Pn Merudum Umno Kecil Hati Pas Bermasalah Pru 15



Pas yang merupakan sebahagian komponen Perikatan Nasional (PN) dan telah mengecewakan Umno, rakan dalam Muafakat Nasional akan menghadapi masalah besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.
Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Azan Ismail, parti agama itu akan merasai bahana merudumnya sokongan rakyat kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam masa terdekat.
Katanya, Pas tidak boleh bergantung kepada Bersatu yang tidak jelas sokongan akar umbinya, dalam masa sama, kata beliau sokongan daripada pengundi Pas juga berkurangan kerana parti itu terlalu mempertahankan polisi ‘mengarut’ kerajaan PN.
“Saya rasa ini adalah zaman kejatuhan Pas paling teruk dalam sejarah.
“Sebelum ini rakyat tidak boleh menilai Pas sama ada benar-benar berkemampuan mentadbir negara atau tidak. Tetapi apabila mereka diberi peluang untuk menjadi kerajaan barulah terbukti Pas memang tidak mempunyai kapasiti atau kekuatan untuk mentadbir,” kata Azan ketika dihubungi.
Bagaimanapun, menurut Azan, sekiranya Pas kembali mengutamakan Muafakat Nasional bagi menjamin sokongan Melayu-Islam kepadanya, keadaan dianggap sudah terlambat kerana ahli akar umbi dan pimpinan Umno negeri mula sangsi terhadap sikap Pas yang membelakangkan Umno sejak penubuhan kerajaan PN.
Atas sebab itu, kata Azan, di sesetengah negeri Umno enggan berunding kerusi dengan Pas dan memohon kepada Umno pusat untuk meletak calon di semua kerusi, termasuk kerusi disandang oleh Pas.
“Dengan kedudukan kerajaan PN yang sangat lemah, sokongan yang merundum dan rendah ini, Pas akan cari jalan untuk selamatkan diri. Pas akan menilai sama ada Bersatu atau Umno yang menguntungkan mereka dari segi politik.
“Tetapi bagi saya kedudukan kedua-dua belah pihak akan mendatangkan mala petaka kepada politik Pas. Hal ini merujuk di Pantai Timur apabila pimpinan Umno menyatakan parti itu akan bertanding di semua kerusi yang ditanding Pas, dan tidak ada kompromi. Saya rasa itu mala petaka besar buat Pas,” ulasnya.
Untuk rekod, Umno Terengganu sejak 6 bulan lalu terus-menerus menyatakan pendirian akan bertanding kesemua kerusi Parlimen dan DUN.
Percubaan Pas Terengganu untuk berunding dan mengelakkan pertemuan 3 penjuru antara BN, PH dan PN tidak pernah berhasil biar pun PRU 15 berkemungkinan semakin hampir dan mungkin diadakan sebaik sahaja darurat tamat pada Ogos 2021.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/31551

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru 15 Saarani Gesa Bersatu Cari Pasaran Baru Jangan Kacau Kerusi Umno Dan Pas

Pru 15 Saarani Gesa Bersatu Cari Pasaran Baru Jangan Kacau Kerusi Umno Dan Pas

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 366 hits
nbsp IPOH Parti Pribumi Bersatu Malaysia jangan bertanding di kerusi yang telah dimenangi UMNO pada Pilihan Raya Umum ke 14 lalu kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohamad Tegas Saarani yang juga Menteri Besar Perak
Mursyidul Am Pas Takut Kalah Pru 15 Pujuk Bersatu Dan Umno Berbaik Baik Semula

Mursyidul Am Pas Takut Kalah Pru 15 Pujuk Bersatu Dan Umno Berbaik Baik Semula

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 407 hits
February 24 2021 Tiada parti Melayu yang akan memperoleh keuntungan sekiranya berlaku pertembungan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke 15 Bukan itu sahaja kata Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Hashim Jasin ia hanya akan merugikan ummah d...
Kemana Mn Selepas Pas Menyertai Pn Ini Pandangan Jujur Presiden Umno

