Lawak Dol Ketua Menteri Pintu Belakang Kini Dicalonkan Untuk Menentang Kerajaan Pintu Belakang




Parti yang pada awalnya diumumkan menang untuk membentuk kerajaan negeri di Sabah dalam PRU14 lalu ialah BN, malah Musa Aman telah pun mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri.Berikutan tindakan beberapa Adun BN melompat parti, Warisan kemudian memperolehi majoriti dan Shafie Apdal mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru.Realitinya, sebelum PN berjaya menjadi kerajaan yang dianggap sebagai pintu belakang dengan mengangkat Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, kerajaan pintu belakang telah pun terbentuk lebih dulu di Sabah.Sekarang ini, berikutan Tun Mahathir Mohamad gagal disokong secara penuh oleh PH yang menjadi blok pembangkang sebagai calon Perdana Menteri dan beliau pula tidak mahu Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, bekas Pengerusi Bersatu terpecat itu telah memilih Shafie sebagai calon Perdana Menteri pilihannya.Kata Tun Mahathir lagi, menyokong Shafie bermakna menyokong dirinya.Maknanya, Shafie yang menang melalui pintu belakang di Sabah, sekarang ini dicadangkan sebagai Perdana Menteri oleh Tun Mahathir untuk menumbangkan PN, kerajaan pintu belakang dan Muhyiddin, Perdana Menteri pintu belakang.Ini bukan lagi pelik, malah teramat kelakar sekali!!Bolehkah pemimpin pintu belakang diletakkan harapan untuk menumbangkan kerajaan pintu belakang dan menyelamatkan masa depan Malaysia?Lebih daripada itu, nama Shafie sebagai calon Perdana Menteri bukan dicadangkan oleh PH yang merupakan blok pembangkang sebenar ketika ini, tetapi oleh Tun Mahathir yang tidak lagi mempunyai parti serta tiada apa-apa jawatan dalam PH.Oleh kerana Tun Mahathir sudah terpecat daripada Bersatu dan Bersatu pula berada bersama PN membentuk kerajaan, Pengerusi PH yang sebenar adalah Anwar Ibrahim.Dalam gabungan baru yang melibatkan PH bersama kumpulan Tun Mahathir dan Warisan, ia dinamakan PH Plus.Oleh kerana PH Plus tidak berdaftar, sama seperti PN, tidak diketahui siapa yang menjadi ketua atau pengerusinya.Tetapi, berdasarkan tempat duduk dalam mesyuarat PH Plus pada 9 Jun di Pejabat PKR di mana Anwar duduk di tengah dan Tun Mahathir berada di tepinya, ternampak seperti Anwar jugalah Pengerusi PH Plus.Lagi pun, oleh kerana PH mempunyai jumlah kerusi leboh banyak berbanding kumpulan Tun Mahathir dan Warisan, logiknya tentulah Pengerusi PH lebih sesuai dinamakan Pengerusi PH Plus.Memandangkan PKR menolak nama Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri, mesyuarat PH Plus tidak pernah lagi diadakan selepas itu.Yang ada selepas itu hanyalah Tun Mahathir memanggil DAP, Amanah dan Warisan bermesyuarat dengannya, sambil mengecualikan PKR dengan meletakkan dirinya seolah-olah ketua atau pengerusi gabungan tersebut.Mahu dipanggil gabungan itu sebagai PH Minus juga tidak sesuai kerana Anwar selaku Pengerusi PH atau PH sendiri tidak pernah memberi izin kepada pembentukan gabungan baru itu.Amanah dan DAP pula mengatakan perjumpaan dengan Tun Mahathir dan Warisan bukanlah rasmi, maknanya lebih kurang macam jumpa-jumpa di kedai kopi saja.Sebab itu, kata Mohamad Sabu dan Guan Eng, menamakan Shafie sebagai calon Perdana Menteri hanyalah cadangan Tun Mahathir dan mereka akan membawanya ke mesyuarat parti masing-masing untuk membuat pendirian.Dalam erti kata lain, gabungan yang mengandungi kumpulan Tun Mahathir, Amanah, DAP dan Warisan adalah gabungan pintu belakang kerana tidak jelas statusnya.Blok pembangkang yang sah hanyalah PH yang didalamnya ada PKR, DAP serta Amanah dan Anwar selaku Pengerusi PH adalah juga merupakan Ketua Pembangkang.Kalau memilih Shafie yang merupakan pemimpin kerajaan pintu belakang di Sabah sebagai calon Perdana Menteri dianggap pelik dan kelakar untuk tujuan menumbangkan PN, sebuah kerajaan pintu belakang dan Muhyiddin, Perdana Menteri pintu belakang, lebih pelik dan kelakar lagi ialah pemilihan bellau itu dilakukan oleh Tun Mahathir, pemimpin pintu belakang blok pembangkang.Kahkahkahkahkahkahkahkah…sesuai sangat kalau Tun Mahathir masuk saja pertandingan Maharaja Lawak pada tahun depan!!! 

(Shahbudindotcom 28/06/2020)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/06/lawak-dolketua-menteri-pintu-belakang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bang Mat Serius Mahu Pakatan Harapan Segera Ambil Alih Pemerintahan Kjaan Pintu Belakang Demi Selamatkan Rakyat

Bang Mat Serius Mahu Pakatan Harapan Segera Ambil Alih Pemerintahan Kjaan Pintu Belakang Demi Selamatkan Rakyat

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 303 hits
Semua orang kenal Bang Mat suka berlawak Itulah dia yang menjadikan segenap lapisan orang selesa bergaul dengannya Lawak santainya merobohkan tembok pemisah antara dia dan kenalannya 2 Ketika berucap secara serius pun Bang Mat sempat selitk...
Tidak Tangani Isu Covid 19 Jokowi Ugut Rombak Jawatan Menteri Atau Bubar Agensi Kerajaan

Tidak Tangani Isu Covid 19 Jokowi Ugut Rombak Jawatan Menteri Atau Bubar Agensi Kerajaan

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 195 hits
Rakaman video memaparkan Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi memarahi menteri dan pegawai agensi kerajaan yang dilihat tidak serius dalam menangani wabak Covid 19 di negara itu menjadi perhatian ramai di media sosial Menerusi video y...
Manchester City Kini 20 Mata Di Belakang Liverpool

Manchester City Kini 20 Mata Di Belakang Liverpool

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 377 hits
Manchester City terus memberi saingan kepada pendahulu Liga Perdana Inggeris Liverpool selepas menang bergaya 5 0 ke atas Burnley dalam perlawanan liga awal pagi tadi City yang sebelum ini menang 3 0 ketika bertemu Arsenal mendominasi perla...
Tidak Afdal Seorang Ketua Menteri Mengeluarkan Ancaman Dr Jeffrey

Tidak Afdal Seorang Ketua Menteri Mengeluarkan Ancaman Dr Jeffrey

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 482 hits
oleh Datuk Dr Jeffrey G KitinganSebagai Presiden Parti Warisan Shafie Apdal tidak seharusnya membuat ancaman terhadap lawan politiknya walaupun ada ura ura beberapa rakannya mungkin akan melompat Seseorang yang memegang jawatan tinggi sebag...
Anwar Terbuka Jika Tun M Menteri Mentor Kerajaan Ph Plus

Anwar Terbuka Jika Tun M Menteri Mentor Kerajaan Ph Plus

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 269 hits
Selepas PKR menolak pencalonan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri ke 9 Presiden PKR Anwar Ibrahim terbuka untuk berbincang sekiranya Mahathir mahu menjadi Menteri Mentor dalam kerajaan Pakatan Harapan Plus Beliau berkata demikian dalam se...
Kempen Anti Sawit Kerajaan Malaysia Akan Saman Eu Kata Menteri

Kempen Anti Sawit Kerajaan Malaysia Akan Saman Eu Kata Menteri

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 307 hits
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara akan memfailkan tindakan undang undang terhadap Kesatuan Eropah membabitkan kempen anti minyak sawit oleh blok berkenaan Menterinya Datuk Dr Mohd Khairud...
Kerajaan Komited Bantu Kru Belakang Tabir

Kerajaan Komited Bantu Kru Belakang Tabir

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 330 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan komited membantu sektor perfileman yang terjejas teruk akibat penularan wabak COVID 19 dengan fokus utama diberi kepada kru belakang tabir Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata selain inisi...
Pelan Perdagangan Pasangan Mata Wang Eur Usd Pada 16 Jun 2020 Kenyataan Fed Terkini Telah Menyokong Pasaran Kemas Kini

Pelan Perdagangan Pasangan Mata Wang Eur Usd Pada 16 Jun 2020 Kenyataan Fed Terkini Telah Menyokong Pasaran Kemas Kini

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 373 hits
Ekonomi global sudah muncul dari krisis tetapi wabak itu masih belum dapat dihentikan Menurut data rakyat di Amerika Syarikat kecuali New York City yang telah terselamat dari wabak masih berisiko tinggi kerana tingginya kadar jangkitan di n...
Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Continuous Learning

Embark On The Journey Of Family Togetherness With Sharp This Parents Day

Pengangguran Hilang Kerja Dan Kerja Luar Bidang

Pengumuman Gaji Penjawat Awam Naik 15 Peratus Dan Cara Kira Kenaikan Gaji Baharu Penjawat Awam



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Meneladani 3 Nilai Semangat Ki Hajar Dewantara Sebagai Bapak Pendidikan Indonesia

Beyond The Buzz Exploring The Science Behind Mushroom Gummie

Senandung Buruh Kasar

Dibunuh Kerana Tak Mahu Rujuk Selepas Bercerai Mayat Disumbat Dalam Bagasi

Pertahan Keharmonian Bagi Mengukuhkan Ekonomi Negara Mohamad Sabu

Jangan Nanti Plot Twist Didakwa Ambil Barang Terlarang Sarah Yasmine Tak Takut Buat Ujian Air Kencing