Cemas Bawa Dadah Lelaki Rempuh Kereta Peronda Polis


Cemas kerana membawa dadah, seorang lelaki bertindak merempuh sebuah kereta peronda polis, sebuah kereta dan motosikal dalam usaha melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Taman Intan, dekat sini, petang ini.
Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohd Abduh Ismail berkata dua orang awam cedera ringan dalam kejadian itu manakala tiada kecederaan dialami anggota polis yang bertugas ketika itu.
Beliau berkata kereta Proton Wira Aeroback berwarna merah yang dipandu suspek telah diarah berhenti oleh anggota peronda di Batu 4, Jalan Kluang-Mersing apabila dikesan berada dalam keadaan mencurigakan.
“Bagaimanapun, suspek memecut melarikan diri ketika dihampiri anggota polis menuju ke arah Ayer Hitam, sejauh kira-kira 20 kilometer. Sebaik tiba di Pusat Rekreasi Zenxin di Jalan Batu Pahat, suspek bertindak berpatah balik ke arah Kluang dan merempuh sebuah kereta peronda polis yang membuat sekatan di simpang Felda Ayer Hitam.
“Kereta yang dipandu suspek kemudiannya terbabas setelah merempuh sebuah motosikal dan sebuah kereta di lampu isyarat berhampiran Taman Intan,” katanya dalam kenyataan, di sini, malam ini.
Mohd Abduh berkata hasil siasatan ke atas suspek berusia 35 tahun yang ditahan itu, polis menjumpai sebuah beg kecil mengandungi tujuh paket dipercayai dadah dan peralatan menghisap dadah di dalam sebuah lagi beg kecil.
“Lima paket dadah itu disyaki jenis heroin dianggarkan seberat tiga gram dan dua paket lagi disyaki dadah jenis syabu anggaran berat 1.05 gram.
“Suspek kini ditahan dan siasatan akan dilakukan di bawah Seksyen 186/307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
Permohonan reman suspek akan dibuat di Mahkamah Majistret Kluang esok.
Sumber: BERNAMA
The post Cemas Bawa Dadah, Lelaki Rempuh Kereta Peronda Polis appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/05/30/cemas-bawa-dadah-lelaki-rempuh-kereta-peronda-polis/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Rempuh Pagar Istana Kuala Kangsar Bawa Pisau Pistol Mainan

Lelaki Rempuh Pagar Istana Kuala Kangsar Bawa Pisau Pistol Mainan

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 430 hits
Polis menahan seorang lelaki selepas dia bertindak merempuh pagar utama Istana Iskandariah di sini dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi hari ini Pada kejadian kira kira jam 7 40 pagi itu suspek berusia 30 tahun yang bekerja sebagai peman...
Kemaman Jadikan Rumah Tumpangan Tempat Pembungkusan Dadah Lima Lelaki Ditahan Polis

Kemaman Jadikan Rumah Tumpangan Tempat Pembungkusan Dadah Lima Lelaki Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 408 hits
Polis menahan lima lelaki yang menjadikan rumah tumpangan sebagai tempat membungkus dan mengedar dadah dalam tiga serbuan di daerah Kemaman pada hari Sabtu dan awal pagi semalam Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata kesemua ...
Lagi Kes Pemandu Mabuk Kali Ini Nyaris Rempuh Sekatan Polis

Lagi Kes Pemandu Mabuk Kali Ini Nyaris Rempuh Sekatan Polis

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 404 hits
Belum reda isu pemandu mabuk di Kuantan Pahang kali ini satu kes lagi membabitkan pemandu mabuk di Alor Setar Kedah Mengikut apa yang dilaporkan oleh Berita Harian pemandu mabuk berkenaan dikatakan hampir merempuh sekatan pemeriksaan polis ...
Ketua Polis Daerah Sibu Cedera Ringan Kereta Langgar Pokok

Ketua Polis Daerah Sibu Cedera Ringan Kereta Langgar Pokok

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 369 hits
SIBU Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit bernasib baik hanya mengalami cedera ringan walaupun keretanya remuk teruk di bahagian hadapan selepas melanggar pokok Dalam kejadian kira kira jam 8 50 malam tadi ker...
Rembau Kereta Bawa Lembu Curi Terbalik

Rembau Kereta Bawa Lembu Curi Terbalik

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 414 hits
Sebuah kereta membawa seekor lembu disyaki dicuri terlibat kemalangan di simpang tiga Pedas Pilin di sini petang semalam Ketua Polis Daerah Rembau Deputi Superitendan Anuar Bakri berkata kereta Proton Wira dipandu suspek lelaki berusia ling...
Layanan Bandung Surabaya Dibuka Penumpang Kereta Harus Bawa Surat Bebas Covid 19

Layanan Bandung Surabaya Dibuka Penumpang Kereta Harus Bawa Surat Bebas Covid 19

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 332 hits
Penumpang yang hendak masuk maupun keluar Jabar melalui moda transportasi kereta api harus membawa surat keterangan bebas Covid 19 dengan melampirkan hasil rapid test maupun tes swab
Pemandu Mabuk Nyaris Rempuh Anggota Polis Bertindak Agresif Ketika Ditahan

Pemandu Mabuk Nyaris Rempuh Anggota Polis Bertindak Agresif Ketika Ditahan

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 436 hits
BAYAN LEPAS Beberapa anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya berhampiran Queensbay di sini nyaris dirempuh kenderaan yang dipandu lelaki dipercayai mabuk malam tadi Malah suspek berusia 64 itu turut bertindak agresif ketika ditaha...
Polis Tentera Mahu Ziarah Rumah Banyak Kereta Semasa Raya

Polis Tentera Mahu Ziarah Rumah Banyak Kereta Semasa Raya

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 591 hits
Polis dan tentera akan menziarahi rumah rumah yang didapati banyak kenderaan diletakkan di luar kediaman semasa Aidilfitri Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata pihak berkuasa akan membuat rondaan dan memantau setiap rumah sepanjang tem...
Tediaa Lelaki Cemas Selamatkan Kereta Volkswagen Golf Dihanyut Ombak Deras

Tediaa Lelaki Cemas Selamatkan Kereta Volkswagen Golf Dihanyut Ombak Deras

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 470 hits
Lelaki cemas selamatkan kereta Volkswagen Golf dihanyut ombak derasKejadian berlaku di sebuah pantai di Whitstable Kent England MALANG tidak berbau Mungkin itulah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan nasib pemuda ini Menerusi kejadian...
Dr M S New Malay Platform Key To Uniting Divided Community Says Tuan Ibrahim

How To Use Kappli Guides New Customers Are Guided On Navigating The Platform

Elon Musk Vs Trump Elon Bongkar Trump Terlibat Kes Epstein Dan Kesan Ekonomi Dunia Terjejas

Honor 400 Series Now Free With Telco Plans Here S How To Score It

Bagaimana Malaysia Boleh Dapat Pemain Berpengkalan Di Amerika Latin Dan Eropah

Bukan Susu Je Yang Mengalir Tapi Air Mata Juga Suami Ini Cara Nak Jadi Hero Sebenar Waktu Isteri Menyusu

Perancangan Kewangan Kepada Bakal Pesara Guru Sekolah

A Complete Guide To Sd Muhammadiyah 1 Tanggul For


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


English Uasa Year 3

Scene Dalam Cerita Suzanna Berlaku Secara Real

Kuah Kacang Istimewa Di Bermondsey

Ustadz Yahya Waloni Wafat Saat Khutbah Jumat Ini Kata Uas

Rindu Terubat Sheila On 7 Kembali Gegar Pentas Malaysia Julai Ini

Jatuh Tingkat 30 Ibu Dan Ibu Saudara Ditahan Reman