Petunjuk Awal Ekonomi Kurang Memberangsang Langkah Dinamik Ubah Struktur


KUALA LUMPUR, 30 MEI: Daripada petunjuk awal yang dikumpulkan pada April dan Mei 2020, persekitaran ekonomi diunjur kurang memberangsangkan bagi perniagaan Malaysia disokong oleh Petunjuk Utama (LI) terbaharu yang memberi isyarat kemelesetan ekonomi dalam tempoh empat hingga enam bulan akan datang.
Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata langkah-langkah dinamik diperlukan bagi mengubah struktur ekonomi semasa yang bergantung besar kepada industri berasaskan komoditi dan industri tokokan nilai rendah yang mengupah pekerja berkemahiran rendah dan separa mahir dengan bayaran upah rendah.
Beliau berkata kaedah baharu menjalankan perniagaan dan mempelbagaikan ekonomi amat dicari dengan menerima pakai kemajuan teknologi seperti Revolusi 4.0 dan pendigitalan ekosistem perniagaan.
Susulan penggunaan teknologi baharu, beliau berkata proses perniagaan akan mewujudkan persekitaran kerja yang baik dan pasaran buruh yang lebih kondusif dan mampan.
“Selain itu, gangguan dalam permintaan buruh bagi graduan baharu untuk memasuki pasaran buruh dijangkakan pada separuh kedua 2020. Oleh itu, penting bagi memastikan golongan ini serta penggangur sedia ada ditangani bagi membendung mereka daripada kegelisahan sosial.
“Bagi manangani ini, satu dana khas amat diperlukan untuk meningkatkan kemahiran dan kemahiran semula, meningkatkan latihan bagi keusahawanan dan kemahiran digital,” katanya semasa membentangkan Tinjauan Perangkaan Ekonomi Malaysia (MESR) Jabatan Perangkaan Malaysia semasa sidang media menerusi dalam talian semalam.
Bagaimanapun, Mohd Uzir berkata pandemik Covid-19 akan memberikan impak yang lebih besar kepada ekonomi kerana ia akan menjejaskan perniagaan dan gaya hidup pengguna yang membawa kepada transformasi bagaimana mereka bekerja, membeli belah dan menjalani kehidupan.
“Sehubungan ini, penting bagi sektor awam dan swasta untuk bersinergi dalam mendepani situasi semasa dan merancakkan semula ekonomi Malaysia dengan segera,” katanya.
Sementara itu, katanya, MESR adalah inisiatif pertama dan terbitan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), yang menyediakan maklumat bermanfaat kepada pihak berkepentingan dan kerajaan dalam mempercepatkan dasar strategik bagi menangani krisis ekonomi dengan cekap dalam mengatasi cabaran yang dihadapi oleh rakyat Malaysia.
Beliau berkata laporan yang mempunyai maklumat komprehensif mengenai data bagi industri utama di Malaysia bukan sahaja sebagai bahan rujukan kepada penyelidik tetapi juga untuk para pelabur, peniaga, pembuat dasar dan kerajaan.
“DOSM juga sedang dalam usaha untuk mempercepatkan penerbitan bagi data import dan eksport untuk rujukan pihak berkepentingan, dan kami sedang menyusun kaedah yang sesuai.
“Kami juga sedang sediakan ‘dashboard’ khas statistik utama yang akan dikeluarkan dalam bentuk mingguan contohnya kadar komersil bagi hotel-hotel dan jumlah kenderaan di lebuhraya,” kata Mohd Uzir.
Selain itu ketika mengulas mengenai banci penduduk perumahan beliau berkata, DOSM dengan kerjasama agensi negeri telah bersedia untuk menjalankan bancian itu dan kali ini ia akan dilaksanakan secara dalam talian dan akan dimulakan pada 7 Julai ini.
“Data banci adalah penting untuk memastikan keberkesanan penggunaan sumber dan peruntukkan dapat beri kesan optimum, selain itu bagi kerja-kerja di lapangan iaitu bancian dari rumah ke rumah akan dimaklumkan selepas mendapat keputusan daripada kerajaan,” katanya.
– BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/05/petunjuk-awal-ekonomi-kurang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Arak Kerajaan Kedah Perak Akan Turuti Langkah Kerajaan Pusat Sokong Perketat Undang Undang

Isu Arak Kerajaan Kedah Perak Akan Turuti Langkah Kerajaan Pusat Sokong Perketat Undang Undang

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 288 hits
ALOR SETAR 3 Jun Kerajaan Negeri Kedah akan mengambil tindakan yang selari dengan kerajaan pusat dalam isu berkaitan cadangan mengkaji semula undang undang membabitkan penjualan arak di negeri ini Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkat...
Langkah Demi Langkah Cara Buka Kedai Online Anda Sendiri

Langkah Demi Langkah Cara Buka Kedai Online Anda Sendiri

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 515 hits
Tentu anda ada impian nak ada kedai online anda sendiri Halangan utama untuk buka kedai online anda sendiri ialah kos untuk upah web designer tu amatlah mahal Sebenarnya anda sendiri boleh buat kedai online sendiri dengan panduan langkah de...
Langkah Pujuk Syed Saddiq Gagal

Langkah Pujuk Syed Saddiq Gagal

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 607 hits
Timbalan Menteri Belia Dan Sukan Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal PUTRAJAYA Bekas pegawai Syed Saddiq Senator Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal cuba memujuk bekas Ketua Armada itu untuk kekal bersama parti Pribumi Bersatu Malaysia ...
Pengeluaran Minyak Menurun Dengan Kadar Pantas Namun Tidak Semua Negara Opec Bersedia Untuk Mengambil Langkah Ini

Pengeluaran Minyak Menurun Dengan Kadar Pantas Namun Tidak Semua Negara Opec Bersedia Untuk Mengambil Langkah Ini

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 343 hits
Ekoran penularan pandemik koronavirus pasaran tenaga turut terjejas oleh karena itu untuk menjaga keseimbangan di pasaran organisasi negara pengeksport minyak mengurangi pengeluaran minyak sebanyak tiga perempat Nigeria dan Iraq pada gilira...
Menang Atas Tiket Ph Sila Ikut Langkah Dr Shahruddin Khalid

Menang Atas Tiket Ph Sila Ikut Langkah Dr Shahruddin Khalid

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 249 hits
Pengarah Komunikasi Amanah Ir Khalid Samad menyeru semua Ahli Parlimen yang menang pilihan raya umum ke 14 atas tiket Pakatan Harapan agar segera mengikut langkah Datuk Dr Shahruddin Md Salleh meninggalkan Perikatan Nasional Katanya Ahli ah...
Insentif Cukai Langkah Khusus Bantu 900 000 Pks Usahawan Tempatan Terkena Tempias Covid 19 Pm

Insentif Cukai Langkah Khusus Bantu 900 000 Pks Usahawan Tempatan Terkena Tempias Covid 19 Pm

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 296 hits
KUALA LUMPUR 5 Jun Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan akan melaksanakan beberapa langkah dan insentif cukai untuk membantu lebih 900 000 perusahaan kecil dan sederhana serta usahawan tempatan yang turut menerima kesan...
Umno Tolak Sertai Pn Secara Rasmi Apa Langkah Muhyiddin Nanti

Umno Tolak Sertai Pn Secara Rasmi Apa Langkah Muhyiddin Nanti

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 436 hits
Umno tidak akan menyertai Perikatan Nasional secara rasmi jika gabungan itu didaftarkan pada masa akan datang menurut anggota Majlis Tertinggi parti itu Dr Mohd Puad Zarkashi Beliau mendakwa ia berbeza dengan hasrat Bersatu yang menurutnya ...
Mesyuarat Opec Yang Selanjutnya Akan Memutuskan Sama Ada Kesinambungan Pemotongan Pengeluaran Atau Mengurangkan Langkah

Mesyuarat Opec Yang Selanjutnya Akan Memutuskan Sama Ada Kesinambungan Pemotongan Pengeluaran Atau Mengurangkan Langkah

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 243 hits
Pemotongan pengeluaran yang diperkenalkan oleh OPEC sangat membantu pasaran minyak untuk pulih dari krisis susulan tindakan kuarantin Walau bagaimanapun kekurangan bekalan yang banyak yang terkumpul semasa wabak menimbulkan masalah baru dal...
It Looks Like Mahathir May Be Behind Langkah Sheraton After All

It Looks Like Mahathir May Be Behind Langkah Sheraton After All

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 1257 hits
At this point your guess is as good as mine but one thing that definitely went according to plan is Anwar Ibrahim did not take over as Prime Minister or PM8 on 10th May 2020 as what he and DAP had hoped the DAP dominated Pakatan Harapan coa...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik