Pelan Pemulihan Ekonomi Tumpu Tiga Matlamat




PUTRAJAYA: Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek yang akan diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidak lama lagi akan memberi tumpuan kepada tiga matlamat utama dalam memperkasakan ekonomi negara.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata tiga matlamat itu adalah memperkasakan rakyat (Empower People); melonjakkan perniagaan (Propel Businesses); dan merangsangkan ekonomi (Stimulate the Economy).
Katanya, pelan pemulihan jangka pendek yang dirangka bagi tempoh Jun hingga Disember 2020, akan mengambil kira pendekatan kerajaan bersandarkan kepada empat ciri.
"Pertama, ia mestilah tangkas dan dinamik. Bermakna pelan berkenaan mesti mampu diperbaiki dan diperhalusi secara berterusan, mengikut keperluan semasa serta situasi tidak menentu sepanjang tahun ini.
"Kedua, kerjasama sektor awam-swasta diutamakan. Pelan ini akan merangkumi pelbagai langkah dengan kerjasama seramai mungkin peserta dari sektor swasta, dan bukan sahaja dari syarikat berkaitan kerajaan serta syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLC dan GLIC)," katanya.
Beliau berkata demikian dalam perkongsian video mengenai pelaksanaan Pakej PRIHATIN di Facebook, hari ini.
Menyentuh mengenai ciri ketiga, Tengku Zafrul berkata, ia akan mengambil kira komunikasi menyeluruh dan capaian meluas membabitkan rakyat dan sektor perniagaan di Malaysia.
Katanya, semua haruslah meyakini pelan pemulihan itu agar rakyat dan perniagaan dapat memainkan peranan masing-masing bagi menjana semula ekonomi Malaysia.
"Kerajaan akan memastikan usaha komunikasi dilakukan secara berterusan. Ketelusan dan keterbukaan adalah penting dalam menjayakan usaha ini.
"Ciri terakhir ialah pendekatan berdasarkan data, di mana pelaksanaan pelan ini adalah berdasarkan data dan statistik agar setiap pencapaian dapat dipantau dan diperhalusi dengan cepat dan tepat.
"Data terkini juga akan dikongsi bersama dengan sektor kerajaan dan swasta, serta agensi-agensi pelaksanaan untuk penambahbaikan yang berterusan," katanya.
Beliau berkata, Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek adalah ruang untuk semua mengambil peluang baharu yang berbangkit daripada krisis COVID-19 demi pembangunan masa depan negara.
"Insya-Allah, inisiatif yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri akan membolehkan kita mencapai matlamat yang ditetapkan," katanya.
MR :  Pulih ekonomi jangan layan macai PH merosakkan Negara


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/06/pelan-pemulihan-ekonomi-tumpu-tiga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Petang Ini Pm Akan Umum Pelan Pemulihan Ekonomi

3 Petang Ini Pm Akan Umum Pelan Pemulihan Ekonomi

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 307 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual mengumumkan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek pada jam 3 petang ini Astro AWANI akan membawakan pelbagai perbincangan dan analisis berhubung pelan berkenaan sepanjang hari i...
Pm Muhyiddin Yassin Bakal Umum Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek Bulan Ini

Pm Muhyiddin Yassin Bakal Umum Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek Bulan Ini

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 345 hits
Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek bagi tempoh Jun hingga Disember 2020 akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada bulan ini kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz Beliau berkata pelan tersebut...
Intipati Perutusan Khas Pm Mengenai Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek

Intipati Perutusan Khas Pm Mengenai Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 402 hits
Lebih banyak sektor akan dibuka jika SOP PKPB terus dipatuhi Langkah kerajaan dan disiplin rakyat berjaya bendung 80 peratus kes COVID 19 pulih sepenuhnya Ekonomi Malaysia dijangka menguncup suku kedua tahun ini Pemulihan ekonomi yang lebih...
Menjana Semula Pemulihan Ekonomi Syahir Sulaiman

