Pn Bakal Telan Asap Kerjasama Ph Bn Jika Dijaga Baik Mampu Berkuasa 100 Tahun Tadbir Malaysia




 Sedar tak sedar, selain di peringkat pusat di mana Anwar Ibrahim daripada PH yang mengetuai kerajaan perpaduan sekarang disokong oleh BN yang dipimpin Ahmad Zahid Hamidi, kerjasama PH dengan BN juga turut wujud di dua negeri yang lain.
Negeri berkenaan ialah Perak dan Pahang yang mana wakil BN telah disepakati terus mengetuai kedua-dua kerajaan negeri itu dengan disokong oleh PH.
Di peringkat yang lebih kecil, kerjasama seumpamanya juga telah dipersetujui dalam pilihan raya di Padang Serai dan Tioman yang pengundiannya pada 6 Disember akan datang.
Bagi Padang Serai, oleh kerana penamaan calon telah berjalan, maka calon BN telah menarik diri untuk memberi sokongan kepada PH, manakala di Tioman pula, calon PH menarik diri untuk memberi sokongan kepada BN.
Di atas kertas, berikutan wujud kerjasama itu, tiada masalah untuk PN ditewaskan di kedua-dua kerusi berkenaan.
Dengan perkembangan ini, terutama jika PH menang di Padang Serai dan BN juga menang di Tioman, harapan untuk melihat kerjasama kedua-dua gabungan diperluaskan lagi adalah lebih cerah.
Dengan PH dan BN yang saling mempunyai kekuatan tersendiri dalam konteks yang berbeza, kerjasama atau penggabungan keduanya tidak dinafilan mampu mewujudkan satu kekuatan baru yang dinamik untuk masa depan negara.
Jika bank-bank sebelum ini boleh bersetuju untuk bergabung dan akhirnya apa wujud adalah gergasi bank yang lebih kukuh dan diyakini pengguna, tiada sebab hal yang sama tidak boleh berlaku dalam politik negara ini.
Apabila PH dan BN dapat digabungkan, kekurangan dan kelemahan masing-masing dapat diatasi dengan lebih baik lagi, bahkan memberi keyakinan yang tinggi kepada rakyat.
Oleh kerana apa yang rakyat harapkan ialah kestabilan, entiti politik yang lebih besar adalah jawapannya berbanding parti kecil yang bersepah-sepah tanpa jenama yang kukuh.
Terutama bagi BN yang kini hanya tinggal 4 parti di dalamnya berbanding 13 parti sebelum PRU14 dulu, pilihan yang terbaik untuk terus relevan dalam perjuangan dan kekal berada dalam kerajaan ialah hanya dengan bekerjasama dengan PH.
Bergerak sendirian atas nama BN semata-mata sudah tidak relevan lagi, terutama kerana PH mempunyai sokongan bukan Melayu dan masyarakat bandar dan separa bandar yang kukuh, sementara MCA dan MIC sudah tidak lagi diyakini.
Untuk fasa yang seterusnya, terutama oleh kerana jelas ternampak kerjasama PH dan BN di peringkat pusat dan di Perak serta Pahang sudah mula menggerunkan pihak lawan, ia sewajibnya harus diusahakan sama dalam PRN di beberapa negeri yang akan berlangsung selepas ini.
Yang penting, semua negeri yang bakal mengadakan pengundian nanti mesti dipastikan dikuasai oleh gabungan PH dan BN juga.
Siapa yang harus mengetuai negeri dan dari segi pembahagian kerusi, semuanya mesti dirundingi dengan baik.
Jika semua itu berjaya dilakukan, yang lebih penting selepas itu ialah masing-masing harus menjaga semua kerajaan yang ditubuhkan melalui kerjasama PH dengan BN itu dengan sebaik-baiknya.
Masing-masing harus lebih bertolak ansur, berlapang dada, sedia memberi dan menerima serta berjiwa besar atas nama dan semangat Malaysia yang pelbagai sifatnya.
Kalau semuanya dapat dijaga dengan baik – percayalah – gabungan PH dan BN ini mampu terus mentadbir dan menguasai kerajaan di negara ini selama 50 tahun atau sehingga 100 tahun akan datang.
PN, Bersatu dan Pas – bakal telan asap sajalah lepas ini!! – ShahbudinHusin 04/12/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/12/pn-bakal-telan-asap-kerjasama-phbn-jika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerjasama Ph Bn Mampu Lama Tadbir Malaysia Pn Telan Asap Sajalah

Kerjasama Ph Bn Mampu Lama Tadbir Malaysia Pn Telan Asap Sajalah

papar berkaitan - pada 5/12/2022 - jumlah : 172 hits
SHAHBUDIN HUSINSedar tak sedar selain di peringkat pusat di mana Anwar Ibrahim daripada PH yang mengetuai kerajaan perpaduan sekarang disokong oleh BN yang dipimpin Ahmad Zahid Hamidi kerjasama PH dengan BN juga turut wujud di dua negeri ya...
Terkini Rakyat Malaysia Bakal Menerima Bantuan Sara Hidup Tahun 2023

Terkini Rakyat Malaysia Bakal Menerima Bantuan Sara Hidup Tahun 2023

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 421 hits
Terkini Rakyat Malaysia Bakal Menerima Bantuan Sara Hidup Tahun 2023 Maklumat terbaru rakyat Malaysia bakal menerima Bantuan Sara Hidup bagi tahun 2023 Ini adalah merupakan usaha kerajaan bagi membantu rakyat yang daripada golongan berpenda...
Ydp Agong Dan Raja Permaisuri Agong Lancar Setem Komemeratif Syiling Edisi Khas Sempena 100 Tahun Upsi

Ydp Agong Dan Raja Permaisuri Agong Lancar Setem Komemeratif Syiling Edisi Khas Sempena 100 Tahun Upsi

papar berkaitan - pada 11/12/2022 - jumlah : 183 hits
Al Sultan Abdullah berkenan melancarkan setem komemeratif dan syiling edisi khas sempena Kemuncak Sambutan 100 Tahun UPSI di Dewan Tunku Canselor Kampus Sultan Azlan Shah Tanjung Malim hari ini FOTO IHSAN UPSIAgong Permaisuri lancar setem k...
Untuk Mampu Bangkit Semula Lima Tahun Akan Datang Umno Wajib Tolak Bersama Pn Dan Mahiaddin

Untuk Mampu Bangkit Semula Lima Tahun Akan Datang Umno Wajib Tolak Bersama Pn Dan Mahiaddin

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 158 hits
Dalam keadaan kritikal sebelum jam 2 petang esok sebagaimana yang dikehendaki Istana Negara bagi urusan pembentukan sebuah kerajaan baharu pendirian dan sokongan BN adalah penentu segala galanya Jika BN yang mempunyai jumlah 30 Ahli Parlime...
10 Makanan Viral Di Tiktok Sepanjang Tahun 2022 Di Malaysia

10 Makanan Viral Di Tiktok Sepanjang Tahun 2022 Di Malaysia

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 386 hits
Makanan yang viral dan tular di sepanjang tahun 2022 menerusi TikTok dan sosial media lain Mungkin sesetengah makanan yang di senaraikan ini sudah biasa didengar dan dirasa oleh penggemar atau sesetengah orang tetapi ia juga fresh untuk and...
Lombong Berlian Di Rusia Mampu Bekal Pasaran Selama 3000 Tahun

Lombong Berlian Di Rusia Mampu Bekal Pasaran Selama 3000 Tahun

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 237 hits
Rusia yang sebelum ini terkenal dengan imej kebuluran dan masalah penduduk yang tiada tempat tinggal walaupun mempunyai tahap ekonomi yang tinggi telah mendedahkan bahawa selama ini mereka telah tinggal di atas lubuk yang mempunyai berbilio...
Senarai 50 Juri All Together Now Malaysia 2 Tahun 2022

Senarai 50 Juri All Together Now Malaysia 2 Tahun 2022

papar berkaitan - pada 2/12/2022 - jumlah : 292 hits
All Together Now Malaysia telah memasuki musim kedua dimana akan temui penonton secara eksklusif bermula 11 Disember 2022 di saluran Astro Ria 104 ATNM2 merupakan sebuah program nyanyian popular Malaysia yang diinspirasikan berdasarkan form...
Tu Semua Dusta Tular Khabar Angin Bakal Berkahwin Hujung Tahun Shuib Nafi Amp Minta Hentikan Fitnah

Tu Semua Dusta Tular Khabar Angin Bakal Berkahwin Hujung Tahun Shuib Nafi Amp Minta Hentikan Fitnah

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 187 hits
Apabila disoal mengenai khabar angin bakal berkahwin tidak lama lagi oleh rakan penyampai radio Shuib Sepahtu sememangnya rasa terkejut dan menafikan dakwaan tersebut Melalui laporan Harian Metro Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad...
Dugaan Pagi Khamis

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

Sambal Bendi Goreng

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings

A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Photoshoot Raya 2025 Di Rizq Production

Lajnah Baru Tok Hepi Dapat Berita Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda Yan

Brownies Monster Merbok

Peringatan Domain Blog Tamat Tempoh

Top Metal Recycling Companies In Malaysia Hydro Metal

Viu Tampilkan Penamat Alternatif Bidaah Mungkin Setup Musim Kedua

Ulasan Filem Blood Brothers Bara Naga