Pas Kerajaan Pusat Isu Air Kelantan Terus Tak Dibela



Isu air paip berwarna ‘teh tarik’ di Kelantan masih terus diperdebatkan meskipun Pas telah berada dalam kerajaan pusat. Sedekad lalu, Pas berhujah isu air sengaja digunakan BN untuk mengugut rakyat negeri itu agar menolak parti Islam dalam pilihan raya.
Namun hari ini, apabila parti Islam itu telah pun berada di singgahsana kuasa, tiga pemimpinnya dilantik menteri penuh, isu air tetap tidak juga diselesaikan.
Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Terengganu, Azan Ismail, pemimpin Pas hari ini sebenarnya dalam keadaan “kekenyangan” dibuai kuasa dan kemewahan sehingga terlupa isu yang dihadapi rakyat Kelantan.
Katanya, Kerajaan Pas Kelantan ternyata gagal menyelesaikan masalah air sejak dua dekad lalu. Namun pemimpin Pas pusat yang menganggotai kerajaan Perikatan Nasional sepatutnya memperjuangkan peruntukan ratusan juta ringgit bagi menaik taraf bekalan air negeri itu.
“Mereka (pemimpin Pas) nampaknya berada dalam keadaan berpuas hati setelah tiba-tiba jadi kerajaan. Semua pemimpin Pas dapat habuan masing-masing, dalam erti kata lain mereka telah “kenyang” dengan jawatan, ganjaran-ganjaran seperti elaun, lantikan GLC dan lain-lain.
“Mereka terlupa isu air. Isu bekalan air sudah berpuluh tahun, bukannya sekarang. Sepatunya bila jadi kerajaan isu ini dijadikan keutamaan pemimpin Pas membantu rakyat Kelantan.
“Bukannya fikir nak beli Mercedez, Velffire, nak jawatan itu dan ini. Sepatutnya fikir bagaimana mahu pulihkan bekalan air di Kelantan. Sampai bila rakyat negeri itu nak minum air Teh Tarik sahaja,” katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.
Oleh itu, Azan berkata, Pas sedang menganiayai rakyat Kelantan ketika mereka duduk dalam posisi yang boleh meluluskan peruntukan luar jangka atau peruntukan khas luar belanjawan bagi membaikki insfrastruktur bekalan air yang daif.
“Dulu kerajaan Kelantan kata mereka tak ada sumber kewangan dan tuduh kerajaan pusat menindas kerana tidak beri peruntukkan tetapi kini mereka pula menindas rakyat mereka sendiri.
“Sekarang ini saya rasa pemimpin Pas sudah cukup dana untuk bantu rakyat Kelantan tetapi itu tak berlaku kerana tak ada seorang pun yang minta gaji mereka dipotong, kemewahan mereka diambil untuk dihulur kepada rakyat. Semua berlumba-lumba mahu kemewahan untuk diri sendiri.
“Jika mereka diam seribu bahasa maka sampai bila-bila pun isu air Kelantan tidak akan selesai,” tambahnya.
Mengenai laporan 90% rakyat Kelantan akan menikmati air bersih pada 2030, Azan tidak yakin hal itu akan berlaku secara sempurna berdasarkan sikap pemimpin Pas di peringkat Persekutuan hari ini.
“Ada kata tunggu lagi 10 tahun, kalau bekalan air (secara keseluruhan) mahu dibuat tak perlu tunggu lama. Sumber air di Kelantan banyak. Yang kita lihat sekarang Pas nak larikan diri dari tanggungjawab.
“Kita tengok pemimpin mereka halang media buat laporan isu air, sekarang tak ada isu nak dipertikaikan. Isu air sengaja ditutup dan mungkin ini formula Muhyiddin untuk diamkan isu ini dan rakyat Kelantan jadi mangsa,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/28488

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Pekerja Asing Kerana Kerajaan Ph Tak Dengar Nasihat

Isu Pekerja Asing Kerana Kerajaan Ph Tak Dengar Nasihat

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 397 hits
Ahli politik veteran Daim Zainuddin berkata punca masalah pekerja asing tidak terkawal kerana kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini tidak mengendahkan nasihat yang diberikan beliau Katanya dalam satu wawancara yang dihantar kepada agensi med...
Pas Sokong Bn Nasihat Calon Bn Prk Chini Terus Daulatkan Islam

Pas Sokong Bn Nasihat Calon Bn Prk Chini Terus Daulatkan Islam

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 406 hits
PEKAN Ahli PAS dalam DUN Chini akan memberi sokongan penuh terhadap calon Barisan Nasional Mohd Sharim Md Zain bagi memastikan kemenangan beliau dalam pilihan raya kecil DUN itu Pengerusi Majlis Tindakan PAS DUN Chini Sarjuni Konting berkat...
Exco Selangor Bimbang Isu Calon Pm Jejas Kerajaan Negeri Pimpinan Ph

