Polis Pahang Tahan 11 Tekong Darat Seludup Warga Asing


KUANTAN, 10 Jun  — Polis Pahang berjaya menumpaskan kegiatan menyeludup manusia dengan penahanan 11 lelaki termasuk seorang warga Myanmar disyaki tekong darat pada serbuan di tiga daerah di negeri ini.
Ketua Polis Pahang Datuk Abd Jalil Hassan berkata suspek berusia antara 28 hingga 70 tahun itu ditahan pada Khamis lepas hasil risikan selama sebulan menerusi Op Benteng pada Khamis lepas di Cameron Highlands, Lipis dan Temerloh.
“Siasatan awal mendapati mereka terlibat membawa masuk warga dari Indonesia, Nepal, Bangladesh dan Myanmar untuk bekerja sebagai pekerja ladang atau di kebun sayur memandangkan permintaan terhadap pekerja ini adalah tinggi.
“Setiap tekong darat dipercayai mengambil bayaran sekitar RM1,000 ke RM3,000 bagi setiap pekerja asing yang dibawa masuk dengan Cameron Highlands merekodkan permintaan paling tinggi terhadap pekerja asing tanpa izin ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang di sini, hari ini.
Abd Jalil berkata semua suspek kini ditahan sehingga 3 Julai ini mengikut  Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.
Pada perkembangan lain, Abd Jalil berkata polis menahan sepasang kekasih berusia 33 dan 39 tahun di sebuah apartmen di Cameron Highlands pada Khamis lepas, bersama dadah jenis heroin dianggarkan seberat lebih 4.4 kilogram bernilai RM40,645 disyaki untuk tujuan pengedaran.
“Suspek lelaki yang bekerja sebagai pemandu teksi dipercayai menggunakan kenderaan itu untuk mengedar di sekitar Cameron Highlands, Raub dan Lipis sejak enam bulan lepas. Ujian air kencing terhadap kedua-dua suspek didapati positif dadah,” katanya.
Abd Jalil berkata kedua-dua suspek yang mempunyai rekod lampau berkaitan dadah direman sehingga esok bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit sabit kesalahan.
Sumber : BERNAMA 
The post Polis Pahang Tahan 11 Tekong Darat Seludup Warga Asing appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/06/10/polis-pahang-tahan-11-tekong-darat-seludup-warga-asing/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Warga Asing Siasatan Polis Terhadap Ngo Selesai Laporan Polis Dan Sprm Menyusul

Isu Warga Asing Siasatan Polis Terhadap Ngo Selesai Laporan Polis Dan Sprm Menyusul

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 522 hits
KUANTAN Saya beri kerjasama baik kepada pihak polis ketika siasatan kata Penyelaras Angkatan Pembela Rakyat Mohd Shukri Mohd Ramli ketika dihubungi PDO hari ini lSemalam PDO melaporkan beliau disiasat polis susulan laporan yang dibuat oleh ...
Isu Premis Warga Asing Laporan Polis Di Buat Terhadap Pbt

Isu Premis Warga Asing Laporan Polis Di Buat Terhadap Pbt

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 537 hits
KUANTAN nbsp nbsp Penyelaras Angkatan Pembela Rakyat Mohd Shukri Mohd Ramli telah membuat satu laporan polis terhadap Pihak Berkuasa Tempatan Kuantan berkaitan isu premis warga asing yang tumbuh bagaikkan cendawan lepas hujan di bandar ini ...
Mpk Lapor Polis Isu Premis Warga Asing Penyelaras Ngo Terjah Di Panggil Untuk Siasatan

Mpk Lapor Polis Isu Premis Warga Asing Penyelaras Ngo Terjah Di Panggil Untuk Siasatan

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 468 hits
KUANTAN Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat Mohd Shukri Mohd Ramli telah dipanggil untuk membantu siasatan oleh pihak polis di Ibu Pejabat Polis Kuantan petang ini Ia susulan satu laporan polis yang telah dibuat oleh Majlis Perbandaran K...
Isu Warga Asing Aktivis Rakyat Sekali Lagi Di Siasat Oleh Polis

