Polis Panggil Pelajar Mrsm Kuala Kangsar Terbabit Kes Buli


AGENDA DAILY
Polis menjalankan siasatan berhubung kejadian buli di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kangsar, semalam, setelah tular di media sosial.
Semua pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar yang dikatakan terbabit dalam kes buli seorang pelajar lain secara kekerasan telah dipanggil polis bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid memaklumkan pemilik akaun media sosial yang menularkan video berkenaan turut dipanggil memberi keterangan.
Menurutnya siasatan awal polis mendapati kejadian itu berlaku antara jam 1 hingga 2 pagi semalam, 9 Disember 2021 membabitkan seorang pelajar dengan tujuh suspek lain.
Semua yang terbabit dalam kejadian itu berusia 13 tahun dan merupakan pelajar Tahun Satu MRSM berkenaan.
Beliau berkata polis turut menerima satu laporan berkaitan kejadian itu daripada pengetua MRSM terbabit kira-kira jam 1 tengah hari tadi susulan tular video kejadian berkenaan hingga mendapat perhatian meluas orang ramai.
“Polis mengesan satu rakaman video tular berkaitan pergaduhan membabitkan pelajar yang dikenal pasti berlaku di sebuah sekolah berasrama penuh dalam daerah Kuala Kangsar hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mior Faridalathrash berkata, semua pihak berkenaan dipanggil memberi keterangan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Katanya, polis menasihati orang ramai supaya tidak membuat spekulasi berkaitan kejadian itu bagi mengelakkan kekeliruan dan kegusaran masyarakat selain dibimbangi dapat mengganggu proses siasatan.
“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menularkan maklumat tidak sahih kepada umum serta disarankan membuat laporan dan aduan di balai polis berhampiran, menghubungi jabatan berkaitan, atau mengikut undang-undang yang diwartakan,” katanya.
Berdasarkan video yang tular, kelihatan sekumpulan pelajar sedang mengepung seorang pelajar lain dan menumpuk perut mangsa sambil tertawa sesama mereka.
Video berdurasi 10 saat itu telah menimbulkan kemarahan netizen dengan pelbagai komen.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/polis-panggil-pelajar-mrsm-kuala.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Pahang Sudah Kenal Pasti Pelajar Yang Terbabit Kes Buli Dari Tiga Buah Sekolah

Polis Pahang Sudah Kenal Pasti Pelajar Yang Terbabit Kes Buli Dari Tiga Buah Sekolah

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 229 hits
KUANTAN Polis menerima laporan kes buli membabitkan tiga sekolah di negeri ini dalam tempoh empat hari bermula 6 Disember lalu termasuk membabitkan sebuah sekolah berasrama di Muadzam Shah di Rompin Timbalan Ketua Polis negeri Datuk Mohd Yu...
Kes Buli Mrsm Lagi Pelajar Ditahan

Kes Buli Mrsm Lagi Pelajar Ditahan

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 330 hits
PETALING JAYA Dua lagi pelajar yang terbabit dalam kejadian buli rakan setingkatan di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar ditahan polis malam tadi kata Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid Beliau berkata kedua dua pelajar...
Polis Kesan Tiga Lagi Kes Buli Pelajar Sekolah Libatkan Tiga Sekolah Berasrama Di Pahang

Polis Kesan Tiga Lagi Kes Buli Pelajar Sekolah Libatkan Tiga Sekolah Berasrama Di Pahang

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 350 hits
KUANTAN Tidak lama selepas kes buli di salah sebuah Maktab Rendah Sains MARA tersebar pihak polis turut menerima laporan kes buli yang melibatkan tiga sekolah berasrama di Pahang Memetik laporan Kosmo kesemua laporan membabitkan ketiga tiga...
Buli Di Mrsm Enam Pelajar 13 Tahun Ditahan Polis

Buli Di Mrsm Enam Pelajar 13 Tahun Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 341 hits
Oleh Rakaman video insiden buli di sebuah MRSM di Perak tular di media sosial POLIS menahan enam suspek kes buli didakwa berlaku di Maktab Rendah Sains Mara Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar seperti yang tular di media sosial semalam Ketua Po...
Kes Buli Mrsm Tolonglah Jangan Report Polis Kami Menyesal Sangat Sangat

Kes Buli Mrsm Tolonglah Jangan Report Polis Kami Menyesal Sangat Sangat

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 559 hits
Tangkap layar perbualan antara pelaku pelaku dan keluarga mangsa menerusi aplikasi WhatsApp susulan insiden buli di asrama sebuah sekolah di Perak PETALING JAYA Selepas tular sebuah rakaman video buli yang memaparkan beberapa remaja yang ju...
Kes Buli Enam Pelajar Mrsm Digantung Serta Merta Selama 2 Minggu Cadang Ditamat Pengajian

Kes Buli Enam Pelajar Mrsm Digantung Serta Merta Selama 2 Minggu Cadang Ditamat Pengajian

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 557 hits
PADANG TERAP 11 Dis Enam pelajar Maktab Rendah Sains Mara yang dikenal pasti terlibat dalam kes buli digantung serta merta selama dua minggu persekolahan Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid Jawatankuasa Disipli...
Kes Buli Mara Tamatkan Pengajian 10 Pelajar Mrsm

Kes Buli Mara Tamatkan Pengajian 10 Pelajar Mrsm

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 429 hits
SHAH ALAM Susulan kes buli yang tular baru baru ini Jawatankuasa Disiplin Maktab memutuskan untuk menamatkan pengajian 10 pelajar Maktab Rendah Sains Mara Datuk Azhar Abdul Manaf berkata mesyuarat JDM telah mengkaji kes tersebut dengan teli...
Kes Buli Di Asrama Polis Tahan 4 Pelajar Tingkatan Satu

Kes Buli Di Asrama Polis Tahan 4 Pelajar Tingkatan Satu

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 372 hits
Polis menahan empat pelajar Maktab Rendah Sains Mara Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar hari ini berkaitan kes buli secara kekerasan seperti rakaman video tular di media sosial Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata semua pe...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Strengthening Digital Citizenship In Malaysia S Fasih Digital Initiative

Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Telaga Semulajadi Antara Terdalam Dia Dunia

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pill Box

Selamat Tinggal 0176076730

Importance Of Domain Valuation

6 Ciri Ciri Yang Dicari Lelaki Daripada Seorang Wanita

Lirik Lagu Bae Sobar Bae Raya Den Manjo Deqnee Dn Man Khan Rosalinda

Febian Siapa Kita Chord