Redzuan Cuba Pujuk Dr M Kerjasama Dengan Muhyiddin Ketika Ziarah Raya



MALAYSIAKINI
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Redzuan Md Yusof mengakui bahawa dia bertemu dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) pagi semalam.
Bagaimanapun, beliau berkata pertemuan itu hanya merupakan ziarah sempena Hari Raya Aidilfitri.
Redzuan berkata, dalam kunjungannya itu, beliau berusaha memujuk Mahathir itu untuk bekerjasama dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bagi membangunkan semula negara, berikutan wabak Covid-19.
"Ya memang betul saya berjumpa Tun (Mahathir). Saya jumpa di YKP lebih kurang jam 9 pagi. Saya boleh berjumpa selepas mendapat pelepasan daripada MKN (Majlis Keselamatan Negara), sebab saya negatif (Covid-19).
"Pertemuan itu perjumpaan biasa. Ziarah sempena Aidilfitri. Kita kawan baik, kawan lama. Tidak ada bincang soal politik.
"Saya nasihat dan mengajak Tun supaya sama-sama bantu Muhyiddin sebagai 'kawan-kawan' untuk membina semula negara sebab kita sedang dilanda Covid-19. Nampak Tun positif dengan nasihat itu.
"Pertemuan itu juga bukan seperti dilaporkan media yang saya akan tinggalkan PN (Perikatan Nasional). Itu tidak betul. Itu semua fitnah orang yang ada kepentingan, yang nak burukkan saya," katanya seperti dilapor BH Online.
Semalam, terdapat spekulasi mengatakan bahawa Redzuan, yang merupakan ahli Parlimen Alor Gajah dan Ahli Parlimen Sri Gading Shahruddin Md Salleh, akan menyatakan sokongan mereka terhadap Mahathir.
Namun, perkara tersebut tidak berlaku.
Sebelum ini, Bersatu telah membatalkan keahlian Mahathir, timbalan presiden Bersatu, Mukhriz Mahathir; Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta anggota majlis tertinggi Bersatu, Maszlee Malik dan Amiruddin Hamzah.
Keputusan itu dibuat kerena mereka duduk di blok pembangkang semasa sidang Dewan Rakyat 18 Mei lalu.
Berdasarkan status quo buat masa ini, Muhyiddin memperoleh sokongan 113 ahli parlimen, iaitu majoriti dua kerusi daripada 222 anggota parlimen di Dewan Rakyat.
Pada Februari lalu, Mahathir mengambil keputusan meletak jawatan selaku perdana menteri ketujuh susulan 'Langkah Sheraton' yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan.
Pada 1 Mac, Muhyiddin diangkat sebagai perdana menteri Malaysia kelapan selepas mendapat sokongan majoriti anggota parlimen, dengan membentuk kerajaan PN bersama BN, PAS, dan GPS bagi membentuk kerajaan baru menggantikan PH.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/redzuan-cuba-pujuk-dr-m-kerjasama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid19 Penjarakan Sosial Ketika Ziarah Raya Hampir Mustahil Pakar Beri Amaran

Covid19 Penjarakan Sosial Ketika Ziarah Raya Hampir Mustahil Pakar Beri Amaran

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 380 hits
Pakar kesihatan bimbang tindakan kerajaan membenarkan ziarah pada hari pertama raya Aidilfitri membawa risiko peningkatan kes Covid 19 Pakar runding kanak kanak Datuk Profesor Dr Zulkifli Ismail berkata penjarakan sosial mustahil dalam suas...
Selangor Negeri Sembilan Paling Tinggi Cuba Rentas Negeri Ketika Hari Raya Ismail Sabri

Selangor Negeri Sembilan Paling Tinggi Cuba Rentas Negeri Ketika Hari Raya Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 592 hits
Putrajaya 25 Mei Selangor merupakan negeri tertinggi cubaan merentas negeri ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ketika hari raya semalam Menurut Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Selangor Negeri Sembilan dan Pahang merup...
Mp Yang Pergi Ziarah Raya Atuk Anwar Dikira Untuk Cukup 129 Mengikut Kiraan Salahuddin Ayub

Mp Yang Pergi Ziarah Raya Atuk Anwar Dikira Untuk Cukup 129 Mengikut Kiraan Salahuddin Ayub

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 275 hits
Semalam Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub memberi gambaran bahawa Pakatan Harapan mungkin dapat merampas semula Putrajaya daripada kerajaan Perikatan Nasional sebelum persidangan parlimen akan datang yang dijangka bermula pada Julai ...
Pkpb Lebih Baik Waspada Walau Ziarah Raya Dibenarkan

Pkpb Lebih Baik Waspada Walau Ziarah Raya Dibenarkan

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 393 hits
KUALA LUMPUR 21 MEI Orang ramai dinasihat mengambil langkah berwaspada dalam sebarang urusan yang ingin dilakukan semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri hujung minggu ini walaupun ada perkara yang mendapat kebenaran pihak berwajib Menteri di...
Ziarah Raya Dipercayai Punca Kluster Baharu Covid 19 Disebuah Pangsapuri

Ziarah Raya Dipercayai Punca Kluster Baharu Covid 19 Disebuah Pangsapuri

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 382 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan terdapat satu kluster baharu di pangsapuri di Cheras Kuala Lumpur dipercayai berpunca daripada aktiviti kunjung mengunjung ketika Aidilfitri Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah b...
Jais Tak Benarkan Ziarah Kubur Di Selangor Untuk Raya Kali Ini

Jais Tak Benarkan Ziarah Kubur Di Selangor Untuk Raya Kali Ini

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 373 hits
Sebarang aktivti menziarahi makam diraja atau tanah perkuburan Islam sepanjang perayaan Aidilfitri khususnya pada sebelum atau selepas solat sunat Aidilfitri bagi negeri Selangor adalah tidak dibenarkan Jabatan Agama Islam Selangor dalam sa...
Polis Tentera Mahu Ziarah Rumah Banyak Kereta Semasa Raya

Polis Tentera Mahu Ziarah Rumah Banyak Kereta Semasa Raya

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 582 hits
Polis dan tentera akan menziarahi rumah rumah yang didapati banyak kenderaan diletakkan di luar kediaman semasa Aidilfitri Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata pihak berkuasa akan membuat rondaan dan memantau setiap rumah sepanjang tem...
Pertemuan Itu Sekadar Ziarah Raya

Pertemuan Itu Sekadar Ziarah Raya

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 307 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Redzuan Md Yusof mengakui bahawa dia bertemu dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana pagi semalam Bagaimanapun beliau berkata pertemuan itu hanya merupakan ziarah sem...
Yang Di Pertuan Agong Cuba Pujuk Tun M Jangan Letak Jawatan Tapi

Yang Di Pertuan Agong Cuba Pujuk Tun M Jangan Letak Jawatan Tapi

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 383 hits
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah cuba dipujuk oleh Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Almarhum Sultan Ahmad Shah Al Musta in Billah untuk tidak meletakkan jawatan ketika pergolaka...
Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Pasaran Saham As Dalam Zon Merah Dow Jones 0 4 Nasdaq 0 1 Laporan Korporat Yang Memberangsangkan Tidak Menyelamatkan

The Benefits And Considerations Of Whole Life Insurance

Claims Sarawak Seeks Stake In Ambank Mere Speculation Says Abang Jo

High Court Rules It Has Jurisdiction To Hear Lawsuit Against Raghad

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Precious Metal Recovery Services Malaysia A Great Investment


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Loko Pemuda Chord

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Bull Ring A Taurine Triumph Bonneville Scrambler From Spain

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Syawal Ke 4 Adik Beradik Dan Keluarga Sa

Mmasa Jadi Kerajaan 33 Bulan Tak Mampu Pikir Pun Sibuk Bab Lain