Polis Peronda Ditempatkan Di Lebuh Raya Jalan Utama Kpn




KUALA LUMPUR - Polis peronda akan ditempatkan di sepanjang lebuh raya dan jalan utama bagi memantau aliran trafik mulai esok, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata, ia adalah selaras dengan penugasan baharu yang dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berikutan perjalanan merentas negeri dibenarkan bermula esok.

"Objektif pemantauan itu adalah bagi mengesan kesesakan lalu lintas, pemandu mabuk, memandu melebihi had laju dan lain-lain kesalahan.

“Oleh yang demikian, walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan mula berkuat kuasa pada esok dengan lebih banyak kelonggaran diberi, PDRM akan tetap memantau orang ramai bagi memastikan mereka mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Abdul Hamid berkata, orang ramai yang dilihat tidak mematuhi SOP masih boleh dikenakan tindakan kompaun dalam tempoh pelaksanaan PKPP.

"Ya, kompaun dikenakan khususnya yang melanggar arahan penjarakan sosial," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, PDRM turut menarik kembali penugasan sekatan jalan raya di seluruh negara.

Abdul Hamid berkata, terdapat beberapa sekatan jalan raya yang dikekalkan bagi melaksanakan Op Benteng Covid-19 bagi mengekang kemasukan pendatang tanpa izin, selain pasukan pemantau pematuhan SOP kekal bertugas.

Beliau berkata, bagi sekatan jalan raya untuk Op Benteng, PDRM bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Dalam perkembangan sama, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, pihaknya akan terus memantau aliran trafik di lebuh raya dan sekatan jalan raya akan dilaksanakan mengikut kesesuaian dan keperluan.

Hari ini, Bernama melaporkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PDRM akan menarik balik sekatan jalan raya rentas sempadan negeri.

Berikutan itu, polis akan menumpukan kepada pematuhan SOP di premis-premis perniagaan dan kawasan awam, melalui pasukan petugas khas pemantauan pematuhan PKPP di daerah yang melibatkan agensi berkaitan iaitu ATM, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritasetiap-hari.blogspot.com/2020/06/polis-peronda-ditempatkan-di-lebuh-raya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Surau Di Pusat Beli Belah Kawasan Rehat Lebuh Raya Dibuka Semula

Surau Di Pusat Beli Belah Kawasan Rehat Lebuh Raya Dibuka Semula

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 354 hits
MALAYSIAKINISurau di semua pusat membeli belah dan di kawasan Rehat dan Rawat lebuh raya akan dibuka semula mulai esok kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob Bercakap pada sidang akhbar hariannya di Putrajaya hari ini Ismail Sabri berkata i...
Pengguna Lebuh Raya Boleh Singgah R R Patuhi Sop

Pengguna Lebuh Raya Boleh Singgah R R Patuhi Sop

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 413 hits
Wah Ohmedia tengok pagi ni ramai yang dah mula panaskan enjin kereta Nak rentas negeri ke tu Alhamdulillah akhirnya kelonggaran untuk merentas negeri dibenarkan dan sekarang jadi tanggungjawab kita pula untuk mematuhi SOP yang telah ditetap...
Cemas Bawa Dadah Lelaki Rempuh Kereta Peronda Polis

Cemas Bawa Dadah Lelaki Rempuh Kereta Peronda Polis

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 457 hits
Cemas kerana membawa dadah seorang lelaki bertindak merempuh sebuah kereta peronda polis sebuah kereta dan motosikal dalam usaha melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Taman Intan dekat sini petang ini Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mo...
Dapat Duit Raya Weiii

Dapat Duit Raya Weiii

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 408 hits
Yeay Dpt duit raya Ikutkan dapat 3 sampul berisi duit raya tahun ni tapi satu sampul dah selamat masuk dalam tabung haha Pantas Sampul pertama tu dapat banyak sikit Terkejut tengok jumlah dia yang bagi ni pegawai gred tak tinggi sangat tak ...
Pn Bela Melayu Kenapa Duit Raya Peneroka Felda Rm300 Sahaja

Pn Bela Melayu Kenapa Duit Raya Peneroka Felda Rm300 Sahaja

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 298 hits
Kerajaan Perikatan Nasional yang dikatakan pembela nombor satu kaum Melayu tidak berjaya meringankan beban peneroka Felda yang rata rata terdiri daripada orang Melayu apabila memberi duit raya RM300 pada Aidilfitri tahun ini Bagi Pengerusi ...
Redzuan Cuba Pujuk Dr M Kerjasama Dengan Muhyiddin Ketika Ziarah Raya

Redzuan Cuba Pujuk Dr M Kerjasama Dengan Muhyiddin Ketika Ziarah Raya

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 332 hits
MALAYSIAKINIMenteri di Jabatan Perdana Menteri Redzuan Md Yusof mengakui bahawa dia bertemu dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana pagi semalam Bagaimanapun beliau berkata pertemuan itu hanya merupaka...
Syafiq Kyle Raya Tetap Raya

Syafiq Kyle Raya Tetap Raya

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 693 hits
MESKIPUN Aidilfitri kali ini diraikan dalam keadaan yang cukup sederhana berikutan penularan wabak Covid 19 ia tidak menghalang pelakon kacak Syafiq Kyle untuk merayakan hari mulia itu dengan meriah Jika saban tahun Syafiq bersama keluarga ...
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sour Grape Dap Hater Trolled For Linking Hannah Yeoh Cronyism To New Talentcorp Ceo S Appt

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih

Anak Rajin Bantu Di Rumah Kunci Keyakinan Di Masa Dewasa

Insp Sheila On The Prowl Again One Woman Crusader Or Self Serving Attention Seeker


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia

Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut Gebu Resipi Homemade Wajib Cuba

Radiohead Let Down Chord

Monolog Jiwa Kredit Tiktok

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee