Polis Rampas Dadah Bernilai Rm1 58 Juta


POLIS RAMPAS DADAH BERNILAI RM1.58 JUTA
JOHOR BAHRU – Satu sindiket pengedaran dadah yang dikenali Rose Quartz sejak tiga bulan lalu lumpuh selepas kegiatan mereka dibongkar polis dalam enam serbuan di sekitar bandar raya ini kelmarin.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, menerusi operasi khas itu yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, enam lelaki tempatan berusia 39 hingga 57 tahun ditahan.
“Kita turut merampas pelbagai jenis dadah, iaitu 39.33 kilogram (kg) jenis syabu, ketamin (74.98 gram) serta serbuk ekstasi (20.92g) bernilai RM1.58 juta.
“Hasil siasatan dan risikan selama dua bulan ke atas sindiket itu mendapati bekalan dadah diperoleh dari utara Semenanjung kemudian dibungkus di negara ini.
“Modus operandi yang dijalankan adalah dengan menggunakan laluan udara dan laut bagi menyeludup serta mengedar dari negeri ini ke Sarawak dan juga pasaran antarabangsa,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.
Katanya, hasil saringan awal air kencing mendapati dua daripada suspek positif dadah jenis methamphetamine dan ketamine, semakan rekod pula mendapati tiga daripadanya mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah.
“Polis turut merampas mesin yang digunakan untuk pembungkusan dadah serta beberapa peralatan lain termasuk sepucuk pistol angin.
“Polis juga menyita tujuh kenderaan bernilai RM982,800, dua jam tangan berjenama bernilai RM2,000, wang tunai RM172,051 dan 13,000 baht (RM1,726.07) dengan jumlah keseluruhan sitaan adalah RM1.1 juta,” katanya.
Semua suspek katanya, direman bermula semalam hingga 16 September ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960. – JT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://johortimes.my/2020/09/polis-rampas-dadah-bernilai-rm1-58-juta/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Double Diamond Bernilai Rm1 8 Juta Biri Biri Paling Mahal Di Dunia

Double Diamond Bernilai Rm1 8 Juta Biri Biri Paling Mahal Di Dunia

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 585 hits
Seekor biri biri baka Texel menjadi biri biri paling mahal di dunia apabila dijual dengan harga 368 000 euro dalam satu acara lelongan di Scotland Biri biri diberi nama Double Diamond itu dijual di Jualan Texel Kebangsaan Scotland di Lanark...
Pga Rampas Rokok Seludup Lebih Rm1 Juta

Pga Rampas Rokok Seludup Lebih Rm1 Juta

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 321 hits
JOHOR BAHRU Seorang lelaki Singapura dan seorang lelaki tempatan ditahan serta rokok seludup bernilai lebih RM1 juta dirampas di Taman Sutera di sini hari ini Mereka ditahan Pasukan Gerakan Am semasa kedua duanya sedang memindahkan beberapa...
Tolak Isteri Keluar Kereta Polis Berkas Lelaki Rekod Dadah

Tolak Isteri Keluar Kereta Polis Berkas Lelaki Rekod Dadah

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 364 hits
Suspek direman untuk siasatan lanjut bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan Foto iStock com via AFPGEORGE TOWN 30 Ogos Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung video tular kejadian ...
Khairuddin Tuntut Ganti Rugi Rm1 Juta Gambar Fitnah Luar Negara Dari Sin Chew

Khairuddin Tuntut Ganti Rugi Rm1 Juta Gambar Fitnah Luar Negara Dari Sin Chew

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 279 hits
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali menuntut ganti rugi sebanyak RM1 juta daripada akhbar Sin Chew Daily dan Sin Chew Media Corporation Tuntutan berkenaan dibuat bagi mendapat pampasan berhubung artikel f...
Polis Menyerbu Makmal Mini Pemprosesan Dadah Telah Menahan Enam Lelaki Di Sungai Petani

Polis Menyerbu Makmal Mini Pemprosesan Dadah Telah Menahan Enam Lelaki Di Sungai Petani

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 329 hits
ALOR SETAR Polis menahan enam lelaki tempatan dan merampas pelbagai jenis dadah seberat lebih dari 12 kilogram dianggarkan bernilai RM113 000 dalam dua serbuan di sekitar Sungai Petani pada Isnin Ketua Polis Kedah Datuk Hasanuddin Hassan be...
Dua Sindiket Proses Edar Dadah Rm5 16 Juta Tumpas

Dua Sindiket Proses Edar Dadah Rm5 16 Juta Tumpas

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 369 hits
KUALA LUMPUR 11 SEPT Dua sindiket pemprosesan dan pengedaran dadah di Kuala Lumpur dan Selangor tumpas dengan penahanan 17 individu dalam operasi polis di Lembah Klang pada Selasa dan Rabu lepas Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Na...
Kerajaan Negeri Salur Rm1 Juta Bantuan Makanan Kepada Penduduk Kota Setar Kata Mb Kedah

Kerajaan Negeri Salur Rm1 Juta Bantuan Makanan Kepada Penduduk Kota Setar Kata Mb Kedah

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 360 hits
Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata badan bukan kerajaan persatuan atau individu yang berhasrat untuk turut menyumbang boleh menghubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana Pejabat Daerah Kota Setar di talian 04 7027080 ALOR SETA Kerajaa...
Sebanyak 46 Tual Balak Pelbagai Spesies Di Anggar Bernilai Lebih Rm20 000 Di Rampas

Sebanyak 46 Tual Balak Pelbagai Spesies Di Anggar Bernilai Lebih Rm20 000 Di Rampas

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 302 hits
KUANTAN Sebanyak 46 tual balak pelbagai spesies yang dianggarkan bernilai lebih RM20 000 dan tiga jentera dirampas Unit Penguatkuasaan Pejabat Hutan Daerah Jerantut dalam Hutan Simpan Som Jerantut kelmarin Pegawai PHD Jerantut Mohd Zarin Ra...
Jika Facemask Kita Bernilai Rm1 000 Indonesia Pula Hukum Baca Yassin Laung Azan

Jika Facemask Kita Bernilai Rm1 000 Indonesia Pula Hukum Baca Yassin Laung Azan

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 364 hits
Kalau kita Malaysia didenda RM1 000 kerana tidak memakai facemask di tempat awam lain pula apa yang dilakukan pihak berkuasa Indonesia Ada banyak hukuman yang dilakukan mereka dan ia berlainan mengikut kawasan Jika di Jambi Indonesia mereka...
7 Tempat Simpan Duit Raya Anak Yang Terbaik

Kerajaan Nak Kambing Hitamkan Petronas Dalam Tragedi Putra Heights Ia Adalah Fi

Jamal Harap Sri Pahang Fc Terus Kekal Beraksi Dalam Saingan Liga Malaysia Pada Musim Depan

Grief Understanding The Journey After Loss In Life

Pet Care For Ameraucana Chickens From Hatchlings To Happy Hens

Learn Sign Language Unlocking The World Of Visual Communication

Pimpinku Ke Jannah

Frightening Panther Assault Leaves Lorry Driver Severely Injured Near Seremban


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Corat Coret 1 2 Syawal 1446h

Harvard Portraiture Project Elevating Overlooked Voices

Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

The Joy Of Vaping Without Instructions Why Disposable Pods Feel Effortless

Lelaki Maut Dibelasah Penduduk Lepas Tikam Wanita Remaja

Microsoft Lancar Demo Quake Ii Hasil Ai Tapi Akui Ada Had