Pn Perlu Akui Kemelesetan Ekonomi Tangani Pengangguran Parah
DS Anwar Ibrahim mengulas isu mengurus pandemik ekonomi susulan wabak Covid 19. Perdana menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan pakej PENJANA. Namun tidak boleh dibahaskan di parlimen. Pembentangan ratusan bilion ringgit tanpa disoal dari mana sumber dan ke manakah bantuan tersebut akan disalurkan. Dalam soal pertumbuhan ekonomi, Singapura lebih realistik, akui pertumbuhan tahun 2020 negatif 8%. Di Malaysia, bulan Jun pun negara belum buka ekonomi sepenuhnya. Unjuran Malaysia perlulah realistik. Jika tidak masalah pengangguran yang parah akan berlaku. Masalah pandemik ekonomi bukan sahaja melibatkan rantaian bekalan tetapi juga permintaan pengguna berikutan peluang kerja terbatas dan pengangguran tinggi. Hal ini menyebabkan berlakunya kemelesetan ekonomi. Anwar juga menegur polisi kerajaan Perikatan Nasional (PN) melantik ahli-ahli parlimen menerajui GLC secara sewenang-wenangnya. Menurut beliau, tidak semua ahli parlimen mampu melaksanakan tanggungjawab jadi pengerusi GLC. Ahli parlimen dipilih mewakili rakyat di kawasan dan bukan semua mampu mengawal GLC. Keadaan itu berlaku, kata Anwar, kerana pemerintahan PN sangat lemah dan mereka terpaksa berpaut kepada sokongan ahli parlimen yang disogok jawatan dan kewangan lumayan. Mengenai pembebasan bekas Ketua Menteri Sabah, Musa Aman, Anwar mempertikaikan moral pembebasan itu, kerana rakyat yang mencuri beberapa ratus ringgit dihukum penjara. Negara tidak boleh ada perundangan dua darjat. Biarpun Peguam Negara yang lalu Gani Patail memberi afidavit alasan perlepasan, tidak bolehkah dipersoalkan oleh kerajaan sekarang, bukti-bukti di Sabah perlu disiasat secara teliti. Oleh itu, menurut Anwar, Pakatan Harapan (PH) perlu menggandingkan kekuatan. Mesyuarat PH 9 Jun 2020, kata Anwar telah mencapai persetujuan, apa pun strategi harus bersama. Pembangkang dengan 107 ahli parlimen akan mara sebagai satu pasukan agar mandat rakyat dihormati. Mengenai pendidikan pula, isu penjarakkan sosial masih belum diselesaikan setelah beberapa bulan sekolah ditutup. Anwar mencadangkan masalah tersebut perlu dihalusi dan mengambil semua pendapat daripada guru, pensyarah, pelajar serta mahasiswa untuk mengutarakan pandangan mereka. Hal tersebut penting kerana keputusan di peringkat atasan biasanya berbeza dengan komuniti pendidikan di bawah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wrlr.blogspot.com/2020/06/pn-perlu-akui-kemelesetan-ekonomi.html