Syafiq Kyle Raya Tetap Raya






MESKIPUN Aidilfitri kali ini diraikan dalam keadaan yang cukup sederhana berikutan penularan wabak Covid-19, ia tidak menghalang pelakon kacak Syafiq Kyle untuk merayakan hari mulia itu dengan meriah.

Jika saban tahun, Syafiq bersama keluarga pulang ke kampung halaman di Kuala Pilah, Negeri Sembilan untuk meraikan Syawal, kali ini berbeza.

Nampaknya, tahun ini rutin itu terpaksa dilupakan berikutan arahan kerajaan yang tidak membenarkan merentas negeri selain masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Kata pelakon berusia 28 tahun ini, dia menyambut Aidilfitri bersama keluarga di ibu kota saja dan mengambil peluang menziarahi saudara-mara di sekitar Lembah Klang.

"Kami sekeluarga akan pastikan diri mematuhi syarat ditetapkan seperti penjarakan sosial dan berkunjung dalam kumpulan yang kecil.

"Sambutan hari raya kali ini memang banyak perbezaan antaranya tidak berpeluang mengerjakan solat sunat Aidilfitri di masjid.

"Sebenarnya, saya sangat berharap momen itu, namun terpaksa akur apabila solat sunat Aidilfitri tidak dibenarkan di masjid dalam jumlah ramai," katanya.

Kata Syafiq, meskipun dalam situasi ada kekangan sekarang, Aidilfitri tetap disambut dengan normal baharu dan dirai cara tersendiri.

"Biarpun negara sedang mematuhi PKPB, bagi saya, raya tetap raya.

"Aidilfitri bukan sekadar berseronok menziarahi kaum keluarga, malah ia adalah suatu kemenangan dan menandakan Ramadan meninggalkan kita serta pasti sentiasa dirindui," katanya.

Bercerita mengenai juadah raya kegemaran, Syafiq berkata, dia suka makan nasi himpit dan lemang bersama kuah kacang.

"Selain itu, biskut samperit dan batang buruk antara menu yang mesti ada di rumah. Kalau tak ada, tak lengkap rasanya," katanya.

Mengakui lebih gemar menyambut Aidilfitri di kampung berbanding di bandar, Syafiq berkata, banyak kenangan manis yang dicipta seperti bermain bunga api dan mercun bersama sepupu setiap kali pulang ke desa.

"Walaupun di kampung tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan, saya lebih seronok kerana dapat berjumpa dengan ramai sanak-saudara.

"Biasanya jika di Kuala Lumpur, selepas solat sunat Aidilfitri, kami pergi menonton wayang," katanya.

Urusan kerja

Beralih mengenai aktiviti seni, Syafiq berkata, tiada istilah cuti baginya walaupun masih berseronok menyambut Aidilfitri bersama keluarga.

Kata Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, dia tidak lupa komitmen kepada kerjaya utama.

"Tiada istilah cuti lama untuk warga seni seperti kami berbanding orang yang bekerja di pejabat.

"Biasanya pada 1 Syawal, saya sibuk memuat naik aktiviti hari raya bersama keluarga untuk mengisi kandungan digital selain menghasilkan video untuk produk diwakili.

"Tetapi, kerja ini tidaklah membebankan jika kita seronok melakukannya. Apa yang penting, saya masih dapat bergembira dengan keluarga di sisi," katanya.

Kisah Cinta

Berbicara kisah cintanya dengan pelakon, Mimi Lana, Syafiq berkata tahun ini tiada sebarang majlis istimewa membabitkan dia dan teman wanitanya itu.

Bagaimanapun, Syafiq mengakui sudah memasang niat mendirikan rumah tangga, namun masih dalam proses mempersiapkan diri bergelar suami.

"Setiap insan pasti mempunyai keinginan mendirikan rumah tangga dan saya pun ada memasang impian ke arah itu.

"Malah, keluarga saya pun selalu berpesan kalau berkawan, jika tak ada duit nak kahwin kena pasang niat dulu. Tapi itulah, sampai sekarang tak kahwin-kahwin lagi.

"Mungkin juga, jadual kerjaya kami berdua yang padat membuatkan tidak mempunyai masa sesuai untuk berbincang perkara ini dan pada masa sama masing-masing saling menghormati.

"Malah, keluarga pun menyerahkan kepada kami untuk membuat keputusan memandangkan kerjaya dalam bidang ini (lakonan) pun tidak menentu," katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2020/06/syafiq-kyle-raya-tetap-raya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mimi Lana Syafiq Kyle Putus Cinta

Mimi Lana Syafiq Kyle Putus Cinta

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 668 hits
KUALA LUMNPUR Lima tahun berpacaran Mimi Lana mengesahkan hubungan dengan pelakon Nur Syafiq Kyle sudah berakhir sejak sebulan lalu Enggan menyalahkan sesiapa Mimi atau nama sebenar Mimi Rozaiana Zainal Abidin 25 memberitahu mereka berpisah...
Cerekarama Isteriku Cikguku Lakonan Syafiq Kyle Izara Aisyah

Cerekarama Isteriku Cikguku Lakonan Syafiq Kyle Izara Aisyah

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 1758 hits
Saksikan telefilem Isteriku Cikguku lakonan Syafiq Kyle dan Izara Aisyah yang akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada Sabtu ini pukul 9 00 malam JUDUL ISTERIKU CIKGUKUTARIKH MASA Sabtu 29 April 2017 9 00 malamSIARAN Slot Cerekarama TV3ID...
Hiburan 5 Tahun Menyulam Kasih Hubungan Cinta Mimi Lana Dan Syafiq Kyle Putus Di Tengah Jalan

Hiburan 5 Tahun Menyulam Kasih Hubungan Cinta Mimi Lana Dan Syafiq Kyle Putus Di Tengah Jalan

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 821 hits
Jarang menayangkan hubungan cinta mereka di khalayak umum ramai peminat yang nyata kagum melihat pasangan Syafiq Kyle dan Mimi Lana Siapa sangka hubungan yang nampak utuh di antara dua pelakon itu akhirnya menemui titik noktahnya selepas 5 ...
Penyediaan Hidangan Sihat Di Hari Raya Oleh Rushda Adiba Ismail

Penyediaan Hidangan Sihat Di Hari Raya Oleh Rushda Adiba Ismail

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 574 hits
Perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun 2020 mungkin agak berbeza dari segi kemeriahan dan suasana memandangkan kita dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Semua aktiviti sosial dan kemasyarakatan yang biasa dilakukan perlu dihentikan bagi menc...
Panduan Para Ayah Lakukan Solat Sunat Hari Raya Aidul Fitri Di Rumah Bersama Keluarga

Panduan Para Ayah Lakukan Solat Sunat Hari Raya Aidul Fitri Di Rumah Bersama Keluarga

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 658 hits
Tahun ini tahun sejarah buat semua orang Islam di Malaysia Malah mungkin berlaku diseluruh dunia Tahun yang sangat istimewa sebab sebulan berpuasa satu malampun tak berbuka dan tak tunaikan solat sunat taraweh di Masjid atau surau Semua ora...
Tips Sambut Hari Raya Untuk Remaja Dari Artis Ebett G Ade

Tips Sambut Hari Raya Untuk Remaja Dari Artis Ebett G Ade

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 427 hits
HALAMAN HIBURANMenari Sentuh Kulit Perempuan Nasihat Untuk Gadis Serlah Pemikiran Ebett G Ade Ebett G Ade Menari sentuh kulit perempuan dalam lagu Pesta dan nasihat untuk gadis dalam lagu Gadis Remang Remang telah menyerlah pemikiran Islam ...
Mex Offers 50 Pct Discount On The First Day Of Hari Raya

Mex Offers 50 Pct Discount On The First Day Of Hari Raya

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 389 hits
Motorists travelling along the Maju Expressway will enjoy a 50 percent toll discount on the first day of Hari Raya Aidilfitri tomorrow Maju Expressway Sdn Bhd said in a statement here that the discount was for all users and class of vehicle...
Lafaz Takbir Raya Aidilfitri Dan Aidiladha

Lafaz Takbir Raya Aidilfitri Dan Aidiladha

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 3826 hits
Panduan lafaz Takbir Raya dalam teks Arab dan transliterasi Rumi berserta maksud Takbir adalah mengagungkan Allah dengan menyebut kalimah Allahu Akbar yang bermaksud Allah Maha Besar dengan suara yang kuat dan bersemangat Takbir raya versin...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Bila Cikgu Rindu Murid Murid Lepas Habis Cuti Sekolah Be Like

Pengajaran Daripada Tragedi Kemalangan Bas Pelajar Upsi

F N Magnolia And Illumination S Minions Unleash Banana Fuelled Mischief Across Malaysia

Kegagalan Enjin Semasa Berlepas Punca Utama Kemalangan Pesawat

Topeng Simpati Wasapa Pada Lembut Yang Beracun

Nasi Kerabu