Pm9 Populariti Najib Jauh Mengatasi Anwar Ibrahim




Walaupun berhadapan dengan kes mahkamah, populariti Datuk Seri Najib Tun Razak tetap tidak luntur sejak UMNO dan Barisan Nasional (BN) hilang kuasa dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu. 
Dalam kaji selidik ‘Siapa calon PM pilihan anda’ yang dijalankan oleh UtusanTV sejak seminggu lalu dan berakhir hari ini, bekas Perdana Menteri itu menguasai 47% undi daripada keseluruhan 56,537 undi bagi mengatasi 8 calon lain. 
Perolehan undi oleh bekas Presiden UMNO itu sememangnya sudah dijangka berikutan populariti beliau yang membangkitkan pelbagai isu rakyat melalui media sosialnya

Bekas Perdana Menteri itu dilihat memperolehi hampir separuh undian dalam bancian tersebut

Hampir separuh iaitu 26,393 individu atau 47% undian memilih Najib sebagai calon pilihan perdana menteri berikutnya iaitu Perdana Menteri Ke-9 jauh mengatasi Anwar Ibrahim yang hanya mendapat 7,149 atau 13% undi.
Malah Presiden PAS Abdul Hadi Awang juga mengatasi Anwar Ibrahim dengan berada ditempat ke-2, mendapat 11,330 undian atau 20% undi.
Bekas Perdana Menteri ke-7 Tun Dr Mahathir Mohamad hanya memperolehi 450 undi, sementara menteri Kabinet Mohamed Azmin Ali 181 undi.
Perdana Menteri ke-8 TS Muhyiddin Yassin hanya mendapat 3,494 undi atau 6% undian sahaja dan Presiden UMNO sedia ada DS Zahid Hamidi hanya memperolehi 1% atau 331 undi sahaja.


Apa pendapat Penganalisis mengenai survey ini?.

PETALING JAYA: Pemerhati politik berkata, populariti Najib Razak dalam satu bancian terbaru berhubung calon perdana menteri adalah hasil dasar awam yang berkesan serta kemampuannya untuk bekerja dengan banyak orang daripada pelbagai latar belakang.
Penganalisis politik Barjoyai Bardai dan Kenneth Cheng percaya Najib kekal berpengaruh kerana beliau merupakan perdana menteri pemurah dengan dasar yang mengutamakan rakyat, berbanding kapitalis pasaran bebas.
Seorang penganalisis lain Kartini Aboo Talib dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, kempen “Bossku” Najib merupakan salah satu slogan paling berkesan di media sosial yang memaparkannya sebagai mangsa pergelutan kuasa terutamanya di tangan Dr Mahathir Mohamad.
Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Razak berkata, Najib memulakan banyak program kebajikan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M (kini dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup) yang tidak pernah dilaksanakan sebelum ini.
Najib juga mengubah sistem ekonomi Malaysia daripada sebuah sistem kapitalis pasaran bebas yang mementingkan penswastaan kepada model yang lebih berteraskan masyarakat.
Barjoyai berkata, beliau tidak terkejut jika ramai orang muda menyokong Najib susulan program awamnya.
Bagaimanapun katanya, amalan rasuah bukanlah sesuatu yang boleh diterima dan Najib kini berdepan perbicaraan di mahkamah kerana dakwaan rasuah melibatkan 1MDB.
Beliau berkata, kerajaan Najib berkesan dari segi proses penyampaiannya dan “mempunyai falsafah”. Beliau menggunakan strategi lautan biru dan mempunyai agenda pembangunan jangka panjang.”
Hadi menduduki tempat kedua susulan sesetengah responden merasai kerajaan “pimpinan Islam” (Kedah, Kelantan dan Terengganu dipimpin oleh PAS) dan “mereka percaya jika ini diperkuatkan, Malaysia boleh muncul sebagai sebuah negara pimpinan Islam yang berkesan.”
Namun penganalisis politik Kenneth Cheng berkata, ia juga mungkin berpunca daripada perasaan nostalgia terhadap sebuah kerajaan yang stabil seperti yang diketuai oleh Najib sebelum ini.
Tanpa mengambil kira skandal 1MDB, Najib merupakan perdana menteri yang kompeten dengan beberapa projek awam yang memberi manfaat kepada rakyat seperti projek kereta api transit dan Klinik 1Malaysia.
Cheng, seorang anggota Agora Society berkata, pengundi Cina dan India melihat Najib sebagai perdana menteri yang liberal.
“Jika anda teliti betul-betul, hanya kes 1MDB merosakkan (reputasi Najib).”
Barisan Nasional (BN) bagaimanapun telah kehilangan sokongan pengundi Cina pada saat Najib mengambil alih kepimpinan kerajaan pada 2009.
Cheng berkata, “Najib cuba menarik semula pengundi Cina, tetapi pada masa itu ia sudah terlambat.”
Beliau berkata, susulan itu Najib memberi tumpuan kepada agenda Bumiputera, “yang sememangnya merupakan asas sokongan kepada beliau.”
Cheng percaya, sukar bagi Najib untuk menjadi perdana menteri sekali lagi.
“Beliau perlu menjadi presiden parti dan berdepan dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. Beliau tidak akan melakukannya.
“Peluang beliau tampak tipis,” katanya.
Kartini berkata, beliau tidak pasti sama ada Najib akan terus menjadi pilihan rakyat.
“Terdapat fraksi dalam Umno dan respons yang diterima daripada ahli yang berlainan mungkin akan memberi hasil yang berbeza,” katanya.
Bagaimana dasar awam Najib seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan dasar diplomatik proaktif dengan China merupakan langkah tepat bagi merangsang pertumbuhan ekonomi negara.
“Mungkin itu yang menyebabkan beliau terus mendapat sokongan,” katanya

Sumber: FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2021/03/pm9-populariti-najib-jauh-mengatasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Sebagai Pm Bukan Gagal Cuma Belum Lagi Anwar Ibrahim

Anwar Sebagai Pm Bukan Gagal Cuma Belum Lagi Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 195 hits
PETALING JAYA Bukan gagal jadi Perdana Menteri cuma belum lagi Itu kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim perihal kegagalan beliau berulang kali menjadi PM Sebaliknya bekas Timbalan Perdana Menteri itu cukup yakin harapan untuk men...
Anwar Ibrahim Basuh Sprm Kaw Kaw

Anwar Ibrahim Basuh Sprm Kaw Kaw

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 438 hits
Pegawai korup rahsia umum kata Anwar kepada SPRMJason ThomasPETALING JAYA Ketua pembangkang Anwar Ibrahim mengajak pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk datang berjumpa dengan beliau sekiranya suruhanjaya itu memerlukan bantu...
Mp Lompat Beli Upah Dan Ugut Untuk Sokong Pn Sebelum Sidang Parlimen Anwar Ibrahim

Mp Lompat Beli Upah Dan Ugut Untuk Sokong Pn Sebelum Sidang Parlimen Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 400 hits
Perikatan Nasional bergelut untuk membeli dan mengugut agar cukup sokongan sebelum menimbang untuk mengadakan sidang Parlimen dakwa Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim Dia berkata demikian ketika mengulas tindakan Ahli Parlimen Julau Larry Sng ...
Lives Anwar Ibrahim Kalau Banjir Berlaku Oh Ini Nature Ya Tapi Kamu Rompak

Lives Anwar Ibrahim Kalau Banjir Berlaku Oh Ini Nature Ya Tapi Kamu Rompak

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 156 hits
Ucapan Perasmian dan Ucaptama YB Dato Seri Anwar Ibrahim Mengangkat Gagasan Ekonomi Manusiawi dalam Dunia Baharu SINOPSIS Fokus utama sistem ekonomi neoliberal ialah mengejar keuntungan bagi golongan pemodal dan dalam proses tersebut secara...
Anwar Ibrahim Kenyataan Media Pengerusi Pakatan Harapan Ketua Pembangkang

Anwar Ibrahim Kenyataan Media Pengerusi Pakatan Harapan Ketua Pembangkang

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 231 hits
KENYATAAN MEDIA 4 Mac 2021 1 Ahli ahli Dewan Rakyat Pakatan Harapan menjunjung kasih titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong pada 24 Februari 2021 di mana Yang di Pertuan Agong telah menzahirkan pandangan bahawa Dewan Rakyat b...
Hakim Mahkamah Rayuan Diri Dari Mendengar Rayuan Berhubung Kes Liwat Anwar Ibrahim

Hakim Mahkamah Rayuan Diri Dari Mendengar Rayuan Berhubung Kes Liwat Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 324 hits
KUALA LUMPUR Seorang hakim Mahkamah Rayuan menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan saman pemula ketua pembangkang itu berkaitan sabitan dalam kes liwat II Datuk Se...
218 Fibonaci

Kecewa Makanan Potluck Sekolah Anak Tak Disentuh Ikutlah Apa Budak Suka Makan Bukan Kita

Guideline Needed For Maintenance Of Old Trees In Kl Ft Minister

Persediaan Awal Haji

Biodata Faisal Halim Pemain Bolasepak Viral Malaysia

5 Tips And Ways That Can Help You To Reduce Body Fat

Wanita Dikenakan Bayaran Rm9 55 Untuk Nasi Putih Dan Telur Goreng Bungkus

Kkb Poll Indian Voters Might Make All The Difference



Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri


Porsche Design Honor Magic V2 Rsr Menang Red Dot Award Product Design 2024

3 Cara Menuju Ikn Ibu Kota Negara Baru Indonesia

0138002039 Scammer Maybank Panggilan Palsu

Empat Maut Mpv Dan Kereta Api Berlanggar

Lelaki Ditangkap Curi Kawal 25 000 Akaun Facebook

Anwar Ibrahim Terima Mandat Rakyat