Muhyiddin Gesa Pbt Agensi Kerajaan Turun Padang Bantu Peniaga Terjejas Covid 19


BernamaMuhyiddin Yassin menghadiri Majlis Perjumpaan Wakil Peniaga dan Industri
Daerah Muar di Pejabat Daerah Muar hari ini. Turut hadir Pegawai Daerah
Muar, Mohd Haffiz Ahmad (3 dari kanan) dan Pegawai Daerah Tangkak,
Shafiei Ahamad (kanan). (Gambar Bernama)MUAR: Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi kerajaan lebih proaktif turun padang menemui peniaga untuk mengetahui masalah mereka.
Beliau berkata, langkah itu perlu untuk membantu peniaga memulakan kembali perniagaan selepas terjejas akibat penularan Covid-19.
“Dalam hal ini, pendekatan berbeza perlu dilakukan agar usaha kerajaan menjana semula ekonomi negara berjaya dilaksanakan.
“Jika sebelum ini peniaga dan pengusaha yang perlu merujuk majlis daerah, PBT atau dewan perniagaan, kini pihak berkuasa dan agensi kerajaan pula perlu ke lapangan bertemu peniaga untuk mengambil tahu masalah mereka.
“Ini juga sebahagian daripada kebiasaan baru yang mesti dibiasakan dalam cara kita bekerja,” katanya dalam satu kenyataan selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Wakil Peniaga dan Industri Daerah Muar di Pejabat Daerah Muar hari ini.
Muhyiddin berkata, Malaysia tidak seharusnya terkebelakang berbanding negara lain dalam fasa pemulihan ekonomi, khasnya apabila menjadi antara negara yang diiktiraf terbaik dalam mengawal penularan Covid-19.
Atas kesedaran itu, katanya, kerajaan mengambil keputusan tegas dan berani membuka semula sektor ekonomi secara berperingkat bagi memastikan semua perniagaan atau industri boleh beroperasi semula, sekaligus memulihkan perniagaan mereka.
“Saya mengingatkan jangan ada apa pun sekatan atau halangan tidak perlu bagi perniagaan yang dibenarkan beroperasi semula daripada menjalankan urusan perniagaan mereka.
“Kita mesti permudahkan urusan mereka. Sekiranya mereka tidak punyai lesen, permudahkan urusan permohonan dan percepatkan proses memberi kelulusan kepada mereka.”
Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, sektor ekonomi di kebanyakan negara terjejas teruk akibat penularan Covid-19 dan Malaysia tidak terkecuali menerima tempiasnya.
Terdahulu, sesi perjumpaan secara tertutup hampir 2 jam itu memberi peluang kepada Muhyiddin untuk berdialog dengan 37 wakil persatuan peniaga serta industri di Muar.
Persatuan itu daripada kalangan pengusaha industri kecil dan sederhana, penternak, perusahaan perabot, pengusaha bas, peniaga pasar malam dan pasar awam, pusat jagaan orang tua, persatuan kontraktor serta wakil Dewan Perniagaan India Muar.
Turut hadir wakil Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (Laksana) Kementerian Kewangan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Perjumpaan ini penting kerana mengambil kira Muar sebagai bandar perabot negara yang mempunyai keluasan kawasan industri seluas kira-kira 400ha di Bakri.
Selain itu, ia mengambil faktor Muar yang terkenal dengan tarikan makanan dan destinasi pelancongan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/06/muhyiddin-gesa-pbt-agensi-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Tangani Isu Covid 19 Jokowi Ugut Rombak Jawatan Menteri Atau Bubar Agensi Kerajaan

Tidak Tangani Isu Covid 19 Jokowi Ugut Rombak Jawatan Menteri Atau Bubar Agensi Kerajaan

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 331 hits
Rakaman video memaparkan Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi memarahi menteri dan pegawai agensi kerajaan yang dilihat tidak serius dalam menangani wabak Covid 19 di negara itu menjadi perhatian ramai di media sosial Menerusi video y...
Pemuda Umno Gesa Kerajaan Pimpinan Ts Muhyiddin Tubuhkan Segera Rci Untuk Siasat Dakwaan Mujahid Tentang Tabung Haji

Pemuda Umno Gesa Kerajaan Pimpinan Ts Muhyiddin Tubuhkan Segera Rci Untuk Siasat Dakwaan Mujahid Tentang Tabung Haji

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 432 hits
SEGERAKAN TUBUH SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA UNTUK TABUNG HAJI1 Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menggesa agar Kerajaan Baharu Perikatan Nasional dapat segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja mengenai Tabung Haji 2 Walaupun RCI mengenai...
Najib Turun Bantu Kempen Calon Bn

Najib Turun Bantu Kempen Calon Bn

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 396 hits
Datuk Seri Najib Razak turun padang berkempen untuk calon Barusan Nasional Mohd Sharim Md Zain di Chini Pahang CHINI Kempen Pilihan Raya Kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Chini dimeriahkan lagi dengan kehadiran bekas Perdana Menteri D...
Jangan Hanya Lantang Kritik Ngo Digesa Turun Padang Lihat Impak Kemasukan Pati

Jangan Hanya Lantang Kritik Ngo Digesa Turun Padang Lihat Impak Kemasukan Pati

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 310 hits
Aris Adi Tan Abdullah mempersoalkan NGO mengapa mereka tidak menyalahkan negara serantau yang tidak mengambil tindakan awal menyekat bot asing membawa PATI KUALA LUMPUR Badan bukan kerajaan disaran turun padang melihat sendiri implikasi neg...
Muhyiddin Pays Tribute To Frontliners For Low Number Of Covid 19 Cases

Muhyiddin Pays Tribute To Frontliners For Low Number Of Covid 19 Cases

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 591 hits
PETALING JAYA With the lowest ever number of Covid 19 cases recorded in Malaysia on Wednesday Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin has paid tribute to frontliners who have worked tirelessly for months to stem the spread of the pandemic I...
Semua Pihak Diseru Sokong Kerajaan Diterajui Muhyiddin

Semua Pihak Diseru Sokong Kerajaan Diterajui Muhyiddin

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 349 hits
Seruan dinyatakan oleh gabungan 115 ilmuwan PhD IPT KUALA LUMPUR Gabungan 115 ilmuwan doktor falsafah institusi pengajian tinggi menyeru semua pihak memberi penghormatan dan sokongan kepada kerajaan yang diterajui Perdana Menteri Tan Sri Mu...
Kerajaan Pn Buntu Hadapi Masalah Pengangguran Pasca Covid 19

Kerajaan Pn Buntu Hadapi Masalah Pengangguran Pasca Covid 19

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 464 hits
Kerajaan Melayu Perikatan Nasional digesa memberi solusi jelas kepada masalah pengangguran akibat pembuangan pekerja berikutan pandemik Covid 19 Pimpinan Amanah Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata ketiadaan hala tuju jelas dalam penye...
Kerajaan Komited Bantu Kru Belakang Tabir

Kerajaan Komited Bantu Kru Belakang Tabir

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 447 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan komited membantu sektor perfileman yang terjejas teruk akibat penularan wabak COVID 19 dengan fokus utama diberi kepada kru belakang tabir Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata selain inisi...
Ops Gempur Jabatan Imigresen Malaysia Berjaya Menahan 468 Warga Asing Atas Pelbagai Kesalahan Di Cameron Highlands

Pilihan Raya Negeri Sabah 2025 Kali Ke 17 Berkibar Sana Sini Bendera Warna Warni

Paper Cup Printing Untuk Kafe Cara Naikkan Identiti Jenama Anda

Trump Berusaha Campur Tangan Selesaikan Perang Saudara Di Sudan Apa Motivasi Dan Implikasinya

Ultimate Middle Eastern Spiced Beef Recipe

Kedudukan Terkini Kumpulan F Dalam Kelayakan Piala Asia 2027

Sprm Pahang Dan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang Perkukuh Integriti Pengurusan Dana Awam

The Revival Of Analog Horror Why Retro Scares Are Dominating Modern Pop Culture


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tempe Goreng Pedas Daun Limau Resipi Rangup Wangi Yang Sangat Menggoda

Rbnz Hampir Menamatkan Kitaran Pemotongan Kadar Menyediakan Ruang Untuk Pemulihan Kiwi Terhadap Dolar

Afgan Peluk Chord

Seribu Satu Rasa Antara Mendengar Memberi Dan Menghargai

Adakah Loan Rumah Loan Kereta Itu Riba

Sepatu Branded Wanita Terbaik 2025 17 Rekomendasi Elegan Timeless Untuk Fashionista