Menjana Semula Pemulihan Ekonomi Syahir Sulaiman

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 286 hits
Syahir Sulaiman4 Jun 2020Sekali ombak menghempas sekali pantai berubah Itulah realiti yang melanda negara setelah berdepan dengan gelombang COVID 19 Ombaknya sudah reda tetapi kesannya sangat ketara Suka mahupun tidak kelaziman baharu ataup...
Kpk Dinilai Sudah Cium Potensi Korupsi Program Pemulihan Ekonomi Nasional

Kpk Dinilai Sudah Cium Potensi Korupsi Program Pemulihan Ekonomi Nasional

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 220 hits
Komisi Pemberantasan Korupsi menyoroti program Pemulihan Ekonomi Nasional yang rentan dikorupsi
Menkop Ukm Fokuskan Implementasi Kebijakan Sosial Dan Pemulihan Ekonomi

Menkop Ukm Fokuskan Implementasi Kebijakan Sosial Dan Pemulihan Ekonomi

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 266 hits
Kami sudah koordinasi dengan BI dan OJK mengenai bagaimana nanti bank pelaksana yang akan menjadi saluran untuk subsidi kredit dan pinjaman baru bisa berjalan kata Teten pada acara Jaringan Pengusaha Nasional via Webinar Senin
Bank Dunia Pemulihan Ekonomi Malaysia Dijangka Bermula Akhir 2020

Bank Dunia Pemulihan Ekonomi Malaysia Dijangka Bermula Akhir 2020

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 433 hits
KUALA LUMPUR 8 Jun Ekonomi Malaysia dijangka berada di landasan pemulihan bermula akhir tahun ini dan kembali kepada pertumbuhan memasuki 2021 kata Bank Dunia Pengurus Negaranya bagi Malaysia Dr Firas Raad berkata negara perlu meneruskan la...
Bumn Pangan Dan Pupuk Jadi Kunci Pemulihan Ekonomi Di Tengah Pandemi Covid 19

Bumn Pangan Dan Pupuk Jadi Kunci Pemulihan Ekonomi Di Tengah Pandemi Covid 19

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 254 hits
Jika pangan terganggu dengan cepat menular ke masalah sosial ekonomi keamanan dan politik
Malaysia Bersedia Bagi Pemulihan Ekonomi Menjelang 2021

Malaysia Bersedia Bagi Pemulihan Ekonomi Menjelang 2021

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 351 hits
Sejajar dengan pembukaan ekonomi negara yang menyaksikan hampir 70 peratus tenaga kerja mula bekerja melibatkan beberapa sektor ekonomi Malaysia berada pada kapasiti yang bersedia bagi pemulihan ekonomi menjelang 2021 kata Menteri Kewangan ...
Tiba Masa Pulihkan Kepercayaan Keyakinan Pengundi Dap Ronnie

Walauntit Padam Komen Di Facebook Dan Minta Maaf Kepada Mp Bangi

It Takes Just One Pregnant Guppy For An Alien Invasion Practical Fishkeeping

Pm Gesa Imarah Masjid Suburkan Kegiatan Ilmiah

How Google And Nvidia Are Teaming Up To Solve Real World Problems With Ai

A Startup Guide And Recruitment Journey For A New Business Entity

A Message To People In Africa South America And Asia Do Not Get Fooled By Woke

Legoland Malaysia Is Now Autism Friendly What This Means For Your Family


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perlu Ke Wanita Belajar Memandu Ini Sebab Aku Tak Ambil Lesen Lagi

Malaysian Bar Cautions Against Oversight Body For Judiciary

Compulsory Secondary Education Amendments Set To Be Tabled In Parliament In June Says Education Dg

Two Mil Vehicles Returning To Kelantan Netizens Mock The State For The Lack Of Opportunities

Panduan Kesihatan Dan Pemakanan Wanita Pada Setiap Usia

Culture Of Entrepreneurial Mindset