Exco Selangor Bimbang Isu Calon Pm Jejas Kerajaan Negeri Pimpinan Ph

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 349 hits
Haniza Talha berkata perbezaan pandangan antara parti komponen PH akan mengubah pendirian dan susunan di peringkat kerajaan negeri menyebabkan ketidakstabilan berlaku dengan fokus utama dan usaha pembangunan tergendala PETALING JAYA Exco Se...
Rakyat Malaysia Terkandas Di Indonesia Rayu Kerajaan Sabah Bantu Kembali Ke Tanah Air

Rakyat Malaysia Terkandas Di Indonesia Rayu Kerajaan Sabah Bantu Kembali Ke Tanah Air

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 340 hits
TAWAU 23 Jun Kami merayu kerajaan negeri Sabah supaya bantu kami pulang ke Tawau luah Juliana Arifudin rakyat Malaysia yang kini terkandas di Nunukan Indonesia bersama suami dan anaknya Menurut Juliana dia dan suami Hermawan Zainuddin 31 se...
Nik Amar Kutuk Anwar Anwar Tak Kutuk Dia Pun Rasanya Jaga Lah Kelantan Tu Bagi Air Sejernih Air Di Penang Sana

Nik Amar Kutuk Anwar Anwar Tak Kutuk Dia Pun Rasanya Jaga Lah Kelantan Tu Bagi Air Sejernih Air Di Penang Sana

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 383 hits
Nak selesaikan masalah air di Kelantan pun PAS tak mampu nak sibuk urusan PKR Pasal tu PAS ni lebih bahaya dari COVID19 Air macam tu bukan untuk orang minum masak kerbau nak berkubang pun belum tentu Sembang ngata orang terbaik sendiri ment...
Pkn Pahang Sokong Kerajaan Perikatan Nasional Pusat Dan Negeri

Pkn Pahang Sokong Kerajaan Perikatan Nasional Pusat Dan Negeri

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 461 hits
BENTONG Penggerak Komuniti Negara peringkat Negeri Pahang telah membuat keputusan menyokong penuh kepimpinan Kerajaan Perikatan Nasional di peringkat Negeri Pahang dan Pusat atas prinsip bersama membina kemakmuran rakyat Demikian kenyataan ...
Pemuda Umno Pas Mic Dan Mca Lapor Polis Isu Kulit Buku Mirip Jata Negara

Pemuda Umno Pas Mic Dan Mca Lapor Polis Isu Kulit Buku Mirip Jata Negara

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 447 hits
Pemuda Umno bersama sama Pemuda PAS Pemuda MCA dan Pemuda MIC hadir ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi bagi membuat satu laporan polis berhubung kulit sebuah buku yang dikatakan menghina Jata Negara Laporan polis berhubung kulit buku Re...
Kempen Bmf Pas Dan Kerajaan Perikatan Nasional

Kempen Bmf Pas Dan Kerajaan Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 355 hits
KEMPEN Buy Muslim First atau beli barangan keluaran Muslim walaupun bertujuan baik untuk meningkatkan ekonomi orang Melayu dan mempromosikan produk berkonsepkan Islam namun ia telah dipolitikkan oleh PAS sebelum ini dan kini nampaknya sudah...
Outpouring Of Tributes For Sumo Salad Founder Jane Lee Amid Mom S Inquiry Into Alleged Fake Injury Claim

Waspada Taktik Penipuan Yang Menjana Video Ai Dengan Menggunakan Wajah Kdymm Spb Yang Di Pertuan Agong

Much Anticipated Pmx S Trust Deficit Pill Must Not Be Lobsided By Favouring Only Civil Servants

Aliff Syukri Minta Rakyat Malaysia Bersabar Isu Jet Peribadi Video

Grand Beach Resort Port Dickson Your Ultimate Family Beach Getaway In Malaysia

Psychology Of Brand Names

Waspada Jerebu Rentas Sempadan Melanda Beberapa Negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia

15 September Hari Kelepasan Am Tambahan L 23 Julai 2025 Sinar Harian


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Academic Redirect Anger Over Preacher Pair Not At Agc

Malaysia S Leviathan Anwar S Pact For Order

Pm S Announcement Shows Comprehensive Effort To Address Rising Cost Of Living Says Fahmi

Pengalaman Guna Toyyibpay

Cara Penebusan Mudah Cepat

Gubahan Hantaran Nikah