Polis Perak Tumpaskan Sindiket Macau Scam Tipu Rm11 Juta




IPOH: Polis Perak berjaya menumpaskan satu sindiket Macau Scam yang terlibat dalam 76 kes penipuan sejak dua tahun lepas membabitkan kerugian RM11 juta dalam satu serbuan ke atas sebuah kondominium di Sri Petaling, Kuala Lumpur, bulan lepas.

 
Pemangku Ketua Polis Perak Datuk Goh Boon Keng berkata lebih membanggakan, kumpulan yang berjaya ditumpaskan itu adalah yang pertama melibatkan sindiket berpangkalan di Malaysia dan menjadikan rakyat tempatan sebagai mangsa.

 
"Polis percaya sindiket sebelum ini melakukan penipuan di negara luar, tetapi balik ke Malaysia disebabkan COVID-19 dan oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan mereka tidak boleh keluar negara.

 
"Ini kali pertama polis menumpaskan Macau Scam yang mempunyai pusat panggilan di Malaysia dan menipu mangsa di negara ini. Sebelum ini, mereka mempunyai pusat panggilan di Malaysia tetapi menyasarkan mangsa di luar negara atau sebaliknya," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perak di sini, hari ini.

 
Menjelas lanjut, Goh yang juga Timbalan Ketua Polis Perak berkata serbuan ke atas kondominium yang dijadikan pusat panggilan pada kira-kira pukul 5 petang, Jumaat lepas itu merupakan operasi khas bersama antara Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) IPK Perak dengan JSJK Bukit Aman hasil risikan selama seminggu.

 
Goh berkata risikan itu dibuat susulan satu laporan polis oleh seorang wanita di Bandar Cyber di sini pada 20 Okt yang mendakwa kerugian RM67,000 selepas dihubungi oleh individu menyamar sebagai 'Insp Leong' dari IPK Sabah dengan mendakwa beliau terlibat dalam kegiatan penggubahan wang haram berjumlah RM148,000.

 

"Risau dengan ugutan bakal ditangkap dan semua wang dalam akaun bank akan dibekukan menyebabkan wanita itu mengikut arahan suspek dan membuat dua kali pindahan wang, masing-masing sebanyak RM43,000 dan RM24,000 sebelum mengesyaki ditipu dan membuat laporan polis," katanya.

 
Goh berkata semasa serbuan, polis berjaya menahan 22 suspek warganegara Malaysia termasuk empat wanita berumur antara 18 dan 27 tahun, selain merampas pelbagai peralatan iaitu 34 telefon bimbit, komputer riba dan kereta.

 
"Selain itu, polis turut menemukan skrip dalam bahasa Melayu dan bahasa Mandarin. Ini menunjukkan ahli sindiket terlatih kerana dibekalkan dengan skrip yang digunakan untuk meyakinkan mangsa," katanya.

 
Beliau berkata, pihaknya akan memohon lanjutan perintah reman ke atas semua 22 suspek selepas tempoh reman empat hari bermula 30 Okt tamat hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

 
"Kita nasihati masyarakat supaya jangan ikuti arahan (sindiket). Masyarakat perlu tahu tiada tindakan undang-undang akan dimaklumkan menerusi panggilan telefon kecuali menerusi surat berdaftar dan polis juga tidak akan meminta orang awam pindahkan duit dari akaun mereka ke akaun lain," katanya.

 
-- BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/11/polis-perak-tumpaskan-sindiket-macau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Macam Mana Nak Banteras Pegawai Polis Bersekongkol Dengan Sindiket Macau Scam Judi Haram

Macam Mana Nak Banteras Pegawai Polis Bersekongkol Dengan Sindiket Macau Scam Judi Haram

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 454 hits
MACAM MANA NAK BANTERAS PEGAWAI POLIS BERSEKONGKOL DENGAN SINDIKET MACAU SCAM JUDI HARAM KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan 10 individu termasuk lapan pegawai kanan Polis Diraja Malaysia serta merampas wang tunai RM...
Pegawai Kanan Polis Ditaja Sindiket Macau Scam Melancong Ke Luar Negara

Pegawai Kanan Polis Ditaja Sindiket Macau Scam Melancong Ke Luar Negara

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 658 hits
Kuala Lumpur Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan mengenai pegawai kanan yang dikatakan melancong ke luar negara ditaja oleh sindiket jenayah termasuk Macau Scam Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Da...
Polis Percaya Berjaya Tumpaskan Sindiket Proses Dadah Dan Jenayah Geng Rusa Boy

Polis Percaya Berjaya Tumpaskan Sindiket Proses Dadah Dan Jenayah Geng Rusa Boy

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 346 hits
KUALA LUMPUR Polis percaya satu sindiket memproses dadah dan jenayah kekerasan di sekitar Sungai Petani Kedah berjaya ditumpaskan susulan penahanan 26 lelaki termasuk ketua kumpulan mereka yang dikenali sebagai Rusa Boy dalam operasi sejak ...
Addy Kanna Terlibat Dalam Sindiket Macau Scam Perjudian Online Penipuan Pelaburan Forex

Addy Kanna Terlibat Dalam Sindiket Macau Scam Perjudian Online Penipuan Pelaburan Forex

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 513 hits
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed mendedahkan Addy Kanna terlibat dalam kes sindiket Macau Scam perjudian online dan penipuan pelaburan pertukaran mata wang asing Forex Tangkapan Addy dan seorang suspek yang m...
Polis Tahan Semula 22 Suspek Macau Scam

Polis Tahan Semula 22 Suspek Macau Scam

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 371 hits
BERNAMA Ipoh Seramai 22 suspek Macau Scam yang ditahan polis di Perak akhir bulan lalu ditahan semula hari ini bagi membantu siasatan kes penipuan lain Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Perak Superintendan Hasbullah Abd Rahman berkat...
Reman Seorang Datuk 2 Polis Berkait Macau Scam Lanjut 38 Hari

Reman Seorang Datuk 2 Polis Berkait Macau Scam Lanjut 38 Hari

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 270 hits
Ketiga tiga lelaki terbabit sebelum ini direman selama 21 hari KUALA LUMPUR Tempoh tahanan reman seorang lelaki bergelar Datuk bersama 2 anggota polis berhubung siasatan kes sindiket perjudian dalam talian dan kegiatan Macau Scam dilanjutka...
Saya Bukan Dalang Sindiket Macau Scam Perjudian Online Ejen Pelacuran Vip Alvin Goh Tampil Beri Penjelasan

Saya Bukan Dalang Sindiket Macau Scam Perjudian Online Ejen Pelacuran Vip Alvin Goh Tampil Beri Penjelasan

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 410 hits
Suspek utama kes pengubahan wang haram yang melarikan diri dengan memanjat pagar di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Putrajaya beberapa minggu lalu berjaya ditahan Alvin Goh atau Goh Leong Yeong 32 ditahan di sebuah pusat per...
Macau Scam Polis Serbu Pejabat Alvin

Macau Scam Polis Serbu Pejabat Alvin

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 385 hits
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed bercakap pada sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Kuala Lumpur foto FAREEZ FADZIL KUALA LUMPUR Polis menyerbu premis perniagaan komunikasi dan logistik di Plaza ...
Macau Scam Polis Akan Panggil Artis Ahli Politik Jika Terbabit

Macau Scam Polis Akan Panggil Artis Ahli Politik Jika Terbabit

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 244 hits
Polis akan memanggil artis dan ahli politik yang terbabit dengan kegiatan sindiket perjudian dalam talian dan penipuan Macau Scam Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed berkata siasatan lanjut sedang dijalankan pihaknya ...
Mercedes Benz Will Continue To Offer Combustion Engines After 2030

Resipi Lobster Butter Cheese Yang Ringkas Sedap Menu Untuk Sambut Hari Istimewa

Amir Given Economy Minister S Duties To Overhaul 13th Malaysia Plan

More Action Needed To Combat Vaping By Students

Top 10 Hotel Berdekatan Klia Bermula Rm70

Kes Bunuh Pelajar Universiti 3 Suspek Direman 7 Hari

The Rise Of Film To Tv Adaptations Why Hollywood Keeps Revisiting The Big Screen

Adakah Perbezaan Antara Tempeyek Dan Rempeyek


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around

Untuk Arwah Ibu Bapa Maulana Juhari Terima Anugerah Sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang

Kerajaan Pahang Meluluskan Peruntukan Sebanyak Rm500 000 Baik Pulih Rumah Tok Batin Di Seluruh Negeri Ini

Minum Petang Dengan Pulut Panggang Legend Sesedap Citarasa

Betul Ke Guna Chatgpt Buat Otak Jadi Malas Jom Kita Bongkar

Budak Maut Tercampak Kenderaan Akibat Tayar Meletup Di Lebuhraya Utara Selatan Dekat Jasin