Kerajaan Jangan Tunggu Lagi Beri Dbp Kuasa Bertindak



KUALA LUMPUR – Dewan Bahasa dan Pustaka menyarankan kerajaan meminda Akta DBP bagi membolehkan badan berkanun itu mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang termasuk ke atas pihak berkuasa tempatan (PBT) yang tidak menghormati penggunaan bahasa kebangsaan.
Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Profesor Datuk Dr Awang Sariyan berkata, hampir kesemua daripada 150 PBT di seluruh negara dilihat tidak benar-benar mengutamakan bahasa Melayu malah ada yang gagal menjalankan penguatkuasaan mengikut peruntukan di bawah undang-undang kecil ditetapkan.
Menurutnya, lebih malang DBP dipersalahkan apabila papan iklan, nama bangunan, kawasan perumahan dan bandar lebih mengutamakan nama asing berbanding bahasa Melayu.
“Apabila orang tidak faham tentang keterhadan kuasa DBP, maka orang mengatakan DBP ini ‘harimau kertas’, tidak ada gigi kerana tidak boleh bertindak.
“Masyarakat yang tidak memahami perkara tersebut akan beranggapan DBP perlu meruntuhkan papan iklan yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan dengan baik,” katanya dalam wawancara bersama Sinar Harian di Menara DBP di sini semalam.
Bagaimanapun, Dr Awang berkata, DBP tidak boleh bertindak sedemikian kerana ia adalah di bawah bidang kuasa PBT seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), majlis perbandaran dan majlis daerah.
“Ini badan yang diberi wibawa untuk memastikan bahasa kebangsaan itu diberi keutamaan seperti dalam undang-undang kecil periklanan.
“Tetapi menurut analisis DBP, daripada 150 PBT barangkali 10 yang agaknya ada keprihatinan terhadap dasar bahasa kebangsaan. Maka sebab itu, tempat awam penuh dengan bahasa asing. Begitu juga nama tempat, bangunan dan jalan.
“Mereka taasub kepada nama-nama hebat dari Perancis, United Kingdom, Amerika Syarikat dan sebagainya, serta diubah sesuka hati tanpa merujuk kepada PBT,” katanya.
 

Awang Sariyan
Menurutnya, sehubungan itu PBT perlu menggunakan kuasa untuk menangani perkara terbabit dengan menjiwai dasar bahasa kebangsaan.
Dr Awang yang pernah menjadi tenaga pengajar Pengajian Bahasa Melayu di Beijing Foreign Studies University di China selama enam tahun berkata, papan iklan di China mengutamakan bahasa republik tersebut.
“Susah untuk melihat papan tanda itu dalam bahasa asing, ada pun sikit-sikit. Saya juga pernah jadi profesor tamu di Jerman, pun tetap mengutamakan bahasa kebangsaan masing-masing, begitu juga di perancis apatah lagi di Jepun dan Korea,” katanya.
Oleh itu, beliau berpandangan Malaysia perlu memberikan sedikit kuasa kepada DBP untuk mengambil tindakan kepada pihak yang tidak menghormati bahasa kebangsaan.
Ketika ditanya mengenai bentuk hukuman atau denda yang bersesuaian, Dr Awang berkata, perkara tersebut melibatkan isu teknikal.
“Selama hampir 10 tahun perjuangan supaya hal memberi kuasa kepada DBP itu diangkat sebagai usul di Parlimen tidak berjaya kerana ada masalah teknikal.
“Sebagai contoh, kalau orang yang tidak gunakan bahasa kebangsaan ini, bagaimana dan berapakah dendanya? Kesalahan bahasa (seperti ejaan) pula berapa ringgit kena bayar?
Menurutnya, di Perancis terdapat undang-undang yang membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas syarikat komersial yang tidak menggunakan bahasa Perancis.
Katanya, sebuah syarikat di Paris didenda beberapa ribu euro kerana tidak menggunakan bahasa Perancis dalam paparan laman webnya.
“Kita kalau pun tiada denda, sekurang-kurangnya ada tindakan yang boleh diperincikan,” katanya.
The post Kerajaan Jangan Tunggu Lagi, Beri DBP kuasa bertindak appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/06/27/kerajaan-jangan-tunggu-lagi-beri-dbp-kuasa-bertindak/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kerajaan-jangan-tunggu-lagi-beri-dbp-kuasa-bertindak

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Jangan Campurtangan Dalam Pengurusan Petronas

Kerajaan Jangan Campurtangan Dalam Pengurusan Petronas

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 230 hits
KENYATAAN Baru baru ini syarikat gergasi minyak negara kita Petronas kehilangan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif mereka Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin yang telah meletakkan jawatan lebih awal dari tarikh kontraknya yang sepatutnya be...
Jangan Leter Golongan Muda Malas Tapi Kerajaan Tak Sedia Peluang

Jangan Leter Golongan Muda Malas Tapi Kerajaan Tak Sedia Peluang

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 249 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim menyelar menteri Perikatan Nasional yang meleteri golongan muda malas kerana itu sukar mendapat pekerjaan Sedangkan katanya kerajaan tidak mampu menyediakan peluang pekerjaan secukupnya Oleh itu Anwar mahu kerajaa...
Yuri Jangan Tunggu Kehadiran Vaksin Covid 19 Kita Harus Kembali Produktif

Yuri Jangan Tunggu Kehadiran Vaksin Covid 19 Kita Harus Kembali Produktif

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 228 hits
Sampai saat ini kita juga belum tahu progres vaksin sampai kapan ujar Yuri saat berbincang dengan dr Soroy Lardo di Gedung BNPB Jakarta Kamis
Ratib Kerajaan Melayu Hanya Mahu Rebut Kuasa

Ratib Kerajaan Melayu Hanya Mahu Rebut Kuasa

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 303 hits
Liyana Marzuki 1 Kerajaan Perikatan Nasional merupakan Kerajaan Melayu Islam Itulah moto Kerajaan PN ketika hendak menukar Kerajaan Bermula dengan penubuhan Muafakat Nasional yang dianggotai oleh 2 parti Melayu Islam terbesar iaitu UMNO dan...
Jangan Sampai Silap Peluru

Jangan Sampai Silap Peluru

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 206 hits
1 Tegas malah keras dalam perjuangan itu wajar 2 Tegas dan keras dengan rakan pasukan pun wajar sekiranya perlu 3 Tapi hati hati Jangan sampai musuh sebenar lolos dan lepas 4 Sejak semalam saya lihat kita saling tembak menembak pertahan sik...
Jangan Pecah Amanah Rakyat

Jangan Pecah Amanah Rakyat

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 266 hits
FARHASH WAFA SALVADOR Jangan pecah amanah rakyat Jelas kenyataan saya malam tadi telah membuatkan beberapa pemimpin parti komponen melatah Hakikat mengenai calon PM untuk dipersetujui bergantung kepada sifat tanggungjawab pemimpin tersebut ...
Duduk Rumah Jelah Klopp Minta Penyokong Jangan Berkumpul Di Stadium

Duduk Rumah Jelah Klopp Minta Penyokong Jangan Berkumpul Di Stadium

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 218 hits
Pengurus Liverpool Jurgen Klopp menggesa penyokong Liverpool supaya duduk di rumah masing masing dan tidak berkumpul di sekitar stadium dalam mana mana perlawanan ketika pendahulu Liga Perdana Inggeris itu sudah bersedia untuk kembali berak...
Dah Boleh Pergi Holiday Jangan Lupa Bawa Beg Makeup Guna Tips Makeup Ni Supaya Lebih Glam

Dah Boleh Pergi Holiday Jangan Lupa Bawa Beg Makeup Guna Tips Makeup Ni Supaya Lebih Glam

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 339 hits
Sebaik sahaja Perdana Menteri umumkan dah boleh melancong dalam negeri ramai yang berkobar kobar buat tempahan hotel Ada yang terus packing barang Eh jangan lupa masukkan sekali beg makeup sebab pergi holiday pun kena jaga penampilan Jangan...
Jangan Ditiru Nasib Suratman Berakhir Tragis Usai Selingkuhi Istri Teman

Jangan Ditiru Nasib Suratman Berakhir Tragis Usai Selingkuhi Istri Teman

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 278 hits
Kesabaran RTM benar benar habis kemarahan warga Kelurahan Pangkalan Kasai Kecamatan Seberida Kabupaten Indragiri Hulu Provinsi Riau ini memuncak akibat tersulut api cemburu dan diejek oleh selingkuhan istrinya RTM yang gelap mata nekat meni...
Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


30 Soalan Deep Talk Boleh Ditanya Bersama Pasangan

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Filem Wantugo

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Syukur Fasa 1 Tujuan Pelaksanaan Syarat Kelayakan Tarikh Bayaran

Cerita Hari Ini