana Tukang Karut


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Basmi Kemiskinan Perlu Kerjasama Semua Pihak Bukan Kerajaan Sahaja Nurul Izzah

Turkiye Terus Bantu Malaysia Usaha Bebaskan Sembilan Aktivis Pm Anwar

Zakir Naik Tuntut Rm10 Juta Daripada Portal Wartawan Berhubung Dakwaan Hiv

M Nasir Gemakan Axiata Arena Dengan Puisi Keinsafan Palestin

Wanita Dijangkiti Parasit Selepas Percaya Petua Lama Untuk Hilangkan Sakit Belakang

M Daud Kilau Salam Kasihku Chord