Ada Pegawai Polis Berkereta Mewah Main Golf Luar Negara Bukit Aman


 Bernama

Mampu berkereta mewah dan sering keluar negara untuk bermain golf, itu antara gaya hidup berlebihan yang dikesan dalam kalangan segelintir pegawai dan anggota polis, walaupun tidak setara dengan jawatan dan gaji bulanan yang diperoleh.
Cara hidup ‘ala orang kaya’ itu dengan bangganya dikongsikan menerusi laman sosial peribadi masing-masing, sehingga mendatangkan tanda tanya terutama dalam kalangan orang awam, tentang sumber kekayaan yang diperoleh untuk membiayai perkara itu.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Zamri Yahya berkata, pihaknya sedang memantau rapi trend itu untuk mengekang salah laku dalam kalangan anggota dan pegawainya, demi menjaga intergriti pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Saya diberitahu ada anggota sering bermain golf selain membuat taruhan dalam aktiviti itu. Kalau dilihat bermain di kelab golf bertaraf sederhana sahaja, sekali bermain memerlukan kos RM200… kalau sebulan dah berapa perbelanjaan digunakan?
“Ada juga yang didapati kerap ke luar negeri untuk bermain sukan berkenan sedangkan ia melibatkan pembiayaan tinggi. Apabila diperiksa berdasarkan jawatan atau pendapatan, sebenarnya mereka tidak mampu untuk menampungnya,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Selain itu Zamri berkata pihaknya turut mengesan ada pegawai yang hanya berpangkat Inspektor, namun mampu membeli kereta serta memiliki rumah mewah yang diragukan sumber perolehannya.
Sehubungan itu, katanya anggota dan pegawai yang telah dikenal pasti itu akan diminta memberi penjelasan tentang sumber kewangan diperoleh, bagi membiayai cara hidup mewah itu.
“Jika tidak dapat memberikan justifikasi, mereka akan berdepan tindakan lanjut,” tegasnya.
Jelasnya sebagai seorang penjawat awam dan anggota badan beruniform, mereka perlu mengelakkan sebarang perbuatan salah laku yang boleh menjejaskan imej pasukan polis.
Zamri turut memaklumkan pihaknya turut memberi perhatian terhadap majlis keramaian yang diadakan PDRM.
Menurutnya majlis keramaian di peringkat kontinjen Bukit Aman terikat dengan peruntukan kerajaan dan mempunyai hadnya sendiri untuk digunakan.
Hal itu kadang kala memerlukan peruntukan luar yang diperoleh secara rasmi atau sebaliknya.
“Biasanya peruntukan yang rasmi itu tidak banyak berbanding secara tidak rasmi, menyebabkan ada anggota yang terdedah dengan aktiviti rasuah dan sebagainya.
“Contohnya apabila mereka mendapat peruntukan itu dari pusat hiburan atau kelab malam di luar sana, ia menyebabkan mereka terikat, bahkan tidak dapat mengambil tindakan ke atas pihak yang melakukan kesalahan jenayah, melibatkan premis itu pada masa akan datang,” katanya. Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/ada-pegawai-polis-berkereta-mewah-main.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kumpulan Pengganas Ltte 2 0 Mahu Tembak Mati Ketua Polis Negara Dan Serang Bukit Aman

Kumpulan Pengganas Ltte 2 0 Mahu Tembak Mati Ketua Polis Negara Dan Serang Bukit Aman

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 398 hits
Kuala Lumpur Seorang lelaki mendakwa dirinya ketua komander kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam 2 0 akan menyerang Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan Kementerian Pertahanan Individu terbabit yang menghantar ugutannya melalui eme...
Bukit Aman To Launch Anti Corruption Action Plan On Nov 26

Bukit Aman To Launch Anti Corruption Action Plan On Nov 26

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 313 hits
Police will be launching its Anti Corruption Action Plan tomorrow as an effort to fight corruption among its workforce in a sterner manner Bukit Aman Integrity and Standard Compliance Department director Zamri Yahya said the plan would be t...
Macau Scam Judi Dalam Talian Pegawai Dan Anggota Polis Bakal Digantung Tugas Tamat Perkhidmatan

Macau Scam Judi Dalam Talian Pegawai Dan Anggota Polis Bakal Digantung Tugas Tamat Perkhidmatan

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 308 hits
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM Datuk Zamri Yahya foto MOHD ADZLAN KUALA LUMPUR Pegawai dan anggota polis terlibat secara langsung dengan individu yang ditahan berkaitan sindiket judi dalam talian dan Macau Scam bakal...
Pegawai Polis Respon Pada Panggilan Kecemasan Rupa Rupanya Rumah Dia Sendiri Terbakar

Pegawai Polis Respon Pada Panggilan Kecemasan Rupa Rupanya Rumah Dia Sendiri Terbakar

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 396 hits
Seorang pegawai polis telah dipuji sebagai hero setelah menjawab panggilan kecemasan di talian 911 dan mendapati bahawa rumahnya sendiri terbakar dan keluarganya masih berada di dalam kediaman itu Anthony Louie dari Jabatan Polis Seminole O...
Mengejutkan Pegawai Kerajaan Miliki 4 Kereta Mewah Dipercayai Upah Setting Kaunter Di Klia

Mengejutkan Pegawai Kerajaan Miliki 4 Kereta Mewah Dipercayai Upah Setting Kaunter Di Klia

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 463 hits
Kereta kereta mewah yang dirampas SPRM dalam Op Selat termasuk penahanan empat lagi individu dalam perkembangan terbaru siasatan kes itu KUALA LUMPUR Empat kereta mewah Roll Royce Phantom Mustang Range Rover dan Audi dirampas dalam Op Selat...
Ketua Polis Negara Kunjungi Tun Abdullah Maklum Hasil Siasatan Kes Berita Palsu

Ketua Polis Negara Kunjungi Tun Abdullah Maklum Hasil Siasatan Kes Berita Palsu

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 284 hits
525 total views 525 views today KUALA LUMPUR 16 Nov Selepas kira kira tiga bulan tersebarnya berita palsu mengenai kematian Tun Abdullah Ahmad Badawi Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini mengunjungi bekas perdana menteri it...
Fitnah Dana Rm8 6 Juta Penggerak Komuniti Negara Pahang Membuat Laporan Polis Terhadap Pemimpin Dap Perak Steven Chaw

Fitnah Dana Rm8 6 Juta Penggerak Komuniti Negara Pahang Membuat Laporan Polis Terhadap Pemimpin Dap Perak Steven Chaw

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 416 hits
KUANTAN Penggerak Komuniti Negara Pahang mendesak polis supaya segera menyiasat Ketua Pemuda DAP Perak Steven Chaw berhubung dakwaan pertubuhan itu menerima dana sebanyak RM8 6 juta Timbalan Pengerusinya Albakri Salim berkata ia perlu dilak...
Ketua Polis Negara Kunjungi Sendiri Tun Abdullah Untuk Maklum Hasil Siasatan Kes Berita Palsu

Ketua Polis Negara Kunjungi Sendiri Tun Abdullah Untuk Maklum Hasil Siasatan Kes Berita Palsu

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 302 hits
26 total views 26 views today KUALA LUMPUR 16 Nov Selepas kira kira tiga bulan tersebarnya berita palsu mengenai kematian Tun Abdullah Ahmad Badawi Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini mengunjungi bekas perdana menteri itu ...
Polis Kelantan Sedia Tambah Anggota Kawal Sempadan Negara

Polis Kelantan Sedia Tambah Anggota Kawal Sempadan Negara

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 476 hits
Siti Rohana IdrisTumpat Polis bersedia mempertimbangkan permohonan untuk menambah jumlah keanggotaan untuk tugasan mengawal sempadan Malaysia Thailand jika terdapat keperluan Ketua Polis Kelantan Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata kean...
Sarawakian Ngo Need To Clear Health Confusion Of Malaysians Associating Palm Oil With High Cholesterol

Why Dr M Was Right About Anwar

Huawei Pura 80 Series Lands In Malaysia With Next Gen Camera Capabilities And Iconic Style

Himpunan Turun Anwar Sekadar Hiburan

Realme 14 5g Peranti Permainan Mantap Bawah Rm1300

Pengalaman 2 Tahun Bersama Chatgpt Kenapa Saya Pilih Plus Untuk 2025

Tempat Tempat Menarik Di Beijing China

Where Is Pamela Ling Dap Mp Calls For Answers In Dewan Rakyat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Huawei Is Bringing The Pura 80 Series Light Shadow Pop Up Event To Pavilion Kuala Lumpur

Dibilang Underdog Pelatih Filipina U 23 Menyengat Indonesia Aja Cuma Bisa Cetak 1 Gol

Thee Bold Stories Pilihan Beg Travel Untuk Pengembara Moden

10 Point Daripada Khairul Aming Mesti Tahu Jika Anda Seorang Seller Content Creator

Filem Paraxnormal

Samosa Paratha Inti Berempah Kulit Rangup Rasa Memikat