Pkr Pahang Tolak Usaha Tekan Perdana Menteri Agar Laksana Titah Adendum Benar Tahanan Rumah Najib




KUANTAN: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang hari ini menolak sebarang usaha memberi tekanan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar melaksanakan titah adendum yang membenarkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara di rumah.
Dalam kenyataan bersama, kesemua 14 Ketua Cabang PKR Pahang merujuk kepada titah Sultan Pahang, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pada 28 Februari lalu, yang menitahkan supaya perbahasan mengenai isu itu dihentikan memandangkan proses undang-undang sedang berjalan di mahkamah.
"Kami menegaskan sebarang usaha untuk membicarakan semula perkara ini termasuk memberikan tekanan kepada YAB Perdana Menteri untuk mengambil tindakan bersendirian adalah satu usaha yang membelakangkan Perlembagaan Negara, tidak menghormati proses undang-Undang, tidak matang dan berbentuk campur tangan politik dalam pentadbiran mahkamah, sekali gus membelakangi titah Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Pahang sendiri," tegas mereka.
Sehubungan itu, Ketua-Ketua Cabang PKR Pahang menyeru rakyat Malaysia, khususnya rakyat negeri Pahang, agar menjunjung kasih dan menumpahkan taat setia kepada institusi Diraja sebagai payung pemerintah negeri.
"Kami memberikan sokongan padu tidak berbelah bahagi terhadap kenyataan Perdana Menteri bahawa beliau akan terus berpegang kepada prinsip untuk tidak akan mencampuri urusan mahkamah, namun bersedia memberikan penjelasan kepada pimpinan Umno di dalam isu ini,” tambah kenyataan tersebut.
Sultan Abdullah pada hari terakhir baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 29 Januari tahun lalu menitahkan agar hukuman penjara terhadap Najib dalam kes rasuah SRC International diringankan dengan membenarkan bekas Presiden UMNO itu menjalani tahanan rumah.
Adendum tersebut dikatakan sebagai tambahan kepada keputusan Lembaga Pengampunan yang turut mengurangkan hukuman penjara terhadap Najib daripada 12 tahun kepada 6 tahun, serta denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
Ketika ini, Najib sedang memohon di mahkamah untuk menguatkuasakan adendum berkenaan.
Pada 9 Julai lalu, Mahkamah Persekutuan diberitahu bahawa Peguam Negara tidak menafikan kewujudan titah adendum tahanan rumah buat Najib.
Sebaliknya Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan, menegaskan bahawa pihaknya hanya mempertikai cara Najib mengemukakan bukti baru itu di mahkamah.
Perkembangan itu mendorong seramai 160 Ketua Bahagian UMNO dari seluruh negara mendesak perdana menteri dan kerajaan supaya segera melaksanakan titah adendum berkenaan.
Anwar dalam kenyataannya pada Jumaat lalu menyatakan kesediaan untuk berbincang dengan pimpinan UMNO mengenai perkara itu, namun menegaskan bahawa dia tidak akan mencampuri urusan mahkamah. #Malaysiakini
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/07/pkr-pahang-tolak-usaha-tekan-perdana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Pahang Desak Prosiding Kes Perlaksanaan Titah Adendum Terhadap Najib Dijalankan Segera Secara Tertib

Umno Pahang Desak Prosiding Kes Perlaksanaan Titah Adendum Terhadap Najib Dijalankan Segera Secara Tertib

papar berkaitan - pada 19/7/2025 - jumlah : 343 hits
KUANTAN UMNO Pahang mendesak agar prosiding kes membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dihentikan serta merta dan pelaksanaan Titah Adendum dilakukan dengan segera dan tertib Ketua Peneranganya Datuk Seri Shahaniza Shamsud...
Titah Adendum Ketua Pemuda Umno Pahang Dakwa Jika Najib Pun Dinafikan Apalah Lagi Nasib Rakyat Biasa

Titah Adendum Ketua Pemuda Umno Pahang Dakwa Jika Najib Pun Dinafikan Apalah Lagi Nasib Rakyat Biasa

papar berkaitan - pada 12/7/2025 - jumlah : 318 hits
KUANTAN Jika hak seorang pemimpin negara pun boleh dinafikan tidak mustahil rakyat marhaen akan terus dipinggirkan dan dizalimi tanpa pembelaan Demikian kata Ketua Pemuda UMNO Pahang Mohd Kamil Ibrahim yang mengecam tindakan Jabatan Peguam ...
Diakui Wujud Oleh Pihak Pendakwaan Umno Pahang Berpandangan Titah Adendum Wajar Di Laksanakan

Diakui Wujud Oleh Pihak Pendakwaan Umno Pahang Berpandangan Titah Adendum Wajar Di Laksanakan

papar berkaitan - pada 25/7/2025 - jumlah : 222 hits
KUANTAN Badan Perhubungan UMNO Pahang berpandangan dengan wujudnya Titah Adendum yang diakui oleh pihak pendakwaan adalah wajar titah berkenaan dilaksanakan Pengerusinya Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata UMNO Pahang turut menyambut ba...
Titah Adendum Elak Sebarang Tindakan Yang Mendahului Proses Mahkamah

Titah Adendum Elak Sebarang Tindakan Yang Mendahului Proses Mahkamah

papar berkaitan - pada 19/7/2025 - jumlah : 180 hits
Perdana Menteri YAB Dato Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan kepada Presiden UMNO Timbalan Presiden UMNO serta pimpinan tertinggi parti bahawa beliau sentiasa terbuka untuk mengadakan perbincangan memberi penjelasan jika diperlukan dan men...
Hantaran Memetik Titah Dan Menggunakan Gambar Ydpa Sultan Ibrahim Berhubung Dunia Islam Adalah Tidak Benar

Hantaran Memetik Titah Dan Menggunakan Gambar Ydpa Sultan Ibrahim Berhubung Dunia Islam Adalah Tidak Benar

papar berkaitan - pada 20/7/2025 - jumlah : 270 hits
SEBENARNYA Menurut Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor mengesan terdapat satu kenyataan palsu yang sedang tular di
Menteri Besar Pahang Sahkan Tragedi Remaja 15 Tahun Maut Bukan Serangan Buaya

Menteri Besar Pahang Sahkan Tragedi Remaja 15 Tahun Maut Bukan Serangan Buaya

papar berkaitan - pada 10/7/2025 - jumlah : 266 hits
Semalam kecoh dimedia sosial mengenai seorang remaja lelaki yang dipercayai mangsa buaya rupanya adalah tidak benar Ini disahkan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail selepas menziarahi keluarga remaja itu di Jabatan Forensik Hospit...
Pas Tempelak Pihak Pertikaikan Tuan Ibrahim Jasa Beliau Hapus Hutang Air Pahang Ketika 33 Bulan Jadi Menteri

Pas Tempelak Pihak Pertikaikan Tuan Ibrahim Jasa Beliau Hapus Hutang Air Pahang Ketika 33 Bulan Jadi Menteri

papar berkaitan - pada 13/7/2025 - jumlah : 353 hits
KUANTAN Ketua Penerangan Pemuda PAS Pahang Ahmad Azlan Abu Bakar menempelak pihak yang mempertikai sumbangan Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam menyelesaikan isu air di negeri Pahang Menurut beliau khususnya sepanjang 33 bulan pemimpin te...
Program Pemerkasaan Usahawan Wira Ltat Catat Peningkatan Pendapatan 216 Dalam Kalangan Veteren Atm

Salah Siapa Kerana Semakin Menakutkan

Resepi Sup Ayam Simple Sedap Tak Sampai 30 Minit Dah Siap

Vietjet Dinobatkan Sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik Asia Untuk Pengalaman Pelanggan

The Need For Economic Literacy

Kenaikan Kes Influenza Di Kedah Tinjauan Isu Data

29 Contoh Kata Kata Buat Orang Yang Suka Ngurusin Hidup Orang Lain Yang Ngena Tapi Tetap Elegan

6 Resipi Roti Sandwic Sedap Untuk Guna Roti Hampir Tamat Tempoh


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kuih Puteri Ayu

Mihun Sup

Hiburan Makcik Blower Dengan Makcik Gayong Bergaduh Polis Sahkan Terima Laporan

Anggota Polis Antara Didakwa Terlibat Pemerdagangan Orang

Polis Siasat 5 Wanita Bergaduh Akibat Selisih Faham

Rasa Taiwan Kembali Ke Kuala Lumpur Bersama 6 Jenama Hadiah Terkenal Taiwan Dalam Satu Pameran Unik