Ppv Perlu Maklum Polis Jangkaan Kehadiran Orang Ramai


PPV perlu maklum polis jangkaan kehadiran orang ramai


KUALA LUMPUR - Pusat Pemberian Vaksin (PPV) perlu memaklumkan kepada polis mengenai jangkaan kehadiran orang awam untuk mengambil vaksin lebih awal, agar polis dapat membuat persediaan dan memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim berkata, makluman itu bagi mengelakkan sebarang ketidakpatuhan SOP berlaku di PPV sehingga kawasan itu menjadi sesak dengan orang ramai.

“Sebagai contoh kejadian sebelum ini, di PPV KLCC yang tular dengan ketidakpatuhan SOP termasuklah kejadian terbaharu Rumah Prihatin @ Grand Seasons, di sini yang berlaku salah faham, (sehingga) orang ramai menganggapnya sebagai PPV.

“Seelok-eloknya orang ramai yang nampak dengan kejadian seumpama ini terus melaporkan dan janganlah terlalu asyik merakam sesuatu kejadian itu hingga terlupa untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kejadian tular PPV KLCC dan Rumah Prihatin @ Grand Seasons berhubung ketidakpatuhan SOP.

Anggota Polis menerangkan tiada pemberian vaksin Covid-19 secara datang terus kepada orang ramai yang bermula hari ini di PPV Rumah Prihatin, Hotel Grand Season. -Foto Bernama Selain itu, Zainal Abidin berkata, orang ramai diminta untuk tidak menularkan sesuatu kejadian ketidakpatuhan SOP hingga menimbulkan ketidaktenteraman awam.

Beliau berkata, sekiranya orang ramai tidak mempunyai sebarang nombor telefon mana-mana bilik gerakan polis mereka boleh berbuat demikian dengan hanya menghubungi talian 999.

"Setidak-tidaknya mereka boleh menghubungi talian 999, pihak saya kalau dapat maklumat, mustahil polis tidak ambil tindakan berhubung kejadian ketidakpatuhan SOP," katanya

Selain itu, Zainal Abidin juga menolak alasan ketidakpatuhan SOP di PPV disebabkan orang awam datang awal sebelum waktu janji temu vaksinasi.

"Tidak mungkin juga, biasanya paling awal pun (orang awam) hadir dua jam sebelum waktu janji temu melainkan jumpa terus (walk-in). Bila sebut jumpa terus, kalau beri maklumat awal (jangkaan kehadiran) kepada polis, maka polis bersedia lebih awal untuk menjaga kawasan," katanya.

Pada 28 Julai lepas, polis mengesahkan berlaku kesesakan warga asing di PPV KLCC seperti tular di media sosial, dan dua hari lepas kesesakan turut berlaku di Rumah Prihatin @ Grand Seasons, di sini berpunca daripada salah faham dan berita kononnya premis itu menyediakan perkhidmatan vaksinasi tanpa janji temu untuk bukan warganegara. - Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/ppv-perlu-maklum-polis-jangkaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kesesakan Di Ppv Polis Ambil Tindakan Segera

Kesesakan Di Ppv Polis Ambil Tindakan Segera

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 213 hits
Oleh EDDY AQMAL MOHAMED HAMIDI Tangkap layar video memaparkan warga asing gagal mematuhi SOP ketika berpusu pusu untuk mendapatkan vaksin di ibu negara hari ini KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia telah mengambil tindakan segera dengan menga...
Polis Berjaya Tangani Kesesakan Di Ppv Sicc

Polis Berjaya Tangani Kesesakan Di Ppv Sicc

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 267 hits
Pasukan polis berjaya mengawal keadaan di PPV SICC berikutan kesesakan orang ramai di kawasan berkenaan Gambar ihsan IPD KK Kesesakan Penerima Vaksin Di PPV SICC Ditangani Dengan Baik KOTA KINABALU Tindakan pantas pasukan polis berjaya mena...
Semua Ketua Polis Daerah Di Sabah Diarah Pantau Ppv Di Kawasan Masing Masing

Semua Ketua Polis Daerah Di Sabah Diarah Pantau Ppv Di Kawasan Masing Masing

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 270 hits
Semua KPD Di Sabah Diarah Siapsiaga pantau PPV Di Kawasan Masing Masing KOTA KINABALU Setiap Ketua Polis Daerah di Sabah diarahkan memantau pusat pemberian vaksin bagi mengelak berlaku kesesakan seperti sebelum ini Ketua Jabatan Pencegahan ...
Awas Tindakan Tegas Menanti Jika Sertai Himpunan 21 Ogos Ketua Polis Negara

Awas Tindakan Tegas Menanti Jika Sertai Himpunan 21 Ogos Ketua Polis Negara

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 328 hits
Polis tidak akan bertolak ansur dengan mereka yang masih berdegil menganjurkan atau menyertai perhimpunan kata Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Tindakan tegas akan diambil terhadap mana mana pihak yang menyertai perhimpunan Lawan pada...
Keliru Jumlah Sokongan Mp Kepada Pm Ketua Penerangan Pkr Perak Lapor Polis

Keliru Jumlah Sokongan Mp Kepada Pm Ketua Penerangan Pkr Perak Lapor Polis

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 223 hits
Muhamad Arafat menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap Muhyiddin di IPD IpohIPOH Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kinta Muhamad Arafat Varisai Mahamad membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung j...
Memang Aku Ditahan Tauke Mengaku Ditahan Polis Namun Nafi Jadi Bapak Ayam

Memang Aku Ditahan Tauke Mengaku Ditahan Polis Namun Nafi Jadi Bapak Ayam

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 319 hits
Jika sebelum ini pelawak Tauke atau nama sebenar Zamatul Amri Zakaria menafikan dirinya ditahan polis atas dakwaan terbabit dalam kes pemerdagangan manusia semalam beliau tampil membuat pengakuan ada ditahan polis baru baru ini namun tiada ...
Lagi Polis Berpesta Dadah Diberkas

Lagi Polis Berpesta Dadah Diberkas

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 264 hits
MOHD SHARKAWI LONDINGJOHOR BAHRU Dua pegawai dan empat anggota Polis Diraja Malaysia dicekup selepas dipercayai terlibat aktiviti berpesta dadah dalam serbuan di sebuah premis hiburan di Taman Sentosa di sini kelmarin Difahamkan keenam enam...
Suami Dakwa Polis Cedera Kasari Isteri

Suami Dakwa Polis Cedera Kasari Isteri

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 304 hits
Situasi dikatakan berlaku ketika serbuan polis di kediaman berkenaan bulan lalu KUALA LUMPUR Satu kertas siasatan enkuiri polis telah dibuka berhubung laporan seorang pemilik Facebook bernama Gan Gong yang mendakwa isterinya dicederakan dan...
2 Anggota Polis Maut Kejar Mat Rempit

2 Anggota Polis Maut Kejar Mat Rempit

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 307 hits
Dua anggota polis maut bertembung dalam kemalangan KAJANG Dua anggota polis dilaporkan maut selepas motosikal yang mereka tunggangi bertembung dalam satu kemalangan di Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang di sini awal pagi tadi Ket...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mak Sentiasa Dalam Hati Adib Pemergian Pelajar Upsi Undang Tangisan Seluruh Negara

Resepi Udang Nestum

Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Hukum Mengunduh Dan Mengambil Manfaat Dari Buku Elektronik Padahal Tertulis Hak Cipta Dilindungi

Petua Untuk Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian

Nasi Tomato Ayam Masak Merah Ketupat Rendang