Untuk Mampu Bangkit Semula Lima Tahun Akan Datang Umno Wajib Tolak Bersama Pn Dan Mahiaddin


 
Dalam keadaan kritikal sebelum jam 2 petang esok sebagaimana yang dikehendaki Istana Negara bagi urusan pembentukan sebuah kerajaan baharu, pendirian dan sokongan BN adalah penentu segala-galanya.
Jika BN yang mempunyai jumlah 30 Ahli Parlimen memutuskan untuk bersama PN yang sudah disokong GPS dari Sarawak dan GPS dari Sabah, maka PNlah yang akan menjadi kerajaan, sekaligus menyaksikan Mahiaddin Md Yasin yang gagal teruk sebagai Perdana Menteri selama 17 bulan sebelum ini kembali semula memegang jawatan tersebut.
Berbeza dengan Tun Mahathir Mohamad yang berjaya menjadi Perdana Menteri buat kali kedua pada 2018 dulu kerana rekod kejayaannya, Mahiaddin akan tercatat dipilih buat kali kedua juga, tetapi kerana rekod kegagalannya.
Sebaliknya jika BN memilih menyokong PH yang memiliki 82 Ahli Parlimen, maka PHlah yang akan menjadi kerajaan, seterusnya meletakkan Anwar Ibrahim yang dikenali di seluruh dunia sebagai Perdana Menteri.
Apa pilihan yang terbaik bagi BN?
PRU15 menyaksikan BN mencatat sejarah terburuk dengan hanya mampu menang 30 kerusi Parlimen dan hanya 26 daripadanya mewakili UMNO.
Secara umumnya, UMNO begitu ditolak dan mahu tidak mahu, ia perlu bangkit semula dalam PRU16 pada lima tahun akan datang jika tidak mahu terkubur terus.
Untuk mampu bangkit semula, UMNO dan BN tidak boleh memilih untuk bersama PN kerana di dalam gabungan itu terdapat Bersatu dan Pas yang bukan saja merupakan musuhnya, bahkan bertanding di kawasan Melayu yang sama.
Kalau memilih untuk berada di bawah taklukan PN yang dalam kedaaan sekarang Pas dan Bersatu lebih dominan daripada UMNO, ini bererti UMNO sengaja memilih jalan menguncup bagi perjalanannya dalam lima tahun akan datang.
Berapa kerusi UMNO mahu bertanding dalam PRU16 jika berlaku pembahagian kerusi dengan Bersatu dan Pas untuk mengekalkan dominasi kerajaan?
Lebih daripada itu, Pas dan Bersatu pasti akan terus menekan UMNO supaya UMNO terus berada di bawah kawalan mereka dengan hanya menjadi parti ketiga dalam kerajaan.
Tidak malukah UMNO diperlakukan itu?
Selain itu, dengan bersedia menyokong PN dan meletakkan kembali Mahiaddin sebagai Perdana Menteri, ini juga adalah lawak antarabangsa paling kelakar sekali dalam sejarah dunia.
Sebelum ini UMNO sendiri menarik sokongan dan menjatuhkan Mahiaddin, kini mereka pula menaikkan kembali Ahli Parlimen Pagoh yang melalui Bersatu yang dipimpinnya memang mahu “membunuh” UMNO itu sebagai Perdana Menteri.
Daripada UMNO sedia menyokong PN, Bersatu dan Mahiaddin yang mahu “membunuh” UMNO itu, lebih baik UMNO membubarkan saja dirinyadan menyertai Bersatu secara beramai-ramai.
Dalam apa juga keadaan, keputusan UMNO jika memilih untuk bersama dan menyokong Mahiaddin, ia adalah tindakan “bunuh diri” yang bukan saja dilakukan secara terang-terangan, bahkan sengaja dipancarkan pula secara “live” ke seluruh dunia.
Tidak malukah UMNO?
Tidak kurang buruknya juga, Zahid Hamidi sebelum ini turut memfailkan saman terhadap Mahiaddin berhubung dakwaan beliau ada meminta bantuan bekas Perdana Menteri itu untuk menyelesaikan atau menangguhkan perbicaraan kes jenayahnya yang masih berjalan di mahkamah.
Di mana maruah Zahid Hamidi jika sekarang beliau tiba-tiba setuju pula mengangkat Mahiaddin yang disamannya itu sebagai Perdana Menteri?
Untuk itu, pilihan paling terbaik dan wajar bagi UMNO dan BN hanyalah dengan memilih untuk bersama PH bagi membentuk kerajaan baharu.
Dengan bersama PH, UMNO mampu mempersiapkan dirinya untuk bangkit semula dalam tempoh lima tahun akan datang kerana tiada persaingan serta konflik berebut kerusi bersama gabungan itu dalam PRU seterusnya.
Oleh kerana PH tidak pernah ada niat mahu “membunuh” UMNO, berada bersamanya adalah langkah paling selamat bagi tujuan untuk bangkit semula itu dan jadikanlah kedudukan dalam kerajaan itu untuk matlamat tersebut.
Lebih penting, hanya dengan BN bersama PH sajalah yang mampu mewujudkan sebuah kerajaan yang sederhana dan diterima di peringkat antarabangsa setelah imej kerajaan campuran sebelum ini begitu buruk di mata rakyat dan dunia.
Pas yang menguasai PN sekarang, walaupun Mahiaddin sebagai Perdana Menteri, kerajaan yang terbentuk nanti adalah kerajaan yangbultra, rasis dan suka bermusuh, bukan saja dengan bukan Islam, malah sesama Islam yang tidak sebulu dengan mereka.
Pokoknya, kedudukan PN dengan penguasaan Pas ini adalah tidak harmoni untuk masa depan negara, selain lemah dengan barisan kabinet daripada parti tersebut yang terbukti tiada kemampuan dan wibawa dalam bidang pentadbiran
Pimpinan UMNO sendiri sebelum ini kerap kali mengecam menteri-menteri Pas sebagai gagal dan tidak berwibawa.
Kepada UMNO, sementara laluan untuk bangkit semula sentiasa ada, kenapa perlu pilih “bunuh diri”? – ShahbudinHusin 20/11/2022.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/11/untuk-mampu-bangkit-semula-lima-tahun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Perlu Bangkit Di Padang Serai Kata Shahril Hamdan

Umno Perlu Bangkit Di Padang Serai Kata Shahril Hamdan

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 171 hits
malaysiakini comPilihan raya kecil Parlimen Padang Serai adalah peluang untuk Umno membersihkan imejnya dan memacu kebangkitan dalam politik kata bekas ketua penerangan Umno Shahril Hamdan hari ini Umno perlu bangkit kerana menurutnya PRK P...
Malaysia Bangkit Semula Dipimpin Secara Dinamik

Malaysia Bangkit Semula Dipimpin Secara Dinamik

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 112 hits
Malaysia bangkit semula dipimpin secara dinamikPosted By on November 26 2022Angkatan Belia Islam Malaysia hari ini mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia ke 10 dan merafak sembah di atas perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia S...
Buat Post Mortem Cari Punca Kenapa Rakyat Tolak Kata Pemimpin Umno

Buat Post Mortem Cari Punca Kenapa Rakyat Tolak Kata Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 133 hits
freemalaysiatoday com November 25 2022 5 15 PMNur Jazlan Mohamed berkata tidak wajar hanya meletakkan kesalahan dan tanggungjawab kepada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi selain berterusan mendesaknya meletak jawatan PETALING JAYA Pemimpin U...
Pas Bangkit Sebagai Kuasa Sebenar Selepas 2 Tahun Dalam Pn

Pas Bangkit Sebagai Kuasa Sebenar Selepas 2 Tahun Dalam Pn

papar berkaitan - pada 15/11/2022 - jumlah : 189 hits
Robin AugustinPETALING JAYA Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin tidak akan mampu menghentikan rakan sekutunya dalam Perikatan Nasional PAS daripada bekerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional selepas pilihan raya umum ke 15 kata penganalisis...
Umno Terima Ph Tolak Pn Anwar Hampir Pasti Pm10 Malaysia

Umno Terima Ph Tolak Pn Anwar Hampir Pasti Pm10 Malaysia

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 199 hits
Mesyuarat MT UMNO malam tadi akhirnya memutuskan untuk bersama dengan PH untuk membentuk sebuah perpaduan Dalam waktu yang sama ini bererti UMNO menolak untuk bersama dengan PN yang tiba tiba juga mahu membentuk kerajaan perpaduan walaupun ...
Mahiaddin Tolak Cadangan Agong Bentuk Kerajaan Perpaduan Ph Pn

Mahiaddin Tolak Cadangan Agong Bentuk Kerajaan Perpaduan Ph Pn

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 180 hits
Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Mahiaddin Yassin menolak cadangan terbaik Yang di Pertuan Agong untuk membentuk kerajaan perpaduan bersama Pakatan Harapan Menurut laporan berita Astro Awani Muhyiddin mengakui Agong mencadangkan satu ke...
2 Jam Tunggu Anak 8 Tahun Sedih Hanya 2 Orang Datang Majlis Hari Jadi

2 Jam Tunggu Anak 8 Tahun Sedih Hanya 2 Orang Datang Majlis Hari Jadi

papar berkaitan - pada 11/11/2022 - jumlah : 184 hits
Bayangkan di majlis hari jadi anak namun hanya dua orang sahaja yang hadir daripada 30 jemputan Baru berusia 8 tahun tentu sekali kejadian ini memberikan kesan mendalam kepada anak ini di hari yang sepatutnya menjadi kenangan indah namun se...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord