Pemulihan Tasik Chini Dalam Perancangan Kerajaan Pahang


Bernama Mesyuarat exco kerajaan negeri Pahang pada 13 Mac 2019 bersetuju mewartakan kawasan seluas 4,498 hektar di Tasik Chini sebagai Hutan Simpanan Kekal. - Gambar fail
PEKAN: Nama Tasik Chini yang terkenal dengan mitos kewujudan naga kembali disebut-sebut sejak kebelakangan ini, selepas sekian lama tenggelam disebabkan tidak lagi menjadi destinasi pelancongan terkenal negeri Pahang sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Tasik semula jadi kedua terbesar di Malaysia yang terletak kira-kira 70 kilometer (km) dari sini, dahulunya sinonim dengan bunga teratai memenuhi permukaannya, namun keindahannya dikatakan mula terhakis akibat aktiviti penerokaan tanah secara haram dan perlombongan. Menyedari akan potensi dan kepentingan Tasik Chini sama ada dalam aspek pelancongan atau sebagai khazanah negara, kerajaan negeri Pahang telah merancang pelbagai inisiatif untuk mengembalikan kegemilangan tasik itu.

Inisiatif memulihkan Tasik Chini telah bermula tahun lepas apabila Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan mesyuarat exco kerajaan negeri pada 13 Mac 2019 telah bersetuju mewartakan kawasan seluas 4,498 hektar di tasik itu sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK). –– ADVERTISEMENT –– Jumlah 4,498 hektar itu bukanlah satu keluasan yang kecil, kerana jika dihitung secara mudah, ia bersamaan dengan hampir 6,000 saiz padang bola sepak yang berkeluasan 110 meter x 70 meter, menunjukkan keseriusan kerajaan negeri dalam memulih dan memulihara persekitaran Tasik Chini untuk generasi masa depan.

Bagi mengatasi kegiatan perlombongan di situ, Wan Rosdy berkata kerajaan negeri pada mesyuarat yang sama telah menetapkan dasar khas bagi aktiviti itu, yang antara intipati utamanya ialah tidak meluluskan pajakan melombong baharu di kawasan sekitar Tasik Chini.

Selain itu, Wan Rosdy juga memberi jaminan bahawa setiap aduan berkaitan aktiviti perlombongan di kawasan itu, akan diambil tindakan segera melibatkan semua agensi berkaitan termasuk Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perhutanan dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.

Namun, walaupun pelbagai rancangan pemulihan sudah dirancang, sudah pasti kejayaannya memerlukan masa.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin menjangkakan rakyat dapat kembali menikmati keindahan Tasik Chini dalam tempoh 10 hingga 20 tahun.

"Dasar khas sudah dibuat tahun lalu dan kini kita memasuki peringkat pelaksanaan dengan keutamaan untuk mengekalkan status tapak rizab biosfera oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) selain menjadikannya destinasi pilihan untuk ekopelancongan.

"Kita juga sudah merancang untuk menanam semula hutan di kawasan yang terjejas. Selain itu, kita juga perlu menunggu beberapa lombong yang diluluskan sebelum ini tamat tempoh sebelum program pemulihan boleh dilakukan dalam skala yang lebih besar," katanya kepada Bernama.

Mohd Sharkar berkata pelan memulihkan Tasik Chini sudah dimaklumkan kepada Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah pada lawatannya ke tasik itu pada pertengahan bulan ini, bagi mendapatkan kerjasama daripada kerajaan Persekutuan dalam usaha tersebut.

Katanya kerja memulihkan Tasik Chini juga mendapat kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mempunyai sebuah pusat penyelidikan di tasik tersebut selain turut mengalu-alukan jika ada agensi kerajaan, swasta atau badan bukan kerajaan (NGO) yang berminat menyertai usaha kerajaan negeri itu.

"Sementara menanti usaha pemulihan hutan dapat dilihat, kerajaan negeri akan terus meningkatkan kawalan dan aspek penguatkuasaan di Tasik Chini supaya tidak berlaku lagi sebarang aktiviti yang boleh merencatkan rancangan kita untuk mengembalikan zaman kegemilangan tasik itu," katanya.

Usaha pemulihan Tasik Chini juga mendapat bantuan NGO, Yayasan Alam Sekitar Sultan Ahmad Shah (SASET).

CHINI-TASIK (PEMULIHAN) 4 (AKHIR) PEKAN

Menurut Pengurus Besar SASET. Sarhan Ismail, mereka sudah menanam 5,000 batang pokok balak terdiri daripada Balau, Meranti dan Merawan di hutan tasik itu sekitar Oktober 2018.

Katanya, program itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Pahang, pelajar institusi pengajian tinggi di Pekan dan penduduk Felda Chini dan turut disertai penaung SASET, Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Muad'zam Shah Sultan Ahmad Shah.

"Kita menjangkakan pokok itu akan mengambil masa sekitar 15 tahun untuk menjadi pokok dewasa dan sepanjang tempoh itu, pemantauan akan dilakukan oleh Jabatan Perhutanan bagi memastikan tiada yang dapat menceroboh ke kawasan itu.

"Program ini diharapkan dapat memulihkan alam semula jadi di Tasik Chini kerana masih ada yang bergantung kepada aspek ekopelancongan di situ termasuk masyarakat Orang Asli yang mengambil upah membawa bot pelancong," katanya.

Sarhan juga berkata pihaknya juga sudah merangka rancangan menanam pokok di Tasik Chini pada tahun ini, bagaimanapun ia tergendala ekoran pandemik wabak COVID-19 di negara ini dan berharap dapat diteruskan dalam masa terdekat.-- BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/06/pemulihan-tasik-chini-dalam-perancangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Nak Tahu Hala Tuju Negara Apa Perancangan Kerajaan Pn

Rakyat Nak Tahu Hala Tuju Negara Apa Perancangan Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 225 hits
BANGI 4 Zulkaedah 1441H Jumaat Kerajaan Perikatan Nasional perlu ada perancangan 10 hingga 20 tahun untuk meyakinkan rakyat atas kewibawaan kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Penganalisis politik Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik...
Chini Memilih Pembuat Keris Pahang Ambil Kesempatan Peluang Perniagaan Dalam Talian

Chini Memilih Pembuat Keris Pahang Ambil Kesempatan Peluang Perniagaan Dalam Talian

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 465 hits
Astro Awani Pembuat keris Pahang Wan Islahuddin Ali 41 mengharapkan agar pengusaha sepertinya diberi bantuan dalam mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan Gambar Astro Awani PEKAN Ketika bahang politik kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Unda...
Adun Ketari Ajak Warga Bentong Pahang Desak Kerajaan Hapuskan Tol

Adun Ketari Ajak Warga Bentong Pahang Desak Kerajaan Hapuskan Tol

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 825 hits
Young Syefura Othman ADUN Dewan Undangan Negeri Ketari Young Syefura Othman mengajak rakyat Bentong dan warga Pahang termasuk penyokong Perikatan Nasional bersamanya untuk mendesak kerajaan menghapuskan tol Anggota DAP itu berkata sebagai w...
Kerajaan Cina Dap Luluskan Pembukaan Masjid Di Pulau Pinang

Kerajaan Cina Dap Luluskan Pembukaan Masjid Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 288 hits
TUAH REEZAL YBAlhamdulillah I LOVE DAP Kerajaan Cina DAP Pulau Pinang dah luluskan pembukaan semula Masjid2 di seluruh Pulau Pinang Macam mana dengan Kerajaan Melayu Islam PAS Kedah Kelantan dan Terangganu bila nak bagi kebenaran untuk buka...
Kerajaan Akan Ambil Tindakan Ke Atas Majikan Tidak Salur Subsidi Upah Zafrul

Kerajaan Akan Ambil Tindakan Ke Atas Majikan Tidak Salur Subsidi Upah Zafrul

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 246 hits
Kerajaan ada menerima maklumat terdapat majikan yang tidak menyalurkan subsidi upah kepada pekerja mereka dan ini telah melanggar syarat syarat kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz Beliau berkata bantuan rangsangan ekon...
Rakyat Malaysia Terkandas Di Indonesia Rayu Kerajaan Sabah Bantu Kembali Ke Tanah Air

Rakyat Malaysia Terkandas Di Indonesia Rayu Kerajaan Sabah Bantu Kembali Ke Tanah Air

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 292 hits
TAWAU 23 Jun Kami merayu kerajaan negeri Sabah supaya bantu kami pulang ke Tawau luah Juliana Arifudin rakyat Malaysia yang kini terkandas di Nunukan Indonesia bersama suami dan anaknya Menurut Juliana dia dan suami Hermawan Zainuddin 31 se...
Kami Tak Guling Kerajaan Ph Kj

Kami Tak Guling Kerajaan Ph Kj

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 313 hits
Oleh Muhammad Yusri Muzamir dan Ahmad Suhael Adnan Menteri Sains Teknologi Inovasi Khairy Jamaluddin Foto Mohd Fadli HamzahPUTRAJAYA UMNO dan Barisan Nasional tidak pernah mengadakan perancangan untuk menggulingkan kerajaan Pakatan Harapan ...
Kpn Diharap Tidak Biarkan Polis Jadi Alat Kerajaan Ganggu Pemimpin Ph

Kpn Diharap Tidak Biarkan Polis Jadi Alat Kerajaan Ganggu Pemimpin Ph

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 221 hits
Bekas Timbalan Menteri Pertahanan Senator Liew Chin Tong berharap dan percaya Ketua Polis Negara Tan Sri Hamid Bador tidak akan membenarkan pasukan polis dijadikan alat untuk menganggu pemimpin Pakatan Harapan setelah masuk lima bulan Perik...
Pru 15 Kemenangan Memihak Pn Ph Plus Perlu Bentuk Kerajaan Segera

Pru 15 Kemenangan Memihak Pn Ph Plus Perlu Bentuk Kerajaan Segera

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 250 hits
Pakatan Harapan menghadapi pilihan yang sangat terhad sekiranya Pilihan Raya Umum 15 dibuat secara tergempar tahun ini Menurut Speaker Dewan Negeri Selangor Ng Suee Lim penyokong PH di luar negara sukar untuk balik mengundi kerana perintah ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri