Polis Tahan Lelaki Singapura Bantu Siasatan Kes Bunuh Dan Kerat Mayat Suara Tv



MELAKA – Polis menahan seorang lelaki warga Singapura bagi membantu siasatan kes penemuan lapan bahagian tubuh badan mayat manusia, dipercayai mangsa bunuh, di Kampung Ladang, Perindustrian Krubong, di sini, petang kelmarin.
Polis percaya lelaki terbabit ada maklumat berkaitan kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri dan Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah menjalankan siasatan dan mendapati hanya sebahagian badan manusia dijumpai di kawasan itu.
Ketua Polis Melaka, Datuk Mat Kasim Karim, berkata siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh di rumahnya di Taman Merdeka Jaya berdasarkan kesan darah di sebuah bilik di kediaman itu.
“Dengan kerjasama polis Singapura, suspek yang disyaki terbabit dengan kes ini ditahan pihak berkuasa di sana dan waran tangkap sudah dipohon di hadapan Majistret Melaka untuk membawa suspek ke negara ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Polis akan mendapatkan perintah reman ke atas lelaki terbabit apabila dia dibawa ke negara ini.
Dalam kejadian kira-kira 4 petang semalam, polis menemui lapan bahagian tubuh badan mayat manusia dipercayai mangsa bunuh di kawasan itu.
Bahagian mayat berkenaan ditemui seorang tukang potong rumput berusia 37 tahun, yang menjalankan kerja penyelenggaraan di sekitar kawasan semak berhampiran tempat kejadian.
Siasatan awal polis percaya mayat sudah lima hari berada di situ namun belum dapat mengesahkan identiti dan jantina berdasarkan penemuan bahagian tubuh tidak lengkap itu.
Hari ini, viral di media sosial laporan mengenai kes itu serta gambar seorang wanita dan anak lelakinya yang didakwa mangsa, tetapi sehingga kini polis belum membuat sebarang pengesahan.
Tinjauan ke rumah mangsa semalam juga mendapati ia tidak berpenghuni.
Seorang jiran mangsa yang enggan dikenali berkata kali terakhir ibunya menemui lelaki terbabit pada minggu lalu dan tidak melihat apa-apa perubahan.
Sejak mendiami rumah dua tingkat itu hampir dua tahun lalu, katanya, dia tidak pernah mendengar lelaki warganegara Singapura dan isterinya itu bergaduh.
“Walaupun mereka jarang balik, sesekali apabila pulang, mereka tetap menyapa saya dan tidak menunjukkan seperti mempunyai masalah dalam hubungan.
“Memang pasangan itu dan tiga anaknya jarang balik ke sini kerana suaminya bekerja di Singapura dan hanya pulang tak sampai 10 kali sebulan,” katanya. – BH
Lain-lain berita;
Sila kongsi artikel ini. Terima Kasih!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mediaterjah.com/2019/10/polis-tahan-lelaki-singapura-bantu-siasatan-kes-bunuh-dan-kerat-mayat-suara-tv/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Polis Sahkan Suspek Dipercayai Ada Kaitan Dengan Kes Bunuh Wanita Kerat Lapan Sudah Ditahan

Terkini Polis Sahkan Suspek Dipercayai Ada Kaitan Dengan Kes Bunuh Wanita Kerat Lapan Sudah Ditahan

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 935 hits
Seorang lelaki telah ditahan berikutan kes pembunuhan kejam seorang wanita dan kanak kanak lelaki yang dikerat lapan yang ditemui di kawasan Kampung Ladang Jalan PK 43 Perindustrian Krubong Melaka Menurut Ketua Polis Melaka Dato Mat Kasim b...
117 Ah Long Dicari Polis Bantu Siasatan Kes Pinjaman Wang

117 Ah Long Dicari Polis Bantu Siasatan Kes Pinjaman Wang

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 343 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Kronologi Penuh Kes Bunuh Kerat 8 Di Melaka

Kronologi Penuh Kes Bunuh Kerat 8 Di Melaka

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 888 hits
Kronologi Penuh Kes Bunuh Kerat 8 di Melaka Kepala dua beranak yang dibunuh dalam keadaan tragis ditemui ketika pemeriksaan dilakukan di rumah sewanya Taman Merdeka Jaya Batu Berendam Melaka Kronologi Penuh Kes Bunuh Kerat 8 di Melaka Menur...
Kes Bunuh Ceo Cradle Fund Saksi Ke 11 Maklumkan Ada Kesan Lubang Pada Kepala Mayat

Kes Bunuh Ceo Cradle Fund Saksi Ke 11 Maklumkan Ada Kesan Lubang Pada Kepala Mayat

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 444 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Penemuan Lapan Anggota Badan Polis Tahan Lelaki Warga Singapura

Penemuan Lapan Anggota Badan Polis Tahan Lelaki Warga Singapura

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 503 hits
Seorang lelaki warga Singapura ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan susulan penemuan lapan bahagian badan yang dipotong dan dibuang ke dalam semak di kawasan perindustiran Krubong berhampiran Kampung Ladang pada Khamis Me...
Polis Sedang Lengkapkan Kertas Siasatan Kes Hina Agama Islam

Polis Sedang Lengkapkan Kertas Siasatan Kes Hina Agama Islam

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 472 hits
GEORGE TOWN 18 Oktober Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes seorang lelaki yang ditahan kerana disyaki menghina agama Islam di laman sosial baru baru ini Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang berkata pol...
Polis Tahan Komisioner Polis

Polis Tahan Komisioner Polis

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 675 hits
Gambar viral lelaki memakai ves keselamatan dengan lambang polis serta pangkat CP di bahagian kiri dan kanan bahu ves KUALA LUMPUR Polis menahan seorang lelaki yang gambarnya viral memakai ves keselamatan dengan lambang dan pangkat Polis Di...
Polis Buru 21 Bekas Peguam Curang Yang Terlibat Kes Pecah Amanah Dan Tipu

Polis Buru 21 Bekas Peguam Curang Yang Terlibat Kes Pecah Amanah Dan Tipu

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 358 hits
KUALA LUMPUR 3 Okt Polis sedang memburu 21 bekas peguam yang dikehendaki bagi membantu siasatan 39 kes penipuan dan pecah amanah sejak tujuh tahun lepas kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Seri Mohd Zakaria Ahma...
Warga Singapura Direman Tujuh Hari Kes Pembunuhan Kejam

Warga Singapura Direman Tujuh Hari Kes Pembunuhan Kejam

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 903 hits
MELAKA Lelaki warga Singapura yang ditahan berhubung kes penemuan lapan bahagian tubuh mayat manusia dipercayai milik lebih daripada seorang individu di Kampung Ladang Perindustrian Krubong di sini direman tujuh hari bermula hari ini JOHORT...
The Era Fm Dj S Thaipusam Fiasco Might Originally Be An Accident But It Has The Potential Of Turning Into A Disaster

Akhirnya Pembangkang Puji Cara Kerajaan Kemudi Ekonomi Negara

More Flood Victims Evacuated In Sabah

Act Swiftly To Send Strong Message Against Hatred Gobind Tells Cops Ag

Midea Mencatat Pertumbuhan Dua Angka Untuk Bertahun Tahun Di Malaysia Dengan Inovasi Rumah Pintar Mampu Milik

Bbc History A Comprehensive History Knowledge Hub

Video Gelagat Ernie Zakri Syamel Pecah Rahsia Mengenai Fattah Amira Raih Perhatian Ramai

Lirik Lagu Balaklava Fetya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Settel Baju Melayu Raya

Lirik Lagu Hidayah Damian Mikhail

Menu Ramadan Kari Telur Dan Kambing Cili Padi

Sasya Arkhisna Dewi Chord

Annisa Salsabilla Dua Hate Saboeh Cinta Chord

20 Contoh Soalan Temuduga Mystep Panduan Lengkap Calon Temuduga Untuk Berjaya