Lebih 3 000 Pokok Durian Musang King Haram Di Tebang Di Hutan Simpan Gunung Benum Bermula 21 Julai Lalu

RAUB: Lebih 3,000 pokok durian pelbagai varieti termasuk musang king yang ditanam secara haram di kawasan Hutan Simpan Gunung Benum, di sini ditebang dalam tempoh 18 hari menerusi Operasi Penguatkuasaan Bersepadu Tanaman Durian yang bermula 21 Julai lalu.
Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Zainuddin Jamaluddin berkata, operasi bersepadu tersebut melibatkan kawasan seluas 250 hektar dan dijangka mengambil masa keseluruhan selama dua bulan.
Menurutnya, tindakan tersebut dilakukan selepas titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang ingin melihat kegiatan menceroboh tanah secara haram di Pahang segera disekat.
“Kita sudah memusnahkan tanaman durian berusia antara tiga hingga 40 tahun termasuk varieti musang king, D24, IOI dan durian kampung.
“Selain itu, beberapa pokok buah-buahan lain seperti petai, rambutan, manggis serta pelbagai jenis tanaman lain yang ditanam dalam kawasan hutan simpan turut ditebang,” katanya pada Khamis.
Operasi turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am (PGA), Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang melakukan rondaan 24 jam bagi mengesan pihak yang menceroboh kawasan hutan simpan.
Dalam pada itu, Zainuddin menjelaskan, notis pengosongan tanah yang diteroka tanpa kebenaran di Hutan Simpan Gunung Benum telah diedarkan pada 18 Julai lalu.
Menurutnya, sehingga kini tiada bantahan atau ancaman diterima daripada pekebun dan ini menunjukkan mereka seolah-olah akur dengan tindakan tegas pihak berkuasa memusnahkan tanaman haram.
Pihak yang menceroboh boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 32 Akta Perhutanan Negara 1984 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000, penjara hingga lima tahun, atau kedua-duanya,” katanya.
Setakat ini, seluas 50 hektar kebun durian dan pelbagai tanaman lain telah dimusnahkan melalui kaedah penebangan.
Namun, menurut Zainuddin, cabaran utama bukan sahaja pada jumlah pokok yang perlu ditebang, tetapi juga pada taktik pekebun yang menyembunyikan laluan ke kawasan ceroboh di sebalik pagar berkunci dan tanah persendirian.
“Kawasan kebun haram ini berada di belakang lot milik sah yang berpagar dan dikunci.
"Ada pemilik enggan memberi kerjasama, jadi kami terpaksa memotong kunci untuk masuk,” katanya.
Lebih mengejutkan, katanya, ada pekebun memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi memantau kehadiran pasukan penguat kuasa dan ini sesuatu yang jarang berlaku dalam operasi di kebun buah-buahan.

"Kebanyakan mereka adalah penduduk setempat yang menceroboh hutan simpan tanpa rasa bersalah atau takut kepada tindakan undang-undang,” ujarnya.
Menurutnya, tindakan lebih tegas perlu diambil kerana pencerobohan kini berlaku secara terbuka dan berskala besar.
“Kita tidak boleh tunduk kepada mereka yang mengambil kesempatan... tanaman dan binaan haram dalam hutan simpan mesti dimusnahkan.
"Titah Tuanku perlu dipatuhi demi kelestarian khazanah hutan negeri,” tegasnya. #SinarHarian
http://www.pahangdaily.blogspot.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://pahangdaily.blogspot.com/2025/08/lebih-3000-pokok-durian-haram-musang.html