Polemik Pertukaran Kerajaan




Ahmad Lutfi

Terlintas di fikiran mahu menamatkan cerita tak berkesudahan tentang polemik calon perdana menteri dalam hikayat panjang merebut kembali pemerintahan yang dirampas akhir Februari lalu.
Peluang dan potensi terbuka luas apabila gabungan rapuh kerajaan pintu belakang terus gagal mempamerkan keabsahan di Dewan Rakyat.

Sidang Parlimen pun menjadi sendaan apabila pademik virus korona menjadi benteng menutup kebaculan. Pelbagai krisis nasional dan masalah negara tidak dapat dibahaskan secara tuntas oleh wakil-wakil rakyat kitsa. Prestasi sebahagian besar anggota Kabinet langsung tidak menyerlah.

Hatta nama-nama mereka pun tidak dikenali rakyat, apatah lagi dasar-dasar baru atau program-program berkaitan kebajikan dan kepentingan rakyat. Yang heboh, agihan ghanimah berbentuk jawatan pengerusi GLC berimbuhan lumayan. Syarikat strategik yang dipimpinan tokoh profesional dan berpengalaman, di bawah era PH kini disumbat oleh politikus PN. Belum lagi dirincikan proses tender projek-projek yang kini dimonopoli oleh kroni.

Umno dan Bersatu khususnya sibuk menunjukkan taring masing-masing bagi melonjakkan diri sebagai parti dominan kerajaan. Tunggulah perang besar tiga parti Melayu itu menjelang proses agihan kerusi PRU15. Parti tertentu dan beberapa personaliti wakil rakyat di Borneo bersikap tunggu dan lihat memerhati perkembangan, sebelum mengesahkan apa-apa sokongan.

Malangnya kesempatan berharga untuk mendaulatkan mandat rakyat PRU14 seperti disia-siakan PH. Mesyuarat tak habis-habis; masyarakat awam sudah naik muak dan jelak. Dua sosok utama pembangkang, Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim gagal mencapai persefahaman, kembali bersengketa, macam anjing dengan kucing, seolah-olah bersedia untuk saling kempunan. "Kalau aku tak dapat, biar hang pun tak dapat juga." Tidak puas sindir-menyindir setiap kali membuat hebahan media.  Dilihat perdebatan terbuka di alam siber, situasi 1998 nampak berulang, tembak-menembak, londeh-melondeh, gelar-menggelar. Sentiviti setiap kelompok tidak dipedulikan lagi.  Seolah-olah bukan daripada regu yang sama.
Mendabek dada bagaikan hanya kita berpegang prinsip, pihak lain yang kemaruk kuasa, yang sebenarnya menjarakkan lagi dengan peluang yang asalnya terbuka luas untuk kembali memerintah dan menyambung agenda pembaharuan yang tertunda .

Sedangkan momentum kian lemah dan terkulai ekoran tertangguh dan terus tertangguh. Ramai khalayak mengimpikan PH kembali mentadbir tetapi mereka juga bosan dengan percakaran dalaman itu. Pertemuan demi pertemuan diusahakan, ke sana ke sini, selama lebih 100 hari tapi tetap gagal. Mahathir-Anwar pun sukar berbincang dari hati ie hati, empat mata. Masing-masing ada hujah sendiri dan tidak berganjak walaupun setapak (baca: keras kepala), konon komited dengan idealisme. Parti Amanah Negara dan DAP cuba berperanan sebagai orang tengah dan pendamai. Malang sekali kedua-dua parti ini juga turut dilabel panggilan jelik. Tiap kumpulan hanya mahu mendengar pandangan yang serasi dengan mereka. Ditohmah gian untuk kembali ke pejabat menteri. Bukankah kuasa itu memungkinkan pembaharuan dan pembaharuan? Maka ada sindirin halus, sepanjang 22 bulan pentadbiran Mahathir-Wan Azizah, apa perubahan yang mampu dilakukan? Saya akan menulis catatan khusus, respons terhadap persoalan ini.
Susahnya mencari persepakatan dan persetujuan; rela terus menjadi pembangkang walaupun mandat rakyat jelas bersama Pakatan Harapan. PH juga kelihatan seperti dirobek kesatuannya. Tidak mustahil situasi berbeda bakal melakari senario baru menjelang PRU15. Mungkin timbul blok ketiga ataupun blok-blok sedia bakal berubah dengan drastik sekali. Musuh bersama, rakan bercerai! Kepada yang seronok mencanangkan lebih baik kita bersiap siaga hadapi PRU15 daripada menyusun taktik merampas balik kuasa, harus beringat, kesatuan pembangkang belum pasti seperti sekarang ketika itu. Pelbagai kemungkinan boleh tercetus, termasuk yang mengejutkan ataupun yang tidak terjangka.

Di pihak PN, semasa menggulingkan kerajaan mandat rakyat dulu, nampak seperti mudah pula Muhyiddin diangkat menjadi kepala gerabak keretapi biarpun konspirasi itu mempunyai ramai ketuanya. Target utama, kerajaan PH mesti diruntuhkan dahulu, cerita berbangkit kemudian akan ditangani bila tiba masanya; ikut tertib dan keutamaan.