Kemana Mn Selepas Pas Menyertai Pn Ini Pandangan Jujur Presiden Umno

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 287 hits
Saya tahu ramai tertanya tanya mengenai status terkini Muafakat Nasional yang dipelopori UMNO dan PAS pada tahun 2019 Ia disebabkan PAS secara rasmi telah menyertai Perikatan Nasional yang diasaskan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Manakala U...
As Bersatu Ties Worsen Zahid Reiterates Haron Din S Wish For Pas Umno Tie Up

As Bersatu Ties Worsen Zahid Reiterates Haron Din S Wish For Pas Umno Tie Up

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 301 hits
Umno president Ahmad Zahid Hamidi sought to shore up his party s partnership with PAS tonight as ties with Bersatu continue to deteriorate This includes reiterating a past claim that former PAS spiritual leader the late Haron Din had wanted...
Umno Yakin Mampu Kuasai Terengganu Pru Akan Datang

Umno Yakin Mampu Kuasai Terengganu Pru Akan Datang

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 249 hits
Umno Terengganu yakin parti itu dapat merampas semula kerajaan negeri itu daripada PAS jika mereka bertanding di semua kerusi DUN serta parlimen pada pilihan raya umum akan datang Pengerusi Umno Terengganu Ahmad Said berkata pentadbiran neg...
Umno S Gor Bertegas Tidak Beri Laluan Pada Pru 15

Umno S Gor Bertegas Tidak Beri Laluan Pada Pru 15

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 332 hits
Malaysiakini Umno Selangor menyatakan pendirian bahawa parti itu tidak akan berkompromi dan menyerahkan kerusi tradisi mereka kepada Bersatu pada pilihan raya umum ke 15 kelak Bagaimanapun pengerusinya Noh Omar menjelaskan parti berkenaan b...
Daim Kata Umno Hanya Syok Sendiri Tak Mampu Menang Pru 15

Daim Kata Umno Hanya Syok Sendiri Tak Mampu Menang Pru 15

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 236 hits
February 15 2021 Veteran politik Daim Zainuddin melihat Umno tidak mampu memenangi pilihan raya umum ke 15 jika diadakan sekarang Ini dakwanya memandangkan parti itu tidak lagi menjadi tarikan kepada majoriti rakyat di negara ini Menurut be...
Kalau Ada Dalam Umno Asabiyah Seperti Pemimpin Pas Lihatlah Asyraf Wajdi

Kalau Ada Dalam Umno Asabiyah Seperti Pemimpin Pas Lihatlah Asyraf Wajdi

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 339 hits
February 25 2021 ITU SEBAB MASA AKU TULIS PASAL MAT HASSAN AKU KUTUK ASYRAF WAJDI Kalau ada dalam UMNO Ashabiyah dan Kebodohan seperti pemimpin PAS Lihatlah Asyraf Wajdi masa aku menulis pasal Mat Hassan aku dah sebut Apakah orang berlatar ...
Simple Birthday Celebration Untuk Encik Suami

Insiden Letupan Paip Gas Putra Heights Polis Sahkan Tiada Unsur Jenayah Sabotaj Atau Cuai

Penipuan Sekuriti Bekas Pegawai Bank Pelaburan Dipenjara 2 Tahun Denda Rm1 Juta

Gunung Rinjani Sejarah Harga Tiket Laluan Pendaki

Resipi Kuih Puteri Ayu Lembut Gebu Begini Cara Buatnya

Umno Agm Pushed To November In View Of Sabah Polls

Mayat Ibu Anak Perempuan Ditemui Reput Jiran Tercium Bau Busuk

Ucapan Hari Jadi Birthday Wishes Yang Sweet


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Meggy Z Terlanjur Basah Chord

Cream O Strawberry Is The Berry Snack You Need Rn

Bila Ketua Hanya Jawatan Bukan Peranan

How To Choose The Right Switch Cover

Hishammuddin S Suspension Not Discussed At Supreme Council Meeting Says Zahid

New Electricity Tariff Rates Will Malaysians Continue To Be Burdened