Isu Warga Asing Aktivis Rakyat Sekali Lagi Di Siasat Oleh Polis

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 434 hits
KUANTAN Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat Mohd Shukri Mohd Ramli sekali lagi disiasat oleh pihak polis susulan laporan yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Tempatan berkaitan isu warga asing hari ini Beliau tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah ...
Rm50 Untuk Laporan Palsu Negatif Covid 19 Warga Asing Dicekup Polis

Rm50 Untuk Laporan Palsu Negatif Covid 19 Warga Asing Dicekup Polis

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 814 hits
Polis menumpaskan sindiket pemalsuan dokumen keputusan ujian saringan Covid 19 untuk warga asing Dalam serbuan Ops Pemalsuan Keputusan Ujian Saringan Covid 19 jam 5 40 petang semalam di Jalan Alor Kuala Lumpur dua lelaki warga Bangladesh be...
Tak Boleh Bagi Muka Penjaja Warga Asing Degil Terus Digempur

Tak Boleh Bagi Muka Penjaja Warga Asing Degil Terus Digempur

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 363 hits
KUALA LUMPUR Dewan Bandaraya Kuala Lumpur terus menggempur penjaja warga asing yang masih berdegil meneruskan operasi mereka di kawasan luar Pasar Borong Kuala Lumpur di sini hari ini Jurucakap DBKL berkata seramai 14 pegawai dan anggota pe...
Selangor Lulus Undang Undang Kecil Penjaja Larang Warga Asing Berniaga

Selangor Lulus Undang Undang Kecil Penjaja Larang Warga Asing Berniaga

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 397 hits
KUALA LANGAT 4 JUN Warga asing tidak lagi dibenarkan berniaga selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri meluluskan Undang undang Kecil Penjaja semalam EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail berkata golongan itu juga dilarang memiliki lesen...
Warga Asing Tidak Dibenarkan Jadi Penjaja Di Johor

Warga Asing Tidak Dibenarkan Jadi Penjaja Di Johor

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 458 hits
JOHOR BAHRU Kerajaan negeri akan memastikan tiada lagi warga asing yang menjadi penjaja mahupun diambil bekerja di pasar awam serta premis perniagaan milik pihak berkuasa tempatan di negeri tersebut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kera...
Jalan Kaki Rentas Negeri Warga Belarus Dikompaun Sebelum Ditahan Kerana Maki Polis

Jalan Kaki Rentas Negeri Warga Belarus Dikompaun Sebelum Ditahan Kerana Maki Polis

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 623 hits
Seorang lelaki warga Belarus hari ini dikompaun selepas didapati cuba merentas negeri dengan berjalan kaki dari Sepang Selangor menuju ke Port Dickson sebelum ditahan kerana mengeluarkan kata kata kesat terhadap anggota polis yang bertugas ...
Monolog Jiwa Memberi Tanpa Syarat

Ford Ranger Raptor Sport Dilancarkan Di Petaling Jaya Gagah Sporty Kini Di Bawah Pengurusan Kam Lung Motor Group

Buasir Otak Tv Bila Nampak Cool Be Like

Permata Tersembunyi Sarawak Rahsia Terbaik Bintulu Menanti

Lirik Lagu Jeda Derita Nyanyian Liza Hanim

The Perodua Kembara Has Been Repaired

Hari Ni Hujan Jadi Mood Pun Macam Sayu Je

Irresistible Eggplant Minced Beef Recipe Chinese


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Janji Tere Liye

Perkembangan Ai Dan Modal Mind Mostaque

Sejarah Dan Warisan Iona Abbey Penubuhan Oleh St Columba Pada Tahun 563 Ad

Amerika Syarikat Penerima Terbesar Bantuan Antarabangsa

Wawasan Dengkil Memasuki Jv Solar Mempelbagaikan Ke Dalam Sektor Tenaga Boleh Diperbaharui

Nak Masuk Uss Guna Express Lane Ini Cara Mudah Dan Seronok Dapat Reward Nikmati Keistimewaan Macam Vip