Polis Buru 21 Bekas Peguam Curang Yang Terlibat Kes Pecah Amanah Dan Tipu


KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) — Polis sedang memburu 21 bekas peguam yang dikehendaki bagi membantu siasatan 39 kes penipuan dan pecah amanah sejak tujuh tahun lepas, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad.
Enam belas daripada mereka dipercayai masih berada di negara ini manakala yang lain telah melarikan diri ke luar negara.
Beliau berkata Majlis Peguam telah mengeluarkan mereka daripada senarai pengamal undang-undang kerana didapati terlibat dalam kes penipuan dan pecah amanah membabitkan nilai RM30.4 juta keseluruhannya.
“Lapan peguam perlu dituduh di mahkamah manakala 13 lagi diburu untuk membantu siasatan sebelum kertas siasatan dikemukakan ke Timbalan Pendakwa Raya,” katanya pada sidang media JSJK di sini, hari ini.
Beliau berkata kesemua mereka yang berusia 34 hingga 69 tahun itu disyaki terlibat dalam pelbagai kesalahan antaranya menyalah guna wang pelanggan dan terlibat dalam pengendalian kes-kes yang tidak wujud.
Seorang daripada peguam yang diburu itu dipercayai pernah terbabit dalam kes urusan pembelian tanah kelapa sawit seorang pemimpin kanan parti politik di Sabah tahun lepas, katanya.
Beliau berkata siasatan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan dan 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah. Sementara itu Mohd Zakaria berkata polis memburu 117 orang yang disyaki terlibat dalam kegiatan pinjaman wang atau “Ah Long” dengan 50 daripada mereka telah dikenal pasti untuk dituduh di mahkamah.
“Seramai 63 orang pula diperlukan untuk melengkapkan siasatan bagi tujuan pertuduhan manakala empat lagi sudah mempunyai arahan tuduh dan kami dalam proses mendapatkan waran tangkap,” katanya sambil menegaskan bahawa pihaknya memandang serius kes berkaitan ‘Ah long’ yang masih berleluasa.
Beliau berkata polis tidak pernah berhenti dalam menangani kes pinjaman wang secara haram itu dengan menjalankan pelbagai operasi termasuk Ops Vulture yang menyaksikan 199 premis pinjaman wang tidak berlesen dan 536 premis pinjaman berlesen diperiksa.
“Dalam serbuan itu kami menahan 221 orang yang mengendalikan pinjaman tidak berlesen,” katanya.
Sumber: BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/10/04/polis-buru-21-bekas-peguam-curang-yang-terlibat-kes-pecah-amanah-dan-tipu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Penasihat Peribadi Usahawan Terkenal Dipenjara Kerana Pecah Amanah

Bekas Penasihat Peribadi Usahawan Terkenal Dipenjara Kerana Pecah Amanah

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 332 hits
Bekas penasihat peribadi usahawan terkenal dipenjara kerana pecah amanah Dikemas kini 23 minit yang lalu Diterbitkan pada 22
Bicara Kes Rasuah Pecah Amanah Tan Sri Isa Samad Perbicaraan Bermula Esok

Bicara Kes Rasuah Pecah Amanah Tan Sri Isa Samad Perbicaraan Bermula Esok

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 423 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
3 Lelaki Ditahan Kerana Muat Naik Kenyataan Hasutan Mengenai Kes Lelaki Tikam 2 Bekas Rakan Sekerja

3 Lelaki Ditahan Kerana Muat Naik Kenyataan Hasutan Mengenai Kes Lelaki Tikam 2 Bekas Rakan Sekerja

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 380 hits
The ReporterPadah memuat naik kenyataan berbaur hasutan dan perkauman mengenai kematian lelaki yang ditembak polis di sebuah kilang di Bayan Lepas Pulau Pinang Isnin lalu tiga lelaki telah ditahan polis semalam Timbalan Pengarah Forensik Da...
117 Ah Long Dicari Polis Bantu Siasatan Kes Pinjaman Wang

117 Ah Long Dicari Polis Bantu Siasatan Kes Pinjaman Wang

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 373 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Awas Jangan Tertipu 21 Peguam Ini Diburu Polis

Awas Jangan Tertipu 21 Peguam Ini Diburu Polis

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 458 hits
KUALA LUMPUR 3 Okt Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad menunjukkan senarai gambar penama yang dikehendaki bagi siasatan Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 ketika mengadakan sidang media di Menar...
Bekas Pelajar Sesma Menang Kes Buli Rm616 634 20

Bekas Pelajar Sesma Menang Kes Buli Rm616 634 20

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 376 hits
Buli menjadi igauan ngeri bagi yang pernah melaluinya Malah bagi sesetengah mangsa mereka terpaksa mengambil masa yang lebih lama dan rawatan intensif untuk mengurangkan kesan trauma Pernah suatu ketika aktiviti berunsur buli menjadi aktivi...
Rembat Kipas Di Masjid Polis Buru Individu Disyaki Curi 3 Buah Kipas

Rembat Kipas Di Masjid Polis Buru Individu Disyaki Curi 3 Buah Kipas

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 436 hits
Rakaman CCTV kes kecurian yg berlaku pada tengahari 28 Sept 2019 lepas di Masjid Nurul Islam Aulong Taiping Perak Suspek 1 dipercayai bangsa Melayu telah melarikan 3 unit kipas dinding Menurut laporan terbaru pihak polis sedang mengesan seo...
Adib Dibunuh Kenyataan Ketua Polis Negara Tommy Peguam Negara Koroner

Adib Dibunuh Kenyataan Ketua Polis Negara Tommy Peguam Negara Koroner

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 702 hits
Tangkap pembunuh pembunuh Allahyarham Adib dan jatuhkan hukuman yang setimpal Ironi apakah ketua Polis Negara TS Abdul Hamid Bador bagi statement kontra dengan keputusan inkues Sebelum ini kita telah berpuas hati bahawa tidak ada bukti untu...
Kes Rasuah Bekas Pengerusi Felda Perbicaraan Hari Pertama

Kes Rasuah Bekas Pengerusi Felda Perbicaraan Hari Pertama

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 354 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Outpouring Of Tributes For Sumo Salad Founder Jane Lee Amid Mom S Inquiry Into Alleged Fake Injury Claim

Budak Kilat

Itinerary Kami Perth Day 1 Caversham Swan Valley Dfo Belmont Hotel

Perth Day 2 Perth Cbd London Court Kmart Chemist Warehouse Hay St Mall Woolworths Dengan Bas

Selamat Datang Victor Einar Gy Keres Ke Arsenal Fc

Sambal Tempoyak Masak Atau Kokek Tempoyak

What Unity Govt When Dap Always Attacking Us Says Gps Man

Waspada Taktik Penipuan Yang Menjana Video Ai Dengan Menggunakan Wajah Kdymm Spb Yang Di Pertuan Agong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Semak Baki Duit Tng Dalam Mykad Sebelum Beli Susu Anak

Musim Jerebu Datang Lagi Macam Mana Nak Jaga Anak

Lirik Lagu Berdaya Diri Putri Ariani

Nasi Goreng Cili Kering Dan Dunia Penuh Lakonan

Resepi Kepah Berlado

Jumaat Pertama Di Kota Mekah Almukarramah