Secara personal, saya turun terkesan dan lelah dengan permainan kuasa elit politik ini. Berpusing-pusing di persimpangan yang sama, gagal menyeberang walaupun lampu isyarat sudah bertukar warna hijau berkali-kali.
Justeru, terlintas persoalan, sampai bila aku terus membuang masa melayani karenah dua orang tua ini? (Soalnya, sewaktu terlantar uzur ini, masa lapang saya begitu lumayan🤣)
BERSAMBUNG




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/07/polemik-pertukaran-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Gesa Pbt Agensi Kerajaan Turun Padang Bantu Peniaga Terjejas Covid 19

Muhyiddin Gesa Pbt Agensi Kerajaan Turun Padang Bantu Peniaga Terjejas Covid 19

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 385 hits
Muhyiddin Yassin menghadiri Majlis Perjumpaan Wakil Peniaga dan Industri Daerah Muar di Pejabat Daerah Muar hari ini Turut hadir Pegawai Daerah Muar Mohd Haffiz Ahmad dan Pegawai Daerah Tangkak Shafiei Ahamad MUAR Perdana Menteri Muhyiddin ...
Lawak Dol Ketua Menteri Pintu Belakang Kini Dicalonkan Untuk Menentang Kerajaan Pintu Belakang

Lawak Dol Ketua Menteri Pintu Belakang Kini Dicalonkan Untuk Menentang Kerajaan Pintu Belakang

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 315 hits
Parti yang pada awalnya diumumkan menang untuk membentuk kerajaan negeri di Sabah dalam PRU14 lalu ialah BN malah Musa Aman telah pun mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Berikutan tindakan beberapa Adun BN melompat parti Warisan kemudia...
Meriam Peninggalan Kerajaan Aceh Bakal Jadi Situs Wisata Baru Di Aceh Barat

Meriam Peninggalan Kerajaan Aceh Bakal Jadi Situs Wisata Baru Di Aceh Barat

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 519 hits
Dinas Pariwisata Kebudayaan Pemuda dan Olahraga Kabupaten Aceh Barat memastikan tiga unit meriam diduga peninggalan Kerajaan Aceh Darussalam yang ditemukan di Desa Arongan Kabupaten Aceh Barat akan dijadikan situs sejarah baru
Pemulihan Tasik Chini Dalam Perancangan Kerajaan Pahang

Pemulihan Tasik Chini Dalam Perancangan Kerajaan Pahang

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 489 hits
Bernama Mesyuarat exco kerajaan negeri Pahang pada 13 Mac 2019 bersetuju mewartakan kawasan seluas 4 498 hektar di Tasik Chini sebagai Hutan Simpanan Kekal Gambar fail PEKAN Nama Tasik Chini yang terkenal dengan mitos kewujudan naga kembali...
Tumpasnya Al Maunah Terkuburnya Gerakan Gulingkan Kerajaan Dan Agong

Tumpasnya Al Maunah Terkuburnya Gerakan Gulingkan Kerajaan Dan Agong

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 1209 hits
Masihkah korang ingat dengan kumpulan Al Ma unah yang ernah menggemparkan negara pada suatu ketika dahulu Al Ma unah yang juga dikenali sebagai Persaudaraan Ilmu Dalam Al Ma unah merupakam sebuah kumpulan militan yang diketuai oleh Mohamed ...
Pas Kerajaan Pusat Isu Air Kelantan Terus Tak Dibela

Pas Kerajaan Pusat Isu Air Kelantan Terus Tak Dibela

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 426 hits
Isu air paip berwarna teh tarik di Kelantan masih terus diperdebatkan meskipun Pas telah berada dalam kerajaan pusat Sedekad lalu Pas berhujah isu air sengaja digunakan BN untuk mengugut rakyat negeri itu agar menolak parti Islam dalam pili...
Kerajaan Jangan Tunggu Lagi Beri Dbp Kuasa Bertindak

Kerajaan Jangan Tunggu Lagi Beri Dbp Kuasa Bertindak

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 308 hits
KUALA LUMPUR Dewan Bahasa dan Pustaka menyarankan kerajaan meminda Akta DBP bagi membolehkan badan berkanun itu mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang undang termasuk ke atas pihak berkuasa tempatan yang tidak menghormati penggunaa...
Suhakam Gesa Kerajaan Sokong Larangan Penyeksaan

Suhakam Gesa Kerajaan Sokong Larangan Penyeksaan

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 225 hits
KUALA LUMPUR 26 Jun Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia hari ini menyeru kerajaan segera melaksanakan beberapa langkah menyokong larangan penyeksaan di bawah undang undang adat antarabangsa Suruhanjaya itu dalam satu kenyataan memaklumka...
Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan

4 Jenis Makanan Viral Kegilaan Gen Z Trend Makanan Popular Di Media Sosial

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

Rayhana Oo Rayhana

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Bursa Malaysia Lepasi 1 640 Mata Paras Tertinggi Tahun Ini


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kerajaan Tamat Perjanjian Pajakan Helikopter Black Hawk Langkah Strategik Untuk Pengurusan Aset Pertahanan

Hidup Yang Serabut Pentingnya Mengingati Tujuan Asal

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya

Totalenergies Raih Kontrak 21 Tahun Bekalkan Tenaga Untuk Pusat Data Google Dari Projek Solar Di Kedah

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Pelajar Dakwa Nampak Kelibat Dipercayai Pocong Di Koridor Kolej