Polis Berjaya Tangani Kesesakan Di Ppv Sicc


Pasukan polis berjaya mengawal keadaan di PPV SICC berikutan kesesakan orang ramai di kawasan berkenaan. Gambar ihsan IPD KK
Kesesakan Penerima Vaksin Di PPV SICC Ditangani Dengan Baik

KOTA KINABALU: Tindakan pantas pasukan polis berjaya menangani kesesakan orang ramai yang datang untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Gambar yang menunjukkan suasana sesak orang ramai di kawasan perkarangan PPV berkenaan mula tular di media sosial sejak pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu berlaku kira-kira jam 7 pagi.

Menurutnya, dua pasukan pemantau dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dan Balai Polis Kota Kinabalu menjalankan pemantauan dan kawalan di kawasan berkenaan pada jam 7.30 pagi.

"Orang ramai yang dilihat sedang beratur di dalam gambar terbabit adalah merupakan individu-individu yang ingin mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

"Hasil pemerhatian awal, pasukan polis mendapati kawasan perkarangan PPV SICC penuh sesak dengan anggaran melebihi 5,000 orang yang ingin mendapatkan suntikan vaksin sama ada secara 'walk-in' atau janji temu," katanya.

VAKSIN: Orang ramai yang datang mendapatkan vaksin diarahkan menunggu giliran dengan mematuhi SOP. Gambar Ihsan IPD KK Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati warga tempatan yang beratur mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Dua terutama dalam aspek penjarakan sosial.

Bagaimanapun katanya, warga asing yang tidak mempunyai janji temu didapati beratur tanpa mematuhi penjarakan sosial dengan alasan tidak tahu SOP PPN.

Sehubungan itu beliau berkata, pasukan pemantauan memberikan penerangan dan panduan kepada mereka yang tidak mematuhi SOP serta memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang jika mengulangi perbuatan tidak mematuhi SOP PPN Fasa Dua.

"Keadaan berjaya diatasi sepenuhnya setelah pasukan pemantau dengan kerjasama Balai Polis Kota Kinabalu serta petugas lain meminta orang ramai untuk mematuhi SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," jelasnya.

Kebenaran untuk orang ramai mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 secara walk-in dikuatkuasakan di Sabah sejak 12 Ogos lepas.

Namun selepas kebenaran itu dilaksanakan, beberapa PPV di seluruh negeri mula sesak dengan kehadiran orang ramai hingga berlakunya kegagalan pematuhan SOP yang ditetapkan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/08/polis-berjaya-tangani-kesesakan-di-ppv.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kesesakan Di Ppv Polis Ambil Tindakan Segera

Kesesakan Di Ppv Polis Ambil Tindakan Segera

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 179 hits
Oleh EDDY AQMAL MOHAMED HAMIDI Tangkap layar video memaparkan warga asing gagal mematuhi SOP ketika berpusu pusu untuk mendapatkan vaksin di ibu negara hari ini KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia telah mengambil tindakan segera dengan menga...
Semua Ketua Polis Daerah Di Sabah Diarah Pantau Ppv Di Kawasan Masing Masing

Semua Ketua Polis Daerah Di Sabah Diarah Pantau Ppv Di Kawasan Masing Masing

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 228 hits
Semua KPD Di Sabah Diarah Siapsiaga pantau PPV Di Kawasan Masing Masing KOTA KINABALU Setiap Ketua Polis Daerah di Sabah diarahkan memantau pusat pemberian vaksin bagi mengelak berlaku kesesakan seperti sebelum ini Ketua Jabatan Pencegahan ...
Jangan Risau Ke Ppv Sicc Maklumat Pesakit Positif Ke Sana Palsu

Jangan Risau Ke Ppv Sicc Maklumat Pesakit Positif Ke Sana Palsu

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 613 hits
Dewan persidangan SICC berubah menjadi PIKAS mega bersepadu untuk pekerja industri yang berkemampuan untuk vaksinasi 10 000 orang sehari Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun menasihatkan orang ramai untu...
Ppv Perlu Maklum Polis Jangkaan Kehadiran Orang Ramai

Ppv Perlu Maklum Polis Jangkaan Kehadiran Orang Ramai

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 139 hits
PPV perlu maklum polis jangkaan kehadiran orang ramai KUALA LUMPUR Pusat Pemberian Vaksin perlu memaklumkan kepada polis mengenai jangkaan kehadiran orang awam untuk mengambil vaksin lebih awal agar polis dapat membuat persediaan dan memast...
Anwar Paling Berpengalaman Tangani Covid Pulihkan Ekonomi

Anwar Paling Berpengalaman Tangani Covid Pulihkan Ekonomi

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 373 hits
Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan individu yang paling berkemampuan untuk membawa negara keluar dari pandemik Covid 19 dan menarik kembali pelaburan asing ke Malaysia Ketua Penerangan KEADILAN Datuk Seri Shamsul Iskandar ...
Pemimpan Sabah Harap Ismail Sabri Tangani Masalah Rakyat Tidak Lupakan Ma63

Pemimpan Sabah Harap Ismail Sabri Tangani Masalah Rakyat Tidak Lupakan Ma63

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 309 hits
Datuk Seri Maximus Ongkili menyifatkan pengalaman dimiliki Ismail Sabri sebagai Menteri Kanan selama 17 bulan dalam pentadbiran sebelum ini nyata menyerlahkan kepimpinan dan kemampuannya GAMBAR FAIL KUALA LUMPUR Parti Solidariti Tanah Airku...
Dah Naik Jadi Pm Jangan Lupa Pesan Agong Kongsi Tangani Covid 19

Dah Naik Jadi Pm Jangan Lupa Pesan Agong Kongsi Tangani Covid 19

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 371 hits
Gabungan pembangkang menjunjung kasih di atas keputusan yang dibuat oleh Yang di Pertuan Agong semalam atas pelantikan Perdana Menteri Malaysia yang baharu Menurut Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim keputusan tersebut telah ...
Rentasan 939 Gempar Akhirnya Anwar Berjaya Raih Sokongan Mp Pn Bent

Rentasan 939 Gempar Akhirnya Anwar Berjaya Raih Sokongan Mp Pn Bent

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 169 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 9391 KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL HILANG MAJORITI 2 ANAK MUDA BANGKIT 3 AGONG DUKACITA SALAH PAKATAN HARAPAN 4 TANJUNG AGAS MENANGIS
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord