Pokok Durian Belakang Rumah Bila Monyet Yang Dapat Dulu


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah. Baiklah, kali ini aku nak kongsikan satu perkara yang kerap terjadi di rumah ibu bapa aku di kampung iaitu gangguan monyet. Pokok durian ini sebenarnya sudah lama, sekarang tingginya melebihi daripada pokok kelapa sawit yang telah tua. Jadi, pokok ini bagi aku memang sangat tinggi. 
POKOK DURIAN BELAKANG RUMAH: BILA MONYET YANG DAPAT DULU
Lebih kurang 5 tahun lalu, tanah di sebelah rumah tok dan tokwan telah kami bersihkan untuk buat rumah keluarga. Rumah yang di taman perumahan, ayah dan mak dah jual kepada orang. Jadi dalam proses nak siapkan rumah tu, mak ayah aku ada tanam beberapa pokok buah-buahan tempatan di samping beberapa pokok lain yang memang dah sedia ada di tanah ini

Waktu aku kecil, aku tak perasan sebenarnya ada pokok durian ini, mungkin sebab masa dulu ada banyak pokok-pokok lain sekitar pokok durian ini. Pokok durian ini setiap tahun akan berbunga tetapi buahnya kami sekeluarga tak dapat makan sebab gangguan monyet. Ada satu tahun itu, monyet naik atas pokok durian, kemudian bergayut, bergoyang sampaikan semua bunga durian yang baru berputik jatuh. Kempunan keluarga aku nak makan daripada pokok sendiri


Tahun ini pulak, bunga dah pun berputik. Kemudian aku tengok ada beberapa buah biji durian yang semakin membesar. Mengikut tahun-tahun sebelum ini, monyet akan naik daripada dahan pokok kelapa sawit di tepi yang bersentuhan dengan pokok durian ini. Jadi, ayah aku suruh pekerja di ladang kelapa sawit di sebelah untuk potong pelepah daun yang berdekatan atau bersentuhan dengan pokok durian ini. Alhamdulillah, buah dapat membesar dengan baik

Tapi.

Pada satu hari yang aman dan tenang, ayah aku bangun sahaja pagi, tengok semua buah di pokok durian ini telah jatuh. Semuanya masih belum masak betul. Rupa-rupanya ada satu pelepah kelapa sawit yang bersentuhan dan membuatkan mereka dapat mendaki pokok durian ini. Betapa kecewanya aku sekeluarga sebab tak dapat nak makan buah durian daripada pokok sendiri.

MASALAH MONYET DI KAMPUNG Ya, di rumah kampung ibu bapa aku ini tanahnya agak luas. Ada macam-macam jenis buah-buahan tempatan ditanam, antaranya: Manggis, rambutan, dokong, pisang, pelam epal, pelam telor, pelam cakonan, kuini, limau bali, amra, durian belanda, limau nipis, limau kasturi, lemon, jambu batu, jambu air, kelapa pandan, kelapa dan sebagainya


Monyet ini akan datang waktu siang/malam dan menghancurkan buah-buahan. Antara buah yang mereka datang dan hancurkan – pelam epal, kuini, manggis, rambutan. Selalu bertaburan kulit-kulit buah ini di bawah. Yang sakit hatinya ada juga buah yang hanya digigit sekali, kemudian dibuang sebegitu sahaja

Jadi, macam mana nak atasi masalah ini? Setahu aku, sewaktu aku kecil dan selalu balik kampung di sini tak pernah dengar masalah monyet. Tetapi sejak kebelakangan ini semakin banyak pulak. Siap berpuak-puak dan boleh dengar mereka bergaduh

MACAM MANA NAK ATASI MASALAH INI?
Sebenarnya, aku sendiri pun tak tahu macam mana nak atasi masalah ni. Nak halau pun bukan senang, sebab monyet dan kera ni makin hari makin berani. Kadang-kadang waktu siang pun mereka datang, siap bergaduh sesama sendiri atas pokok. Bayangkan nak jaga semua pokok buah dalam satu kawasan yang luas, memang tak terdaya

Mungkin ada yang pernah lalui situasi macam aku? Atau mungkin ada idea atau cara berkesan untuk kawal kehadiran monyet dan kera ni tanpa menyakitkan mereka? Kalau ada cadangan, aku sangat alu-alukan. Mana tahu, dengan perkongsian korang, satu hari nanti keluarga aku akhirnya dapat juga merasa buah durian daripada pokok sendiri

SEKIAN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2025/08/pokok-durian-belakang-rumah-bila-monyet.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih 3 000 Pokok Durian Musang King Haram Di Tebang Di Hutan Simpan Gunung Benum Bermula 21 Julai Lalu

Lebih 3 000 Pokok Durian Musang King Haram Di Tebang Di Hutan Simpan Gunung Benum Bermula 21 Julai Lalu

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 166 hits
RAUB Lebih 3 000 pokok durian pelbagai varieti termasuk musang king yang ditanam secara haram di kawasan Hutan Simpan Gunung Benum di sini ditebang dalam tempoh 18 hari menerusi Operasi Penguatkuasaan Bersepadu Tanaman Durian yang bermula 2...
Viral 5 Fakta Menyentuh Kisah Farel Prayoga Saat Rumah Tak Lagi Jadi Tempat Aman Bagi Anak

Viral 5 Fakta Menyentuh Kisah Farel Prayoga Saat Rumah Tak Lagi Jadi Tempat Aman Bagi Anak

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 193 hits
Farel Prayoga adalah simbol dari anak hebat Indonesia yang tumbuh dalam luka Di Hari Anak Nasional 2025 kisahnya mengingatkan kita jangan lagi biarkan rumah jadi tempat pertama yang membuat anak merasa tak aman
Pencuri Rumah Imam

Pencuri Rumah Imam

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 263 hits
Saksikan telefilem penutup bagi siri Dari Layar Ke Lensa yang bakal diakhiri dengan naskhah terakhir arahan Zahiril Adzim berjudul Pencuri Rumah Imam yang akan ditayangkan pada 26 Julai 2025 pukul 10 malam di slot Cerekarama TV3 Pencuri Rum...
Anak Bekas Adun Ditemukan Tinggal Rangka Di Rumah Usang

Anak Bekas Adun Ditemukan Tinggal Rangka Di Rumah Usang

papar berkaitan - pada 24/7/2025 - jumlah : 204 hits
Zahratulhayat Mat Arifam hmetro com myRANGKA manusia dipercayai anak bongsu bekas ADUN Pasir Bedamar ditemukan di tingkat atas rumah kayu di Jalan Sungai Nibong Teluk Intan FOTO Ihsan Polis Daerah Hilir PerakTeluk Intan Rangka dan tengkorak...
Adik Sedih Dikecam Berwajah Syafiq Kyle Versi Sengat Tebuan Saya Sampai Tak Keluar Rumah

Adik Sedih Dikecam Berwajah Syafiq Kyle Versi Sengat Tebuan Saya Sampai Tak Keluar Rumah

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 119 hits
Mempunyai ahli keluarga yang terkenal dalam industri hiburan bukanlah tiket mudah untuk berjaya Itulah realiti yang dihadapi pelakon baharu Syazwan Razak adik kepada aktor popular Syafiq Kyle Meskipun dikenali sebagai adik kepada bintang te...
Kerja Rumah Bukan Isu Jantina Semua Anak Perlu Belajar

Kerja Rumah Bukan Isu Jantina Semua Anak Perlu Belajar

papar berkaitan - pada 21/7/2025 - jumlah : 138 hits
Ramai ibu ayah secara tidak sedar membezakan anak lelaki dan anak perempuan dalam bab kerja rumah Adik tolong mak lipat kain abang pergi main dulu Niatnya mungkin sekadar spontan tapi hakikatnya ia boleh bentuk tanggapan jangka panjang dala...
3 Warga China Baru Masuk Malaysia Terbabit Kes Pecah Rumah

3 Warga China Baru Masuk Malaysia Terbabit Kes Pecah Rumah

papar berkaitan - pada 20/7/2025 - jumlah : 184 hits
3 warga China baru masuk Malaysia terbabit kes pecah rumah KANGAR Tiga lelaki warga China ditahan selepas disyaki terbabit kes pecah rumah di Kuala Perlis di sini semalam Suspek berusia 38 hingga 54 tahun itu dicekup orang ramai jam 10 10 m...
Pkr Pahang Tolak Usaha Tekan Perdana Menteri Agar Laksana Titah Adendum Benar Tahanan Rumah Najib

Pkr Pahang Tolak Usaha Tekan Perdana Menteri Agar Laksana Titah Adendum Benar Tahanan Rumah Najib

papar berkaitan - pada 21/7/2025 - jumlah : 180 hits
KUANTAN Parti Keadilan Rakyat Pahang hari ini menolak sebarang usaha memberi tekanan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar melaksanakan titah adendum yang membenarkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara di...
Penyakit Mental Isu Kesihatan Yang Perlu Kita Fahami

Kita Bukan Data

Ppim Tidak Iktiraf Gem Tiada Sebarang Hubungan Kerjasama Harian Metro 26 08 2025

Comment On Faktor Mempengaruhi Keberkesanan Aktiviti Pemasaran By Sabree Hussin

Comment On Buat Minisite Menggunakan Platform Blogspot By Faizul

Cryolipolysis Treatment Malaysia Non Surgical Fat Reduction That Works

Amazing Healthy Greek Recipes For Weight Loss

Sup Kosong Ala Gerai Tetap Sedap Walau Tiada Isi Nak Buat Sendiri Ini Resipinya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ikan Cencaru Bakar

Menang Kes Video Kelepok Raya Aliff Syukri Menangis Amp Mohon Maaf Pada Netizen Saya Janji Akan Buat Lagu Lebih Baik

2 Warga Thailand Maut Rumah Terbakar Di Pontian

Kelantan Wanita Berstatus Isteri Orang Didakwa Menjalin Hubungan Terlarang Dengan Seorang Doktor

Festival Cita Rasa Warisan Pantai Timur 2025 Jom Bekwoh

Chef Ini Raih Pujian Kongsi Resipi Guna Bahan Terhad Untuk Warga Gaza