Wan Nong Yahya Yang Bergelar Harimau Johor


'Pulau Tanjung Surat Tanah Leluhur'

HARIMAU JOHOR



Dato Wan Nong Yahya Bin Wan Abu Talib adalah cucu kepada Tun Embong Binti Tun Ahmad atau lebih dikenali sebagai Lady Of Tanjung Surat adalah isteri ketiga Temenggong Abdul Rahman Bin Temenggong Tun Abdul Hamid. Tun Embong Binti Tun Ahmad adik kepada Tun Othman Bin Tun Ahmad (waris Tok Abdul Jabbar) dari keturunan Bendahara Melaka-Johor. Bapa mereka adalah Tun Ahmad Bin Tun Biajid Bin Temenggong Paduka Tun Ahmad Bin Tun Jenal @ Datuk Sekudai Bin Tun Sri Lanang.

Beliau bergelar Harimau Johor dan juga Panglima Hitam. Beliau digambarkan oleh Sejarawan Dr Shaharom Husain ( Tokoh Guru, Sejarawan dan Budayawan) sebagai seorang yang gagah berani, tenang serta sabar, berfikiran luas, tajam pandangan, seorang panglima,  berbakat pemimpin , berdiri atas kejujuran, keadilan, cintakan keamanan dan kemakmuran.

Wan Nong Yahya adalah Resident Of Tanjung Surat, sebagai Resident beliau berkuasa mutlak sebagai wakil kepada Dato Temenggong Sri Maharaja Tun Ibrahim yang merupakan bapa saudaranya. Beliau juga berkhidmat ketika dibawah pemerintahan Maharaja Abu Bakar Ibni Temenggong Tun Ibrahim.

Tanjung Surat menjadi tempat penting sebagai kawasan memerintah secara bermenteri dimana Wan Nong Yahya merupakan satu-satunya pembesar yang memerintah di kawasan sendiri. Sebagai Residen, kawasan pemerintahannya adalah Johor Timur termasuk jajahan Kota Tinggi hingga ke Sedili yang mana ia adalah sebahagian daripada kawasan Johor Tenggara.

Wan Nong Yahya adalah birokrat yang bertanggungjawab dalam mengurus, mentadbir, memungut hasil cukai dan tanaman dari Kangchu-kangchu Cina di sepanjang Sungai Johor dan pantai Timur Johor ketika sistem Kangchu mula diperkenalkan pada awal tahun 1840an. Pulau Tanjung Surat menjadi kawasan kediaman rasmi dan pejabat pentadbiranya. Beliau juga adalah pemegang beberapa Surat Sungai antaranya Surat Sungai Semanggar, Sekudai Ulu, Panti dan Temon. Pulau ini juga menjadi tempat pengumpulan surat-surat dari luar dan dalam kawasan Timur Johor sama ada surat-surat Raja (Kerajaan) dengan Residen atau sebaliknya.

Sebagai Residen, Wan Nong Yahya juga bertanggungjawab dalam mengawal,  menjaga keamanan dan berkuasa dalam membicara dan menghukum jika ada penduduk didalam kawasan pentadbirannya melakukan kesalahan. Beliau juga telah banyak menghapuskan kegiatan perlanunan di Pantai Timur Johor sepanjang menjadi Residen.

Kepesatan Pulau Tanjung Surat sebagai pusat pengumpulan dan pengekspotan hasil lada hitam, gambir dan hasil-hasil hutan seperti gutta percha, damar,  rotan dan lain-lain dengan terbinanya jeti di bahagian selatan pulau itu. Segala hasil mahsul dibawa dari jeti ini menuju ke Singapura.

Pada awal 1900an, apabila permintaan lada hitam dan gambir dalam pasaran dunia semakin merosot dan penamatan konsesi penyewaan tanah kepada Kangchu-kangchu Cina sudah berakhir, tanaman getah serta kelapa mula menjadi ganti. Syarikat-syarikat Jepun yang berminat mula melabur dengan diberi konsesi menyewa tanah. Berikut beberapa Syarikat Jepun yang telah melabur dikawasan Pantai Timur Johor

1. Consolidated Sango Koshi (Getah) - Pengerang
2. Telok Sengat Estate (Getah) - Johor Lama
3. Telok Sengat Estate (Kelapa) - Johor Lama
4. Panchor Rubber Estate (Getah) - Johor Lama
5. Fukuda Rubber Estate (Getah)  - Johor Lama
6. Sungei Seluyut Rubber Estate (Getah) - Kota Tinggi
7. Ishihara Sangyo Koshi Ltd (Getah) - Kota Tinggi

Selain dari penanaman getah syarikat Jepon juga diberi lesen melombong di kawasan Pantai Timur Johor. Berikut kawasan perlombongan yang diusahakan oleh syarikat Jepon:

1. Ishihara Sangyo Koshi Ltd ( Bijih Besi) - Sedili Besar
2. Shigeru Lizuka (Bijih Besi) - Mersing
3. Shigeru Lizuka (Wolfrem) - Lubuk Pusing, Kambau

Lihat Juga : Gambar lama peniaga-peniaga Jepun di Johor

Pada awal 1910an ekonomi Johor semakin kukuh hasil dari sektor perladangan dan perlombongan. Untuk memudahkan kerja-kerja penghantaran hasil pertanian dan perlombongan (bijih besi dan wolfrem) di pantai timur Johor ke Singapura, Dato Mohamed Bin Mahbob selaku SUK Negeri Johor ketika itu mencadangkan kepada Sultan Ibrahim untuk dibina sebuah lagi jeti di Tanjung Pengelih. Manakala jeti di Tanjung Surat dikhaskan menguruskan hasil-hasil dari sepanjang Sungai Johor dan Johor Bahru. Atas perkenan Sultan Ibrahim dan perbincangan oleh Dato Mohamed bersama Syarikat Consolidated Sango Koshi Limited, pihak syarikat bersetuju membiayai pembinaan jeti tersebut.

Selepas Wan Nong Yahya meninggal dunia, jawatan ini diambil alih oleh anaknya yang bernama Dato Wan Jaafar. Pada tahun 1880an jawatan Resident Of Tanjung Surat telah dinamakan sebagai Dato Penggawa Kiri. Kemudian pada tahun 1886 jawatan ini ditukar kepada Dato Penggawa Timur. Bidang tugasnya masih sama seperti ketika era ayahnya Wan Nong Yahya. Pemegang terakhir jawatan ini adalah Dato Wan  Mahmod Bin Dato Wan Jaafar dan bergelar Dato Timur. Pada tahun 1920an jawatan Dato Penggawa Timur dimansuhkan apabila wujud jawatan District Officer (DO) bagi daerah Kota Tinggi.

Berdasarkan salahsilah bertulisan jawi , Wan Nong Yahya berkahwin dengan Encik Ngah (bonda Sultan Abu Bakar Bin Temenggong Tun Ibrahim). Dikurniakan 7 cahaya mata.

1.Dato Penggawa Timur Wan Jaafar Bin Wan Nong Yahya 
2.Laksamana Kapal Perang Wan Abu Talib Bin Wan Nong Yahya
3. Wan Ahmad Bin Wan Nong Yahya 
4. Dato Wan Mohamad Don (Dato Penghulu Bendahari)  
5. Datin Wan Embong
6. Wan Abdul Malek 
7. Wan Uda

- National Archives Of Singapore
- Harimau Johor oleh Shaharom Hussain
- JMBRAS Vol XIV Part III 1936
- Singapore and Straits Directory 1874
- Code Of Laws To Be Followed By All Kangchu in Johore - Johore Government Printing Johor Bahru 1873
- The Johore Gambier And Pepper Trade in The 19th Century - C M Turnbull
- Temenggong Of Johore - Carl A Trocki
- Penglibatan Orang-orang Jepon Dalam Sektor Ekonomi Di Negeri Johor Pada Awal Abad ke 20 -Kassim Thukiman
- Kumpulan Surat-surat Disimpan oleh Setiausaha 1843 -1927 - Johor Government Records
- Buku-buku Daftar Surat Keterangan Membuka Kebun 1844 -1902 - Johor Government Records
- Buku daftar Surat Jual Beli,  Pajak, Gadai dan Hutang 1868 - 1884 - Johor Government Records
- The Johore Archives And Kangchu System 1844-1902 - Carl A Trocki
- The Origin Of Kangchu System 1740 - 1860 Carl A Trocki
- The Kangchu System In Johore - A E Coope
- The Japanese File Pre War Japanese Penetration in SEA - Robertson E.
- Sumber peta Nationaal Archief Holland. Accession Number: D2016_000575. Title: This Survey Map Of The Straits Of Singapore, Is Respectively Inscribed To The Honourable Colonel Butterworth, C.B.Covering Date: 17/08/1846

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.krissmerah.com/2020/06/wan-nong-yahya-yang-bergelar-harimau.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+krissmerah+(Kriss+Merah.com+(Blogger+Melayu))

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adik Wan Kuzain Wan Kuzri Tak Sabar Sarung Jersi Harimau Muda

Adik Wan Kuzain Wan Kuzri Tak Sabar Sarung Jersi Harimau Muda

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 374 hits
Pemain muda yang beraksi di Amerika Syarikat Wan Kuzri Wan Kamal semakin hampir menyertai skuad Bawah 18 Tahun kebangsaan menjelang Kejuaraan Bawah 19 Tahun Konfederasi Bola Sepak Asia 2020 di Uzbekistan Oktober depan Pengurus skuad B 18 Da...
Sultan Johor Tiada Kuasa Mutlak Bubar Dun Hassan Karim

Sultan Johor Tiada Kuasa Mutlak Bubar Dun Hassan Karim

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 288 hits
Amaran Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semalam bahawa baginda akan membubarkan dewan undangan negeri sekiranya kemelut perebutan kuasa berpanjangan mengundang komen Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim Menurut Hassan me...
Taati Hormati Titah Sultan Johor Cukup Cukuplah Berpolitik

Taati Hormati Titah Sultan Johor Cukup Cukuplah Berpolitik

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 269 hits
UMNO ONLINEJOHOR BAHRU Semua Wakil Rakyat dan pimpinan parti politik di Johor perlu mentaati dan menghormati titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang memberi amaran untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri serta merta jika pere...
Johor Sedia Mulakan Sesi Persekolahan Bagi Pelajar Tingkatan Lima Dan Enam

Johor Sedia Mulakan Sesi Persekolahan Bagi Pelajar Tingkatan Lima Dan Enam

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 259 hits
JOHOR BAHRU 4 Jun Johor bersedia untuk memulakan sesi persekolahan bagi pelajar tingkatan lima dan enam mengikut garis panduan yang ditetapkan bersama oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara Pengerusi Jawatankuasa Pendidika...
Gambar Pertemuan Adun Bersatu Dan Pkr Johor Cetus Spekulasi

Gambar Pertemuan Adun Bersatu Dan Pkr Johor Cetus Spekulasi

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 289 hits
Ahli Dewan Undangan Negeri Semerah Mohd Khuzzan Abu Bakar mengesahkan bahawa sekeping gambar yang menunjukkan wakil rakyat Bersatu dan PKR duduk semeja telah dirakam pada akhir Mei Mohd Khuzzan memberitahu Sinchew Daily gambar yang mencetus...
Ph Johor Tunjuk Belang Sebenar Ingkar Titah Tuanku

Ph Johor Tunjuk Belang Sebenar Ingkar Titah Tuanku

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 495 hits
Pemimpin Pakatan Harapan Johor hari ini menunjukkan wajah sebenar mereka sebagai pemimpin yang sombong ingkar dan mempersendakan titah DYMM Sultan Johor Fikri Allaudin dari Persatuan Pemikir Muda Johor berkata wajah wajah pemimpin PH dan wa...
Kerajaan Johor Stabil Di Bawah Naungan Sultan Ibrahim Hasanuddin

Kerajaan Johor Stabil Di Bawah Naungan Sultan Ibrahim Hasanuddin

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 341 hits
Berikutan amaran Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan membubarkan Dewan Undangan Negeri Johor sekiranya ahli politik di negeri itu terus berebut kuasa pemimpin Amanah Hasanuddin Yunus tampil menjelaskan sebarang pertukaran keraj...
Gofrozz Pengedar Ayam Segar Dan Frozen Dengan Servis Yang Super Pantas Di Parit Sulong Johor

Gofrozz Pengedar Ayam Segar Dan Frozen Dengan Servis Yang Super Pantas Di Parit Sulong Johor

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 475 hits
GoFrozz Pengedar Ayam Segar Dan Frozen Dengan Servis Yang Super Pantas Di Parit Sulong Johor Masyarakat kita ni boleh dikatakan hari hari mesti menu ayam sering terhidang di atas meja kan Lagi lagi bila tiba hujung minggu dan berkumpul deng...
Memahami Perlembagaan Negeri Johor

Memahami Perlembagaan Negeri Johor

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 273 hits
Dalam kemelut pertukaran kerajaan pembubaran Dewan Undangan Negeri dan kuasa Sultan Di dalam Perkara 23 Perlembagaan Johor disebut The Ruler may prorogue or dissolve the Legislative Assembly yang ditafsirkan bahawa Sultan boleh membubarkan ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba