Polis Johor Tumpaskan Sindiket Seludup Pati


POLIS JOHOR TUMPASKAN SINDIKET SELUDUP PATI
JOHOR BAHRU, 08 JUN 2020: Polis Johor berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) antarabangsa di negeri ini yang mengaut keuntungan lebih RM60.48 juta dan menyeludup kira-kira 43,200 PATI sejak 2014.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sindiket penyeludupan PATI terancang terbabit tumpas selepas pihak polis melakukan operasi serbuan berskala besar antara Khamis lalu hingga semalam.
“Ianya hasil serbuan yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Johor dibantu D3 dan D14 Siasatan Jenayah Terancang, JSJ Bukit Aman.
“Hasil siri serbuan empat hari sehingga semalam itu, 40 ahli sindiket membabitkan 21 rakyat tempatan termasuk seorang wanita serta 19 warga Indonesia berusia antara 22 hingga 58 tahun berjaya ditahan, katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini.
Menurut Ayob, hasil siasatan mendapati sindiket berkenaan bergiat aktif dalam penyeludupan keluar masuk PATI di pesisiran Pantai Timur Johor sejak 2014 lagi.
“Sindiket berkenaan mengaut keuntungan begitu lumayan berikutan membawa masuk atau keluar kira-kira 600 PATI sejak 2014 dengan bayaran sehingga RM1,400 seorang.
“Ia bermakna sindiket ini menguruskan sejumlah 43,200 PATI sama ada masuk atau keluar secara haram dari negara ini dengan keuntungan melebihi RM60.48 juta,” katanya.
Tambah Ayob, ketua sindiket antarabangsa berkenaan dipercayai menguruskan kumpulan jenayah terancangnya itu dari Batam,Indonesia.
“Polis Johor akan mendapatkan kerjasama Polis Indonesia bagi mengesan ketua sindiket penyeludupan PATI berkenaan dalam masa terdekat.
“Sindiket ini sudah merekrut pekerja mereka terutama penghubung (transporter) menerusi tapisan ketat sebelum diterima bekerja bagi mengelakkan jenayah mereka terbongkar dan dikesan pihak berkuasa, katanya
Menurut beliau, enam dalang utama dalam sindiket jenayah terancang penyeludupan PATI itu membabitkan ketua sindiket, ejen atau pengurus, penghubung (transporter), tekong darat, penjaga tempat penampungan atau penginapan dan tekong laut.
“Ejen, penghubung,tekong darat dan laut juga dipercayai mendapat komisen antara RM250 hingga RM350 setiap PATI.
“Manakala, 40 ahli sindiket yang ditahan itu membabitkan ejen (3), penghubung (10), tekong darat (15) dan penjaga rumah penampungan (12).
“Pihak polis juga turut merampas 16 kereta, sebuah van, 8 bot fiber dan 114 telefon bimbit.
“Kesemua suspek yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 130V Jenayah Terancang Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)2012 SOSMA,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://johortimes.my/2020/06/polis-johor-tumpaskan-sindiket-seludup-pati/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Soulofjohor Polis Tumpaskan Sindiket Curi Komponen Kereta

Soulofjohor Polis Tumpaskan Sindiket Curi Komponen Kereta

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 345 hits
SOULofJOHOR POLIS TUMPASKAN SINDIKET CURI KOMPONEN KERETA ISKANDAR PUTERI 09 JUN 2020 Polis berjaya menumpaskan sindiket mencuri komponen kereta dengan tertangkapnya empat orang suspek pada rabu lalu di sini Ketua Polis Daerah Iskandar Pute...
371 Terbabit Sindiket Seludup Manusia Ditahan

371 Terbabit Sindiket Seludup Manusia Ditahan

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 334 hits
Polis berkata fasa pertama rancangan membanteras pemerdagangan manusia dilaksanakan sebelum PKP dan fasa kedua pada 18 Mac hingga 3 Jun lalu KUALA LUMPUR Polis menahan 371 individu yang disyaki menjadi anggota sindiket pemerdagangan manusia...
Kerajaan Akan Akan Buru Tekong Sindiket Pati Besar Besaran

Kerajaan Akan Akan Buru Tekong Sindiket Pati Besar Besaran

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 393 hits
KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia akan bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia dan agensi penguat kuasa lain untuk melaksanakan Op Benteng secara besar besaran di seluruh negara bagi memburu tekong serta anggota sindiket berhubung pen...
Polis Pahang Tahan 11 Tekong Darat Seludup Warga Asing

Polis Pahang Tahan 11 Tekong Darat Seludup Warga Asing

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 346 hits
KUANTAN 10 Jun Polis Pahang berjaya menumpaskan kegiatan menyeludup manusia dengan penahanan 11 lelaki termasuk seorang warga Myanmar disyaki tekong darat pada serbuan di tiga daerah di negeri ini Ketua Polis Pahang Datuk Abd Jalil Hassan b...
Pga Semenyih Patahkan Sindiket Rokok Seludup

Pga Semenyih Patahkan Sindiket Rokok Seludup

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 314 hits
KLANG Batalion 4 Pasukan Gerakan Am Semenyih berjaya mematahkan sindiket pengedaran rokok seludup menerusi penahanan dua lekaki warga tempatan di Jalan Kebun semalam Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA Superintendan Zulafendy Hassan berkata d...
Lumayan Rm750 Untuk Seorang Pati Di Seludup Masuk Ke Negara Ini

Lumayan Rm750 Untuk Seorang Pati Di Seludup Masuk Ke Negara Ini

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 299 hits
JOHOR BAHRU Pendapatan lumayan RM750 untuk setiap seorang pendatang asing tanpa izin yang dibawa masuk ke negara ini menjadikan seorang tekong dari Lombok Indonesia tidak gentar melakukan jenayah antarabangsa rentas sempadan itu Ketua Polis...
Taati Hormati Titah Sultan Johor Cukup Cukuplah Berpolitik

Taati Hormati Titah Sultan Johor Cukup Cukuplah Berpolitik

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 269 hits
UMNO ONLINEJOHOR BAHRU Semua Wakil Rakyat dan pimpinan parti politik di Johor perlu mentaati dan menghormati titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang memberi amaran untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri serta merta jika pere...
Johor Sedia Mulakan Sesi Persekolahan Bagi Pelajar Tingkatan Lima Dan Enam

Johor Sedia Mulakan Sesi Persekolahan Bagi Pelajar Tingkatan Lima Dan Enam

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 259 hits
JOHOR BAHRU 4 Jun Johor bersedia untuk memulakan sesi persekolahan bagi pelajar tingkatan lima dan enam mengikut garis panduan yang ditetapkan bersama oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara Pengerusi Jawatankuasa Pendidika...
Wan Nong Yahya Yang Bergelar Harimau Johor

Wan Nong Yahya Yang Bergelar Harimau Johor

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 334 hits
Pulau Tanjung Surat Tanah Leluhur HARIMAU JOHORDato Wan Nong Yahya Bin Wan Abu Talib adalah cucu kepada Tun Embong Binti Tun Ahmad atau lebih dikenali sebagai Lady Of Tanjung Surat adalah isteri ketiga Temenggong Abdul Rahman Bin Temenggong...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik